Wednesday, August 13, 2008

Aktiviti sekarang.....

Nampaknya aku dah mula sibuk balik. Memang kebarangkalian untuk blog ini bersawang semula itu tinggi...mrgreen. Ni aku curi masa sekejap, sebab aku di kacau oleh Abid. Akibatnya, mood aku hilang, so aku perlu kembalikan mood itu kembali. Mungkin dengan tengok2 blog ini dapat pulihkan mood aku yang hilang itu.

Apa yang aku sibukkan tu???....huhuhu

Aku sedang cuba untuk siapkan baju ini. Tengah jahit jelujur pada leher sebelum di jahit mata lalat (guna mesin jer).

Lepas siapkan yang tadi, aku perlu siapkan baju-baju dalam gambar ni pulak...(sempat ker siap sebelum raya ni). Sebenarnya sempat kalau tidak di kacau oleh Abid.



Inilah rupa mesin jahit kesayangan aku...jenama Ringgo. Tapi seperti yang aku katakan, bila aku menjahit ajer, si kecik kesayangan aku Abid ni pun nak join sekali...


Tengoklah tu....ada hati nak ambil jarum peniti dalam bekas. Nak tolong ibu jahit ker??


Mesin pun dia nak cuba guna....Abid!!Abid!!.

Terus mood aku hilang, ni aku nak update blog ni pun, dia ikut tolong sekali.Tolong sibuk yer... Oklah,sekarang nak ambil Aqil dan Alia dari sekolah pulak.

Hmmm..sehingga di lain waktu. Salam....

Tuesday, August 5, 2008

Funfair...



Gambar lama yang saja aku nak letak di sini.....

Nota kaki: Aku gumbira hari ini...yeeeeeehaaaaa!!!!!lolsmilerazzwink Namun apa yang mengembirakan itu biarlah menjadi rahsia aku dan SRD. Mesti SRD berbulu jer dgn aku...(hihi..takut sangat ekk bang!!). Maka dengan itu gambar2 semasa ke funfair Parit Raja ini menjadi penghiasnya....kerana aku gummbira....biggrinmrgreen

Sunday, August 3, 2008

Abid dan telefon....


Sedang aku membelek-belek gambar2 dalam pc ni, jumpa pula gambar Abid bersama telefon ni.
lol Abid memang suka sangat bermain dengan telefon. Telefon rumah aku ni pun dah berbunyi2 sebab dia selalu sangat main. Di tarik ke sana sini, cuba dail, lepas tuh mulalah dia sebut 'Hello' dengan gayanya yang cukup comeyy... Gambar2 di atas di ambil masa kami menginap di sebuah hotel di Melaka sewaktu mengikut SRD berkursus. Memang pantang sungguh nampak telefon. Tak kiralah telefon rumah, ataupun telefon bimbit. mrgreenmrgreen...Abid...Abid...

Strawberry jam ;sirap;air pink;air bandung...

Hari minggu, macam boring jer kat rumah nih..huhu. Pagi-pagi lepas subuh, aku potong dan jahit semula kaki seluar kawan. Dua pasang. Lepas tu, mandi, on kan mesin, buat sarapan. Lempeng dan nasi goreng. Lepas sidai kain, aku sambung potong baju kurung aku yang belum siap. Tergendala dari minggu lepas, kainnya dah siap, tapi bajunya tak potong2 lagi, macam mana nak jahitkan. Eiii..melalut aku ni.

Sebenarnya nak cerita pasal anak-anakku itu. Sungguh seronok lihat mereka bertiga bermain. Berkejar-kejar satu rumah. Memang riuh-rendah. Gelaran untuk mereka, Aqil - budak kurus, Alia - budak gomok, Abid - budak kenit. Hihi..mrgreenlol. Tapi paling kiut bila dengar Alia yang sebut. So, cute...tak kering gusi aku ketawa...kihkihkih. Lepas tu, Aqil sibuk nak makan roti dan jem strawberry. Alia kata, itu macam sirap kan abah...(merujuk kepada jem strawberry tersebut).lollol Senyum sorang aku dengar. Teringat pula pasal semalam. SRD buat air bandung.

Alia : Wahhh...ada air strawberry!!

Aqil : Tu bukan air strawberry, tu air pink lah..

Aku : Salah..tu air bandung.

Aqil & Alia : Air bandung???

Hihihirazzlolmrgreen.

Aku boring sebenarnya nih. SRD dah balik dari kedai. Aku suruh dia beli kelapa parut. Oklah..nak buat pengat pisang campur cendel. Mesti sedap kan..makan petang2 nih.

Friday, August 1, 2008

Streamyx oooo streamyx...

Eiiii...geramnya aku dengan line streamyx rumah ni hari ini. Dari pagi aku tak boleh connect internet. Sampai 3 kali aku telefon line 100 tu minta bantuan. Bila dah dapat masuk, ciput lak tuh, lembab giler....geram betul. Dalam minggu ni dah dua kali line streamyx aku terganggu. Kenapa ntah. Sudahlah dia suruh aku buat set up semula, tapi aku ni boleh lupa lak password aku. Terpaksa lah telefon balik, minta password semula..mad. Geram tak habis lagi nih. Harap2 takdelah dia buat masalah lagi.

Sempat juga aku telefon ajzie minta bantuan..lol. Terima kasihlah ajzie, cuba bantu, walaupun tak berjaya..mrgreen. Dan hari ni aku dapat berita, rumah mak aku di Melaka daftar line streamyx juga. Hmmm ayah berkobar nak belajar guna internet dengarnya. Bolehlah chatting dengan cucu lepas ni yer ayah...mrgreen. Asal streamyx tak buat hal sudah......exclaim