Monday, May 29, 2006

Rumput oh rumput

Hari minggu kami kali ni takde apa yang menarik. Aktiviti biasa. Ahad ke Carboot seperti biasa. Hari Sabtu, tuan rumah kami Mr F yang kebetulan baru balik dari masjid, terserempak dengan abang yang dalam perjalanan dari kedai runcit berdekatan rumah kami. Apalagi, dia pun memulakan bebelannya seperti biasa. Semuanya pasal rumput di belakang rumah kami yang telah panjang. Memang nampak semaklah.
Minggu lepas dia dah beritahu saya, suruh potong rumput tu. Saya cakap, abang tengah sibuk sekarang, takde masa nak buat lagi. Saya pun tengok tak senang mata memandang. Saya tahulah, rumah ni kami dah duduk dekat 3 tahun. Tiap-tiap tahun, bila rumput tu panjang, kami mesti potong punya. Tak sabar-sabar Mr F ni. Dia kata nanti dia bagi mesin kalau takde mesin. Biasa kami pinjam mesin kawan.
Nak di jadikan cerita, rupanya dia dah bagi mesin rumput tu pada jiran sebelah, yang juga penyewa rumah beliau. Saya dan suami tak tahu. Dia pun sebenarnya suruh anak dia yang hantar. Jadi, hari Sabtu tu, bila dia nampak rumput masih panjang, mulalah dia bising, kata dah bagi mesin pun tak nak mesin rumput tu. Abang yang tak tahu hujung pangkal ni, angin ler juga. Mesin dia yang lama dah pernah hilang, jadi dia ingat kami hilangkan mesin dia lagi. Padahal yang dulu tu pun, anak2 dia ambil agaknya. Sebab biasa mereka anak beranak pakai masuk jer ke stor belakang kalau ada apa2. Sekarang ni, kami dah beli mangga baru, untuk stor belakang tu. Takut juga, sebab banyak juga barang2 kami letak di situ.
Mr F mulalah cakap kata kami tak pandai jaga barang yang dia bagi. Sibuk ler dia mengungkit kata rumah kami ni sewanya murah berbanding rumah dia yang lain. Saya dan suami tahu, dia memang dah berapa kali nak cari jalan naikkan sewa rumah kami ni. Dulu dah naik sekali. Biasa kami berurusan dengan anak dia yang sulung. Mr F cuma penasihat aje. Rumah sewa semua atas nama anak dia ni. Jadi, dia bising2 pun, kalau anak dia ok tak jalan juga. Nasib baik. Anak dia dah janji, tak akan naikkan sewa lagi. Mungkin dia tak senang hatilah, sebab rumah sewa yang sebelah ni dah naik 30pound semenjak penyewa bertukar. Kami ni dah menetap di sini hampir 3 tahun. Rumah sama juga, asyik nak naik sewa mana boleh. Lepas tu mulalah dia pusing tengok2 barang kat dalam stor kami tu. Barang kami pun dia ingat barang dia. Sibuk dia nak ambik. Geram juga dengan Mr F ni. Bila abang tunjuk yang mana dia punya barang, tak nak pulak dia ambik.
Selepas Mr F balik, abang suruh saya tanya jiran sebelah kami, (Mrs A) betul ker ada anak dia hantar mesin rumput. Yelah...dah dia ingat hantar pada kami, pas tu sibuk kata kami hilangkan, kenalah selidik duduk perkara sebenar. Suami Mrs A takde di rumah, kami tahu tu, sebab suami dia kerja di restoran. Tu yang abang suruh saya pergi tanya. Rupa-rupanya betullah ada pada Mrs A. Tak pasal-pasal kami yang di salahkan. Pada Mrs A pun dia dah bising juga rupanya. Mrs A kata pakailah mesin tu. Sebab dia dah guna pun.
Jadi, petang Sabtu tu, abang mesin ler rumput di belakang rumah kami, walaupun sebenarnya plan mula-mula nak bawak anak2 pergi jalan2 di taman. Hmmm...bagus juga Mr F bising2, kalau tak abang memang tak sempat nak buat dengan kerja-kerja dia yang memang dah sedia banyak. Saya nak buat tak pandai nak pegang mesin pun..ahaks.
Dibawah ni gambar yang di ambil setelah selesai mesin rumput.
Gambar sebelumnya (masa rumput masih panjang ) lupa nak ambik. Hehehe..
Ni baru jer selesai mesin
Hari ni nampak ok sikit, mungkin sebab rumput tu dah kering sikit.
Teringat pada lagu kanak2 lama..bahagian yang dia kata,
Rumput oh rumput kenapa engkau panjang,
Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku.
Tapi kali ni kena ubah sikit,
Rumput oh rumput kenapa engkau panjang,
Macam mana aku tak panjang, cik abe tak potong aku....ahaks.
Oklah, kepada semua pembaca, enjoy your day. Sayonara....

Friday, May 26, 2006

Sayang....maafkan ibu.

Malam tadi Alia buat perangai. Sampai pukul 11 pun masih tak nak tidur. Beberapa kali cuba tidurkan dia..dia masih seronok nak main. Ketawa terbahak-bahak dok main kereta mainan abang dia. Tengah2 malam buta takut juga jiran2 sebelah bising. Aqil dah lama di buai lena. Abang pulak dah tido kepenatan. Pukul 8 mlm baru sampai rumah, lepas jer makan malam dan sembahyang maghrib, dia dah tak boleh nak bukak mata. Kesian juga kat abang. Biarkan jerlah.

Saya masih melayan kerenah Alia. Mata dah mengantuk. Saya cuba sekali lagi, bagi dia susu botol, akhirnya dia telelap. Sejak 3 minggu dia mula hisap susu botol sepenuhnya ni, dia memang susah sikit nak lelapkan mata. Saya sengaja berhentikan susu badan awal sikit, sebab yelah...dia bakal dapat adik lagi. Takut nanti dah ada adik, masih nak menyusu, susah pulak. Ini pun baru dia nak susu botol sepenuhnya. Susah jugalah nak suruh dia berhenti.

Akhirnya saya pun terlelap sama. Entah kenapa, pukul 1 pagi dia terjaga lagi. Tepuk-tepuk suruh tidur tak nak juga. Abang terjaga dari tidur. Dia tolong buatkan Alia susu lagi. Habis jer susu sebotol, mata dia terus segar bugar. Mula start nak main balik. Terjerit-jerit dia main sebab nak dapatkan perhatian kita. Tunjuk kat saya kereta mainan abg dia sambil menjerit Ata!!! Lepas tu ketawa lagi. Dalam hati dok cakap, apa kena dengan anak aku ni. Tak pernah2 dia buat perangai maam ni. Aku dah mula pening kepala. Tengok jam dah 1.15pagi. Aku masih belum solat isya' . Tadi ingat lps tidurkan dia nak solat, yelah isya' skrg masuk pukul 11.22mlm. Selalu macam tu, nak tunggu masuk waktu, tidurkan anak2 kita tertidur sekali. Biasa abang akan kejutkan bgn solat sbb dia biasa tidur lambat, buat kerja dia. Malam tadi dia pun nampak letih sangat, sama2 tertidur. Subuh pula pukul 2.30. Ada waktu lagi.
Lepas solat, saya tengok Alia semakin cergas. Perut saya pulak terasa lapar. Biasalah saya ni kan, lapar sokmo. Abang pun kata dia lapar. Kami sama2 kedapur, malas pulak nak makan yg berat2. Saya buat roti bakar, makan dua keping. Abang makan mee yg saya buat mlm tadi. Lepas makan tengok tv sekejap. Alia semakin lincah bermain. Yang pelik tu, dia macam excited sangat, terjerit2 nak ambil perhatian kita. Padahal siangnya tu, dia cuma tidur dalam 1/2 jam. Biasa dia tidur dekat 3 jam. Pening kepala saya. Mata saya dah mula berat semula. Dah terlanjur bangun ni, tunggulah sampai subuh. Esok pagi nak kerja. Hai....kepala pulak mula rasa sakit.

Lepas solat subuh, saya layan lagi dia main sampai pukul 3 pagi. Abang pun dah tak ngantuk, sambung buat kerja2 dia semula. Dah tak tahan sangat, saya bawa juga dia ke katil, suruh dia tidur. Akhirnya Alia tidur juga. Lepas tu dah tak sedar apa dah. Tiba2 dengar suara Aqil menangis.

"Ibu nak kencing!!" Saya dengan tiba2 macam naik angin. Saya pun tak tahu kenapa. Tahan lagi perasaan tu, " Ha! pergilah kencing. Aqil kan selalu pandai pergi toilet sendiri".

Memang tiap2 pagi Aqil akan bangun, sibuk nak ke toilet. Dan selalunya bila saya cakap "pergi cepat", sambil tengokkan dia, dia akan pergi sendiri, lepas tu masuk tidur semula. Tapi kali ni dia pun buat perangai. Terus jer merengek, hentak2 kaki dia sambil jerit kat saya, "Aqil nak kencing!!". Saya terus tak dapat tahan perasaan marah, mata dahlah mengantuk, temankan juga dia ke toilet sambil mulut saya bising, "Tak tahu pergi sendiri ker?? Biasakan Aqil pandai". Saya bukakan lampu bilik air tu, entah kenapa dia tak sempat bukak seluar, terkencing kat situ. Lagi ler saya naik hangin. Saya pukul kaki dia sambil marahkan dia. Abang terjaga dari tidur. Saya pun tak sedar bila abang tidur semula.Terus dia cakap,
"Kenapa dengan ibu ni?? Janganlah marah dia." Saya terdiam. Tersedar diri rasa bersalah pukul Aqil. Dia menangis. Lepas saya buka seluar dan bersihkan dia, abang take over, pakaikan seluar lain. Saya terus masuk bilik, tarik duvet, tiba2 air mata terus menitis. Dengan tidak semena-mena air mata saya terus mencurah-curah. Menangis yang tak dapat di tahan-tahan. Saya memang macam ni sekarang. Selalu jer naik angin, lepas tu bila tersedar, baruler rasa bersalah yang amat sangat. Tersentuh hati saya bila abang tegur begitu tadi. Apalah salah si Aqil tu, sampai saya marahkan dia. Ibu apalah saya ni kan. Saya menangis lagi, sampai rasa macam nak muntah. Aqil masuk ke bilik saya.
"Ibu.....what happened ibu??", dia bertanya dengan suaranya yang manja. Dengar jer suara dia cakap macam tu, terus air mata saya mencurah lagi. Dia terus baring sebelah saya...diam memandang ke arah saya..."Ibu!!!" Saya cuma pandang aje wajah dia, tapi masih menangis lagi. Tak boleh nak sebut apa dah. Sayu rasa hati saya. Aqil diam seakan faham situasi saya. Lama2 dia tertidur.
Abang pulak muncul. "Kenapa menangis pulak ni??. Tegur sikit nangis...tulah dia." Saya bertambah sedih. Saya menangis sebab rasa bersalah pada Aqil, tapi abang menambahkan lagi rasa bersalah saya. Saya tak tahu nak cakap apa. Tutup muka..terus juga menangis. "Ibu minta maaf bang", dalam hati berkata...tapi tak terlepas keluar. Abang pun agaknya pening kepala. Yelah saya tahu, dia tension akhir2 ini sebab kerja2 labnya yang masih tak dapat result yang bagus. Saya menambah lagi ketensionan dia. Hua..hua...air mata menitis lagi.
Saya cuba kawal perasaan. Dalam masa yang sama, saya dengar abang ke bilik air mandi.Saya tengok jam di handphone saya, dah pukul 4.45 pagi. Saya biarkan dulu.
Abang keluar dari bilik air, bersiap2 macam nak ke Uni. Saya diam saja, takut nak bercakap dengan dia. Abang mula nak turun anak tangga, saya bersuara, "Bang...nak pergi mana??".
"Nak pergi kerja. Dah bengkak mata tu, tak kan ibu nak kerja, abg ganti ler." Aik??? Baru pukul 5 pagi. Saya diam lagi. Abang terus turun ke dapur. Saya ikut turun. Diam jer tengokkan dia. Dia terus masak air, keluarkan bekas, ambil tepung, bawang..macam nak buat cekodok ikan bilis. Saya biarkan lagi. Nak bercakap rasa takut yang amat sangat. Macam orang yang dah buat salah besar. Bila cekodok tu dah di kuali, terdengar pulak suara Alia menangis. Saya berkejar ke tangga. Tengok2 dia dah ada tercongok kat depan anak tangga tu. belum turun lagi, sambil menangis teresak-esak. Saya bawa dia ke dapur bersama, sambil melihat abang buat cekodok. Dalam hati saya tahu, mesti abang nak bawa bekal dan lepas kerja terus pergi Universiti. Saya semakin sedih. Semalam dia ada cakap hari ni tak nak ker Uni sebab tension kata dia. Nak buat kerja di rumah jer. Apsal nak ke Uni pulak. Mesti sebab saya ni. Sedihnya rasa.
Alia menangis tak berhenti2. Abang ambil Alia dari tangan saya. Bawa dia ke ruang tamu. Saya terus sambung tengok cekodok dalam kuali. Sambil tangan memegang sudip tu, saya beranikan diri bertanya, " Abang nak ke Universiti ker? Semalam kata tak nak pergi."
"Duduk rumah pun semua orang menangis buat apa?". Dengar aje jawapan abang, saya terus menangis lagi sekuat hati. Tak malu apa dah. "Tengok tu, nangis lagi. Tanya kenapa, tak jawab."
Saya terus peluk abang sekuat hati. Teresak-esak menangis sambil berkata..."Bang....ibu minta maaf bang. Ibu bukan sengaja nak marah Aqil. Ibu pun tak tahu kenapa ibu asyik nak naik angin je sekarang ni. Abang tanya, bukan ibu tak nak jawab. Tapi ibu rasa bersalah sangat marah Aqil, abang cakap macam tu, lagi ler tambah rasa bersalah ibu. Ibu nak jawab pun tak boleh. Lepas tu abang nak pergi Uni pulak tinggalkan ibu.Lagilah ibu rasa sedih sangat.Bang...maafkan ibu!!".Saya terus menangis lagi, rasa tak mahu lepaskan abang dari pelukan. Alia abang letakkan di kerusi. Dia tengok saya menangis, dia pun lagi bertambah kuat tangisannya. Macam nak lawan ibu dia pulak.
"Dahlah tu. Abang pun minta maaf jugak. Lain kali janganlah di marah anak tu atas perkara2 macam tadi. Dia budak lagi. Bukan dia tahu pun....ok. Abang pandang tepat ke muka. Saya hanya mengangguk. Ambil Alia, diamkan dia pulak. Selesai masak, jam dah pukul 5.30 pagi. Abang makan cekodok tu, di ambil nya sedikit masuk dalam bekas, untuk bawa bekalan.
"Abang nak pergi Uni jugak ker??" Cuba memujuk. Dia diam saja. Akhirnya dia tak jadi bawa bekal tu. Beg yang dia dah siap2kan pun di tinggal jer kat sofa. Dalam hati berbunga gembira. Sebelum abang pergi kerja tadi, sempat mencium tangan dia minta maaf lagi macam rasa pagi raya pulak. Selalu salam dan cium tangan jer. Takdelah adegan sadis. Rasa sayang sangat dengan abang.
Lepas abang pergi, buatkan Alia susu lagi, tukarkan lampin dia, tidurkan dia semula. Tengok Aqil kejap, saya cium kepala dia. "Sayang.....maafkan ibu". Air mata saya menitis lagi. Sensitif sungguh saya ni, tapi masih nak marah-marah kan. Apalah saya ni. Saya pun tertidur semula. Memang mengantuk pun mata, maklumlah semalaman tidur tak betul. Teringat pada abang....mesti dia pun mengantuk. "Maafkan ibu....bang".
Aqil bangun jer dari tidur, terus tengok saya, "Ibu...are you allright?", sayangnya Aqil pada ibu. Saya cium pipi dia, "Ibu ok sayang." Ibu sorry eh Aqil. Aqil sayang ibu tak??". Dia mengangguk. "Aqil nak ibu!!!" Saya tersenyum sambil memeluk dia erat.
Hmmm..tak sedar pulak saya dah menaip panjang berjela. Tak kisah ler. Saya nak keluarkan apa yang saya rasa. Lega rasanya. Dalam hati berharap, saya tak cepat naik angin lagi. Adakah mungkin pembawakan budak. Entahler. Kalau tak mengandung pun, saya selalu juga naik angin. Cuma, perlu lebih beringat...kan.

Wednesday, May 24, 2006

Alahai...biji asam jawa.

Ini adalah kisah benar yang berlaku sekitar tahun awal 80-an. Cerita ini mengenai seorang budak perempuan berusia 5 tahun bernama W. Dalam zaman tersebut, biasalah kan...budak2 perempuan ni biasanya suka main masak-masak, batu seremban, congkak dll yang saya pun tak berapa ingat dah. Begitulah juga dengan W.

Bila bermain congkak, W menggunakan biji asam jawa sebagai buah permainannya. Si emak W lah yang mengajarnya ni. Selain itu, W ada satu lagi permainan yg dia suka sangat main dengan menggunakan biji asam jawa. Saya pun tak tahu apa nama permainan ni. Tapi, ada setengah2 orang menggunakan biji saga. Mungkin ada di kalangan pembaca yang pernah bermain permainan ni.

Cara permainannya ialah genggam seberapa banyak biji asam jawa tu, kemudian tebarkan ke lantai. Kemudian, pemain pilih antara dua biji asam jawa yg dia nak lagakan, cuba buat garisan menggunakan jari antara kedua2 biji asam jawa tersebut dengan syarat biji asam jawa tu tak boleh bergerak. Kalau bergerak di kira mati, dan peserta seterusnya dapat giliran bermain. Tapi, kalau tak bergerak selepas buat garisan tu, lagakan antara kedua2nya, bila mengena antara satu sama lain, si pemain boleh ambil biji asam yg terkena tu....buat collection. Begitulah seterusnya sampai kesemua biji asam jawa yg ada habis. Tapi kalau tak kena, pemain seterusnya mendapat giliran bermain.

W memang suka sangat bermain permainan ni, sehinggakan dia ada simpanan biji asam jawa satu botol. Biasanya dia main bersama kawan2 sebelah rumah ataupun dengan maknya. Si emak dah berpesan, kalau nak biji asam jawa, nanti mak beri bila mak dah habis masak. Tapi, kerana terlalu suka permainan ni, bila biji-biji asam jawanya habis kerana kalah dalam permainan, dia akan ke dapur, mengambil asam jawa dan membasuhnya untuk mendapatkan bijinya. Emak W pun dah tak tahu nak buat macam mana dengan anaknya yang sorang ini.

Nak dijadikan cerita, satu malam sedang emak dan ayah W sibuk menonton tv, W khusyuk mengira biji2 asam jawa yang berada dalam simpanannya. Entah kenapa....budak-budak ler kan, dia memasukkan sebiji daripada biji asam jawa tersebut ke dalam lubang hidungnya. Yang suspennya, biji asam jawa tersebut agak besar dan kemudiannya tak boleh keluar dari lubang hidung si W. Dia pun mulalah takut dan cepat2 berlari memberitahu kepada emak dan ayahnya yang sedang leka menonton tv.

" Laaa..takde kerja lainker W. Yang W pergi masukkan dalam lubang hidung tu buat apa??" kata si Emak.

" Mana W tahu dia tak nak keluar"

Si Emak dah mula panik.

" Cuba hembus cepat. Nanti dia keluarlah"
W pun cuba hembus, tapi dia bukan hembus, makin di sedutnya ke dalam.

" Tak bolehlah mak, dia makin masuk", sambil merengek kerana takut. Emak W cuba menggunakan jari jemarinya untuk mengeluarkan biji asam tersebut, tapi tak boleh. Jari emak W lebih besar dari lubang hidung anaknya.

" Bang, macam mana ni??" si emak bertanya kepada ayah W.

" Tulah..dah cakap dah...buat apalah bagi budak tu main biji asam jawa tu." ayah W pun macam mati akal masa tu.

Emak W menyuruh W hembus lagi.Beberapa kali W cuba hembus biji asam jawa tersebut, tapi semakin dia cuba, dia sebenarnya makin menyedut biji asam jawa tersebut masuk lebih dalam. Masa tu, jam menunjukkan pukul 10 malam. Ayah W segera mengetuk pintu jiran sebelah. Kawan satu tempat kerja beliau.

" A boleh pinjam kereta tak? Anak aku tu buat hal. termasuk biji asam jawa dalam hidung. tak boleh nak keluar ni. Aku ingat nak bawa ke klinik lah. "

Ayah W memang tak ada kereta masa tu. Cuma motorsikal. Oleh kerana dah malam. dia rasa baik naik kereta sebab klinik terdekat agak jauh juga dari rumah mereka. Dalam kereta si emak tak henti2 membebel memarahi W. Siap kata....

" Biar dia, lepas ni tak ada hidung. Doktor potong hidung tu. Tak de kerja lain agaknya. Lepas ni..mak buang semua biji2 asam jawa W eh!!"

W semakin takut. Seram sejuk dia rasa. Masa dalam perjalanan tu, dia cuba lagi beberapa kali untuk hembus biji asam tersebut supaya keluar. Sampai di klinik, selepas mengambil nombor giliran, W duduk di sebelah emaknya. Ayahnya tak senang duduk...berjalan ke depan dan ke belakang. Dalam waktu yang sama si Emak masih lagi membebel sambil menakut-nakutkan W. Kata, hidung W nanti kemek ler, dah tak cantik ler. Tentu ler W semakin takut. Tapi dia tak menangis, sebab dia tahu itu salah dia. Dia hanya menunduk, masih cuba untuk keluarkan biji asam tersebut dari lubang hidungnya.
Tiba-tiba terdengar suara memanggil " YW bt P", nama W di sebut. Dengan tidak semena-mena, biji asam jawa tersebut terus terkeluar dari lubang hidung W.
" Mak!! dah keluar dah...W tak payah ler jumpa doktor," jerit si W sambil tersengih.
" Laa nko ni, takut sangat lah tu. Lagi tadi mak suruh hembus tak keluar2 pun, sebut jer nama terus keluar pulak".
Ayah W tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Di ambilnya biji asam jawa tersebut dan di bawa masuk juga berjumpa dengan doktor. Si Ayah dengan tersipu-sipu malu, menceritakan perihal kejadian kepada doktor. Doktor tersebut tertawa. Di pandangnya si W sambil berkata,
" Lain kali kalau buat lagi, mungkin tak boleh keluar tau. Nak buat lagi tak?"
" Tak nak!!!",
jerit W.
Begitulah ceritanya mengenai biji asam jawa. Hehehe...dan kalau anda semua nak tahu, W itu adalah saya. Sehingga kini, kalau saya masak guna asam jawa, kadang2 saya tersenyum sendiri teringat balik kisah ni. Memang tak boleh lupa sampai bila-bila.

Tuesday, May 23, 2006

ANDA MAMPU MEMBACANYA

Di sini saya ingin berkongsi dengan semua satu artikel yang saya terima menerusi email dari seorang kawan. Mungkin ada yang pernah membacanya tapi, bagi yang belum cubalah baca yer.

Jangan abaikan rencana ini kerana ia nampak pelik! Percaya atau tidak.

KAMU MAMPU UNTUK MEMBACANYA!

Syaa taidk dpaat pycreaa syaa mpmau utunk
fhaam apa ynag syaa bcaa! Syaa tbracea
klobheean meaujnkban mdnia msniaua.
Muernut kpadea hiasl kjiaan di Cmabrigde
Uinervtisy, taidk kria bnmagaiaa ssunuan
huurf daalm stau pektaaran, pkrarea ynag
pliang pneintg iaalh huurf pretmaa dan
tkhareir bredaa di tmpaet ynag bteul.

Ynag slehbinyea bloeh dlaam sbrauet mcaam
mnaa pun dan kmau miash bloeh
mmbeaynaca tnapa sarenabg mlasaah. Ini
knarea mdina misuana taidk bcaa siteap
huurf stau dmei stau, saeilkbyna kauusrhelen
ptkraaean slkeguias. Aijab kan? Butel! dan
syaa sllaeu fkiir slbeeum ini bwhaaa eaajn
aldaah sgnaat pinnteg!!!!



*amacam???...ada senang kaaa mau baca????..orait ler tuhhh..

Sunday, May 21, 2006

Jalan-Jalan di UK




Di sini ada gambar-gambar yang kami ambil di beberapa tempat yang pernah kami lawati sekitar UK, seperti di Bath, Bristol, York, Liverpool, London dll. Ada juga gambar yang sempat kami rakam ketika berkunjung ke Wales, Scotland dan Paris. Slide di atas saya ikut cara Kak Faez, (bolehkan kak) sebab kalau nak letak satu2 banyak pulak.

Ada juga gambar di belakang rumah kami, sewaktu winter dan gambar di Peak District. Boleh click pada gambar kalau nak tahu di mana...tapi minta maaf, tak semua ada discription. Agak lambat nak tambah discription tu, dan saya malas juga nak buat.

InsyaAllah awal bulan June nanti kami nak ker Cornwall dan Lands End pulak. Mungkin lawatan terakhir di sini, sebelum dapat pulang ke Malaysia. Selamat Menjamu Mata.

Saturday, May 20, 2006

Lapar

Sekarang ni saya ada satu penyakit yang saya sendiri tak tahu nak buat macam mana. LAPAR. Sejak saya tahu yang saya mengandungkan anak ketiga kami, penyakit lapar saya semakin menjadi-jadi. Baru lepas sejam makan, dah lapar lagi. Dari pagi tadi hingga waktu sekarang ni (pukul 3 petang) dah macam-macam masuk dalam perut saya ni. Tapi, sekarang ni saya masih lagi terasa lapar.

Masalahnya, kalau lapar biasa-biasa tu takpe lagi, tapi bila saya dah mula lapar tu, tekak rasa mual jer nak muntah. Perut pun macam tak sedap. Bila makan pulak tak boleh banyak-banyak, biasa boleh makan nasi sepinggan, ini tidak...separuh jer dari amaun biasa. Kalau lebih nak terkeluar jugak. Lepas tu dalam masa sejam, saya lapar lagi. Pukul 2 pagi dah tidur tu, saya boleh juga terasa lapar...yang tak boleh di tahan-tahan sampai ke pagi. Terpaksa bangun kejap, ke dapur...carilah apa2 yang boleh di makan.

Ini dah kali yang ke tiga, yang sebelum-sebelum ni tak pernah macam ni pulak. Suami saya sampai pelik tengok saya, dia kata apsal kali ni lain macam jer penangannya. Sampai dia cakap tak kan kembar pulak. Dahlah seminggu sebelum dapat tahu ada orang baru akan muncul dalam keluarga kami ni, cik abang saya siap mimpi kata dia dapat anak kembar tiga. Kecut perut gak saya.

Satu masalah lagi, bila asyik lapar ni, kenalah asyik dok pikir nak masak apa. Siapa lagi nak masak dalam rumah ni, sayalah juga. Tu yang boring jer kadang2 tu. Penat di buatnya. Dengan saya yang asyik pening dan mual aje, terpaksa menghadap kerenah anak2 lagi, lepas tu kalau terlambat masak, takde makanan......LAPAR lagi. Bila time macam ni, mulalah rasa.... seronoknya kalau ada kat Malaysia....lapar jer, malas sikit masak, belilah apa2 kat kedai ker, pasal malam ker...banyak makanan. Kat sini, nak apa pun kena buat sendiri. Kalau nak ke kedai makanan halal di sini (Kedai Pakistan atau Pak Arab), makanannya balik2 kebab, kari, chicken n chips.....tak boleh masuk dah.Kalaulah di kampung, bolehlah bermanja-manja dengan mak mintak buatkan itu dan ini. Mulalah rindu lagi nak balik Malaysia ni.

Walaubagaimanapun, ada hikmahnya saya di sini. Saya akui saya ni tak berapa pandai masak masa di Malaysia dulu. Kecik-kecik bila time mak masak tolong kupas bawang, siang ikan dan sayur jer. Lain semua mak yang buat. Bila form4 masuk boarding school, sampai ler keluar universiti, bila sekali-sekala balik rumah baru masak. Nasib baik juga masa di Universiti dulu duduk rumah sewa dengan kawan2, adalah masak sekali sekala. Bila dah kerja pun masak sekali sekala. Mula-mula kahwin dulu, barulah berjinak2 masak lebih sikit, itupun seminggu, dua tiga kali aje. Yang lain...balik kerja penat, sampai rumah pun dah dekat maghrib, jawabnya ke kedai ler. Hujung minggu pulak, balik kampung. Ke dapur setakat menolong, bukan jadi tukang masak utama.

Bila suami sambung belajar di sini, barulah terasa. Serba serbi, kena buat sendiri. Saya bersyukur dapat merasa tinggal di negara orang ni. Banyak yang saya belajar terutamanya bab masak-memasak. Mula2 dulu selalu telefon mak, tanya itu dan ini. Kemudian belajar dari kakak2 di sini. Sekali-sekala menjengah ke mesra.resepi.net. Macam2 resepi jugalah dah saya cuba. Cik abang pun siap puji dah pandai masak isteri aku ni. Bangga sekejap.
Entah apa-apalah yang saya merapu ni. Dah lapar balik ni. Terasa nak makan mee hailam ler pulak. Teringat pulak entri dari ajzie, ambil gambar makanan selepas masak. Lagi ler lapar. Oklah....nak buat mee hailam. Baru lepas makan nasi...dah nak makan mee pulak. Tak kisah ler kan.

Friday, May 19, 2006

Alia dan rambutnya


Hari ni rasa nak cerita pasal anak kedua saya. Bukan tak de cerita mengenai Aqil, tapi Alia ni ada lain sikit. Istimewanya Alia....ialah rambut dia. Saya pun tak pasti dia dapat dari mana rambut tu, abang punya rambut memang tak macam tu. Mungkin dari saya, kalau tengok gambar kecil2 adalah kerinting sikit. Tapi dah besar tak pulak...mungkin dah selalu potong. So, nampak ikal jer.

Mula2 dulu rasa pelik gak dengan omputih kat sini, ada yang tanya " Is it real?" ; " What a lovely curly hair, are they natural". Apa ingat saya ni takde kerja ker kecik2 dah pegi set rambut anak. Diorang macam impressed sangat tengok rambut si Alia ni. Dalam hati, alhamdulillah...itulah besarnya anugerah tuhan.

Saya pun tak pasti bila rambut Alia start kerinting. Kalau masa dia baru lahir dulu rambut dia lurus. Lepas saya cukur rambut dia, bila tumbuh balik terus jadi kerinting. Bila dia baru bangun dari tidur, lagi mengancam tengok rambut dia ni. Saya dan abang pun selalu tergelak. Dia cuma tersengih jer.

Alia baru 2 bulan. Rambut masih lurus.


Sekarang ni bertambah nakal. Banyak belajar dari abang dia Aqil. Saya nampak yang kedua ni lebih panjang akal dari abang dia. Lebih kuat merajuk, lebih kuat dengki dari abang dia. Kalau dulu masa dia kecil, Aqil memang suka dengki dia ni. Aqil seorang anak yg nakal dan lasak. Tak berapa dengar cakap kalau kita cakap pasal adik dia. Memang saya nampak dia jealous sangat dengan Alia. Masa Alia baru berusia sebulan setengah, Aqil pernah tarik dia dari atas katil ke bawah. Lebam lah kaki budak tu di buat dia. Masa tu saya masih dalam pantang lagi tak silap, ke bilik air sekejap, dok pikir Aqil kat bawah tengah menonton tv, saya tak terpikir dia akan naik ke atas kacau adik dia. Abang pulak di universiti. Bayangkan perasaan saya masa tu. Nasib baik tak ada apa yang serius.

Alia lahir di Sheffield. Keluarga saya, atau sebelah suami takde yang datang masa kelahiran dia. Bahkan, sampai sekarang pun kedua2 atuk dan nenek dia tak pernah lagi bersua muka dengan cucu dia yg satu ini. Jadi, masa dari dai baru lahir sampailah sekarang, semua saya buat sendiri. Dalam pantang dulu jangan cakaplah, tak terlayan dengan kerenah si Aqil yang selalu nak kacau adik dia.

Alia baru lepas cukur rambut

Mungkin sebab itu saya lihat Alia lebih independent berbanding Aqil, walaupun dari segi nakal dan kuat merajuknya kekadang dia lebih.


Alia terkini

Kini saya lihat kedua-dua anak saya ni semakin serasi bersama. Dah pandai berkawan baik. Alia kalau ada apa-apa, selalu ingat abang dia, tapi Aqil kita cakap baru dia nak share. Apa yang pasti, Aqil dah boleh sesuaikan diri, dan kurang sikit sifat cemburu dia pada Alia. Mungkin sebab dia pun dah ramai kawan. Kawan baik dia di sini Darwish (anak kak faez) dan Amir. Asyik2 sebut nama kawan2 dia kalau time dia boring. Boleh menangis dekat sejam kalau time dia kata nak Darwish...tapi kita busy, buat dunno jer. (Merajuk ler tu). Laa ni dah pandai sebut nama baru " Iman", kawan Pakistan yang sama belajar di Greendland Nursery.



Aqil dan Alia

Comel tak Alia pakai tudung

Saya berdoa semoga kedua-duanya akan jadi manusia berguna satu hari nanti. Impian ibu begitu tinggi sayang. Semoga menjadi anak yang soleh dan berguna di zaman yang penuh dengan pancaroba kini. Kekadang rasa takut melihatkan anak2 zaman siber ni yang terlalu pandai, sampai dah tak tahu hormat dengan orang yang lebih tua. Minta di jauhkan perkara2 seperti ini daripada keluarga kami.

Alia baru bangun tidor. (Tengoklah rambut dia)



Aqil dan Alia di pagi raya 2005

Melayang £300

Pagi ni aku tak berasa sihat. Pening jer kepala. Sebenarnya dari malam tadi kepala dah berpusing. Malam tu abang(husband tersayang) cakap takpelah esok dia gantikan aku punya kerja. Aku kerja part time (cleaner) kat sini. Bolehlah tambah duit elaun hubby aku. Nak kerja full time, siapa pulak nak take care anak2 di rumah. Nasib baik supervisor kat tempat kerja aku tu Melayu juga, jadi dia dah kenal dgn kami sekeluarga, so tak kisah kalau abang gantikan time aku tak sihat.

Nak jadikan cerita, pagi lagi abang dah keluar rumah hari ni. Aku punya time kerja 6am-8.30am, so 5.30 pagi dia dah keluar dengan kereta. Biasa naik bas aje tapi, sebab abang bercadang nak terus cari workshop untuk betulkan kereta tu, lebih baik bawa kereta. Dah hampir 3 minggu kereta tu ada problem dengan gearboxnya. Entahlah aku pun tak faham, tapi yg pasti ada minyak mengalir dari tempat gearbox tu. Takut gearbox rosak, kena betulkan juga. Lagipun kami bercadang nak berjalan jauh sikit awal bulan June ni, kalau tak settle takut pulak nak bawa kereta tu berjalan jauh. Dah dua tiga kali jugalah abang bawa kereta tu ker bengkel, tapi asyik tak jadi betulkan. Pertama kali bawa, masalah parts takde nak ganti, jadi kena order dulu. Nak tunggu order 3 hari baru sampai. Bila dah sampai, rupanya salah order part. Bukan salah abang, tapi salah dealer tulah, kereta kami model lain, dia pergi order untuk model yang lain.

Mula2 tu tak perasan sales person tu salah bagi information, dah dia cakap kita salahlah. Memang polisi dia tak boleh refund kalau dah tersalah beli. Termenunglah kejap sebab dah bayar dalam 100 pound. Banyak tu, boleh makan seminggu. Abang dah pening kepala. Nasib baik ada kawan yang memang expert pasal kereta model ni tolong bantu. Bila dia review balik, dapatleh kesan sales person tu salah print information mengenai model kereta kami. So, dapatlah duit refund dan beli lah part yang betul pulak. Bila dah dapat part, nak pergi betulkan pun satu masalah. Bengkel yang mula2 abang pegi tu asyik tutup aje. Macam tak nak buat pulak.So, hari ni abang nekadkan hati, carilah mana2 bengkel yang sanggup buat.

Dalam pukul 12.30tgh bila aku call abang dia cakap dah kat kedai tu. Oklah boleh settle kata abang. Part yang dia beli tu pun, memang dah betul. Legalah sekejap sebab rasanya takdelah mahal setakat bayar duit upah mechanic tu, sebab part kita dah bawa sendiri. Dalam proses repair tu, kena buka banyak component jugalah rupanya untuk sampai ker part yang perlu di ganti tu. Entah macam mana, susah nak bukak component2 tu.Ada satu bahagian tu screwnya tak boleh di buka, terpaksa di patahkan. Apalah punya mechanic. Jadi, kena ganti satu bahagian yang dah terpatah tu yang nilainya hanpir 500 pound. Terduduk abang di situ, mana nak cekau duit sebanyak itu. Nak cancel tak boleh, kereta dah terbarai, tak boleh jalan. Nak tak nak kena ganti juga. Nasib baik tauke bengkel tu telefon dealer tanya, and then dia cakap part tu tak perlu ganti keseluruhan. Separuh bahagian jer yang perlu diganti. abang telefon aku di rumah, minta pandangan, aku dengar jerlah...hai melayang lagi duit simpanan ni. Tapi ok kan jerlah. Kesian jugak kat abang, kereta tu untuk kegunaan bersama gak. Aku suruh abang confirm betul2 dengan tauke kedai tu, berapa jumlah keseluruhannya. Abang cakap dalam 300 pound. Baru sebentar tadi dapat sms dari abang kata semua dah ok. Jumlah kos repair 298pound. Kira 300 lah tu.

Kalau fikir pasal duit ni, boleh jadi pening. Abang selalu kata, aku ni berkira sangat pasal duit. Mungkin betul, aku kalau tak iya2 memang berkira sikit pasal duit ni. Nak dapatkan susah, nak habiskan seminit pun boleh. Kalau bukan untuk benda2 yang betul2 diperlukan, aku akan berkira2 dulu untuk keluarkannya. Yelah duduk jauh di rantau orang kan. Manalah ada saudara-mara yang nak menolong kalau kita tersesak nanti. Aku rasa ada lebih sikit untuk bulan tu, barulah aku beli barang2 tambahan yang aku inginkan. Itupun dah siap buat kira-kira dulu. Orang kata beringat sebelum terlambat.Bila dah terkena macam ni, kira kami dah overbudget untuk bulan ni. Ada hati nak pegi jalan2 next month tu. Tapi, yg ni dah plan dekat dua bulan. Kalau tak jadi, tak best pulak. Ini pun plan terakhir nak berjalan2 di UK ni sebelum abang semakin sibuk nak habiskan PHD dia.

Duit bukan boleh bawa ke mati ye tak. Adalah tu rezeki kami di mana-mana nanti. Mungkin rezeki anak-anak. Asal keluarga kami tetap bahagia dan gembira itu sudah cukup bagi aku. Abang....tak perlulah susah hati sangat. Keep the good work. Maintain your study. Cepat-cepatlah habiskan kerja tu. Tak sabar nak balik jumpa orang kampung ni.


Thursday, May 18, 2006

Percubaan Pertama

Salam Perkenalan buat semua.

Ini pertama kali aku cuba menulis sesuatu yang boleh di tatapi semua. Rasa takut ada, rasa ngeri pun ada. Sudah lama ada hasrat untuk mencoret sesuatu bagi melepaskan perasaan hati yang kadang-kadang sepi, gembira, sedih dan berbagai lagi. Sudah acap kali membaca blog kengkawan lain, seronok pulak rasanya bila sekali-sekala kita dapat melepaskan apa yang terbuku di dada tanpa sekatan. Boleh juga release tension.

Dari kecil aku dah bergelar anak rantau. Ayahku seorang bekas tentera so, paham2lah kan macammana kehidupan seorang anak tentera yg tak pernah duduk setempat. Dilahirkan di Muar, Johor...tapi rasanya tak pernah menetap lama di sini. Kemudian aku di besarkan di merata tempat, bermula di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor, Sabah dan akhirnya bila dah pencen keluarga kami menetap di Melaka. Bayangkan, aku pernah bersekolah di 8 buah sekolah, dari aku darjah satu, sehinggalah tamat SPM. Kata orang, jauh berjalan luas pandangan, ramai kenalan. Mungkin ada betulnya, tapi aku tak rasa aku ramai kenalan sebabnya dalam satu2 sekolah yang aku belajar tu, aku tak stay lama, lepas tu jauh2 lah jugak, jadi kebanyakannya terputus hubungan.

Mungkin sebab aku anak Muar yang tak pernah dibesarkan di tanah kelahiran sendiri, jodoh aku dengan orang Muar juga, yang memang anak jati Muor ler. Selepas berkahwin, kami menetap di Batu Pahat lebih kurang setahun lebih sebelum berhijrah pula ke Sheffield, UK kerana suami ku menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi. So, di sinilah aku masih lagi tak habis-habis di perantauan orang(dah rindu sangat dengan Malaysia). Sudah hampir 3 tahun aku di sini.Aku berdoa semoga suami ku dapat habiskan pengajian dengan jayanya dan kami semua dapat pulang ke tanahair.(Amin).