Dah lama rasanya saya membiarkan blog ini bersawang. Minta maaf pada kawan2 yg menjenguk ke mari, tapi takde entri baru...

Saya sebenarnya agak sibuk dengan benda2 lain2 di tambah dengan mood saya yang kurang aje nak tengok blog. Tak tahu kenapa. Blog kawan2 ada juga saya singgah sepanjang seminggu ni, tapi malas aje nak tinggal komen. Kepala pun agak berat, kesihatan tidaklah begitu baik sebenarnya. Perut ni tegang jer rasa, tidur pun dah mula rasa tak selesa. Tu yang malas aje nak update blog ni.
Kalau nak di ikutkan sepanjang minggu ni banyak perkara yang berlaku sebenarnya. Banyak jugalah aktiviti yang di buat. Walaupun dalam perancangan asal konon nak ke Cambridge weekend lepas, tapi yang tu tak jadi pulak sebab saya rasa kesihatan saya tak mengizinkan nak berjalan jauh. Tak larat sangat..... Sabtu tu ada kawan buat majlis yassin dan tahlil di rumahnya. Jadi sepetang di sana. Ahad pula ke carboot Marshlane, cari baju untuk Aqil dan Alia. Aqil pun akan mula sekolah minggu ni. Hari Isnin 28/8 tu bank holiday di sini. Dari pagi hingga ke petang saya dan suami dok mengemas rumah. Packing barang lagi sikit2. Dapat jugalah 12 kotak. Tak sangka pulak. Bila dah kemas2 tu, nampak rumah clear sikit. Petangnya ada kawan jemput birthday party anak dia. Rezeki makan lagi...alhamdulillah.
Balik dari rumah kawan ni, tuan rumah datang nak kutip sewa. Memang ada rasa hairan jugak, sbb dia dtg lambat dari biasa. Kalau tak selalu 24hb aje mesti dah muncul. Rupanya dia nak naikkan sewa rumah kami lagi. Adei!!! Mula dia nak tambah £30 dari amaun skrg. Akhirnya, dia kurangkan £10.....so, bermula bulan depan sewa rumah kami bertambah £20 sebulan.Sakit hati jugak, tapi nak buat mcm mana. Terpaksa terimalah. Nak pindah dah tak sampai setahun pun di UK ni. Lagipun, abang semakin sibuk dan perut saya dah makin besar. Nasib abang pandai, suruh dia clearkan barang2 dia dalam stor tu, kalau tak kami akan bayar amaun yg sama next month.Dapatlah tambah ruang utk barang2 sendiri. Harap2 dia kotakan janji sebelum 24hb September ni.
Hari Selasa 29/8 Dr Faez mengangkat barang ke kontena. Kesian dia, kontena patut datang pukul 10 pagi, sampai dekat pukul 4 petang baru muncul. Memang dugaaan betul. Alhamdulillah akhirnya semua berjalan lancar juga. Dan hari itu juga hari terakhir Aqil dapat bermain2 bersama kawan baiknya Darwish. Keesokkan harinya niat di hati nak juga menjengah ke rumah beliau, tolong2 apa yang patut. Tapi perut saya rasa tak sedap. Malam baru dapat ke sana, konon Aqil nak jumpa Darwish kali terakhir, tapi sayang dia dah tidur. Aqil pun kadang tersasul panggil Alia Darwish......

Lepas ni nak naik sekolah, mesti sebut lagi nama kawan dia ni. Kami sekeluarga doakan semoga semuanya berjalan lancar yer kak...... Terima kasih untuk untuk segalanya di sini. Semoga kita dapat berjumpa lagi nanti di Malaysia.
Hari Rabu hingga Jumaat, rutin biasa. En Din ke sekolah, saya sibuk dengan bebudak. Hari merdeka 31 Ogos tu pun takde apa yang istimewa. Duduk sini takde terasa sambutan apa2. Tak macam kat Malaysia, macam2 ada kan. Semalam 2/9 ada lagi kawan buat majlis yassin dan tahlil. Sedap betul makanan yang dihidangkan....

Sebenarnya dah lama tak dapat makan acar buah yang sedap mcm tu. Dapat lagi jumpa kawan2 seperjuangan di Sheffield ni. Macam2 cerita lagi keluar. Biasalah kan, bila berjumpa adalah cerita2 yang keluar. Pengalaman masing2. Tambahan ada lagi seorang kawan yang dah bergelar Dr. Tahniah untuk Dr Suhailah. Kejayaaan beliau diharap dapat menjadi pemangkin semangat buat yang lain yang masih meneruskan perjuangan.
Hari ini pun saya tidak ke mana2. Berehat2 di rumah bersama keluarga. Ada juga menjengah ke internet tengok2 cerita pasal Siti kahwin minggu lepas dan kisah Mawi dan Ina. Amboi grand sungguh Siti kahwin. Tapi yang pelik cerita Mawi dan Ina putus tunang tu pun boleh jadi sensasi macam gitu sekali yer. Dunia hiburan tanahair sekarang....macam2.
Terima kasih untuk kawan2 yang bertanya kemana hilangnya saya seminggu ni. Saya pun dah semakin berdebar nak menanti kelahiran ketiga ini. Doakan semoga semuanya berjalan lancar yer. InsyaAllah dapat lagi saya berpuasa dan beraya sebelum anak saya ni lahir.
Sehingga di lain waktu............