Wednesday, July 11, 2007

Sibuk sikit...

Tuan rumah ter'over' sibuk minggu ini. Tak berkesempatan blog hop atau melepak di blog. Semakin hampir dah nak balik, aku busy pulak dengan kerja. Cari gali pulus untuk tambah-tambah apa yang patut sebelum pulang. Hujung minggu pulak sibuk packing dan sibuk shopping. Penatnya rasa badan. Ini pun rasa letih tulang-tulang. Baru balik kerja. Dah lama aku tak kerja 8 jam terus-menerus macam hari ini. Biasa aku ambil 4 jam aje. Bila lagi nak kerja kan. Terlanjur abang tengah free dan relahati nak jaga budak-budak di rumah..kan bang. Balik Malaysia nanti, belum tentu aku dapat kerja semula.

Macam ada banyak benda nak cerita di sini, tapi aku tak berkesempatan nak melepak lama-lama depan pc ni. Bila dah sehari takde di rumah, balik ajer anak-anak mulalah macam-macam yang mereka hendak. Kenalah layankan. Lepas ni nak kena masak untuk bekalan esok pulak. Nantilah bila aku free sikit atau tak kerja aku update apa yang aku rasa nak update. Kerja kat sini pun bukannya hari-hari.Ada masa nanti, bila kerja tak banyak, takdelah peluang aku nak kerja. Macam minggu lepas, dua hari juga off.

Tulisan pada blog aku ni lari-lari ker??? Entahlah pada pc aku ni ok jer. Cantik ajer, takde lari-lari pun. Aku view guna mozilla firefox ok, guna IE pun ok. Tapi masih boleh baca ekk? Boleh baca, oklah tu, tuan rumah tak dapat nak adjust sebab tak nampak apa yang lari..hihi.Untuk yang bertanya bila aku nak balik tu, kena tunggu aku sendiri dapat tiketnya..hehe. Bila aku dah dpat tiket flight balik, aku sendiri akan umumkan di blog ni. Tak sabar dah nak balik ni. Tapi urusan abang masih belum selesai. Tarik viva masih belum dapat. Masih dalam penantian. Kami berharap sangat dapat selesai semua urusan sebelum berakhirnya Ogos. Berdebar juga menanti semuanya selesai. Doakan kami...

Sehingga di lain waktu...
See U when I see U..

7 comments:

kakLuna said...

haha..posting yang ada gambar mmg sokmo lari2..tp yang ni mmg okay..lari2 tu maksudnya, kalau sy nak baca paragraf pertama, sy kene bawak cursor kat paragraph kedua atau ketiga, baru lah leh nampak paragraph pertama.

bawak2 rehat kak Yus..nanti nak balik Mesia, nak berjejak kasih, lg penat..hehe

zino said...

dah nak balik malaysia ke? bila tu?

Zetty said...

bila balik Msia rasa cam semangat berapi2 jek .. tak sabar nak jumpa semua .. tapi baru dua tiga minggu dah tertanya2 bila nak balik ke umah kedua nieh .. hehehe .. selamat pulang ke tanahair ye:))

Mama Sarah said...

waahh.. akan dapat phd umur 31. syoknya!

yus dapat MAS 1st/business class tak nanti?

13may said...

selamat selamat :)

Bunga Rampai said...

Salam Yus,

Moga selamat semuanya :)

Kalau balik tepat 31 Ogos kan bagus ... merdeka!

Unknown said...

Luna:ooo lari2 macam tu ker??..abih n3 yg ni tak lari2lah ekk..:D.

Tulah, balik nanti dahlah dekat nak puasa, nak jejak kasih lagi..hihi

bro Zino: tunggu saya dpat tiketnya dulu yer...baru boleh beritahu..:D

yatie: belum balik pun dah terasa akan kehilangan rumah kedua ni, sbb kami balik gor good, entah bila nak sampai sini semula..huhu

mama sarah: InsyaAllah, doakan..

Mananya, dulu datang pun economy jer, tak tahulah pulak kalau kali ni dapat...

13May: terima kasih..

bunga rampai: Terima kasih. Memang plan balik dan sampai Malaysia mlm merdeka..hehe