Sunday, April 29, 2007

6 tahun...

Hari ini genap 6 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Aku masih ingat sewaktu kami mula2 kenal 13 tahun yang lalu. Masa itu, masing-masing masih macam budak-budak, masih sibuk tunggu keputusan SPM keluar. Aku pun tak pasti bagaimana boleh tersangkut dengan budak kecik yang mereka panggil 'parque dinque' itu. Bermula dari kursus bahasa inggeris yang kami sama2 ikuti, persahabatan terus berpanjangan walaupun kami belajar di universiti yang berlainan. Akhirnya ikatan perkahwinan menyatukan kami pada 29 April 2001.

Aku bersyukur kami bahagia sampai sekarang bersama dengan 3 orang cahayamata yang amat kami sayangi. Doa aku kebahagiaan ini akan terus berpanjangan hingga ke akhir hayat kami.Semoga kehidupan kami sekeluarga di rahmati Allah, terpelihara daripada anasir-anasir jahat, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik tanpa sebarang penyakit yang merbahaya. Alam rumahtangga memang besar tanggungjawab dan dugaannya. Semoga kita dapat memikulnya bersama dengan baik kan bang .Sesungguhnya segala yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu daripada kelemahan diri aku jua.
Happy Anniversary Abang!!
Sayaaanng abang!!
Blow Kiss


Nota sisi: Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-32 buat ayahanda Paiman Santri dan bonda tercinta Yunasteri Baba pada 26 April yang lalu. Semoga terus bahagia hingga keakhirnya.

Nota kaki: Aqil dan Alia kena chicken pox, kesian pulak tengok mereka, harap2 tak berjangkit pada Abid.

Wednesday, April 25, 2007

Botanical Garden Sheffield: 21 April 2007

Aktiviti jalan2 ke Botanical Garden Sheffield untuk melihat bunga2 di sana. Sepanjang berada di sana, aku memang asyik dengan bunga. Puas hati sebab kali ni dapat ambil banyak gambar, tahun lepas pergi tak excited sangat..hehe. Di bawah ni gambar2 yang telah aku buat collage untuk tatapan semua. Sila klik pada gambar untuk lihat image yang lebih besar yer....

Kalau kawan2 semua perasan, pokok pisang pun ada kat sana (tapi buahnya takde, tengok jantung pisang tu macam dah nak mati ajer..hihi)

Antara bunga2 yang aku sempat ambil gambarnya ...

Aku dan anak-anak

Aksi-aksi Aqil Zafran...

Aksi-aksi Alia Zafirah...


Setelah penat berjalan2 kami berhenti rehat sambil Aqil dan Alia makan aiskrim. Kesian mereka sebab ibu dia ni excited sangat ambil gambar..huhu. Kenalah upah aiskrim. Saksikan video mereka ni. Perhatikan memek muka Alia. Aksinya mencuit hati aku..

Oklah....salam buat semua...

Monday, April 23, 2007

Mimpi Jadi Nyata...

Senyum dulu sebelum teruskan entri ini.....
(N3 ni adalah kesinambungan drpd entri sebelumnya yer)

Buang tebiat agaknya aku ni kan, sampai termimpi-mimpi pulak nak ambil gambar bersama bunga2 kuning tu. Akhirnya mimpi aku menjadi nyata. Weekend kali ni memang jalan2 ambil gambar bersama bunga ajer kerja aku. Hari Sabtu ke Botanical Garden, Sheffiled. Macam2 bunga ada di sana. Bunga tulip pun ada. Nantilah aku tunjuk gambarnya pada entri yang akan datang. Kali ni nak tunjuk gambar bunga kuning ni dulu. Ada kawan kata, bunga ni mereka buat minyak (minyak apa tak pasti).

Jadi hari ini, pagi2 lagi kami dah keluar untuk ke Carboot. Tapi sebenarnya tujuan utama nak ambil gambar bersama bunga kuning tu, carboot jatuh nombor 2..hihi. Sampai saja di sana, terus cari parking yang paling dekat dengan padang bunga tu. Punyalah ramai manusia kat carboot tadi. Memang penuh tempat letak kereta dia. Turun dari kereta terus cari port yang paling cantik dan paling tepat lagi yang paling senang untuk bawa anak2 keseberang sana. Kawasan padang berbunga ni terpisah dengan parit yang agak luas juga dengan tempat letak kereta carboot tu.Nasib ada juga papan untuk merentasinya.

Baru kami anak beranak nak melintas papan tu, terdengar satu suara, "Yus nak pergi mana tu?" (suara dari seorang rakan yang dah habis pusing carboot masa tu). Hihi..apa lagi jawab nak ambil gambarlah kan. Rupanya dia dah ambil dah gambar bersama bunga2 tu minggu lepas. Dia terus pelawa untuk ambilkan gambar kami lima beranak. Apalagi....posing sakan ler..hehe. Inilah hasilnya.


Kawasan padang berbunga kuning tu...


Lima beranak beraksi....

Aku dan Abid (Tinggi juga pokok bunga ni)

Bunga ni dari dekat

Aqil dan Alia...

Ada gaya SRK dan Kajol tak??......haha


Selepas daripada tu, barulah kami pusing2 carboot. Dan oleh kerana Aqil dan Alia posing cantik untuk ibu dia ni, dapatlah mereka basikal seorang satu...(murah...rege kedua2 basikal tu baru £5)

Tu dia...Aqil dan Alia bersama basikal mereka. Bermain2 sebentar sementara menunggu kereta lengang sedikit. Tengah beratur panjang sangat masa tu untuk keluar. Memang besar carboot hari ini...huhu. Dari jauh, nampak tak kawasan berbunga kuning di belakang sana...

nota kaki: Terima kasih tak terhingga buat suami tersayang yang sporting melayan kehendak isterinya ini. Terima kasih yer bang....hihi.

nota tambahan: Baru lepas baca blog Faizah. Rupanya bunga kuning ini bernama bunga kolza...

nota budak baru belajar: Info dari mama sarahjiha bunga ni bernama rapeseed flowers. Bila saya taip dalam google untuk kedua2 nama bunga ni, image yang keluar sama. Mungkin kolza ni bahasa french kot. (added on 23/4 @ 9.02am)

Friday, April 20, 2007

Aku teringin benar.....

Sabtu lepas kami sekeluarga ke Loughborough menziarah kawan kami di sana. Dalam perjalanan melalui motorway untuk ke sana tu, di kiri kanan jalan aku nampak padang yang penuh dengan bunga kuning. Terus aku teringat pada satu cerita hindi yang aku suka sangat tengok iaitu Dilwale Dulhania Lejayenge (memang cerita favorite ni). Dalam satu adegan lagu ada scene di mana SRK dan Kajol menyanyi dalam padang bunga-bunga kuning ni. Cantik aku rasa. Teringin pulak nak bergambar bersama bunga-bunga kuning tu. Mesti cantikkan. Aku cakap dengan cik abang tak boleh ker berhenti ekk ambil gambar kat sini. Tapi itu motorway, mana boleh suka2 berhenti tepi jalan. Kenalah cari jalan masuk sebenar untuk ke sana. Tapi kami tak tahu jalannya.

Semalam lepas balik dari Universiti, abang cakap, kawan dia kata kat carboot Oldcotes ada padang bunga kuning ni. Waah..apa lagi, suka benar aku dengar. Dah lama tak pergi carboot sebenarnya, agak2 boleh masuk ker kat kawasan yg berbunga kuning tu untuk ambil gambar. Aku dah sampai termimpi2 malam tadi. Adeii..kes teruk pulak...Sekarang ni kan musim bunga, tu yg ada tu kan. Sebelum ni tak nampak pun...Ada sesiapa tahu tak apa ekk nama bunga berwarna kuning ni?




Inilah scene yang aku cakap SRK dan Kajol di padang bunga kuning tu,menyanyikan lagu Tujhe Dekha To Ye Jana Sanam....

Bang!! Ahad ni kita pergi ehh? Nak gak ambil gambar kat padang berbunga kuning ni....please!!!!

Di bawah ni pulak saja aku letak gambar terbaru Abid....


Wednesday, April 18, 2007

Sakura ker ni??

Akhir-akhir ni selalu tengok gambar bunga sakura di blog ajzie dan hanny. Selama ni aku memang tak pernahlah tengok pohon sakura depan mata, tengok kat gambar ajer. Memang cantik gambar2 dalam blog ajzie terutamanya kan. Bila asyik menatap gambar2 tu, baru aku perasan pohon yang di depan rumah dan di halaman belakang rumah aku ni, ada sikit2 macam bunga sakura pulak bunga2 di pohon tu. Aku tanya dengan cik abang sayang, "Bang, ni sakura ker??". Dia jawab, "Ye kot!!".Ha..ha..dah dekat 4 tahun tinggal di sini baru perasan ker? Kalau tak tengok gambar2 dlm blog ajzie aku tak tahu. Aku masih belum pasti sebenarnya, tapi bila aku tanya ajzie, dia kata betul sakura... Betullah ekk ajzie?? ...hihi

Lihatlah di bawah ni gambar2 yang aku ambil. Masih belajar teknik2 mengambil gambar menggunakan digital kamera daripada ajzie. Suka pulak ambil gambar sekarang ni..hehe

Inilah pokok yang di depan rumah

Bunga dia pink...



Ini pula pokok yang di halaman belakang

Berbunga putih...


Kawan-kawan...sakura ker ni?? Kalau bukan pun, aku rasa bunga dia tetap cantik kan...

Nota kaki: Aku akan tukar lagu setiap kali aku buat n3 baru. Kali ni kita dengar lagu sakura dlm bahasa Jepun ni yer...hihi

Tuesday, April 17, 2007

Hari Jadi Emak...



Hari ni hari jadi mak aku. Bila aku telefon dia pagi tadi, dia sendiri mulanya tak ingat hari ni hari jadi dia. Itulah mak aku. Bukan kisah sangat pasal sambutan ulangtahun sesiapa pun. Kalau hari jadi aku pun, aku telefon dia cakap, mak hari ni hari jadi Wati....baru dia ingat, lepas tu tanya berapa haribulan ni? Aku tak kisah pun, sbb aku tahu mak aku. Daripada kecik kami tak pernah di ajar untuk sambut hari lahir masing2. Paling kuat kalau dulu2, mak aku masak something special untuk kami. Itupun selepas diingatkan dulu, "mak, esok harijadi ...."(sesiapalah dlm keluarga).Tapi tidak ayah. Ayah sentiasa ingat hari ulangtahun anak2 dia. Pagi2 bila bangun, ayah akan ucapkan Selamat Hari Jadi di hari jadi kami. Bila aku telefon mak tadi, mak beritahu adik2 aku semua buat birthday suprised untuk dia malam tadi. Baru dia ingat hari jadi dia dah tiba. Terharu juga dia...

Aku tahu mak tak tengok pun blog aku ni. Manalah ada komputer di rumah. Adik2 aku ada juga menjengah. Namun untuk tatapan anak2 aku yang tak pernah kenal pun siapa atok nenek mereka, aku letak gambar mak yang ada dalam simpanan aku ni di sini. Kesian anak2 aku tak pernah jumpa pun dengan mereka dan begitu juga sebaliknya.Ingatan mereka hanya pada Aqil, yg baru berusia setahun 6 bulan masa kami pergi dulu. Walaupun gambar dan video cucu2 mereka ni ada aku kirimkan ke Malaysia, tapi tak sama dengan menatap sendiri wajah cucu2 kesayangan mereka ni.

Hari ini 17 April, 2007 aku ingin ucapkan Selamat Hari Ulangtahun yang ke 52 buat emak tersayang Yunasteri Baba. Moga di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di pelihara kesihatan, dan sentiasa di bawah lindunganNya. Salam sayang dari kami sekeluarga di perantauan. InsyaAllah kita akan bersua kembali , walaupun jauh di mata, tapi mak sentiasa dekat di hati kami....mmuahh...

nota kaki: Bila aku tunjuk gambar tok mak dia pada Alia, dia cakap itu ibu..adeh. Ibu pun ibulah Alia...nanti tak lama lagi kita jumpa tok mak kay.


Tuesday, April 10, 2007

Kawan dari Bristol dan rambut baru Alia....

Hari Jumaat lepas kami di kunjungi oleh rakan seperjuangan dari Bristol. En Zaidi rakan En Din yang sama2 datang ke bumi UK ni untuk menyambung pelajaran, sama2 sedang bertungkus lumus untuk menghabiskan tugas yang masih belum selesai. Namun masih sempat untuk berziarah ke rumah sahabat handai, hilangkan tension sekejap sempena cuti Easter ni yer tak?

Mereka sekeluarga tiba dalam pukul 8.30 malam, bermalam di rumah kami, dan esoknya pagi2 sudah bertolak pula ke Liverpool. Walaupun begitu, malam itu tidak hanya berlalu begitu saja. En Din dan En Zaidi kita macam tak ingat nak tidur. Berborak sakan sampai ke pukul 1 pagi. Di tambah dengan seorang lagi rakan sebelah rumah kami yang kebetulan rakan sekolah En Zaidi satu ketika dulu. Mereka berjumpa semula setelah 18 tahun terpisah, kira macam jejak kasihlah ni. Apa lagi, bertambah panjanglah mereka berbual, mengimbau kembali kenangan silam sewaktu di sekolah sambil menjejak rakan2 lain yang sudah lama tidak berhubung. Terima kasih Zaidi dan Ati yang sudi ke teratak kami. Lain kali InsyaAllah kita berjumpa lagi.....

Hari Sabtu pagi selepas kawan kami ni meneruskan perjalanan, aku beriya hendak memotong rambut Alia. Semuanya bermula bila pagi itu selepas bangun dari tidur dan membersihkan diri, seperti biasa bila aku nak sikat rambut dia ajer, mulalah si kenit berambut kerinting itu melalak sakan. "Nanak ibu!!", terjerit2 sambil berpusing2 cuba melarikan diri dari aku. Geram sungguh. Dah beberapa kali aku cakap nak gunting ajer rambut dia yang panjang tu, tapi abahnya tak bagi. Sayang kata dia, kengkonon lawa sangatlah rambut Alia ni kan... Lawa tu memanglah lawa, tapi kalau nak di sikat bukan main payah, serabut pulak nanti yer tak? Kalau tengok Alia baru bangun tidur lagilah serabut, macam tak keruan aje rupa dia..hihi.

Akhirnya selepas menjemur kain di halaman belakang, aku pun ambil gunting dan sikat. Konon2 nak jadi tukang guntinglah ni, aku gunting separuh mcm tak jadi ajer (tak pernah gunting rambut orang aku ni). Jadinya abah dialah yang sambung...hehe. Gunting sampai paras bahu ajer. Hmm baru senang sikit nak sikat rambut dia. Kalau tidak....punyalah susah. Lihatlah gambar di bawah, takdelah nampak beza sangat kan.

Tengok gambar di bawah ni baru nampak beza kot. Gambar semasa rambutnya masih panjang...

Sehingga hari ini, nampaknya dia dah tak terjerit2 perkataan 'nanak ibu' tu lagi. Oklah tu, nanti bila dah panjang semula, baru dia buat macam tu lagi rasanya.Bertahanlah agaknya sebulan dua,mintak2lah kan...hehe

Friday, April 6, 2007

Sepetang di belakang rumah......

Sudah hampir semingu cuti sekolah berlalu. Ada lagi seminggu bakal dilalui. Bila Aqil sepanjang hari di rumah, rumah ni memang tak akan sunyi dengan suara-suara yang riuh, gelak ketawa, menangis, jerit-pekik mereka berdua. Macamlah dalam rumah ni ramai sangat. Cuaca pulak kejap cantik, kejap mendung. Tapi hari ini memang cantik. Aku sempat menyidai kain di belakang setelah agak lama hanya mampu mengantung kain basuhan di heater.

Bila saja aku hendak mengambil kain jemuran petang tadi, Aqil dan Alia tidak mahu melepaskan peluang untuk bermain di belakang rumah. Seronok betul aku tengok mereka. Abid pun tidak ketinggalan juga. Tambahan pula anak-anak kak Niza, jiran sebelah rumah aku pun ikut join sekali. Tambah meriahlah suasana. Aku dan kak Niza berbual2 kosong sambil memerhatikan mereka bermain.

Aku paling seronok memerhatikan gelagat Alia. Tapi Alia ni kejap2 panggil aku mintak tolong. Nak pusingkan basikal pun dia tak tahu. Asyik2 jerit..."Ibu!! Lalah!!", itulah ayat standard dia sekarang. Semua pun 'lalah', tak tahulah bila masa betul...huhu. Seronok rasa bila cuaca dah mula panas ni. Kalau tidak rasa terkurung aje dalam rumah dengan cuaca yang sejuk beku. Budak-budak ni dah sibuk cakap, "esok kita main lagi kan ibu!!". Diorang pun suka sangat dapat main kat luar tu. Ibu dia pun sama kan..hihihi

Sepetang bermain di belakang rumah memang tak puas rasanya. Esok kalau cuaca elok, kita main lagi kay....

Monday, April 2, 2007

Usaha tangga jaya



Perkembangan Abid terkini. Dia sudah mula meniarap. Kali pertama dia meniarap hari Sabtu lepas. Semalam dia mencuba lagi. Sampai naik semput aku tengok. Kesian pun ada. Percubaan pertamanya gagal. Namun, Abid tetap bersemangat untul meneruskan hasratnya.Dia mencuba lagi untuk kali yang ke dua. Akhirnya berjaya. Well Done Abid!

Abid juga dah pandai maju ke depan. Tapi bukan dengan meniarap, sebaliknya menelentang..haha. Dia begitu kuat menolak badannya menggunakan kaki. Walaupun dalam keadaan berbaring, sekiranya dia berhasrat untuk mencapai sesuatu, mulalah dia menolak badannya menggunakan kaki. Namun bila tidak berjaya, terus dia menangis. Rasanya itu lebih baik, ibu pasti akan membantu...hihi.Hari ini,dalam usianya yang baru 4 bulan 13 hari, aku berharap perkembangan dirinya berjalan dengan baik seperti abang dan kakaknya.

Di bawah ni pula video aksi Alia sambil menggigit bola. Bukan main lagi dia menggoyangkan badan.Aksinya membuat aku ketawa. Satu yang aku perhatikan, Alia tak suka melihat Abid meniarap. Bila dia nampak Abid berusaha untuk meniarapkan diri, mulalah dia jerit, "Ibu!Lalah (salah)". Selepas itu, dia datang dekat abid, dan berusaha menelentangkan Abid semula. Aduh! Kacau ni. Agaknya Alia tidak suka melihat perkembangan adiknya, atau dalam hatinya berkata, baby hanya perlu menelentang sahaja. Kalau begitu, bagaimana Abid hendak memahirkan diri dengan perkembangan terbarunya itu? Namun aku percaya, itu hanyalah halangan-halangan kecil yang tidak akan mematahkan semangat Abid....kan. Abid boleh!!