Wednesday, November 28, 2007

Cerita Aqil....

Salam semua....

Banyak sungguh cerita yang aku nak letak di sini, tapi masa dan mood aku tak mengizinkan aku buat begitu. Akhir2 ini, banyak perkara mengenai Aqil yang terjadi. Dah lama ibu nak letak dalam blog ibu ni, tapi tak berkesempatan. Sebab utama, ibu asyik berebut dengan Aqil jer nak menghadap pc ni..lol. Hari ni ibu cuba tunaikan hasrat ibu tu yer sayang...

11 November 2007

Hari Konvokesyen Tabika Kemas Aqil. Aqil nampak segak berjubah. Ibu dan abah tumpang seronok tengok Aqil. Dapat tempat pertama pulak tu. Ibu pun terkejut juga, yelah tak sampai dua bulan Aqil masuk situ. Apa pun tahniah dari ibu dan abah. Kena tingkatkan usaha, belajar rajin2 tau, semoga besar nanti akan terus berjaya dalam pelajaran.

Aqil sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas

Aqil mengambil hadiah dan sijil

Aqil bersama Alia

21 November 2007

Aqil masuk pertandingan menghafal sifir. Masih peringkat saringan bagi tabika kemas zon parit raja. Mereka pilih 5 yang terbaik dari 9 orang peserta untuk mewakili zon Parit Raja ke peringkat parlimen Sri Gading. Susah juga nak melatih Aqil menghafal sifir tu. Mereka minta hafal sifir 1 hingga 3 dan kalau boleh hafal yang lain di kira bonus. Susah juga nak melatih Aqil menghafal sifir2 tu. Alhamdulillah Aqil boleh juga hafal dari sifir 1 hungga 3 walaupun tak begitu lancar. Ibu kira oklah tu, tak perlu nak masuk sampai peringkat yang tinggi. Asal Aqil nak hafal dah kira bagus. Satu permulaan juga pada pandangan ibu. Aqil pun baru 5 tahun. Tahun depan ada peluang lagi. Tapi, Aqil berjaya juga dapat tempat ke 5, jadinya Aqil terpilih ke peringkat seterusnya. Tahniah dari ibu dan abah.

Aqil dapat tempat ke-5

Aqil bersama peserta dari tabika yang lain di zon Parit Raja ni. Aqil mewakili Tabika Sri Jelutong ( wajah Aqil tak kelihatan, nampak baju dia jer, tak reti duduk diam punya pasalrolleyes)


27 November 2007

Pertandingan menghafal sifir dalam bahasa inggeris tabika Kemas parlimen Sri Gading. Sebenarnya banyak lagi aktiviti lain pada hari tu. Ada pertandingan memasak, ceramah agama, ceramah keibubapaan, demonstrasi memasak, cabutan bertuah. Bila dengar peserta pertama membaca sifir, ibu terasa Aqil takde harapan. Memang lancar sungguh sampai ke sifir 5 pulak tu. Tapi bila peserta2 lain naik ke pentas, ibu mula rasa, ada harapan anak aku ni. Aqil peserta yang ke 13 daripada 15 orang peserta.

Bila saja nama Aqil di panggil naik ke pentas, ibu pulak yang terlebih gabra. Nampak Aqil macam relax, Aqil mula baca dengan lancar sifir 1, ibu ambil peluang masa tu untuk ambil gambar Aqil. Tapi rupanya konsentrasi Aqil terganggu bila ternampak ibu dan terkena flash lampu dari kamera ibu. Aqil macam panik. Sifir 2 mula berterabur. Sifir 3 pun sama. Lepas tu Aqil diam saja. Sudah, apa dah jadi dengan anak ibu ni...

Seorang cikgu dari sekolah lain suruh Aqil turun dari pentas. Kalau dah tak ingat takpe kata dia. Tapi Aqil terus juga berdiri di situ. Tidak berganjak. Bila nampak muka cikgu Linda, cikgu tabika Aqil, baru Aqil macam bersemangat semula. Aqil teruskan baca sifir 3. Alhamdulillah betul yang akhir2 tu, walaupun yang awalnya Aqil lupa. Semua ingat Aqil dah habis, tapi Aqil teruskan baca sifir 4 pulak. Ada yang tergelak, tapi mereka suka dengan semangat Aqil. Aqil dapat baca sifir 4 dengan betul. Lepas tu Aqil sebut thank you dan turun dari pentas. Syabas Aqil. Ibu pun turut bangga.

Bila dah habis tu, seorang daripada guru daripada tabika lain datang pada ibu. "Kenapa ambil gambar dia tadi," katanya. "kalau tidak ok tadi tu. Tapi bagus semangat dia kuat, habiskan juga". Ibu rasa bersalah pulak ambil gambar Aqil, tapi takpelah kan Aqil. Dapat juga hadiah saguhati.Tempat pertama dimenangi oleh peserta dari Tabika Pintas Puding. Memang bagus budak tu. Tapi dia dah 6 tahun.Walaupun Aqil cuma dapat hadiah saguhati, itu dah kira bagus. Tahun depan kita cuba lagi kan.


Aqil di atas pentas, sedang membaca sifir

Aqil menerima hadiah saguhati

Aqil bersama Alia

Aqil bersama hadiah yang di menangi dari 3 event yang berbeza. Congrats for Aqilrazz

Lepas ni terus hafal sifir yang lain tau. Sampai sifir 12. Aqil pun dah pandai baca sikit2 blog ibu ni kan. Belajar baca lagi dengan ibu yer. Jangan malas.....Kalau tak ibu naik evil nanti....mrgreen

17 comments:

k-riey said...

felicitation!
tahniah!
haha.bagus la 5 tahun dah hafal sifir.
zaman saya darjah 2 baru belajar darab, bahagi, sifir ni.
ke sistem sekarang dah lain?
saya darjah 2 tahun 1996.
macam tak oercaya dah lebih 10 tahun. hehe

Ajzie said...

Hihiih kelakar lah ibu aqil nih...
anyway tahniah buat aqil... moga tahun depan aqil akan dapat masuk pertandingan yg sama dan dapat hadiah lagi ok..


P.s
Tahun depan sekolah dengan Ammar pula yea. Ammar sekolah tumpang2 aje..hihihi.

MULAN said...

congrats aqil, congrats... bijak betol dah pandai baca sifir..

byk pulak piala2 tu.. sure seronok kan aqil..

Mazudi said...

Cerita ni utk Aqil jer ker yang baca.

Anyway, tahniah kat Aqil sebab dapat terima banyak hadiah. Saya dulu mana ada pernah dapat hadiah hadiah. Tak pernah bertanding apa apa pung.

mazudi.com

PuteriSatu said...

Aqil...sebijak namanya ya yus...
Yus..bila masa Aqil jadi speky nih...? akak termis entry pasal Aqil pakai spek ke ye..? Akak harap Aqilah pun akan sebijak Aqil nanti...insyaallah...

blackpurple @ jowopinter said...

Comel sungguh adik Aqil dan Alia itu ek!

Lama tak dengar lagu latar ini :D

bAiTi said...

Tahniah Aqil..!!!

Best ek k.Yus. Kalau saya tgk anak saya kt pentas sure rasa cam nk berjurai air mata, "huhuhu dh besar anak aku" *emo* :P

Kak Elle said...

tahniah untuk Aqil dari aunty vogue....hehehe

pandai anak mama:)best nya dapat 3 hadiah sekali...

The Singa said...

wahhh..byknya piala...

nampak macho jer gaya dia hafal sifir kat pentas tu..

NBK466 said...

Manggai..gaya Aqil pegang hadiah sambil diapit dgn Alia tuh mmg den tak leh nak tahan...CAYALAH..

Sastri said...

syabas adik Aqil... kecil2 lagi dah terserlah bakatnya... pasti satu hari nanti kabinet/rak kat ruang tamu tu penuh dengan hadiah/piala Aqil... :D

bunga rampai said...

Salam Yus,

Tahniah untuk Aqil. Tahniah juga untuk ibu Aqil yang mengasuhnya.

Rasa-rasanya tak lama lagi Aqil pun ada blog sendiri :-)

happyirfa said...

salam kak yus..
dah lama x jengok blog kak yus.dah lama tak baca perkembangan anak2 akak.semoga mrk dapat sesuaikan diri di tanah air kita

maklang said...

tahniah aqil...bertuah dapat anak macam Aqil!

ayu_mkay said...

tahniah utk aqil! tahniah utk ibu & ayah aqil juga!

moga terus berjaya hingga dewasa kelak.

sarahjiha said...

Terrornya Aqil.. well done!!!

~ yus ~ said...

buat semua rakan2 blogger yg memberi komen:-

terima kasih atas komen semua.