Ini adalah kisah benar yang berlaku sekitar tahun awal 80-an. Cerita ini mengenai seorang budak perempuan berusia 5 tahun bernama W. Dalam zaman tersebut, biasalah kan...budak2 perempuan ni biasanya suka main masak-masak, batu seremban, congkak dll yang saya pun tak berapa ingat dah. Begitulah juga dengan W.
Bila bermain congkak, W menggunakan biji asam jawa sebagai buah permainannya. Si emak W lah yang mengajarnya ni. Selain itu, W ada satu lagi permainan yg dia suka sangat main dengan menggunakan biji asam jawa. Saya pun tak tahu apa nama permainan ni. Tapi, ada setengah2 orang menggunakan biji saga. Mungkin ada di kalangan pembaca yang pernah bermain permainan ni.
Cara permainannya ialah genggam seberapa banyak biji asam jawa tu, kemudian tebarkan ke lantai. Kemudian, pemain pilih antara dua biji asam jawa yg dia nak lagakan, cuba buat garisan menggunakan jari antara kedua2 biji asam jawa tersebut dengan syarat biji asam jawa tu tak boleh bergerak. Kalau bergerak di kira mati, dan peserta seterusnya dapat giliran bermain. Tapi, kalau tak bergerak selepas buat garisan tu, lagakan antara kedua2nya, bila mengena antara satu sama lain, si pemain boleh ambil biji asam yg terkena tu....buat collection. Begitulah seterusnya sampai kesemua biji asam jawa yg ada habis. Tapi kalau tak kena, pemain seterusnya mendapat giliran bermain.
W memang suka sangat bermain permainan ni, sehinggakan dia ada simpanan biji asam jawa satu botol. Biasanya dia main bersama kawan2 sebelah rumah ataupun dengan maknya. Si emak dah berpesan, kalau nak biji asam jawa, nanti mak beri bila mak dah habis masak. Tapi, kerana terlalu suka permainan ni, bila biji-biji asam jawanya habis kerana kalah dalam permainan, dia akan ke dapur, mengambil asam jawa dan membasuhnya untuk mendapatkan bijinya. Emak W pun dah tak tahu nak buat macam mana dengan anaknya yang sorang ini.
Nak dijadikan cerita, satu malam sedang emak dan ayah W sibuk menonton tv, W khusyuk mengira biji2 asam jawa yang berada dalam simpanannya. Entah kenapa....budak-budak ler kan, dia memasukkan sebiji daripada biji asam jawa tersebut ke dalam lubang hidungnya. Yang suspennya, biji asam jawa tersebut agak besar dan kemudiannya tak boleh keluar dari lubang hidung si W. Dia pun mulalah takut dan cepat2 berlari memberitahu kepada emak dan ayahnya yang sedang leka menonton tv.
" Laaa..takde kerja lainker W. Yang W pergi masukkan dalam lubang hidung tu buat apa??" kata si Emak.
" Mana W tahu dia tak nak keluar"
Si Emak dah mula panik.
" Cuba hembus cepat. Nanti dia keluarlah"
W pun cuba hembus, tapi dia bukan hembus, makin di sedutnya ke dalam.
" Tak bolehlah mak, dia makin masuk", sambil merengek kerana takut. Emak W cuba menggunakan jari jemarinya untuk mengeluarkan biji asam tersebut, tapi tak boleh. Jari emak W lebih besar dari lubang hidung anaknya.
" Bang, macam mana ni??" si emak bertanya kepada ayah W.
" Tulah..dah cakap dah...buat apalah bagi budak tu main biji asam jawa tu." ayah W pun macam mati akal masa tu.
Emak W menyuruh W hembus lagi.Beberapa kali W cuba hembus biji asam jawa tersebut, tapi semakin dia cuba, dia sebenarnya makin menyedut biji asam jawa tersebut masuk lebih dalam. Masa tu, jam menunjukkan pukul 10 malam. Ayah W segera mengetuk pintu jiran sebelah. Kawan satu tempat kerja beliau.
" A boleh pinjam kereta tak? Anak aku tu buat hal. termasuk biji asam jawa dalam hidung. tak boleh nak keluar ni. Aku ingat nak bawa ke klinik lah. "
Ayah W memang tak ada kereta masa tu. Cuma motorsikal. Oleh kerana dah malam. dia rasa baik naik kereta sebab klinik terdekat agak jauh juga dari rumah mereka. Dalam kereta si emak tak henti2 membebel memarahi W. Siap kata....
" Biar dia, lepas ni tak ada hidung. Doktor potong hidung tu. Tak de kerja lain agaknya. Lepas ni..mak buang semua biji2 asam jawa W eh!!"
W semakin takut. Seram sejuk dia rasa. Masa dalam perjalanan tu, dia cuba lagi beberapa kali untuk hembus biji asam tersebut supaya keluar. Sampai di klinik, selepas mengambil nombor giliran, W duduk di sebelah emaknya. Ayahnya tak senang duduk...berjalan ke depan dan ke belakang. Dalam waktu yang sama si Emak masih lagi membebel sambil menakut-nakutkan W. Kata, hidung W nanti kemek ler, dah tak cantik ler. Tentu ler W semakin takut. Tapi dia tak menangis, sebab dia tahu itu salah dia. Dia hanya menunduk, masih cuba untuk keluarkan biji asam tersebut dari lubang hidungnya.

Tiba-tiba terdengar suara memanggil " YW bt P", nama W di sebut. Dengan tidak semena-mena, biji asam jawa tersebut terus terkeluar dari lubang hidung W.
" Mak!! dah keluar dah...W tak payah ler jumpa doktor," jerit si W sambil tersengih.
" Laa nko ni, takut sangat lah tu. Lagi tadi mak suruh hembus tak keluar2 pun, sebut jer nama terus keluar pulak".
Ayah W tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Di ambilnya biji asam jawa tersebut dan di bawa masuk juga berjumpa dengan doktor. Si Ayah dengan tersipu-sipu malu, menceritakan perihal kejadian kepada doktor. Doktor tersebut tertawa. Di pandangnya si W sambil berkata,
" Lain kali kalau buat lagi, mungkin tak boleh keluar tau. Nak buat lagi tak?"
" Tak nak!!!", jerit W.
Begitulah ceritanya mengenai biji asam jawa. Hehehe...dan kalau anda semua nak tahu, W itu adalah saya. Sehingga kini, kalau saya masak guna asam jawa, kadang2 saya tersenyum sendiri teringat balik kisah ni. Memang tak boleh lupa sampai bila-bila.
13 comments:
Laaaa ... iye ke??? Padan ler perasan mcm besau sebelah....
muahahahahahah!!!
p/s jangan mare, saja bergurau senda... maklumler.. kepala tgh bengong...
beloved hubby,
Ni memang nak kenalah ni....X-(
ha ha yus! amboi bukan main nakal lagi yek!
hahaha..advanced gak ye yus kecik2 dulu. teringat pulak adik akak sorang tu, dia pulak masukkan butang baju dlm lubang idung. punyalah besar butang tu. akaklah jd doktornya tolong keluarkan. sampai sekarang, kalua sebut pasal ni mmg gelak besar kami :)
hahahahaha besonye lobang idong ko Yus.. oopss ampon akk gurau jek. Salam kenal, balas lawatan Yus kat rumah sepi kakmon itu ari.
btw nak ceta sikit..s3 sepupu hubby pon penah masok manik tasbih dalam lubang idung waktu dia kecil.
Baru-baru ni baru wat operation kuarkan benda tuh.. bayangkan sesudah dia beranak lima baru dia tahu yg menyumbat idungnye itu hanyalah sebiji manik. Nasib benda tu tak bawak virus yg membunuh.. kalo tak entah lah Labu...
kakmon a.k.a nina suria @ninasayu.blogspot.com
atie,
terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog yus yang tak seberapa ini. Kalau nak tahu, kita memang nakal kecik2 dulu, tapi boleh tanya pulak bila anak sendiri nakal dapat dari mana.....huhuhu
Kak Syikin,
Wah lagi hebat adik akak. Butang baju tu!! Macam mana akak keluarkan?? heheh
Kak Mon,
Terima kasih atas kunjungan balas. Silalah datang lagi.
btw, ramai juga yg berpengalaman masuk benda dalam hidung ni ek. Apsal baru sekarang buat operation kuarkan benda tu?? Selama ni ok ker dia??
x ingat guna apa.yg pasti akak cungkil ia keluar :D
hahahahha... bagus cerita ni... nasib baik masukkan sebijik je... kalau masuk sebalang nta apa cerita nak tulis kat sini...
Ijinkan hamba menceroboh disini... disebabkan Yus duk dikampung den.. Sheffield... Sungguh rindu dgn keadaan disana.... Naik bus Selangor (merah/kuning) mahupun trem ker Meadowhall...
muahahahah...baca cerita ni senyum sorang2, pastuh bila baca sape tuan punye badan terus tergelak!
blh tahan lasak yer...:-p
W stand for wati yea....hihihi.
muahahhaha...cover nih...besalah kanak2 bijak memang kreatif!!!muahahaah...salam kenal yus!!
izhal,
kalau sebalang...mana boleh masuk!!heehhe.
nbk466,
fuiyooo, kg kat sini, bila nak balik Sheffield?? Salam kenal dari saya.
nani,
saya baca balik pun, tergelak besar....
ajzie,
pandainya teka....Well Done ajzie, Aqil biasa macam tu ler....kalau dia tanya kita jawab n dia puas hati...Well Done Ibu...heheh
MR,
terima kasih atas kunjungan belas...cover jgn tak cover gelak tu.
Post a Comment