Friday, September 15, 2006

Upgrade ke Blogger Beta

Niat di hati malas nak upgrade ke blogger beta ni. Tapi, bila jer try view blog pagi tadi ada 'internal error 500' pulak. Cuba buka blog kawan2 yg saya ingat address blognya pun sama. Tapi, bila buka blog yang telah di upgrade ke beta boleh pulak. Nasib bila saya cuba login masuk ke dashboard boleh...... cuma nak view blog jer tak boleh.Oleh kerana saya ingat ada problem nak bukak blog biasa, dah jadi saya pun ter"upgrade" sama. Rupa-rupanya error tu sekejap jer....hampeh.

Laa ni tak tahu mcm mana nak tukar balik ke template asal. Cuba copy paste dari yang saya dah save, tak boleh pulak. Akhirnya, macam nilah rupa blog saya sekarang. Terpaksa guna template basic dalam blogger ni. Nasib boleh lagi nak tukar2 kaler.Tension gak ni.....

Nasiblah....malas dah saya nak gobek2 blog ni. Kepada yang masih guna blog biasa, rasanya dah tahu kan, kalau nak tinggal komen, kenalah guna 'Other' atau 'Anonymous'. Nampak gaya saya kena belajar lagi pasal Blogger Beta ni. Laa ni biarlah mcm ni dulu.

Salam....

Nota kaki:~ Dah tahu mcm mana nak revert balik pada template asal. Tapi, kalau tukar ke asal, features yg ada dlm beta ni dah tak berfungsi pulak. Hmmm tak bestlah pulak. Sebab beta version ni banyak jugak yg bestnya....huhu.

Tambahan:~ Saya tak dapat nak tinggalkan komen pada rakan blog yg hanya membenarkan blogger untuk meninggalkan jejak. Sebabnya saya dah upgrade ke beta blogger. Harap2 ini hanya untuk sementara. Cepat2lah blogger beta version ni buat improvement.....

12 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Dah melawat-lawat juga versi Blogger beta tu tapi tak sempat nak explore lagi.... Nampak macam tak user friendly ekk...

Anonymous said...

aaaa... baru tau camana nak komen beta blogger nih... nih pun testing... tak tau lepas ke tak... hari tu try byk kali kat MR nyer blog, asyik tak lepas...blog sas lak tgh takleh bukak, so takleh nak updet... ada blogspot internol error katanya... huhuhu...

Unknown said...

BP
Sebenarnya banyak gak yang bagusnya blogger beta ni. Lagi mudah nak buat posting dan letak gambar semua. Cuma ada sikit masalah kalau nak guna template luar(import template). Mungkin saya belum pandai lagi....

sastri
tulah, tadi sbb ada internal error pas tu tak leh nak view blog tulah yus terupgrade ni...huhu. Tapi takpelah, ada banyak gak yg best blogger beta ni, cuma nak guna template sendiri tu ada musykil sikit. Kecuali, lepas mula2 upgrade tu jgn gatal tangan nak cuba2 customize template, masa tu template asal tu ada lagi. Dan dia ada save sebenarnya template asal kita, cuma sbb yus dok tukar2 berapa kali, terus hilang..nak copy paste dari yg save kat word tu tak boleh pulak..huhu

Nieys Zahri said...

tu la..kan dah cakap.. lagi senang nak manage blog..

Mama Sarah said...

yeay yus!!! welcome to the beta club. walaupun beta - tapi features dia menarik juga. saya suka. tapi diaorang perlu bnyk improvement lagi.

yus tak habis pasal paris lagi ni! yus pergi bulan berapa ke paris dulu? ada survey dgn thomsonfly juga, tapi kan flight sekarang bnyk cekadak sikit. pastu, flight yang murah pukul 6 pagi!

yus sewa bilik double ke triple? kita ni boleh je try squeeze bilik double (nak jimat duit pun ya) tapi kitaorang ni patutnya at least kena ambik triple bedroom.

Unknown said...

nieys
yelah nieys....memang lebih mudah nak manage blog. Cuma terpaksalah guna template blogger yg simple jer kan..tapi ok gak, kemas jer nampak...

mama sarah
ha'ah..banyak features yg menarikkan. Yus pun suka gak.

Hoho..bila plan nak pegi ni??
Yus tak ingat ekkk bila pegi..rasa bulan 9 tahun lepas... Yus book awal tiket flight tu, bertolak dari Doncaster pukul 7mlm, sampai Paris pukul 10mlm waktu sana. Yus sewa bilik double, tapi bilik dia keciklah. Nasib Alia masa tu baru 9 bulan, rasa elok sewa bilik triple kot. Anak2 tu dah besar gak...tapi kalau tak kisah nak squeeze tu oklah. Kitorang dulu pun squeeze gila, nasib tak habiskan banyak masa kat hotel kan, banyak berjalan...hehe.

Anonymous said...

salam,

akak sukalah template kali ni, nampak lebih besar. tulisan pun lebih besor. :D

yus, mintak tolong boleh tak? camner ya nak kecikkan saiz benda alah yg note kat entri awak sblm ni tu? yg pasal malas nak update tu smlm dah try buat untuk entri satu tahun akak tu..tpi gabak mak aii..tak reti akak nak kecikkan saiz dia.tq

Anonymous said...

huhuhu.. 2 kali dah komen tak kuar2.. perlukah aku turut mencuba.. hehe

Anonymous said...

He..he..he... den tak reti & tak amik pot pun pasal 'beta' ler, 'patik' ler... Tapi tu ler.. nampaknya 'beta' nie lebih kemas..

Unknown said...

kak syikin
bila tgk2 balik, rasa yus pun lebih suka yg ni..:D

note tu yus pun tak retilah kak nak kecikkan. Sbb kat html code dia tu takde pun bhgn saiz. Yus pernah try tak boleh gak. Yus copy paste the exact size yg dia beri. Minta maaf yer kak....tak dapet nak tolong.

zac
kalau guna 'other' mesti boleh punya zac. Letaklah web url sekali, so bolehlah tgk link ke blog zac...hehe

nbk
ha'ah lebih kemas.......kalau ikut hati malas gak, tapi bila dah upgrade ni, meamng lebih banyak features dlm beta blog yg menarik...cubalah nbk.

Anonymous said...

betullah yang ni cantik sket.. suke tengok kecik berdua yang colourful kat atas tu... :)

Unknown said...

aminbakish,
terima kasih. hehe....kecil berdua yg kat atas tu dah pindah ke bawah pulak..hehe