Hari ni Aqil mula bersekolah semula setelah lama bercuti. Sebelum ni nursery kelas cuma 2 jam setengah jer. Ni dah masuk kelas peralihan sebelum masuk year 1 dia rasa lain agaknya. Dulu sebelum cuti, nursery bermula pukul 12.30tgh hari, skrg ni 8.50 pagi dah kena sampai ke kelas. Taklah susah sangat nak suruh dia bangun pagi sebab dah beritahu beberapa hari sebelum ni hari ni mula sekolah. Tapi dia liat nak mandi. Biasalah....sejuk agaknya.
Setelah siap saya menyediakan sarapan hari ini (nasi lemak), abang pun balik dari kerja pagi. Aqil dah bersedia nak ke sekolah dengan beg PE dan beg bukunya. Kosong jer beg buku tu, semua barang kat sekolah, beg tu fungsinya untuk letak buku yang nak di pinjam dari sekolah. Sampai di sekolah, Aqil nampak excited, dapat tanda nama, cikgu suruh dia gantung jaket dia di tempatnya. Punyalah dia pusing cari nama dia, akhirnya jumpa. Tempat letak jaket dan kot tu dekat dengan tandas, terus saya tunjuk dia kalau nak ke tandas ke sini tau.... Ada tulis untuk girls n boys. Abang tanya dia "ni toilet untuk siapa Aqil?" pandai pulak dia jawab..."girls" pas tu pergi yg satu lagi....."boys". Saya ingat dia tak tahu baca perkataan tu.....Lepas tu terus pulak dia buang air kecil .......
Bila kami nak tinggalkan dia, muka dah mencemek. Cakap taknak...yelah kawan dia Darwish takde dah. Ada dia jumpa nama Darwish di tempat gantung jaket tu sebelum dia jumpa nama sendiri. Abang suruh saya keluar dari kelas dulu, lepas tu dia menyusul, menangis gak dia tapi tak sibuk ikut balik. Minggu pertama sekolah ni cuma sampai pukul 11.30pagi jer. Minggu kedua nanti sampai 12.15, lepas tu barulah sampai ke pukul 3 petang. Bagus juga sekolah ni buat penyesuaian dulu untuk bebudak ni. Yelah dah lama cuti, ada rasa lain sikit bila datang sekolah semula.
Bila saya jemput dia balik tadi, sibuk dia nak ambil beg PE dia dalam kotak yg disediakan. Cikgu dia kata tak payah, terus dia mcm nak nangis. Pergi kat saya, cakap "I want that bag...."Ketawa saya sekejap. Yelah beg tu isinya baju untuk PE session. Seminggu ada 3 kali, so, cikgu dia cakap biasa ambil balik akhir minggu ler untuk basuh. Pakai pun sekejap ajer kan...dia sibuk nak baju dia balik. Merengek2 kat situ. Pujuk2 baru ok. Tu pun cakap sebab balik nak singgah kedai beli coklat. Baru dia ok. Tapi muka sedih gak lagi. Nasib bila tanya esok nak pegi sekolah tak dia jawab ok. Maknanya dia sukalah tu. Macam manalah nanti bila dah masuk minggu ke tiga sampai petang tu. Saya pulak yang melebih ekk....Alah baru mcm sekolah tadika jer kalau kat Malaysia ni. Belum apa2 lagi...umur dia pun belum masuk 5 tahun. Ibu dia jer yg lebih2......
Alia pun ada perkembangan terbaru sekarang. Dah pandai panggil saya ibu. Kalau tak semua orang dia panggil abah, tak pun dia panggil saya abu. Seronoknya rasa bila dia panggil saya ibu tu... hehe. Dah nak jadi kakak pun dia kan....Saya rasa perkembangan Alia lebih cepat berbanding Aqil dari segi percakapan. Aqil dulu bercakap punyalah lambat. Mungkin sebab Alia dah ada abang, ada kawan ajak bercakap, tak macam Aqil dulu....dengan ibu dia ajer kan.

Hobi baru Aqil dan Alia. Bermain puzzle. Tengoklah gelagat si Alia dengan rambutnya tu. Tekun sungguh.....
22 comments:
eii geram nyer rambut anak dara kak yus tuh. Cute!!!!
Rayyan nak dapat adik kuat merajuk pula. Tak mo panggil mama...tapi panggil papa laju ajer :(
Eh bebudak lelaki mmg lambat cakap selalunyer kan??
Yus...cantiknya rambut dia tu..dah tu comel pulak...
Selalunya anak no. 2 memang lebih pandai bercakap...dan yang no. 1 lambat sikit...tapi bila dah pandai bercakap nanti tak menahan..
suka betul la rambut Alia tu... dia kerinting original ke buat2??? dia dah boleh kata ibu neee... heheh... susah sikit nak sebut ibu tu, sebab budak2 respect kat ibu sangat2... iyelah, mengandung 9 blan, menyusus pulak 2 tahun... bapak tergolek depan tv je kojo... heheh... tak semua bapak gitu le...
budak2 kadang2 buat macam tak tahu, rupa-rupanya depa banyak tahu seperti tahu membaca... jadi kita orang tua yang sebenarnya tak tahu apa depa tahu... hmmmm... Allahualam...
biasalah yus.. 1st time anak masuk sekolah mmg mak yg xcited..! hehehe
hehehe..sonok kak erkk layan kerenah anak2.. tambah2 biler meka nak membesar mcm alia tue..
cantikla rambut alia..susah tak nak jaga..
anak saya nama alia jugak, tp rambutnya skit
suka laa tgk rambut Alia tu... tingat citer Curly Sue... keskeskes
zakiah
semua yg jumpa dia memang geram dgn rambut dia tu...
alia pun kuat merajuk gak...bukan dia jer, aqil pun sama..huhu
agaknyalah zakiah, budak lelaki lambat sikit bercakap, tp bila dah pandai mcm aqil tu skrg, tak terlayan nak menjawab.
kak lady
cantik yer kak, tapi susahnya nak sikat.
hmmm yelah yus pun perasan mcm tu, anak no2 lagi cepat cakap.
izhal
originallah...dlm rumah ni sejak duduk UK takde sorang pun yg pi kedai gunting rambut, semua sendiri gunting...hehe, nak buat rambut lagilah.....haha
kenapa ek mesti abah dulu. aqil dulu pun mcm tu.
agaknyalah izhal, kita kadang rasa diaorang tak tahu jer...
ayumk
tulah kan ayu..telebih2 lak excitednya..hahah
zac
hehe memang seronok, tapi kadang2 poning kepala.....kecoh rumah ni selalu dgn telatah diorang.
mama singa
selamat dtg kemari. Amboi nama mama singa..takut saya..hehe.
susah jugak nak menjaganya, especially bila nak sikatkan dia. Selalu kusut, dan dia mesti lari.
sastri
Curly sue?? yus tak perasanlah ek cerita yg mana. Bila lepas mandi nampak ler cantik, cuba baru bgn tidur, serabut habis....hahaha
saya pun tak sabar nak sarah masuk sekolah. tp sarah lahir bulan 10. nxt year baru dpt masuk nursery. tp masa tu, kita dah balik msia :(
seronok tgk aqil n alia main jigsaw.
ya la, depa budak2 ni kan macam blurr je... tapi la ni saya berhati2 dah apa buat pasal gerenti anak sulung saya tahu... semalam tiba2 dia baca kotak yang tertulis perkataan apa entah... dia cam huruf... kalau benda complex macam ni pun depa faham, benda2 remeh apa lagi...
waa.. aqil dah big boy! nak masuk schoo dah. alia pulak..eee..geramnya tengok dia. how old is she now, yus?
Tgk dlm gambar diatas cam sayu jerk muka si Aqil..masih sedih sbb best friend dah balik M'sia ker? Nanti dah balik sini dpt geng semula lagi kot...
mama sarah
bila jangka balik ni MS??
izhal
yelah..diorang ni cepat ikut apa yg kita buat kan....
marlina
alia dah masuk setahun 9 bulan. Kalau ikut due anak saya no 3 ni, masa tu lagi 2 minggu baru dia cukup 2 tahun.
nbk
masa gambar ni di ambil si Darwish belum balik lagi, 3-4 hari sebelum diorang balik rasanya. Muka sedih tu sebenarnya tgh khusyuk buat jigsaw puzzle dia tu, plus suruh mandi tak mau, so, belum mandi tu....hahahaha.
comel anak dara tu.. geram tengok.. maklum le anak dara sorang je kat rumah ni.. hehe
yus, kita jangka balik antara bulan 3-5. tengok lah bila ticket murah. MALASNYA nak packing. tak start apa pun lagi ni. SEbab not really looking fwd to go back.
btw, sedap lah lagu ni. 1st time dgr lagu misha omar ni. Jakun sungguh. sedap and manja je suara dia.
yus, beta blogger pun tak boleh tinggal comment di non-beta blog juga. Unless kalau guna 'other' or anonymous.
ada kawan beritahu tak dapat tinggal comment dalam blog saya juga. ~frust juga tukar blog beta~ malas dah nak revert yg lama. malas nak godeh2 html codes lagi!
best yus masih boleh tinggal komen di blog beta saya. thanks yus!
cantiknya rambut Alia :)
sonok baca kisah Aqil.. dia dah pandai ek.. hmm semoga semuanya baik2 aje di sana..
sian Aqil rendu Darwish yer
Best kalau tengok gelagat bebudak ni...hehehe..
Wah..rambut si Alia tu bukan senang nak buat tu...Teringat kat 'curly sue'...Cute...! hehehe..
MR sekarang tengah risau macamanalah tahun depan nak hantar syasya ke tadika..Rambut Alia lebih kurang Syasya tapi baru2 terpaksa gunting rambut depan dia pasal nenek angkat dia bising rambut depan dia dah panjang kengkonon takut nanti mata dia dia juling itik...baba dengar cerita macam tu terus dia gunting rambut depan anak dara dia!!!
bro zino
harap sampai ke besar ler comelnya tu....takut perangai tak comeyy...saper nak jawab kan....
mama sarah
ooo mungkin lebih kurang gaklah kita balik ekk?? yus ada lah packing sikit2.
Sebnenarnya yus pun tak pernah dgr lagu ni sebelum ni. First time dengar terus terpikat, tu yg letak dlm blog tu...hehe
kalau beta blogger tak leh tinggal komen dlm blog biasa, kenapa MS boleh pulak ni?? Tak guna other kan...sebab nampak tulisan mama sarah tu kaler biru....hmmmmm ada musykil sikit.
ayu
rambut alia ni memang ada daya penarik...hehe
terima kasih ayu....aqil tu, lama2 karang oklah dia, mungkin lupa pun....sebab kecik gak lagi dia tu kan.
BP
sehati sejiwalah BP dan sastri....ingat curly sue gak tengok rambut alia ni...hehe
MR
yus pun ada gak bimbang takut dia juling air ker..dengan rambut dia tu, tapi tak buat apa2 pun..hehe. Tgk rambut syasya skrg pun dah tahu rambut diorang ni sepesen...hehe.
Post a Comment