Wednesday, December 3, 2008

Gambar lama....

Hmmm....dah lama aku tak terajin dan terlebih masa seperti hari ini. Satu hari sampai 2 n3 baru dlm blog nih..razz.

Sebenarnya hatiku begitu teruja untuk mengabadikan dua gambar ini dalam blogku ini. Dua keping gambar lama yang aku jumpa selepas membelek-belek album lama dalam simpanan kami bersama. Sekeping gambar ibuku, dan sekeping lagi gambar ibu mertuaku. Kedua-duannya sama-sama cantik kan masa muda-muda dulu.

Ini gambar ibuku, يونستيري بنت بابا

Ini pula gambar ibu mertuaku, هاڤيڤه بنت إبراهيم.

Bila tengok gambar-gambar nih, aku dapat rasakan mesti teruja sangat dapat ambil gambar dalam studio. Yelah, masa itu tak seperti waktu sekarang. Bila2 masa boleh ambil gambar, guna digital kamera jer atau camera phone, dah boleh transfer dalam computer, dan boleh terus tengok hasilnya. Mesti bila nak ambil gambar di studio tuh, semua akan rasa seronok sangat, mencari pakaian yang terbaik untuk di abadikan dalam gambar. Dan mungkin kerana itu juga, mereka kelihatan begitu ayu sekali dalam gambar kan. Hmm...kalaulah aku boleh cari gambar ayah dan arwah abah masa muda dulu, mesti mereka pun begitu segak sekali.


nota kaki: agak-agak masih ada tak dalam simpanan mereka gambar2 lama tuh. Aku akan cuba mencarinya...

Bulan dan bintang tersenyum...

Rasanya ramai yang menyaksikan aksi bulan dan bintang di langit sepertinya tersenyum kepada kita semua pada malam 1hb Disember yang lalu kan. Bila saja berita tv3 menyiarkan gambar itu, kami sekeluarga turut keluar untuk melihatnya. Sayangnya kamera aku nih tak canggih, dan aku juga tidak pandai untuk merakamkan gambar dengar baik. Maka terhasil lah gambar-gambar di bawah.


Gambar nih mula-mula nampak gelap, tapi bila aku adjust cahaya dia, jadi macam nih pulak. Aku pun tak pasti, mana datangnya dot-dot kecil yang bulat-bulat tuh.


Tak berapa jelas kan?



Tapi bila aku zoom kan kamera aku, nih pula hasilnya...



Bila guna night view macam nih pula....



Yang nih adalah kut nampak seperti mata dan mulut orang, tapi cahaya bulan tuh kelihatan pecah, dan bintang yang membentuk mata sebelah kanan juga kurang cahanya, jadi tak nampak juga seperti tersenyum..



Gambar yang last nih barulah nampak jelas sikit.Itu pun sebab aku zoom kan dekat sikit..

Tapi kan, gambar yang di ambil oleh sahabat ku ini, memang nampak jelas sedikit.(Sila klik sini). Cantikkan.... سبحانالله
p/s: hmm tak jadi kerja lain bila mengadap blog nih...chow dulu.

Tuesday, December 2, 2008

Happy Birthday Alia...

Selamat Hari Lahir yang ke 4, buat puteri ibu Nur Alia Zafirah. Ucapan ringkas dari ibu dalam blog ini kerana ibu tak punya waktu untuk ber'dating' lama dengan pc ini...lol. Alia anak ibu yang baik, walaupun agak kuat merajuk, namun keletah Alia sentiasa mencuit hati ibu dan abah. Al-maklum, Alia nih paling banyak mulut, asyik pot-pet, pot-pet jer.Moga membesar menjadi anak yang solehah, baik budi pekerti, berjaya di dunia dan di akhirat yer sayang.

Sayang selalu,

'-ibu-abah-aqil-abid'

Friday, November 21, 2008

Jalan-jalan Kuala Lumpur

Minggu lepas aku mengikut SRD ke KL. Ada seminar di Crown Princess Hotel. Sempat merakamkan gambar2 ini semasa di sana.










Kolam renang di hotel Crown Princess


Align Center
p/s: lokasi dua gambar terakhir adalah di lobi hotel crown princess.

Thursday, November 20, 2008

Meningkatnya usia Abid....

Selamat hari lahir buat anakku Muhammad Abid Zulfan. Hari ini genap usianya 2 tahun. Dah besar rupanya anak bongsuku itu (erkk bongsu buat masa ini). Apa ekk ibu nak cerita pasal Abid. Abid anak ibu yang manja, selalu buat ibu ketawa. Paling lincah antara 3 anak-anak ibu. Paling nakal pun mungkin juga.

Abid paling cepat perkembangannya berbanding dengan kakak dan abang Abid. Baru berusia 2 tahun, Abid sudah pandai bercakap. Bercakap, dalam erti kata semua orang dah boleh faham. Tak seperti abangmu, atau kakakmu dulu sewaktu seusia dengan Abid. Mungkin juga pengaruh dari abang dan kakak. Abid cepat belajar, suka memanjat grill pintu depan rumah. Tinggi Abid panjat, kononnya nak cuba buka pintu grill tulah tu. Pantang nampak kunci, mulalah Abid tunjuk aksi nak buka sesuatu; pintu, almari,kereta dan seangkatan dengannya.Justify FullAbid kuat juga merajuk, pandai mengamuk. Kalau tak dapat barang yang di hajati, Abid akan terus merebahkan diri, tak kiralah dimana pun berada, tengah jalan pun boleh, dalam restoran pun boleh. Aduh!!!Ibu tak tahan kalau Abid mengamuk. Sakit kepala di buatnya.

Abid suka tengok bas. Sempena hari jadi Abid, abah belikan bas mainan untuk Abid, tapi tak sampai sehari, dah habis jahanam Abid kerjakan bas itu..huhu. Abid bermain dengan bersungguh-sungguh, sampai semua anggota bas itu hancur berkecai. Tapi ibu dan abah puashati melihatnya. Abid suka dengan apa yang kami beri padanya. Kalau nampak bas di jalanraya, Abid akan terjerit-jerit menyebut bas sambil menunjuk ke arah bas itu. Abid tidak akan berhenti menjerit BAS!! selagi ibu atau abah tak kata IYA!! BAS!!. Suka sangat Abid dengan bas. mrgreen

Abid juga suka dengan teletubbies. Seronoknya Abid dapat bergambar bersama teletubbies di KLCC kan...Satu lagi Abid sangat suka makan roti canai dan kuah kari. Suka benar ibu tengok cara Abid makan roti canai tuh. Penuh aksi, macam rasa sedap sangatlah kuah kari tuh...huhu.

Harapan ibu semoga Abid membesar menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Ibu tahu Abid anak yang bijak, sama seperti abang dan kakakmu. Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak ibu.


Cutenya Abid makan roti canai tuh...

Tapi bila mengamuk macam nih...aduhhh!! sakit kepala ibu tau!

Aksi Abid bersama ibu...


Abid bersama Atok Ayah, Aqil dan Alia

Happy Birthday Abid. Kami semua sayangkan Abid...
from : Ibu, abah, abang Aqil dan kakak Alia...

Monday, November 10, 2008

Konvokesyen Aqil dan Alia

Semalam hari konvokesyen buat Aqil dan Alia. Aku malas nak cerita panjang, jadi semuanya aku dah satukan dalam video di bawah ini. Namun begitu, video ini ada sekali majlis konvokesyen Aqil tahun lepas. Aku satukan dengan gambar2 pada majlis tahun ini bersama Alia. Biar nampak banyak sikit..mrgreen. Well...enjoy the pictures!! Kenangan yang pasti tak dapat dilupa. Congrats buat anak ibu Aqil dan Alia.


Friday, October 17, 2008

Kenangan di pagi raya pertama 2008

Raya pertama kami di Muar. Di rumah my MIL. Sambutan agak meriah kerana semua adik beradik pulang berhari raya. Di pagi raya, semua ada, kecuali adik yang ke 6 dan keluarganya (Pak Tam dan Mak Tam the 3 A's). Namun begitu, petang raya pertama tu, mereka turut bersama kami semua kerana paginya Pak Tam beraya di rumah keluarga mertua dulu...jadi gambar mereka saja tiada di sini.

Penerangan gambar bermula dari kiri ke kanan:-
(Gambar yang nih lupa pulak nak letak no...huhu)

Kiri atas :- Alia bersama sepupu yang hampir sebaya, Auni dan Marissa
Tengah atas:- Cucu-cucu perempuan keluarga ini (seorang tiada dlm gambar (Nurin Sofea ker namanya...alamak mak teh lupa lakredface )
Kanan atas:- Cucu-cucu lelaki keluarga ini ( 3 orang tiada dalam gambar iaitu Abid, Safwan dan Darwish)
Kiri bawah:- anak-anak buah sedang beratur, menunggu giliran mendapat duit raya dari Pak Anjang
Kanan bawah:- Sebahagian daripada keluarga besar ini...

Penerangan gambar:-
1) Keluarga Mak Long
2) Keluarga Pak Ngah
3)Keluarga Mak Uda
4) Keluarga Mak Andak
5) Keluarga Kami.....yeeeha..(pangkat dalam keluarga Pok Teh)
6) Keluarga Pak Anjang (sepatutnya no 6 Pak Tam, tapi takde gambar Pak Tam sekeluarga...tahun depan InsyaAllah ada kan Pak Tam)
7) Cik Ana, Tok Mak dan Busu Ajul
8) SRD bersama ibu tercinta Hjh Hapipah Binti Ibrahim

Penerangan gambar:-
1) Adik beradik lelaki SRD (seorang tiada dalam gambar)
2) 8 orang adik beradik yang ada pagi itu bersama ibu tercinta
3) Barisan menantu keluarga besar ini...
4) Tok Mak bersama cucu-cucuanda tersayang, yang mana bila semua balik, rasa macam havoc sungguh rumah itu...gamat satu rumah..huhu.
5) 3 kembar tak seiras...hehe. Mereka bertiga nih lahir pada tarikh dan masa yang dekat-dekat jer antara satu sama lain. Dari kiri Aqil (anakku) lahir 23 Februari 2002, Aiman (anak kak pidah) lahir 20 Februari 2002 dan Danial (anak kak pizah) lahir pada 25 Februari 2002. Kiranya pada tahun itu, Hj Mahzan dan Hjh Hapipah dapat 3 orang cucu berselang 2 hari bermula 20 Februari.....biggrin.

Dan tahun ini,cucu ke 20 keluarga ini di lahirkan pada hari raya ke 4 yang di namakan Nur Aisy Dalisya (errr betulkan ker ejaan nih pak anjang). Kalau tak silap itulah nama yang di dengar. Tahniah buat Pak Anjang dan Mak Anjang atas kelahiran puteri sulung mereka dari kami sekeluarga....

Tuesday, September 23, 2008

Cerita bergambar.....Salam Aidilfitri

Semenjak dua menjak nih dah makin malas nak update blog. Nak menulis panjang pun dah kurang mood. Maka dengan itu cerita bergambar jelah...

Minggu lepas berbuka puasa bersama nenek ku di kampung...Bermacam juadah tersedia. Ada sambal udang, rendang ayam, sup daging dan sotong masak sambal lada hiris menu dari mak ku yang terchenta...biggrin. Selain itu, menu dari mak usu pulak, gado-gado dan bubur sumsum. Tak lupa menu dari surau berdekatan, sebab pak usu bawa balik, dalca dan ayam masak merah. Kami pula hanya bawa menu dari pasar ramadhan, satay dan juga murtabak...hehe. Mak dah pesan tak payah masak apa2, datang makan jer...kihkih, tapi malu juga kalau datang tangan kosong kan...Airnya pula, air mata kucing, air oren sunkist dan juga air teh-o panas. Disediakan oleh mak usu n family.

Tak sempat nak ambil gambar juadah tuh semua, mula2 jer ambil dari jauh..hihi. Bila dah sampai waktu berbuka, terus ngap tak ingat apa....razz.Lepas waktu berbuka, sempat juga tolong pak usu dan keluarga menganyam ketupat. Mereka dah nak masak ketupat esoknya, buat 'munjung' kata orang jawa...

Dan oleh kerana puasa tinggal seminggu saja lagi, dan kebarangkalian blog ini bersawang amat tinggi, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua yang selalu bertandang ke blog ku ini. Ku pohon kemaafan, andai ada tesalah kata dan bahasa sepanjang kita semua bersama di alam maya ini. Maaf juga kerana akhir2 ini aku hanya membisu tidak menjawab komen2 dari kawan2 semua atau memberi komen di blog kawan2 sekelian. Harap tiada yang berkecil hati.


p/s: inilah baju raya pertama untuk anak2ku dari hasil jahitan tangan aku sendiri...razz

Kepada rakan2 di perantauan, semoga raya tahun ini tetap ceria dan meriah walaupun tanpa keluarga di sisi. Rasanya beraya bersama rakan2 di perantauan memang tak kurang meriah dan seronoknya. Aku sendiri sentiasa merindui saat2 itu...

Kepada kawan2 dekat, dan mereka yang mengenali kami, atau yang sampai ke daerah ini, jemputlah singgah ke rumah raya nanti...


Selamat meneruskan Ibadah Puasa...
Selamat Menyambut Hari Raya..
Ampun dan maaf kami pinta...
Salah dan silap harap di lupa...

Berhati-hati di jalan raya...
Pandu Cermat, Keluarga Selamat...
Salam Aidilfitri 1429
maaf Zahir & Batin...smilerazz