Hari ini satu pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan. Hari penentu buat abang setelah hampir 4 tahun bertungkus lumus untuk mendapatkannya. Dari minggu lepas lagi, sejak mula tahu tarikh viva itu, hati aku dah tak tenteram. Bukan aku yang nak menghadap pemeriksa itu, tapi aku turut merasakannya. Abang pun aku tengok tak keruan juga. Makan masih lagi lalu, tapi asyik nak keluar semula. Pagi tadi pun sebelum keluar melangkah dari rumah, sarapan tidak abang habiskan sepenuhnya. Perut lapar, tapi nak masuk tak boleh kan bang.
Sebelum melangkah masuk ke bilik viva, abang sempat telefon dulu. Minta kata-kata semangat buat kali akhir. Selama dua jam itu, hati aku gundah gulana. Segala kerja macam tak menjadi. Bagaimana agaknya abang? Berjayakah abang? Selepas mandikan Alia, aku tengok jam dah pukul 11.48 pagi. Baru aku siap pakaikan baju untuk Alia, telefon pun berdering. Kelihatan nombor handset abang. Hati aku makin berdebar. Perkhabaran gembira dari mulut abang itu betul2 buat aku terharu. Tak tahu nak kata apa, mengalir air mata ini. Air mata gembira. Syukur, alhamdulillah. Tahniah Bang!!! Akhirnya abang berjaya.
Ibu dan anak-anak tumpang gembira dan bangga dengan kejayaan abang. Segala dugaan dan rintangan yang di tempuh selama ini seperti hilang dek kerana berita gembira itu. Keluarga di kampung turut bangga dengan abang. Mereka semua menantikan kepulangan kita. UTHM pun khabarnya dah menunggu abang pulang dengan tugasan sekali. Belum balik dah tahu ada kerja menunggu ni. TAHNIAH SEKALI LAGI BANG!Semoga dapat digunakan ilmu yang ada untuk mendidik anak bangsa kita.

17 comments:
assalamualaikum....
tahniah!!!!
Dr Din dan yus serta anak2...doakan kami yg belum habis ni ye....alhamdulillah yus...akhirnya sampai ke penghujungnya....selamat balik malaysia!!
CONGRATS!!!
Tahniah buat keluarga K.Yus sekeluarga. Tumpang gembira :) :)..
Lepas ni, boleh balik Msia, yer.. YAY!! ;)
TAHNIAH buat hubby Yus...TAHNIAH!
UTHM itu apa ekk...? Kabur.... :)
zahrah: waalaikumsalam.terima kasih. baru muncul yer. barulah dpt tgk blog dia..hihi. InsyaAllah, moga segala urusan di permudahkan. Kena banyak sabar zahrah, bg dorongan pada razlan tu. All the Best to both of you...
Baiti:terima kasih. Alhamdulillah boleh balik Malaysia dgn tenang...
BP: Teima kasih bagi pihak hubby.
UTHM tu singkatan bagi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Parit Raja, Batu Pahat. Dulu di kenali sebagai Kuittho.
Salam Kak Yus..
Tahniah buat hubby dan utk kak yus juga.. Semua ni berkat kesepakatan (betui ka) kak yus sekeluarga..
Bila kak yus nak balik sini???
Sekalung tahniah buat hubby Yus dan Yus juga... semoga terus sukses...
For Dr Din,
congratulation my fren...!
bilik untuk ko (din) pun dah siap kitaorg sediakan... (selain dari tugasan le).. ke nak bilik yang besar sikit kat depan sana?
aku pulak yg 'seriau'.. giliran aku plak lepas ni
yus... tahniah buat dr din. bile nak balik mesia nih???
Tahniah Kak Yus sekeluarga! Akhirnya semua membuahkan hasil! Semoga enjoy hari2 sebelum meninggalkan bumi UK.
Tahniah..pada Din.... Ehhhh Dr Din dah kan kan....hihih
Yus sekrang dah boleh jalan2 kan kan.. Hati pun dah lapang. Ehh Reader Digest tuh apa cerita? Lupa Azi nak tanya masa tuh?
Tahniah lagi sekali dari Aj, Azi, Alya n Ammar.
Doakan kami pula lepas nih ok.
Tahniah Dr Din, Yus dan anak-anak..nampaknya bayangan kampung halaman semakin jelas...
Jangan lupa beli apa yang patut..pergi mana yang perlu..jangan nanti terkenang-kenang...
minnie: terima kasih...bila nak balik?? tunggu!! nanti akan di umumkan. Tak sampai sebulan lagi ni..hehe
sastri: aminnn, tq sas
desilza:ooo bilik pun dah ada yer..hehe, din sengih jer baca komen ni, dia 'seriau' gak nak balik menghadap tugas..haha (dah lama cuti belajar kot).
InsyaAllah, lepas ni giliran azlis dan misah pulak, all the best untuk you all pulak.
misah: InsyaAllah minggu terakhir bulan 8 dah berada di Malaysia
nani: terima kasih, mmg rasa nak berjalan ni, tapi tak sempatlah....nak packing lagi..huhu
azi: tq ajzie!! mmuah untuk azi..hihi.
waah azi ingat lagi pasal tu yer, hmm takde apa pun, betul ler kata Din..huhu, takpelah dpt buku2 n majalah dia udahler..hehe
mama sarahjiha: tq kak. Beli apa yg patut, dan pegi mana yg belum tu kak, mmg dlm senarai, tapi tak dapat penuhi semualah dlm masa kuran sebulan,,huaahh..
ALHAMDULILLAH..semuanya berjalan lancar...semoga rezeki bertambah murah selepas ni..
super-duper congrats!! Alhamdulillah... Dah beli tiket ke??
My younger sister baru je sampai Sheffield last December.. buat PhD & lecturer UTHM jugak.. yg akan balik ada pengganti ya..
luna: insyaallah.. terima kasih..
d: Tiket dah booking 23/8.. cuma tak dapat jer lagi.. tgh dok tunggu jer skang nih...
alwizbme: Adik you Hartini ker?? If yes kira U ni sepupu Yazid Zaini ler.. My hubby knows him well.
Post a Comment