Wednesday, December 3, 2008

Bulan dan bintang tersenyum...

Rasanya ramai yang menyaksikan aksi bulan dan bintang di langit sepertinya tersenyum kepada kita semua pada malam 1hb Disember yang lalu kan. Bila saja berita tv3 menyiarkan gambar itu, kami sekeluarga turut keluar untuk melihatnya. Sayangnya kamera aku nih tak canggih, dan aku juga tidak pandai untuk merakamkan gambar dengar baik. Maka terhasil lah gambar-gambar di bawah.


Gambar nih mula-mula nampak gelap, tapi bila aku adjust cahaya dia, jadi macam nih pulak. Aku pun tak pasti, mana datangnya dot-dot kecil yang bulat-bulat tuh.


Tak berapa jelas kan?



Tapi bila aku zoom kan kamera aku, nih pula hasilnya...



Bila guna night view macam nih pula....



Yang nih adalah kut nampak seperti mata dan mulut orang, tapi cahaya bulan tuh kelihatan pecah, dan bintang yang membentuk mata sebelah kanan juga kurang cahanya, jadi tak nampak juga seperti tersenyum..



Gambar yang last nih barulah nampak jelas sikit.Itu pun sebab aku zoom kan dekat sikit..

Tapi kan, gambar yang di ambil oleh sahabat ku ini, memang nampak jelas sedikit.(Sila klik sini). Cantikkan.... سبحانالله
p/s: hmm tak jadi kerja lain bila mengadap blog nih...chow dulu.

6 comments:

aNIe said...

Masyaallah...indahnya ciptaan Tuhan...Akak cuma dpt lihat kat TV...menurut apa yang akak tau...ia dipanggil fenomena Kosmos...ia cuma belaku dalam 50 tahun sekali...

Rugi kerana tak dpt merakamkan gambar itu dengan terang...

AyunasiA said...

Lerrr cemana saya boleh tak terpikir nak tengok kat luar ek? Masa tu ingat benda tu berlaku kat tv3 tu je. Padahal bulan tu kan sama je kat mana2 pon kat mesia ni kan? Rugi la pulakkk...

Puteri Satu said...

salam..lama tak jengok yus..bebudak dah besar kan....peluk cium untuk anak2....

lady zaini said...

Salamz...
Saya pun cuba ambil gambar..tapi dah jadi macam UFO..huhu

Unknown said...

kak anie: tulah, skill ambil gambar masih kurang..hehe

ayuasia: kak yus pun mula tak terpikir, cik abang yang ajak kuar tengok..hehe

kak puteri: tulah, cepat jer masa berlalu kan kak..

lady zaini: salam...gambar dalam blog u tu cantiklah, yg tuh ambil dari mana??

lady zaini said...

huhu..tuh cilok jer tuh.
Cuba klik properties nya... :)