Tuesday, September 26, 2006

Sekolah Aqil dan Rumah Kami di Sheffield

Entri kali ni takde nak cerita apa sebenarnya. Seperti biasa, tadi pukul 3 ptg aku ambil Aqil dari sekolah. Tergerak pulak hati ni nak ambil gambar sekolah dia ni. Nanti kalau dah balik Malaysia mesti Aqil lupa rupa sekolah dia di sini. Kalau letak dlm blog ni, dapatlah dia tgk bila dah besar nanti kan. Nama sekolah Aqil di sini ialah Greendlands Nursery Infant School. Kalau naik kereta, nak cari parking memang susah kalau datang terlambat sikit. Siap terpampang kat depan sekolah tu, kain rentang ni. Itu pun, bila time hujan, memang ler penuh. Ini sbb datang awal, jadi nampak lengang.


Alia memang lah seronok bila masuk jer sekolah abang dia ni. Boring agaknya dia di rumah dgn ibu dia. Tgk tu menonong jer dia kan. Ni kat depan sekolah lepas masuk pintu pagar.


Yang ni pula gambar di sekitar kawasan sekolah. Tempat2 bebudak ni main dan berehat biasanya. Gambar budak2 beratur tu, masa saya ambil gambar ni, mereka baru balik dari lawatan kot. Sebab semua baru turun dari bas dan masuk ke sekolah semula. Tak tahulah pelajar year berapa ekk...

Ini pula gambar kelas Aqil dari luar. Pintu warna merah tu ler menuju ke kelas dia. Kejap lagi nak ke sana ambil dia....hehe

Sementara menunggu Aqil, Alia bermain slide.

Tak sempat nak ambil gambar Aqil keluar kelas. Ramai sgt ibu bapa di depan pintu. Sebelum pulang, Aqil dan Alia main slide lagi.


Ini pula gambar di kawasan rumah tempat kami tinggal sekarang. Macam kawasan taman ke kalau di Malaysia ekkk...Nilah dia jalan di kawasan penginapan kami di sini. Balfour Road namanya...Gambar di ambil dari belakang, bukan dari jalan masuk utama. Nampak tak Alia kat depan tu, sedang menuju ke rumah dialah tu...hehe

Ha!!!Ni ke rumah kami......OOO tidak. ini rumah yang berhadapan dengan rumah kami. Nampak cantikkan. Rumah no 68.

Inilah rupa rumah kami di sini. No 71, Balfour Road. Tu dia Aqil dan Alia di depan pintu pagar.

Hmmm dah 3 tahun sebulan kami menetap di rumah ni. Sejak tiba di UK ni tak pernah lagi berpindah-randah. Banyak kenangan di rumah ni. Alia pun lahir di sini. Lepas ni adik dia pun akan lahir di sini.(Erkkk..lahir di hospital, tapi di besarkan di sinilah... sampai skrg ni...hehe) Dan tahun ni kali ke 4 kami berpuasa di sini, dan bakal menyambut raya di rumah ni. Tak tahu lah tahun ni dapat tak buat rumah terbuka atau tidak. Dah makin sarat ni, tak larat nak masak bebanyak. InsyaAllah ada kot, tapi rumah tertutup, siapa datang, adalah makan...hehe dan kena inform dulu yer. Agak2 ada tak orang kampung nak datang yer.......hmmm dalam mimpi jerlah kot..haha.

36 comments:

tumismenumis said...

Waa...macam dokumentary la kak. Best, best entry yg "takder nak citer apa" ni.
Saya suka ngan banner tu, patut kat sini pun sekolah kena berani buat banner yg cenggitu la.

Anonymous said...

k yus, cantik2la gambar.. mst sedih kalu k yus dah mesia nnt sbb dah lama gak duk situ kan.. aqil n alia btambah2 comel la..geram tgk..hehe

Mama Sarah said...

CAntiknya rumah Yus! SEmi D gitu. Mesti mahal sewanya!

Baguslah ada sign depan sekolah Aqil. peringatan bagi mereka yang hantar anak naik kereta kan? Ada separuh sekolah yang letak signboard suruh hantar anak jalan kaki je.

blackpurple @ jowopinter said...

Bimmer E36 tu u punya..?

Nampak betul2 inggeris kan rumah2 tu... Dah kat UK. Memang la..hehehe

ontahsapo said...

best best byk gambar... eh kau tak pegi tgk EPL live ker kat stadium... isk isk bestnyer....

Unknown said...

mazudi,
mcm dokumentari...hahaha....
Dah tampal banner cam gitu pun diorang ni tak faham gak cikgu....especially time hujanlah.

ainn,
tulah..kenangan duduk di sini, aqil dan alia tu tambah nakal sebenarnya

mama sarah,
hehe...boleh tahan gak sewa rumah tu, dua bilik setengah jer...£330..

kalau tak tampal, memang sesak kat depan tu, nak2 time hujan turun. Itu pun masih ga ada yg tak faham bahasa.

Unknown said...

Ooo..bukanlah BP. Saya parking kat belakang lagi, tak mau dekat dengan school entrance kan...hehe.

English Style...dah lama usia rumah2 tu. Kalau rumah kami tu dgrnya dibina awal 1920an....

ontahsapo,
nak suruh aku pegi buat apa...tak minat pun....hehe

Cik Tat said...

besar rumah kakyus..kami kat sini boleh berangan je la nak sewa rumah cenggitu..mahal sgt..

Unknown said...

besar ker?? Ada yg lagi besar. Kecik jer dlm dia tu. 2 bilik setengah jer..hehe. Sheffield ni oklah, rumah masih murah berbanding tmpt lain di UK. Itupun dah start naik harga skrg ni.

Unknown said...

bersihnya... tak da sampah ke??? :)

FarahChan said...

alahai kak yus mcm best je kan duduk negeri org, kita dapat belajar something new.tapi paling menyedihkan bila hari perayaan ...
tapi kalau saya nak ke rumah kak yus nak ckp dulu ke?huhuhuhuhu...
selamt berpose ye kak yus&family ..

zino said...

yus
cantik dan bersih je tempat tu.. selai daun pun tak nampak.. sedap mata memandang..

ZaKiN said...

hujan emas dinegeri org kak yer.. kat negeri sendiri hujan batu kerikil..tapi rindu kat msia mesti membuak-buak huhuhu...!!

oldtown~Smell the Roses said...

akak,
Nani suka entry ni,byk gmbr n nice pictures. Wahh..ingatkan kat UK ni org2 sume berdisiplin, tak jugak eh. Dah letak bannerpun tak reti bahasa, agak2 letak kot bhs melayu baru diorg faham kan? Hmm..kalo kat Mesia buat mcm tu, rasenya ade org protes kan kan? Org kita kan sensitif skit.

Suka tgk perumahan kat sana. Even dah lama, tp still cantik. Very country! Kemas bersih. Kete pun tak bykkan? Parking kat depan tu je ke?Kalo kat Mesia, satu umah dah brape kete, penuh tepi jalan kete2 manusia.hihi..Agak2 la kan, kalo Nani tanam pokok besar mcm tu kat depan umah, blh ke? Hehhe..teringin lah kak!

oldtown~Smell the Roses said...

hmm, sabar jeklah..punyerlah nani comment pjg2, alih2 ilang.

Best n3 akak ni. Suka tgk gmbr2. ingatkan org-org sana sume berdisiplin, uper2 nya tak jugak ye. Agaknye, kalo letak dlm bhs melayu baru diorg faham kot. Hihi...Kalo kat Mesia letak banner mcm tu, mesti ada org tak puas hati. Org kite kan sensitif skit.

Suka tgk perumahan kat sana. Tenang, kemas, bersih. Even dah lama, tp still cantik. Very country! Parking kat depan umah tu je eh? Kalo kat Mesia ni, satu umah dah brape kete, so penuh ngan kete2 org je tepi jalan.Crowded. Agak2 kalo kat Mesia Nani tanam pokok besar mcm tu blh ke?Hihi..teringin la kak!Hahaha...

Unknown said...

aminbakish,
ada gak ler, kat depan rumah yus tu ada apa sampah..hehe

farahchan,
ada best dan tak bestnya duduk kat negeri orang ni. Kena pandai2lah kan.
Kalau farah nak dtg, boleh....sila2..hehe

kakZ,
sekolah dia tak besar sgt mcm di Malaysia kak. Kat Malaysia siap ada sessi pagi petang lagi, sini mana ada.

Unknown said...

bro zino,
ye ker?? Ada gak kekadang tu....sini kan ramai cleaner..hehe

zac,
memang dah rindu sgt ni zac....huhu

nani,
perangai orang, sama jer kat mana2 nani. Yang tak faham bahasa tu kebanyakkannya org Pakistan...

Waktu siang tak banyaklah kete, cuba mlm...berderet tu, ha'ah parking kat situlah biasa.

nak tanam pokok besar tu..haha...kalau time musim bunga, bersepah bunga kat bawah tu, tak larat tgk tau.

Sian dia sampai banyak kali hantar komen, kat shoutbox pun dia letak..hehe..akak buat enabled comment moderation lah..selagi akak tak publish, tak kuar lah dia....takpe, akak publish dua2 sekali, bagi nani puashati..hehe

Anonymous said...

yus... sonoknya tengok gambar oversea. MB pun teringat dan terimbau kenangan lama waktu kat US dulu. time tu dating2 dengan hubby hee..hee...

and for you take care ok!

-MB-

NBK466 said...

Oh..tidak...teringat2 semula kampung halaman ku itew...ari tuh siap mimpi lagi bawak mem gi sana...hu..hu..hu....Rindunya kat Sheffield...

NBK466 said...

Whhhuuaa...teringat2 kampung halaman ku itew...Punya ler rindu kat Sheffield dah 2,3 kali mimpi gi sana...siap bawak mem lagik...hu..hhu..hu...

ayu_mkay said...

yus.. raya ke31 nnt ayuMK p umah yus ekkk.. tggu tau...!

aNIe said...

Yus, seronok ye dapat tinggal kat negeri orang...semua tu jadi kenangan dalam hidup kita...

Cantik umah Yus...besar ye...rumah2 kat sana tak macam rumah2 di taman kat malaysia ni...

Unknown said...

MB,
hehe..terinat waktu dating2 yer...

Terima kasih, take care utk MB juga

nbk,
amboi!! sampai termimpi2 nampak.....takpe, tgk gambar ni ada hilang rindu tak??hehe

Ni mesti kes tak baca kat bawah tu, comment moderation has been enabled...bla..bla..sampai 3 kali hantar komen...hehe..sian dia, anyway tq. Saya publish 2 jerlah yer...

Unknown said...

ayuMK,
erkk..raya ke31....hahahaha..boleh2..sila2 jg tak datang....hehehe

kak lady,
ada manis dan pahit duduk kat negara org ni kak..

Besar ker?? Silap tgk tu, rumah tu semiD..sebelah tu rumah org lain, separuh jer tu...mungkin nampak besar dari luar kot...tapi kira selesalah kami sekeluarga duduk..alhamdulillah.

Anonymous said...

salam,

apapun, suka akak tgk kaler blog ni, cerah..SENANG nak baca hehe..rasa puas aje..

psss..akak teringin nak duduk rmh cenggitu..hehe

Mama Sarah said...

manis pulak pandang background pink

Kunci said...

Hi Kak yus, returning ur visit ni :). Sheffield? Alamak..kot-kot kenal abg ipar saya.

VitAmiN said...

ciri2 blogger tegar..
kalau tajuk takde nak tulis ape2,mesti panjang gak entry dia.hehe..kita dah jadi blogger tegar ek?akak punya date due bersalin bape hb ek?

Unknown said...

kak syikin,
yus pun rasa mcm gelap jer kaler sebelum ni. Nak bertukar cerahlah pulak, tu yg tukar background tu....hehe

Teringin yer kak duduk rumah cenggitu, alah sama jer ...hehe

Mama Sarah,
Percubaan ni, tgk apa respon pembaca, nampaknya ramai yg lebih suka kaler cerah,so rasanya akan kekal lama sikit ler...hehe

kunci,
tq visit blog ni kembali. Ada abang ipar di sini??? Siapa ekk namanya, kot2 kenal..hehe

liza,
hehe, akak tak setegar liza rasanya,hahah....banyak gambar jer tu, tu yg nampak panjang....hihi, lama gak pun tak update...

Unknown said...

liza,
ooopss terlupalak. Due date akak 18/11 ni...

Kunci said...

He's staying at albany road. is that far from urs?

Sastri said...

wow... bestnyer... ni yg wat teringin nak sambung belajaq kat UK nih...

azlissani said...

cantiknya suasana kat sana... bilalah bersedia nak gi kan... mmm insyaallah tunggu arissa besar sket

Unknown said...

kunci,
albany road?? erkk..mcm tak familiar dgn nama jalan ni?? Area mana tu ekk?? City, Darnall, Tinsley, Firth Park??

sastri,
kalau ada peluang nanti, belajaqlah lagi sas...hehe

desilza,
InsyaAllah, akan sampai gak tu nanti...kan..kan..

Anonymous said...

woww..kira mewah la ni, rumah 2 tingkat ye? kalau area london, tak dapat la rumah besor gini...

Unknown said...

mama,
sini tgk majoriti duduk rumah dua tingkat...mmg tak boleh samakan dgn area london...takdelah mewah pun, sengkek gak ni...