Wednesday, November 29, 2006

Update mengenai Abid

Salam buat semua,

Terima kasih buat semua yang memberi ucapan tahniah buat kami. Maaf saya tak dapat nak jawab komen sahabat semua satu persatu, terima kasih sekali lagi.

Ramai yang bertanya berapa berat Abid masa lahir. Saya pun lupa pulak nak tulis dalam N3 sebelum ni. Kecil saja anak saya ni, beratnya masa lahir 2.96kg. Ramai yang cakap kecik jer...tapi sebenarnya dialah yang paling berat masa dilahirkan antara ketiga2 anak saya. Aqil dulu cuma 2.65kg, Alia pulak 2.82kg. Hari ini genap 9 hari usia Abid. Hehe..baru 9 hari yer. Semalam berat Abid dah bertambah kepada 3.3kg, dalam masa 8 hari berat dia dah naik lebih kurang 400gm. Midwife saya siap terkejut, biasa dia kata takdelah naik banyak sangat dalam masa 8 hari tu. Ada baby yang beratnya makin turun, tapi Abid naik banyak pulak. Alhamdulillah, yang penting sihat kan. Muka dia pun dah berubah sikit sekarang ni. Dah nampak chubby sikit berbanding masa hari pertama dulu.

Keadaan sekarang dah semakin terkawal. Saya pun dah tambah sihat. Takde tukang urut yang pandai urut orang lepas bersalin, jadi tukang urut tak bertauliah En. Din yang tolong urut. Itupun bahagian perut dia tak berani, saya dok sengkak sendiri, bertungku sikit2 dan pakai barut jer. Kalau dulu masa bersalinkan Alia ada seorang kakak ni memang pandai urut orang lepas bersalin, tapi laa ni dia dah balik ke tanahair....huhu. Saya amat berterima kasih pada kawan2 disini yang bergilir2 tolong masak dan hantar makanan pada kami selama 2 minggu ni. Terima kasih juga pada Pn. Anita yang tolong buat air mandian serai wangi untuk saya. Rasa tak nak keluar jer dari bilik air tu bila mandi dengan air tu..haha.

Jamu ada orang Malaysia kirim untuk saya. Pada NBK...yang bertanya tu...takdelah saya makan jamu dari kedai Pakistan. Manalah ada jamu atau akar2 kayu di jual kat kedai Pakistan tu En. NBK oii....nak tergelak pulak saya baca komen kata beli akar2 kayu kat kedai Pakistan...hehe.

Di bawah ni gambar terbaru Abid bersama Abah, Abang dan kakaknya. Terima kasih juga pada yang beri hadiah untuk Abid yer.....


Oklah, berhenti di sini dulu. Sehingga di lain waktu, Salam.

Thursday, November 23, 2006

Kelahiran Muhammad Abid Zulfan (20/11/2006)

Salam Buat Semua,

Terima Kasih kepada semua yang bertanya sama ada penantian kami sudah berakhir atau belum. Ya..untuk pengetahuan semua saya telah selamat melahirkan anak ketiga kami pada 20/11/2006 pukul 6.10pm waktu UK. Putera kedua kami ini di beri nama Muhammad Abid Zulfan. Kira selang bunga lah ni....Pengalaman melahirkan anak ketiga ini saya rasakan yang paling sukar antara semua. Tak tahulah kenapa, tapi sakitnya agak lama berbanding dua yang sebelumnya. Mana kan tidak, dari hari Ahad 19/11 pukul 5 petang saya mula sakit, hari Isnin pukul 6 petang baru lahir, kira satu harilah sakitnya.

Namun begitu alhamdulillah, semuanya selamat, saya dapat melahirkannya dengan normal dan tak perlu di jahit pun. Syukur Allah memudahkannya di situ, kalau jahit banyak2 lagi susah saya nak bergerak dengan dua lagi kanak2 ribena yang nakal di rumah ni. Sekarang ni, mental saya perlu kuat untuk menghadapi kerenah anak2 saya yang lain. Hari pertama sampai di rumah semalam mereka dah buat perangai. Abid yang masih dalam car seat, abahnya letakkan di ruang tamu. Saya pun ada di situ, si abah naik ke atas untuk pasang heater, si abang dan kakak dok berebut adik yang di dalam car seat tu. Adegan tarik menarik berlaku, langsung tak dengar apa yang saya cakap, saya nak angkat car seat tu tak larat, tiba2 terlangkup car seat tu. Nasib si adik masik pakai seat belt, kalau tidak...... Itu pun dah cukup buat saya kecut perut, menjerit lah saya, sampai sakit perut ni.

Saya harap dapatlah saya bersabar sepanjang berpantang ni. Banyak yang perlu saya hadapi. Baru semalam di rumah, dah banyak gak yang berlaku, dengan Alia yang merajuk dengan saya. Dengan Aqil yang asyik nak cium adik dia, pulak tu asyik bergaduh dengan Alia konon nak tengok adik diorang Abid, dan macam2 lagi. Harap2 dapatlah saya hadapi dugaan ini. Kesian juga pada suami saya. Namun begitu..terima kasih banyak ye bang, kerana sentiasa berada di sisi saya sepanjang saya sakit waktu bersalin ni. Terutama masa dalam labour room tu. Tak lupa juga pengorbanan abang memasak, melayan kerenah anak2 dan yang lainnya. Kali ni lebih berat, tidak seperti masa Alia dulu sebab kali ni ada dua orang yang dah semakin nakal....Aqil dan Alia. Nakal2 mereka pun, masa tidur di hospital semalam tu, saya asyik teringatkan muka diorang. Kesian mereka terpaksa tidur di rumah kawan semasa saya bersalin tu. Terima kasih pada Kak Laila dan family yang tolong jagakan mereka semasa saya sakit dua hari tu.

Oklah, di bawah ni gambar dan video Abid yer.....Saya nak cerita panjang tak boleh sebenarnya. Banyak lagi nak cerita kalau ikutkan hati ni. Tapi, masa tak mengizinkan. Sehingga semuanya kembali terkawal. Ini pun curi masa sebab 4 yang lain dah tidur kepenatan. Tinggal saya saja yang berjaga..hehe. Terima kasih buat semua yang mendoakan saya. Doa anda semua termakbul, saya dan anak sihat. Harap2 tak akan ada tekanan lain...








Erkk..ada muka Aqil ker?? Atau muka Alia ekk?? Tapi rasa banyak ikut Aqil, tak tahulah, baru nak masuk 3 hari..banyak yang akan berubah nanti, kan...

Sehingga di lain waktu, salam....

Thursday, November 16, 2006

3 dalam 1

Assalamualaikum buat semua,

Ada 3 perkara berbeza yang saya nak cerita di sini. Tak tahu nak bagi tajuk apa jadi saya letak di atas tu 3 dalam 1.

1) Penantian

Betullah orang kata, penantian itu satu penyiksaan.... . Kalau ikutkan hati saya rasa malas aje nak update blog ni. Tapi nanti terasa lama sangat pulak tak update sehingga saya bersalin. Sampai sekarang masih menanti. EDD saya pada 18/11, maknanya ada 3 hari lagi sebelum tarikh due tu. Saya pun dah rasa tak sabar menanti kelahiran 'orang baru' dalam keluarga kami ni, lebih-lebih lagi bila orang asyik tanya, bila due...huhu. Kalau ikutkan pengalaman lepas, saya biasanya lambat dari tarikh jangkaan doktor. Aqil lambat 2 hari, Alia pulak lambat 4 hari. Erkk...adakah kali ini lambat 6 hari.... . Kalau betul...lama lagilah penantian kami ni akan berakhir. Hmm....tak kisahlah, yang penting anak ibu ni lahir dengan sihat dan selamat. Kasi canlah abang dan kakak bermanja lagi dengan ibu dan abah kan....hehe. Saya tak putus berdoa semoga kelahiran kali ini di permudahkan olehNya....Amin.

2) Email yahoo saya buat hal


Ini satu lagi perkara yang buat saya geram. Semuanya bermula Ahad lepas. Pagi2 lepas sarapan, bila saya buka pc dan cuba nak tengok email, keluar kat skrin tu, 'invalid user id' or 'invalid password'. Sudahnya saya tak boleh masuk email sendiri. Hari2 dah masuk, apa pulak yang salah. Saya memang tahu sangat id saya dan password saya tu. Tak lupa pun. Tension kejap. Tunggu hingga ke petang pun sama. Terpaksalah saya buat account baru.

Masalahnya sekarang, semua email address kawan2 ada dalam tu. Manalah saya ingat semua tu. Kenalah mencari balik ni. Kepada kawan2 saya yang biasa masuk blog ni, Azian, As, Kak Aida, Jo, Mas sesiapa juga yang mengenali saya, harap dapat email saya di alamat yang baru sebab yang lama tu saya dah tak boleh nak login. Email saya yang baru ialah maz_naz06@yahoo.co.uk. Dua tiga hari ni, bila bukak email aje, rasa kosong, tak seperti biasa mesti dah penuh . Sedih pulak..huhu ialah semua kawan tak tahu email address yang baru kan. Harap2 lepas ni ceria balik inbox email saya...... .

3) Saya kena tag

Hari Sabtu lepas, buka aje blog untuk approve komen yang masuk, tersentak sekejap bila blogger Bunga Rampai mengeTag saya...huhu. Saya tak pernah lagi jawab tag, rasa macam tak tahu pulak. Mula ingat nantilah.....tunggu lepas bersalin. Bila fikir2 semula, nanti lama sangat pulak, basi jadinya.... Di sini saya cubalah jawab yer...Harap BR berpuas hati.


5 things I would like to do if I were a millionaire:

1. Menunaikan fardhu haji bersama seisi keluarga.
2. Melancong ke seluruh pelusuk dunia bersama keluarga, kalau boleh kat kutub utara selatan pun nak pergi sebab saya suka tengok keindahan bumi ciptaan Tuhan ni.
3. Membantu mereka yang memerlukan, saudara mara, kawan-kawan,keluarga miskin, mereka yang teraniaya, penduduk Islam yang tertindas di dunia ni, anak2 yatim.
4. Mempunyai banglo mewah, lengkap dengan semua kelengkapan yang serba moden, semua yang pernah saya angankan ada dalam rumah tu....macam dapat aje.
5. Melabur dan menyimpan untuk hari tua dan anak2 saya. Kalau semuanya di belanjakan, millionaire pun boleh jadi papa kedana.

5 bad habits:

1. Suka makan bersulam air, orang kata tak bagus kan...tapi saya tak boleh ubah.
2. Buat kerja ikut mood, bila mood tengah baik, tak makan pun tak pe sampai kerja tu selesai, tapi kalau mood tengah takde, seminggu rumah tak berkemas pun selamba aje.
3. Cepat naik 'hangin'..tapi biasanya kejap dah 'cool' balik.
4. Suka letak barang merata tempat, lepas tu pelupa....sudahnya, satu rumah boleh kena amuk, padahal sendiri salah letak...huhu
5. Suka korek telinga guna besi atau sepit hitam tu....husband saya selalu marah, takut anak2 ikut.

5 things I hate doing:

1. Beratur panjang menunggu giliran.
2. Lipat baju....kerja rumah yang paling malas saya nak buat, suka tangguh.
3. Terpaksa buat sesuatu kerja dengan tergesa-gesa, kalau boleh biarlah kerja tu saya boleh buat dalam keadaan relax.
4. Pusing bandar sorang-sorang, saya suka berteman, tak pandai jalan sorang2.
5. Kemas mainan anak berkali2 satu hari (terpaksa gak sebab anak2 saya suka buat sepah)

5 things I will never do:

1. Memutuskan silaturrahim
2. Menderhaka pada emak dan ayah
3. Menganiaya orang tua dan kanak-kanak.
4. Membunuh diri (Na'udzubillah -minta dijauhkan)
5. Mengapi-apikan orang.

5 things I regret doing:

Tak baik menyesal, apa yang berlaku sudah ketentuan dariNya.....perlu redha dan berfikir semula kenapa perkara tu boleh berlaku.

5 fave toys or things:

1. Komputer, kalau takde boleh boring saya.
2. Cermin mata saya, kalau takde satu hapah tak nampak.
3. Beg duit saya, banyak benda ada dalam tu.
4. Handphone/telefon (senang nak contact sesiapa terutama suami saya...hihi)
5. Kamera ( boleh ambil gambar apa saja yang saya suka kan)

5 people I choose to do this:

1. Kak Faez sebab dialah yang memperkenalkan saya dengan dunia blog
2. Ajzie antara kawan pertama saya di alam maya dan selalu chatting dengan saya masa saya boring
3. Bro Zino , sebab dia banyak pengalaman
4. Seorang mama yang saya perlu banyak pelajari darinya, KakZ
5. Ana adik ipar saya yang comel, boleh kan.

Oklah...bye semua.....InsyaAllah next n3 pasal 'orang baru' pulak....

Monday, November 6, 2006

Raya Lagi dan main bunga api.

Raya di Sheffield ni bila tiba jer time weekend, memang meriah. Sabtu dan Ahad lepas, ada lagi yang buat rumah terbuka. Bagus juga. Bila tiba hari Sabtu dan Ahad, tak payah sibuk nak masak tengahari dan malam....hehe. Saya pulak, inilah masanya nak makan puas2 kan. Lepas ni bila dah bersalin, kena berpantang semua. Ada lagi 12 hari sebelum tarikh due saya tiba. Hati saya pun dah semakin berdebar sebenarnya. Tapi, selagi ada peluang ni, makan dulu....kan..kan.
Hari Sabtu dan Ahad, ada pesta main bunga api kat Sheffield ni. Rasanya memang Bon Fire Night di seluruh UK. Tapi, kami tak pernah pergi tengok dekat pun. Nak masuk katanya bayar £5. Tengok dari jauh ajerlah. Hari Jumaat malam, Aqil dan Alia dapatlah main bunga api lebih tahun lepas...haha. Tahun ni tak beli pun, tahun lepas beli sikit, tak habis, ada lagi tu yang konon nak menghabiskan main, tapi tak jugak. Alia seronok dapat main, tahun lepas dia takut.

Aksi Aqil dan Alia

Abah tgk dari jauh



Sempat juga ambil video org main bunga api. tapi dari jauh jer, dari kawasan rumah kami, mereka main kat stadium berdekatan. Takdelah nampak clear sangat...tapi oklah.

Sebelum pergi beraya, sempat lagi posing depan kereta ferrari jiran kami...boleh gitu. Kalau kat Malaysia kereta ferrari parking kat tepi jalan mcm ni mau kena curi. Kat sini selamba jerkk... Kata husband saya ni kereta ferrari f355 berlinetta. Saya bukan tahu sangat pasal kereta ni. Mula2 ingatkan porsche....buat malu jerk...wakaka

Oklah. Rasanya lepas ni lambat sikit saya update blog. Mana tahu terberanak awal kan..kan. Saya pun dah lemah jer nak mengadap komputer ni. Semalam barulah kemas baju dan barang2 baby untuk di bawa ke hospital. Malam tadi pun dah mula sakit2 pinggang. Tapi, saya biasanya on time atau lambat dua tiga hari. Tak pernah lagi tecepat dari jangkaan doktor. Jadi, lepas ni tunggu update saya pasal anak ke tiga kamilah yer. Coming soon.

Buat masa ni, selagi belum bersalin ni, saya tetap akan melawat blog kawan2, cuma nak update blog tu rasanya maleh sikit...hihi. Doakan saya dapat melahirkan anak kami ni dengan selamat yer. Salam untuk semua.

Friday, November 3, 2006

Terbaru....pulangnya kerahmatullah.

Saya ingin berkongsi dengan semua berita terbaru yang saya terima mengenai ayah Dr Faez. Ayah beliau telah pun pulang kerahmatullah sebelum subuh pagi tadi waktu Malaysia. Saya tak dapat menghubungi Dr Faez untuk mengetahui maklumat lanjut mengenainya. Sama-samalah kita mendoakan semoga arwah ayah Dr Faez di tempatkan bersama-sama dengan orang yg mukmin.

Buat Kak Faez sekeluarga, harap bersabar dan tabah dengan dugaan ini. Kami sekeluarga tumpang sedih atas pemergian arwah. Takziah dari kami ye kak. Sempat juga tumpang bermanja sewaktu ayah Kak Faez ke sini dulu. Kami turut mendoakan agar rohnya tenang di sana.... Amin.

Al-Fatihah.

Update: 3/11/06@3.40pm waktu UK

Saya baru dapat bercakap dgn Dr Faez sebentar tadi. Dia mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada rakan2 yang turut mendoakan kesihatan ayah beliau, tapi kerana sudah sampai ajalnya, dia redha dengan pemergian ayahanda beliau ke rahmatullah. Ayahanda Dr Faez telah selamat di kebumikan lebih kurang pukul 6 petang waktu Malaysia di kampungnya di Terengganu. Dr Faez turut meminta maaf kepada semua kerana dah lama tak update blog beliau, dan bila masa mengizinkan nanti mungkin dia akan berkongsi dengan semua.

Wednesday, November 1, 2006

Kesihatan ayah rakan blog kita

Entri ini atas permintaan rakan blog kita Dr Faez.

Saya baru menerima berita sedih dari seorang rakan blog kita iaitu Dr Faezhussain . Dia minta saya sampaikan berita ini kepada rakan blog yang mengenali beliau. Ayah beliau kini sedang tenat di UH. Khabarnya ayah Dr Faez, sesak nafas, di serang sakit jantung dan kini di dapati ada sakit pneumonia juga. Dr Faez baru saja menghubungi saya melalui SMS sebentar tadi (31/10/2006 4.07pm waktu UK).Menurut beliau, ayahnya kini masih berada di unit rawatan rapi dan masih tidak sedarkan diri. Kepada rakan2 blog yang mengenali dan biasa mengunjungi blog beliau, marilah sama2 kita mendoakan semoga ayah Dr Faez segera sembuh. Kak Faez.....harap tabah menghadapi ujian ini. Yus dan rakan2 lain mendoakan agar ayah akak akan kembali sihat seperti sediakala.