Thursday, November 20, 2008

Meningkatnya usia Abid....

Selamat hari lahir buat anakku Muhammad Abid Zulfan. Hari ini genap usianya 2 tahun. Dah besar rupanya anak bongsuku itu (erkk bongsu buat masa ini). Apa ekk ibu nak cerita pasal Abid. Abid anak ibu yang manja, selalu buat ibu ketawa. Paling lincah antara 3 anak-anak ibu. Paling nakal pun mungkin juga.

Abid paling cepat perkembangannya berbanding dengan kakak dan abang Abid. Baru berusia 2 tahun, Abid sudah pandai bercakap. Bercakap, dalam erti kata semua orang dah boleh faham. Tak seperti abangmu, atau kakakmu dulu sewaktu seusia dengan Abid. Mungkin juga pengaruh dari abang dan kakak. Abid cepat belajar, suka memanjat grill pintu depan rumah. Tinggi Abid panjat, kononnya nak cuba buka pintu grill tulah tu. Pantang nampak kunci, mulalah Abid tunjuk aksi nak buka sesuatu; pintu, almari,kereta dan seangkatan dengannya.Justify FullAbid kuat juga merajuk, pandai mengamuk. Kalau tak dapat barang yang di hajati, Abid akan terus merebahkan diri, tak kiralah dimana pun berada, tengah jalan pun boleh, dalam restoran pun boleh. Aduh!!!Ibu tak tahan kalau Abid mengamuk. Sakit kepala di buatnya.

Abid suka tengok bas. Sempena hari jadi Abid, abah belikan bas mainan untuk Abid, tapi tak sampai sehari, dah habis jahanam Abid kerjakan bas itu..huhu. Abid bermain dengan bersungguh-sungguh, sampai semua anggota bas itu hancur berkecai. Tapi ibu dan abah puashati melihatnya. Abid suka dengan apa yang kami beri padanya. Kalau nampak bas di jalanraya, Abid akan terjerit-jerit menyebut bas sambil menunjuk ke arah bas itu. Abid tidak akan berhenti menjerit BAS!! selagi ibu atau abah tak kata IYA!! BAS!!. Suka sangat Abid dengan bas. mrgreen

Abid juga suka dengan teletubbies. Seronoknya Abid dapat bergambar bersama teletubbies di KLCC kan...Satu lagi Abid sangat suka makan roti canai dan kuah kari. Suka benar ibu tengok cara Abid makan roti canai tuh. Penuh aksi, macam rasa sedap sangatlah kuah kari tuh...huhu.

Harapan ibu semoga Abid membesar menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Ibu tahu Abid anak yang bijak, sama seperti abang dan kakakmu. Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak ibu.


Cutenya Abid makan roti canai tuh...

video
Tapi bila mengamuk macam nih...aduhhh!! sakit kepala ibu tau!

Aksi Abid bersama ibu...


Abid bersama Atok Ayah, Aqil dan Alia

Happy Birthday Abid. Kami semua sayangkan Abid...
from : Ibu, abah, abang Aqil dan kakak Alia...

1 comment:

HappyIrfa said...

hepi belated b'day abid