Saturday, May 20, 2006

Lapar

Sekarang ni saya ada satu penyakit yang saya sendiri tak tahu nak buat macam mana. LAPAR. Sejak saya tahu yang saya mengandungkan anak ketiga kami, penyakit lapar saya semakin menjadi-jadi. Baru lepas sejam makan, dah lapar lagi. Dari pagi tadi hingga waktu sekarang ni (pukul 3 petang) dah macam-macam masuk dalam perut saya ni. Tapi, sekarang ni saya masih lagi terasa lapar.

Masalahnya, kalau lapar biasa-biasa tu takpe lagi, tapi bila saya dah mula lapar tu, tekak rasa mual jer nak muntah. Perut pun macam tak sedap. Bila makan pulak tak boleh banyak-banyak, biasa boleh makan nasi sepinggan, ini tidak...separuh jer dari amaun biasa. Kalau lebih nak terkeluar jugak. Lepas tu dalam masa sejam, saya lapar lagi. Pukul 2 pagi dah tidur tu, saya boleh juga terasa lapar...yang tak boleh di tahan-tahan sampai ke pagi. Terpaksa bangun kejap, ke dapur...carilah apa2 yang boleh di makan.

Ini dah kali yang ke tiga, yang sebelum-sebelum ni tak pernah macam ni pulak. Suami saya sampai pelik tengok saya, dia kata apsal kali ni lain macam jer penangannya. Sampai dia cakap tak kan kembar pulak. Dahlah seminggu sebelum dapat tahu ada orang baru akan muncul dalam keluarga kami ni, cik abang saya siap mimpi kata dia dapat anak kembar tiga. Kecut perut gak saya.

Satu masalah lagi, bila asyik lapar ni, kenalah asyik dok pikir nak masak apa. Siapa lagi nak masak dalam rumah ni, sayalah juga. Tu yang boring jer kadang2 tu. Penat di buatnya. Dengan saya yang asyik pening dan mual aje, terpaksa menghadap kerenah anak2 lagi, lepas tu kalau terlambat masak, takde makanan......LAPAR lagi. Bila time macam ni, mulalah rasa.... seronoknya kalau ada kat Malaysia....lapar jer, malas sikit masak, belilah apa2 kat kedai ker, pasal malam ker...banyak makanan. Kat sini, nak apa pun kena buat sendiri. Kalau nak ke kedai makanan halal di sini (Kedai Pakistan atau Pak Arab), makanannya balik2 kebab, kari, chicken n chips.....tak boleh masuk dah.Kalaulah di kampung, bolehlah bermanja-manja dengan mak mintak buatkan itu dan ini. Mulalah rindu lagi nak balik Malaysia ni.

Walaubagaimanapun, ada hikmahnya saya di sini. Saya akui saya ni tak berapa pandai masak masa di Malaysia dulu. Kecik-kecik bila time mak masak tolong kupas bawang, siang ikan dan sayur jer. Lain semua mak yang buat. Bila form4 masuk boarding school, sampai ler keluar universiti, bila sekali-sekala balik rumah baru masak. Nasib baik juga masa di Universiti dulu duduk rumah sewa dengan kawan2, adalah masak sekali sekala. Bila dah kerja pun masak sekali sekala. Mula-mula kahwin dulu, barulah berjinak2 masak lebih sikit, itupun seminggu, dua tiga kali aje. Yang lain...balik kerja penat, sampai rumah pun dah dekat maghrib, jawabnya ke kedai ler. Hujung minggu pulak, balik kampung. Ke dapur setakat menolong, bukan jadi tukang masak utama.

Bila suami sambung belajar di sini, barulah terasa. Serba serbi, kena buat sendiri. Saya bersyukur dapat merasa tinggal di negara orang ni. Banyak yang saya belajar terutamanya bab masak-memasak. Mula2 dulu selalu telefon mak, tanya itu dan ini. Kemudian belajar dari kakak2 di sini. Sekali-sekala menjengah ke mesra.resepi.net. Macam2 resepi jugalah dah saya cuba. Cik abang pun siap puji dah pandai masak isteri aku ni. Bangga sekejap.
Entah apa-apalah yang saya merapu ni. Dah lapar balik ni. Terasa nak makan mee hailam ler pulak. Teringat pulak entri dari ajzie, ambil gambar makanan selepas masak. Lagi ler lapar. Oklah....nak buat mee hailam. Baru lepas makan nasi...dah nak makan mee pulak. Tak kisah ler kan.

7 comments:

Anonymous said...

askum kak yus... wahh comei2 arr anak2 kak yus.. suka tgk rambut alia.. kerinting nya... muka pun mcm anak jepun heheh :p

btw, jom guna msjbox yg mcm saya guna tu... leh tambah kenalan lagi.... ;)

nanti leh kenal ngan noushy kat London.. [minah saleh celup tu hehehe]... slam kak yus.

btw wat time ek skrg kat sana? kat msia skrg 12.30 pg..

Literature Sushi said...

Wa.. dah ada org baru rupanya, tahniah2x..

Kaklong Syikin said...

Allah..tahniah..tahniah..akak masih kosong lagi :). Alia akak sebaya ngan alia awakkan? tp Alia akak bulan 11 lahir.

lapar? biasalah pembawaan ngandung ni beza2 setiap anak. selain drp menambah karbohidrat (mee n nasi) blh ke awak makan biskut2 or roti ? sbb takut over karbo nanti blh kena kencing manis pulak..sian kat baby tu. tak pe makan kerap tp kuantiti tu krgkan...

ehhe..kembar? amin...kena bnyk sabar ngna kerenah anak2 tu ya..akak dah lalui dah...mmg kurr semangat..

FaEzHussain said...

yus...

lapar lapar, nanti jom pekena nasi dagang kat rumah saya.....nanti lepas abis shift keje malam ni....

Unknown said...

retna,
Terima kasih kerana menjenguk ke blog akak. Saya ni masih baru dalam dunia blog ni, nak guna msgbox macam retna guna tu...nanti dululah.

Waktu di UK ni lambat 7 jam dari Malaysia...so, kalau di sana dah pukul 12 tgh malam, maknanya di sini baru pukul 5 petang.

Raiedzall,
TQ, macam ada dua maksud jer...tak kisah ler..dua2 pun terima kasih.

Kak Syikin,
Terima kasih....alhamdulillah walaupun sebenarnya tak di rancang. Kalau boleh nak tunggu balik Malaysia dulu, tapi dah tersangkut kan...kat sini nak handle semua sendiri, takut juga. Dapat nasihat dari Kak Faez, merangkap doktor di sini...ok lah sikit, tapi dia pun dah balik sebelum saya bersalin...hua..hua..

Tulah saya ni, kerap sangat lapar. Haah, Alia sebaya dengan anak akak, tapi dia lahir awal bulan 12.

Kak Faez,
Nai dagang???? Betul ker hari ni??? Balik carboot boleh pegi pekena nasi dagang cam ni....heheheheh

Ajzie said...

Sori lah yus, last Sat and Sun busy tak sempat2 nak bukak pc..ada. Penat pun ya jugak, coz last Sat buat grill. Jom ler datang sini Ajzie masakan..Memang suka main masak2 nih.

P/s
Dah ada org baru yea.. Bila bersalin tuh? Dimana? Dah balik Msia ker nanti?

Salam
Ajzie

Unknown said...

Ajzie,
Betul ke boleh ke sana ni? Memang teringin juga nak jejak kaki ke German, apakan daya kaki tak cukup panjang...hehhee

Yang ke tiga ni pun InsyaAllah lahir di sini, belum sempat habis. Kalau ikut kata hubby Yus, bulan Mac tahun depan baru boleh balik...harap2 ler.