Sunday, September 3, 2006

Aktiviti Seminggu......

Dah lama rasanya saya membiarkan blog ini bersawang. Minta maaf pada kawan2 yg menjenguk ke mari, tapi takde entri baru... Saya sebenarnya agak sibuk dengan benda2 lain2 di tambah dengan mood saya yang kurang aje nak tengok blog. Tak tahu kenapa. Blog kawan2 ada juga saya singgah sepanjang seminggu ni, tapi malas aje nak tinggal komen. Kepala pun agak berat, kesihatan tidaklah begitu baik sebenarnya. Perut ni tegang jer rasa, tidur pun dah mula rasa tak selesa. Tu yang malas aje nak update blog ni.

Kalau nak di ikutkan sepanjang minggu ni banyak perkara yang berlaku sebenarnya. Banyak jugalah aktiviti yang di buat. Walaupun dalam perancangan asal konon nak ke Cambridge weekend lepas, tapi yang tu tak jadi pulak sebab saya rasa kesihatan saya tak mengizinkan nak berjalan jauh. Tak larat sangat..... Sabtu tu ada kawan buat majlis yassin dan tahlil di rumahnya. Jadi sepetang di sana. Ahad pula ke carboot Marshlane, cari baju untuk Aqil dan Alia. Aqil pun akan mula sekolah minggu ni. Hari Isnin 28/8 tu bank holiday di sini. Dari pagi hingga ke petang saya dan suami dok mengemas rumah. Packing barang lagi sikit2. Dapat jugalah 12 kotak. Tak sangka pulak. Bila dah kemas2 tu, nampak rumah clear sikit. Petangnya ada kawan jemput birthday party anak dia. Rezeki makan lagi...alhamdulillah.

Balik dari rumah kawan ni, tuan rumah datang nak kutip sewa. Memang ada rasa hairan jugak, sbb dia dtg lambat dari biasa. Kalau tak selalu 24hb aje mesti dah muncul. Rupanya dia nak naikkan sewa rumah kami lagi. Adei!!! Mula dia nak tambah £30 dari amaun skrg. Akhirnya, dia kurangkan £10.....so, bermula bulan depan sewa rumah kami bertambah £20 sebulan.Sakit hati jugak, tapi nak buat mcm mana. Terpaksa terimalah. Nak pindah dah tak sampai setahun pun di UK ni. Lagipun, abang semakin sibuk dan perut saya dah makin besar. Nasib abang pandai, suruh dia clearkan barang2 dia dalam stor tu, kalau tak kami akan bayar amaun yg sama next month.Dapatlah tambah ruang utk barang2 sendiri. Harap2 dia kotakan janji sebelum 24hb September ni.

Hari Selasa 29/8 Dr Faez mengangkat barang ke kontena. Kesian dia, kontena patut datang pukul 10 pagi, sampai dekat pukul 4 petang baru muncul. Memang dugaaan betul. Alhamdulillah akhirnya semua berjalan lancar juga. Dan hari itu juga hari terakhir Aqil dapat bermain2 bersama kawan baiknya Darwish. Keesokkan harinya niat di hati nak juga menjengah ke rumah beliau, tolong2 apa yang patut. Tapi perut saya rasa tak sedap. Malam baru dapat ke sana, konon Aqil nak jumpa Darwish kali terakhir, tapi sayang dia dah tidur. Aqil pun kadang tersasul panggil Alia Darwish...... Lepas ni nak naik sekolah, mesti sebut lagi nama kawan dia ni. Kami sekeluarga doakan semoga semuanya berjalan lancar yer kak...... Terima kasih untuk untuk segalanya di sini. Semoga kita dapat berjumpa lagi nanti di Malaysia.

Hari Rabu hingga Jumaat, rutin biasa. En Din ke sekolah, saya sibuk dengan bebudak. Hari merdeka 31 Ogos tu pun takde apa yang istimewa. Duduk sini takde terasa sambutan apa2. Tak macam kat Malaysia, macam2 ada kan. Semalam 2/9 ada lagi kawan buat majlis yassin dan tahlil. Sedap betul makanan yang dihidangkan....Sebenarnya dah lama tak dapat makan acar buah yang sedap mcm tu. Dapat lagi jumpa kawan2 seperjuangan di Sheffield ni. Macam2 cerita lagi keluar. Biasalah kan, bila berjumpa adalah cerita2 yang keluar. Pengalaman masing2. Tambahan ada lagi seorang kawan yang dah bergelar Dr. Tahniah untuk Dr Suhailah. Kejayaaan beliau diharap dapat menjadi pemangkin semangat buat yang lain yang masih meneruskan perjuangan.

Hari ini pun saya tidak ke mana2. Berehat2 di rumah bersama keluarga. Ada juga menjengah ke internet tengok2 cerita pasal Siti kahwin minggu lepas dan kisah Mawi dan Ina. Amboi grand sungguh Siti kahwin. Tapi yang pelik cerita Mawi dan Ina putus tunang tu pun boleh jadi sensasi macam gitu sekali yer. Dunia hiburan tanahair sekarang....macam2.

Terima kasih untuk kawan2 yang bertanya kemana hilangnya saya seminggu ni. Saya pun dah semakin berdebar nak menanti kelahiran ketiga ini. Doakan semoga semuanya berjalan lancar yer. InsyaAllah dapat lagi saya berpuasa dan beraya sebelum anak saya ni lahir.

Sehingga di lain waktu............

16 comments:

tumismenumis said...

Yang pertama ker ni aku ni? Orang yg awal biasanya nak kena bentang tikar sendiri nih.

Hi kak, Macam sibuk pulak akak bila baca entri nih. No wonder la lama tak berupdate.
Bila due kak?

Izhal said...

bila due ni puan??? suspen ni...

Lan Rambai said...

kalau tuan rumah tak klearkan barang dia kat stor tu.. awak jual jer hahaha...
time peknen ni lah peluang pompuan nak posa penuh kan.. semoga awak larat nak posa nanti hahaha

Unknown said...

mazudi n izhal,
saya due 18 November ni, InsyaAllah. Ada dua bulan lagi lebih kurang. Tapi anak no 3 ni ada lemah sikit badan, di campur dengan terpaksa melayan kerenah dua lagi kanak2 ribena yg semakin ligat, tu yg tambah penat tu. Kalau dulu masa anak petama, relax jer rasa...hahaha, duduk sini pulak tu, semua kena pandai handle sendirilah kan.

lan rambai,
kalaulah boleh jual, masalahnya banyak barang yg dah rosak, besar2 lak tu, mesin basuh lama,dapur, peti ais lama sampai dua biji. Sini tak boleh main buang sembarang.....nak panggil org datang ambik sampah mcm ni kena bayar, harap2 dia kotakan janjilah. Konon nak amik Sabtu lepas, tapi hujan kan, dia kata minggu ni pulak.

ontahsapo said...

nampak cam sikit jer 20 pound kan..?

Unknown said...

OS
Kalaulah sewa tu cuma £20....haha. Ini bertambah £20 dari amaun skrg.

zino said...

tiap tahun naik sewa ke? kalau macam tu.. tak ada perjanjian ke..

bila dah sarat tu pak payah le nak kerja kuat sangat.. banyak kan rehat .. semuga semua nya berjalan lancar..

Unknown said...

bro zino
kami mula dtg dulu 24hb 8 kan...so, kontrak perjanjian setahun. Lepas setahun dia naikkan £20, dia pun pandai, renew contract setahun..tak nak buat panjang2. Janji mulut jer....bertulis tidak. Ni, lepas tiga tahun naik lagi £20. So, kira lepas tahun pertama naik sekali, pas tu dua tahun kemudian naik lagi sekali lah ni. Hampeh....

Terima kasih atas nasihat.....

blackpurple @ jowopinter said...

Orang berbadan dua macam itulah... lebih baik rehat...manja2kan diri.... ewah...macam dah pernah berbadan dua pulak saya nasihat ni ekk..?

Kaklong Syikin said...

salam, adatlah yus bila kandungan makin membesar ni.

alahai, sabor ajelah ngan sikap tuan rmh tu. depa ni mmg jenis kekwat ke? baca pengalaman dr. faez pun camtu gak masa nak pindah keluar baru ni. sedih plak bacanya.

eh, bulan bila yg due yus..lupa akak..

Mama Sarah said...

masa saya pregnant dulu - 2 bulan rasa macam LAMA lagi!!!

insyaAllah, lepas ni happening juga kan? Puasa dan raya. harapnya tak terasalah 2 bulan tu ok.

Ayu Mohamad said...

Semoga Yus dan keluarga kat sana baik2 aje.. semoga sabar dan tenang hadapi dugaan :)

sufiah said...

samalah mcm ana,akak.tuan rumah cekik darah.. Minta sewa smpi 2 bln sekaligus.. kempas kempis hidung nk bayar.. lps tu siap ugut, 'kalau awk xnk duk sini,ramai lg nk duduk.tak larat saya nk jawab call kata rumah dh ada org duduk'..hampeh tul

NBK466 said...

Oh..Due bulan November yek..kalau tidak sama kot ngan mem tapi takde rezeki lak ari tuh. Anyway landlordnya omputeh ker Paki? Brapa sewanya rumah tuh?

Unknown said...

BP
amboi!!! takpe, senang sas nanti.....terima kasih nasihatnya

Kak Syikin
yelah kak, sabarlah ni, cuma perasaan yus ada lain sikit, takut dia lebih dari masa alia, mungkin mengenangkan sendiri lagi masa pantang n alia masih kecik.

Tuan rumah tu memang dah lama nak naikkan sewa kak, anak dia tak bagi, tapi...nak buat cam mana kan, dia kata rumah kami paling murah antara rumah2 dia yg lain....memang pun.

mama sarah
yg dulu2 pun 2 bulan tu rasa lama, tak tahu kenapa yg ni debar dia lain sikit....yus sebenarnya takut tak boleh handle 3 orang kanak2 sekaligus masa dlm pantang nanti. Tu yg dok berdebar jer tu...

Unknown said...

ayu
terima kasih...

ana
awat lagu tu, mintak sekali untuk dua bulan...bukan baru bulan pertama korang duduk kan. Kalau deposit mintak dua bulan tu pernahlah dengar. Tuan rumah ana melayu ker cina ker bangsa lain??? Macam2 manusia sekarang.

nbk
ha'ah duenya bulan November. Takpe, boleh cuba lagi. Tuan rumah saya ni Pakistan, banyak rumah sewa dia kat sini, dengarnya dekat 10 buah...sewa rumah ni bermula bulan depan £330. Masalahnya rumah dua bilik setengah jer, kalau mcm rumah Dr Faez dulu ada attic n cellar takpelah, ni takde pun, tu pun rumah kami lagi mahal sewanya dari rumah lama Dr Faez tu...huhu.