The rule of the game:
People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state this rule clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. Don't forget to leave a comment that says 'you are tagged' in their comments and tell them to read your blog.
6 weird things you don't know about me:
- Aku tak suka makan daging baru/segar. Aku lebih suka daging kotak/frozen. Benda ni sebenarnya mewarisi ayah aku. Kalau di rumah mak, biasa kalau dapat daging korban, kira daging barulah tu kan, mesti di simpan sekurang2nya seminggu dulu baru masak. Kalau mak aku masak jugak, maknanya cuma mak dan adik bongsu aku jerlah yg makan. Sampai sekarang pun aku tak berapa suka makan daging baru/segar ni. Kalau ada orang buat aqiqah, aku makan jugak daging yg dah di masak tu, tapi aku ambil seketul ajer. Kata orang bior tuan rumah tak kecik hati, aku nak makan banyak2, memang terkeluar balik jawabnya nanti.Kalau pergi kenduri pun, aku tak amik sangat daging, ada ayam, aku bedal ayam ajerlah. Aku rasa semacam jer bila makan daging segar yang terus di masak ni.
- Aku tak pandai pakai kasut/sandal yang bertumit tinggi. Sudahlah tinggi, tajam ajer bawah dia. Aku pelik sangat dengan perempuan yang suka beli kasut yang ada tumit tinggi ni....lepas tu punyalah tajam bahagian depan tu. Aku kalau beli kasut yg ada tumit pun, jenis tumit yang paling nipis dan lebar. Itu pun tak lama aku pakai. Kasut bertumit yang kira tinggi sikitlah yg aku pernah ada cuma satu, iaitu kasut hantaran kahwin aku. Itu pun aku pakai masa aku bersanding tu ajerlah, lepas tu mak aku yang pakai....boleh gitu.
- Aku juga tak pandai pakai handbag/beg tangan. Rasa pelik benor kalau aku nak bawak satu tu. Dah beranak pinak ni adalah juga beg, tapi jenis besar yg boleh masuk nappies anak, botol anak semua. Tak pun aku bawak jer beg plastik ker. Sebab tu aku suka baju kurung aku ada kocek. Senang aku nak masuk duit dalam tu, tak perlu handbag. Dulu kalau ke tempat kerja, aku bawak duit sekeping RM10, kad pengenalan dan lesen memandu. Benda alah ni ajerlah masuk dalam kocek baju kurung aku. Kalau skrg pun sama, bawak dompet syiling kecik ajer, masuk dalam jaket atau kot aku. Tak pun aku tak bawak beg langsung, bukan ada duit pun, pakai duit suami ajerlah...hehe
- Aku suka memandu berkaki ayam. Tak berapa pandai aku nak bawak kereta dengan berkasut. Dari dulu, masuk ajer kereta, start enjin, mulalah bukak kasut dan stokin semua baru aku drive. Aku lebih suka pakai selipar masa nak memandu, jadi senang aku nak bukak dan pakai semula. Kat UK ni pun sekali sekala aku bawak kereta, aku bukak kasut, kecuali waktu sejuk2. Terpaksa aku pakai kasut tu walau tak selesa, nasib dekat2 ajer destinasi yg aku nak pergi. Kalau jauh aku bukak juga....lagipun dah lama juga aku tak memandu di sini.
- Aku tak pandai makan ubat pil. Masalahnya semua ubat untuk orang dewasa skrg berbentuk pil atau kapsul, kalau dlm bentuk cecair tu rasanya ubat batuk jer kan. Kalau nak makan ubat tu, air dah habis dua gelas, ubat tu tak juga tertelan..tak tahu kenapa susah sangat aku nak telan. Sampai terkebil2 kadang tu nak menelan, sampai aku naik geram. Kalau nak makan ubat, aku mesti menyorok dulu, sbb nanti suami aku dok ketawakan. Nak makan ubat punyalah susah. Aku selalu pecahkan ubat tu kecil2 dulu baru aku cuba telan. Itu pun dah masuk air berapa kali dah. Agaknya sebab tu bila aku sakit atau demam, lambat sangat nak sembuh, takut makan ubat kot..huhu.
- Aku suka bau kiwi kasut. Ayah aku kan pencen askar. Dulu2 kalau time ayah aku dok kilatkan kasut atau boot dia dengan kiwi, aku mesti duduk sebelah. Bila ayah aku siap dan jemur kasut tu, aku pun ikut berjemur sebelah kasut tu sebab suka dengan bau kiwi tu. Dalam senyap2, kalau mak dan ayah aku tak nampak, aku ambil kiwi kasut tu, aku bukak aku cium baunya. Sampai sekarang pun, sekali sekala aku ke supermarket kalau di sini ASDA, aku akan singgah kat tempat kiwi kasut tu, aku bukak kejap dan ambil baunya...boleh gitu. Suami aku cakap pelik, mcm ketagih pulak, tapi takdelah setiap kali ke sana aku buat mcm tu, bila dah lama tak dpt cium bau kiwi tu, aku gian juga...adeiii...pelik ker aku ni...hihi.