Hmmm....dah lama aku tak terajin dan terlebih masa seperti hari ini. Satu hari sampai 2 n3 baru dlm blog nih...
Sebenarnya hatiku begitu teruja untuk mengabadikan dua gambar ini dalam blogku ini. Dua keping gambar lama yang aku jumpa selepas membelek-belek album lama dalam simpanan kami bersama. Sekeping gambar ibuku, dan sekeping lagi gambar ibu mertuaku. Kedua-duannya sama-sama cantik kan masa muda-muda dulu.
Sebenarnya hatiku begitu teruja untuk mengabadikan dua gambar ini dalam blogku ini. Dua keping gambar lama yang aku jumpa selepas membelek-belek album lama dalam simpanan kami bersama. Sekeping gambar ibuku, dan sekeping lagi gambar ibu mertuaku. Kedua-duannya sama-sama cantik kan masa muda-muda dulu.
Bila tengok gambar-gambar nih, aku dapat rasakan mesti teruja sangat dapat ambil gambar dalam studio. Yelah, masa itu tak seperti waktu sekarang. Bila2 masa boleh ambil gambar, guna digital kamera jer atau camera phone, dah boleh transfer dalam computer, dan boleh terus tengok hasilnya. Mesti bila nak ambil gambar di studio tuh, semua akan rasa seronok sangat, mencari pakaian yang terbaik untuk di abadikan dalam gambar. Dan mungkin kerana itu juga, mereka kelihatan begitu ayu sekali dalam gambar kan. Hmm...kalaulah aku boleh cari gambar ayah dan arwah abah masa muda dulu, mesti mereka pun begitu segak sekali.
nota kaki: agak-agak masih ada tak dalam simpanan mereka gambar2 lama tuh. Aku akan cuba mencarinya...
nota kaki: agak-agak masih ada tak dalam simpanan mereka gambar2 lama tuh. Aku akan cuba mencarinya...
20 comments:
Salam Yus,
Klasik!
Saya terpegun melihat kecantikan mereka. Air wajah yang jernih.
Selamat menyambut Hari Raya Korban.
Yus...cantik dan manis kedua2nya...memang teserlah kecantikan semula jadi mereka...
Mak akak ada juga gambar lama2...manis aje wajahnya...
Uwaa...mahal nih!
Saya pun nak simpan gambar parents yang lama2 kat blog juga, biar kekal. Sayang kalau dah rosak...kan?
Bunga rampai : Selamat Hari raya korban buat BR juga. Terima Kasih sudi lagi dtg kemari. Maaf dah lama tak menjenguk ke teratak BR. Klasik kan tengok gambar2 lama yang warna hitam putih nih...
kak anie: kalau tengok gambar ibu2 kita masa muda2 nih mmg ayu jer kan..
lady zaini: betul tuh. Kalau letak di sini, harapnya sampai ke anak cucu kita boleh tengok rupa moyang mereka..InsyaAllah..kan
p/s: baru kutahu saper lady zaini nih..hehe. Terima kasih selalu bertandang kemari..:D
Klasik sungguh gambar-gambar itu. Ayu. Macam bintang pelem 50-an. :)
gambar original tu...
yus
ibu mertua mu.. memang cantik lah.. sampai sekrang pun masih cantik.... dari dulu azi suka tgk muka dia, kan azi pernah info dengan Yus kan kan. Manis ajeee orang nya....
salam yus... baru berkesempatan untuk menjengah kat sini... wah wah... memang ayu sungguh mak dan juga mak mertua yus... suka tengok gambar-gambar orang dulu-dulu kan... :)
salam kak yus... wah.. tahniah sebab kak yus berjaya merealisasikan impian kak yus... rasa macam tgk heroin zaman P.Ramlee la...
a'a tul..cantik kan...cam pelakon tuh...
Salam kenal.. idea yg menarik ni.. simpan gambar hitam putih....
cantik laaa...
rambut org dulu mmg ade style!
kak yus...biler nak letak gambar awak dulu dulu plak...letak gambar omak jer. hehhehe....
suker tgk gamba lama2 nieh... klasik... :D
wah nie la ciri2 wanita melayu terakhir..he..he..
testing
cantik :) macam artis zaman dulu2..:D
Sungguh klasik gambar2 lama itu - dan... cantik! :)
Memang klasik kan kakcik. Jemput singgah ke blog kedua saya pula ye..
fuh, mesti jadi pujaan malaya dulu tu.heeh
Post a Comment