Tuesday, September 23, 2008

Cerita bergambar.....Salam Aidilfitri

Semenjak dua menjak nih dah makin malas nak update blog. Nak menulis panjang pun dah kurang mood. Maka dengan itu cerita bergambar jelah...

Minggu lepas berbuka puasa bersama nenek ku di kampung...Bermacam juadah tersedia. Ada sambal udang, rendang ayam, sup daging dan sotong masak sambal lada hiris menu dari mak ku yang terchenta...biggrin. Selain itu, menu dari mak usu pulak, gado-gado dan bubur sumsum. Tak lupa menu dari surau berdekatan, sebab pak usu bawa balik, dalca dan ayam masak merah. Kami pula hanya bawa menu dari pasar ramadhan, satay dan juga murtabak...hehe. Mak dah pesan tak payah masak apa2, datang makan jer...kihkih, tapi malu juga kalau datang tangan kosong kan...Airnya pula, air mata kucing, air oren sunkist dan juga air teh-o panas. Disediakan oleh mak usu n family.

Tak sempat nak ambil gambar juadah tuh semua, mula2 jer ambil dari jauh..hihi. Bila dah sampai waktu berbuka, terus ngap tak ingat apa....razz.Lepas waktu berbuka, sempat juga tolong pak usu dan keluarga menganyam ketupat. Mereka dah nak masak ketupat esoknya, buat 'munjung' kata orang jawa...

Dan oleh kerana puasa tinggal seminggu saja lagi, dan kebarangkalian blog ini bersawang amat tinggi, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua yang selalu bertandang ke blog ku ini. Ku pohon kemaafan, andai ada tesalah kata dan bahasa sepanjang kita semua bersama di alam maya ini. Maaf juga kerana akhir2 ini aku hanya membisu tidak menjawab komen2 dari kawan2 semua atau memberi komen di blog kawan2 sekelian. Harap tiada yang berkecil hati.


p/s: inilah baju raya pertama untuk anak2ku dari hasil jahitan tangan aku sendiri...razz

Kepada rakan2 di perantauan, semoga raya tahun ini tetap ceria dan meriah walaupun tanpa keluarga di sisi. Rasanya beraya bersama rakan2 di perantauan memang tak kurang meriah dan seronoknya. Aku sendiri sentiasa merindui saat2 itu...

Kepada kawan2 dekat, dan mereka yang mengenali kami, atau yang sampai ke daerah ini, jemputlah singgah ke rumah raya nanti...


Selamat meneruskan Ibadah Puasa...
Selamat Menyambut Hari Raya..
Ampun dan maaf kami pinta...
Salah dan silap harap di lupa...

Berhati-hati di jalan raya...
Pandu Cermat, Keluarga Selamat...
Salam Aidilfitri 1429
maaf Zahir & Batin...smilerazz

14 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Wah! Dah bersemangat nak sambut raya ek. Saya belum datang nafsu lagi nak beraya...maklumlah, dah tua.. :D

Unknown said...

BP:
Hehe..semangat untuk anak2 BP...hehe. Kalau saya pun dah tua..:D

Ajzie said...

Comeiiiiiiiiiiiii.. sure ibu dia baju sama corak n kaler dengan Aliah kan kan kan.....

Unknown said...

ajzie:hehehe...betullah tuh, mana boleh lain kan kan kan..kihkihkih

cikdinz said...

salam aidilfitri yus.
maaf zahir dan batin..

NBK466 said...

Typical N3 pabila dimulakan dgn ayat malas nak menulis or takde mood ke will end up panjang N3 itew..he..he..he.. Anyhow Salam Aidilfitri gak buat yus & family..

aNIe said...

Yus...rambut alia tu selalu menambat hati akak...hehehe

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dari akak buat Yus sekeluarga...

Kalau free nanti...ambil e-kad raya dari blog akak ...untuk semua teman blogger...

Tak sempat nak email/hantar kad raya pada kengkawan...terpaksa guna ekad je...

Mulan said...

waaahhh jahit baju anak2..!! salute betol..

selamat hari raya, maaf zahir batin..

FaEzHussain said...

Yus

Selamat berhari raya adilfitri.
Kami raya tahun ini, jajah semenanjung bhgn tgh dan pantai timur aje ahaks...KB-KL-KK-KL-KB

Maaf Zahir Batin

PS: baju raya anak2 dan kuey raya semua chap tunjuk, takde kesempatan nak bikin sendiri....keje kat opis belambak, tapi cuti tetap cuti....

13may said...

selamat hari raya...
maaf zahir batin :)

Bunga Rampai said...

Selamat Hari Raya Yus, maaf zahir dan batin.

Salam Aidilfitri :)

Puteri Ezza said...

Assalamu'alaikum Yus.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Bagaimana sambutan raya kat sana?

akirasuri said...

Selamat Hari Raya Kak Yus..
Maaf zahir batin.. :)

hanny said...

Selamat Hari Raya Yus. Lama tak masuk sini...