Monday, November 5, 2007

Aidilfitri 2007


Salam kepada blog ku yang telah lama kubiarkan menyepi ini. Betullah kata seorang rakan blogku itu, bila dah balik Malaysia, mesti malas nak udate blog. Nampaknya aku dah terkena sindrom itu. Tambahan pula, internet kat rumah aku ni selalu buat perangai. Aku pun tak tahu mana yang salah. Kadang2 ok, kadang2 tidak. Bila mood aku ada, internet ni meragam, bila internet ni ok pulak, aku sibuk dengan benda lain, lama2 langsung tak berupdatelah.

Kengkononnya nak update cerita raya. Raya pun dah nak habis ni, tinggal lebih kurang seminggu lagi Syawal akan berakhir. Setelah 4 tahun lamanya beraya di perantauan, kini dapat beraya bersama keluarga. Memang terasa lainlah suasananya. Teringat pula aku di hari terakhir Ramadhan kali ini, kami sekeluarga balik ke rumah emakku di Melaka. Ada cerita pada hari itu. Kalau di ingat balik hendak ketawa pun ada. Adik aku kata macam budak2 pulak..Malu rasanya nak cerita, tapi cukuplah aku nyatakan di sini, semuanya pasal ketupat. Kalau aku baca balik satu hari nanti, aku tahulah...suami aku pun tahu. Yus..yus, tak senonoh tau. Semuanya gara-gara dah lama sangat tak makan ketupat daun tu kan, asyik ketupat plastik jer....hehe

Kalau di Sheffield, beraya ke rumah rakan taulan tapi di sini minggu pertama raya tu lebih kepada sanak saudara. Lebih2 lagi dah lama tak bersua muka. Hari raya ke tiga, di rumah ibu mertua ku, kami adik beradik buat barbeque. Makan beramai-ramai bersama seisi keluarga, sambil sebelum tu bersama2 menyiapkan makanannya memang seronok.

Suami ku Mr Din yang tengah menunjukkan skill membakar ayam

Ini pula pasangan romantis Abg Lan dan Kak Pidah tengah bakar ikan. Di belakang tu, van antik mereka yang unik. Susah nak jumpa kat jalan tu.

Acara makan-makan bermula. Sebahgian saja ahli keluarga berada dalam gambar.

Bersama ibu mertuaku

Keluarga sempoi, aku bersama ayah, mak dan dua orang adik. Tinggal aku dan Khairul jer masih berbaju raya, yang lain dah tak..huhu (Sesungguhnya takde gambar sekeluarga berbaju raya lengkap tahun ini, gara2 sudah ada orang yg datang ke rumah di saat nak buat sessi bergambar. Terus lupa sampai ke petang.)

Ini pula gambar bersama sebahagian kawan2 yang beraya ke rumah kami di sini. Kepada Azam dan Zura yang bertanya tentang frame gambar tu, kat belakang tu dah tergantung dah. Nampak tak??..hehe. Terima Kasih daun keladi, lain kali boleh dapat lagi tak?...hehe

Huh! Akhirnya berjaya juga aku update blog aku ini. Tapi nampaknya dah kena berhenti, Abid dah bangun tu. Kepada semua sekali lagi Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dah Batin.

p/s: orang lain dah sibuk update cerita lain, aku baru nak update cerita raya...ketinggalan kapal dah ni...
biggrin

9 comments:

MULAN said...

selamat hari raya yus..!! maaf zahir batin..

seronoknya raya kat malaysia.. tahun depan turn saya pulak ni.. tak sabar2. raya haji tahun ni atas keretapi agaknya..

minnie said...

salam kak yus... wah seronok raya kak yus tahun ni kan...

letak la gambar anak2 kak yus masa raya byk2... rindu la kat diorang...

blackpurple @ jowopinter said...

Wah! Meriah dan ceria.

Dalam banyak-banyak gambar itu, mata saya melekat lama pada gambar van Wolkswagon lama itu... :D

Sastri said...

salam Yus... waaa... tema raya hijau ek tahun ni... segar mata memandang.... :D

comelnya Alia pakai tudung... suka sangat tengok... :D

Ayu said...

Salam Yus.. rupanya kite serupa ek heheheh dah lama tak update blog :)
terliur nengok Dr Din bakar ayam tuh hehehehe

k-riey said...

seronok raya kat Malaysia!
tak sabar nak raya kat Malaysia.
Insya Allah 2@3 taun lagi.
raya kan makin hampiri summer break.hehe

The Singa said...

dah besar yek abid..lama tak tengok gambar dia..

cikdinz said...

lambat pun takpelah.
janji ada cerita...hehehee...

13may said...

hehhe....moga sihat dan ceria selalu :)