Friday, August 1, 2008

Streamyx oooo streamyx...

Eiiii...geramnya aku dengan line streamyx rumah ni hari ini. Dari pagi aku tak boleh connect internet. Sampai 3 kali aku telefon line 100 tu minta bantuan. Bila dah dapat masuk, ciput lak tuh, lembab giler....geram betul. Dalam minggu ni dah dua kali line streamyx aku terganggu. Kenapa ntah. Sudahlah dia suruh aku buat set up semula, tapi aku ni boleh lupa lak password aku. Terpaksa lah telefon balik, minta password semula..mad. Geram tak habis lagi nih. Harap2 takdelah dia buat masalah lagi.

Sempat juga aku telefon ajzie minta bantuan..lol. Terima kasihlah ajzie, cuba bantu, walaupun tak berjaya..mrgreen. Dan hari ni aku dapat berita, rumah mak aku di Melaka daftar line streamyx juga. Hmmm ayah berkobar nak belajar guna internet dengarnya. Bolehlah chatting dengan cucu lepas ni yer ayah...mrgreen. Asal streamyx tak buat hal sudah......exclaim

2 comments:

Ajzie said...

Yusssssss
cuba jugak nak tolong... Tp kalau modem yang problem. Azi tak tau hihii. Connection problem mmg kena call Telekom arrrrr lagi2 kalau pakai modem dari telekom..

~ yus ~ said...

hehe....takpe, thanks azi kopok lekornya...sedap, tapi anak kita tak pandai makanlah..huu