Thursday, September 21, 2006

Dugaan dariNya dan Salam Ramadhan

Aku baru aje balik dari jumpa midwife. Rutin biasa antenatal check-up. Biasanya aku rasa biasa aje, tapi kali ini apa yang midwife beritahu tadi buat aku kecut perut. 3 minggu lepas sample darah aku di ambil. Keputusannya, aku perolehi tadi. Kandungan hemoglabin dalam darah aku kurang. Kena ambil banyak iron. 3 minggu lepas juga, bila midwife check aku punya urine, kandungan gula berlebihan. Aku berharap sangat kali ni ok. Yer...memang kandungan gula ok, tapi dia kata ada lain pulak yang tak ok. Protein lebih dan apa lagi tadi ntah. Fikiran aku agak melayang sebab benda lain. Jadi dia kata, kena bawa contoh urine tu ke lab untuk buat ujian lanjut. Next meeting baru tahu apa keputusan.

Semua tu, takdelah aku risau sangat. Apa yang buat aku tambah risau, bila dia check perut aku, dia kata, kedudukan baby patut dah mula ke bawah. Yelah aku dah masuk 32 minggu. Tapi baby aku ni kepala dia kat tepi. Aku memang rasa juga dan dua tiga hari lepas ada aku sebut pada abang. Kenapa ekk kali ni, tak rasa dia ke bawah pun. Duk situ jer. Aku jadi takut. Midwife aku cakap jangan risau sangat, lagi dua minggu jumpa balik, kalau kedudukan masih begitu, kena buat scan lagi. Dia tengok keputusan scan aku yang lepas. Kedudukan placenta aku ok kata dia. Jadi, dia kata mungkin akan berubah nanti. Harap-harap begitulah.

Aku takut sungguh kalau kena Caesarean. Seboleh-bolehnya, biarlah aku bersalin normal, sakit macam mana pun takpe asal normal. Pertamanya, aku risau dengan anak-anakku, Aqil dan Alia. Kalau aku kena operate, maknanya aku kena stay lama juga di hospital. Bagaimana mereka di rumah?? Dengan Alia yang takut orang tu. Mak aku pulak, masih tak mahu datang. Keduanya, kalau bersalin secara caesar, itu juga bermakna, aku kena lebih banyak rehat. Tak boleh buat kerja berat sangat, pantang kena lebih. Dengan kedua2 kanak2 ribena yang masih tak faham cakap lagi tu.... Aku pujuk mak lagi tadi. Hmmmm, macam ada sedikit perasaan nak datang setelah aku khabarkan kemungkinan yang bakal aku tempuh. Tapi masih belum pasti.

Ketiganya sebab abang agak sibuk dengan tesis sekarang ni. Orang kata masa kritikal juga. Aku kesian pada dia. Memang banyak rakan2 di sini yang menawarkan diri membantu bila aku melahirkan nanti. Tapi, akan lebih mudah kalau mak ada. Aku tak mahu juga susahkan orang. Sudahlah anakku itu takut orang. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambamu ini. Semoga segalanya akan berjalan lancar. Itu aje yang aku pinta sekarang ni.

Ramadhan pun akan menjelang tiba. Aku kena lebih banyak bersabar. Abang cakap, aku suka pikir yang bukan2. Itu yang aku takut. Memang kadang2 entah apa2 yang aku fikir. Takut dah bersalin meroyan pulak. Nauzubillah. Semoga Ramadhan kali ni memberi aku ruang untuk lebih beribadat kepadaNya. Banyakkan berdoa, peluang ini perlu aku ambil sebaik-baiknya. Aku tahu kadang2 aku alpa dan ini mungkin satu ingatan dariNya supaya aku lebih dekat padaNya.Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Semoga aku dapat harunginya dengan tabah. Doakan aku sama ye...

Kepada semua, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita sama-sama dapat menunaikan ibadah puasa kali ini dengan sempurna. Amin....

26 comments:

Anonymous said...

Semoga ibu dan kandungan sihat2.. Salam Ramadhan.. :)

Bunga Rampai said...

Salam Yus,
Dah berapa kali cuba nak masuk sini tapi tak dapat, rupanya dalam proses upgrading.

Sabar dan tawakal, insyaAllah segalanya okey.

Selamat menyambut Ramadhan yang mulia :)

Unknown said...

aminbakish,
terima kasih. Salam Ramadhan utk anda juga.

bunga rampai,
terima kasih. Ye..semoga semuanya ok nanti. Selamat Menyambut Ramadhan juga.

ayu_mkay said...

jgn terlalu byk pk yus, tak bagus utk baby & yus juga... insyaAllah mudah2an semuanya di permudahkan... cuba suh aqil pujuk nenek dia dtg.. mesti cair org tua tu nnt.. heheheh

sufiah said...

Ana ada jumpa artikel tentang anemia utk ibu hamil masa ana ke klinik hari tu.ingatkn nak masukkan entri tu semlm tapi ana dahulukn entri lain.
Ana pun selalu byk fikir negatif,selalu jugak kene marah. Akak pujuklah lg mak akak supaya dia datang..InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar. Kami di sini akan doakan kesejahteraan akak.

Anonymous said...

byk2 berdoa yer akak..takde aper2 kot..akak jgn gigit besi2 kat tepi rumah tau nak tambah iron tu..hehe

zino said...

selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak..
selamat berpuasa..
selamat bertarawikh
selamat bertadarus dan
selamat bersahur

Unknown said...

ayuMK,
terima kasih. Aqil nak pujuk nenek dia??...Suruh ckp dgn nenek dia pun kejap jer, dia tak biasa dan tak berapa ingat nenek dia, dtg sini baru setahun setengah, lupa dia...sian gak kat nenek dia kan..

ana,
tq....akak ni memang suka pikir yg bukan2 kadang. Kena think positif kan....doakan semuanya ok nanti, InsyaAllah

Unknown said...

liza,
terima kasih. Hehe...apalak gigit besi tu....wakaka

bro zino,
ye Selamat Menyambut Ramadhan utk bro juga. Semoga kita sama2 dpt melaksanakan semua tu dgn sempurna...

azlissani said...

semoga kandungan dan ibunya sihat. Arissa selamat dilahirkan jam 5.40 pagi 11 Sept 2006.

Unknown said...

desilza,
tahniah dah jadi bapa. Terima kasih atas doa....Salam Ramadhan dari kami sekeluarga

bAiTi said...

k.Yus, be strong..

insya Allah, berkat doa + amalan di bulan Ramadhan, hopefully everything is fine for u + the baby + the rest of the family.

bykkan baca surah Maryam. if possible, minta hubby baca pd segelas air + then minum, tggl skit utk sapu keliling perut.
--> buat air selusuh.. ;)

don't worry too much, ibu!! hehehe.. be calm, insya Allah, everything will runs smoothly ;)

Unknown said...

baiti,
thank you so much. hug n kisses untuk baiti.....hehe.

Selamat Berpuasa buat Baiti sekeluarga.

aNIe said...

Yus...semoga dengan kedatangan bulan penuh rahmat ni...dimakbulkanlah segala doa agar Yus akan dpt melaluinya dengan tabah dan segalanya akan berjalan dengan baik....

Selamat Menyambut Puasa Yus...

Unknown said...

kak lady,
amin....., terima kasih kak.

Selamat Menyambut Puasa buat kak lady sekeluarga.

Anonymous said...

selamat berpuasa kak neee... saya balik malaysia dulu :)

Unknown said...

izhal,
Selamat Berpuasa. Amboi!! Seronoknya dia esok dah nak balik Malaysia. dapatlah sambut puasa kat sana ekk....

Semoga selamat semuanya.

Nina Suria said...

Salam ramadan Yus sekuarga jugak. Oh rupanya ada sesuatu dlm perut. Tahniah :) Yus janganlah khuatir, baby tu pasti akan tahu menuju pintu keluar. Akak pon pernah mengalaminya(Leyn sikecik), tp sudah minggu terakhir 37 posisinya normal kembali...

Anonymous said...

Salam,

akak dapat rasa apa yg Yus rasa. Doa banyak2 drp sekarang supaya baby tak melintang lagi, doa minta mak mau dtg jaga Yus nanti, tak kiralah cepat or lambatkan..

akak pun sama jugak suka banyak fikir, so yus..kena belajar kurangkan fikir2 tu, esp. yg negatif. takut effect kat baby.

ok..selamat berpuasa yus n keluarga

Unknown said...

kak mon,
terima kasih kak..harap2 begitulah, memang doa sangat ni supaya posisinya berubah...

kak syikin,
terima kasih kak. Tulah, yus selalu suka pikir negatif, kadang2 terbawak2 dalam mimpi. Moga2 baby ni dengar doa yus supaya posisi dia normal bila nak kuar nanti.

Selamat Berpuasa untuk akak sekeluarga. Kami di sini dah start puasa hari ni, Sabtu.

ZaKiN said...

selamat berposa kak.. moga kandungan ciat erk...!!

Sastri said...

Yus, banyakkan bersabar... Sas doakan everything will work out fine for u... *hugs*

Sana dah mula puasa ek... Selamat menjalani ibadah puasa... Yus kalau tak boleh, jangan paksa2 diri k... U take care...

Unknown said...

zac,
selamat berpuasa untuk zac jugak..

sastri,
tq sas, *hug* balik untuk sas.
Ha'ah, kami dah start puasa hari ni...Selamat Berpuasa untuk sas juga.

Kiah Kardashian said...

berdoa banyak banyak..insyaallah akan berjalan seperti yang kita mahu. Kalau tak pun banyak bersabar yer kak yus. saya pun tumpang gembira kalau mak akak datang. Lagi senang kan

selamat berpuasa

Mama Sarah said...

SALAM RAMADHAN YUS.

Saya dah add yus dalam yahoo messenger saya.

harap yus lebih tenang bulan puasa ni. Semoga Yus tabah menempuhi ujian dariNya.

Unknown said...

zakiah,
tq...

mama sarah,
terima kasih juga.

MS...betul ker dah add dlm YM. Yus tak dpt invitation apa2 pun. Ker salah add?? Yus takde email MS...cuba beri email...nanti yus add MS pulak...