Ye...ye..saya tahu. Blog saya ni bertukar wajah lagi. Walaupun latarbelakangnya sama, tapi kedudukan dan gambar tepi dah berubah. Minta maaflah kalau ada yang tak selesa blog ni asyik bertukar wajah. Saya sebenarnya seronok nak belajar macam mana nak ubah kedudukan atau design blog ni. Biasa saya cari template mana saya berkenan dan saya terus tukar. Kali ni, dari template asal yg saya ambil, saya tukar2kan code dia supaya nampak berbeza. Saja2 nak explore dan mencuba. Blog saper lagi saya nak buatkan kalau bukan blog sendiri..hehe.
Setelah asyik menukar2 code template ni, saya dapati blog ini nampak cantik dan molek kalau anda tengok menggunakan firefox, kalau guna browser lain, ada kureng sikit. Tak tahulah kenapa, tak tahu nak membetulkannya. Kena belajar lagi ni. Saya pun lebih suka guna Mozilla Firefox ni. Oklah cerita lain pulak.......
24hb Ogos 2003.....tarikh keramat kami sekeluarga menjejakkan kaki ke bumi England UK ini. Dah 3 tahun kami di sini. Dah macam2 perkara berlaku. Bilalah dapat pulang ke tanahair ni. Terasa semakin rindu. Teringat kembali, penerbangan kami pada mlm itu, 23hb Ogos 2003 pukul 11.30 mlm waktu Malaysia. Kini, tak sabar rasanya nak pulang semula ke tanah air. Semua itu masih belum pasti waktunya. Semoga segala kerja2 abang berjalan lancar. Ramai sudah kawan2 yang telah pulang. Dr Faez pun akan pulang akhir bulan ini. Semakin sedih dan tak sabar rasanya nak mengikut jejak langkah mereka.
Walaupun begitu, kami bersyukur, dapat juga menjejakkan kaki ke negara orang. Tak pernah termimpi sebelum ini. Banyak perkara baru yang kami belajar. Bila di tempat orang, jauh dari keluarga sendiri, kawan2 lah tempat mengadu nasib. Belajar lebih berdikari, dapat lihat keindahan tempat orang, namun bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu negeri sendiri, alangkah indahnya negeri sendiri.....
Kami datang bertiga, pulang nanti InsyaAllah berlima pulak....
Setelah asyik menukar2 code template ni, saya dapati blog ini nampak cantik dan molek kalau anda tengok menggunakan firefox, kalau guna browser lain, ada kureng sikit. Tak tahulah kenapa, tak tahu nak membetulkannya. Kena belajar lagi ni. Saya pun lebih suka guna Mozilla Firefox ni. Oklah cerita lain pulak.......
-----------------------------------------------------
24hb Ogos 2003.....tarikh keramat kami sekeluarga menjejakkan kaki ke bumi England UK ini. Dah 3 tahun kami di sini. Dah macam2 perkara berlaku. Bilalah dapat pulang ke tanahair ni. Terasa semakin rindu. Teringat kembali, penerbangan kami pada mlm itu, 23hb Ogos 2003 pukul 11.30 mlm waktu Malaysia. Kini, tak sabar rasanya nak pulang semula ke tanah air. Semua itu masih belum pasti waktunya. Semoga segala kerja2 abang berjalan lancar. Ramai sudah kawan2 yang telah pulang. Dr Faez pun akan pulang akhir bulan ini. Semakin sedih dan tak sabar rasanya nak mengikut jejak langkah mereka.
Walaupun begitu, kami bersyukur, dapat juga menjejakkan kaki ke negara orang. Tak pernah termimpi sebelum ini. Banyak perkara baru yang kami belajar. Bila di tempat orang, jauh dari keluarga sendiri, kawan2 lah tempat mengadu nasib. Belajar lebih berdikari, dapat lihat keindahan tempat orang, namun bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu negeri sendiri, alangkah indahnya negeri sendiri.....
Wajah Aqil di hari ke 2 di bumi UK. Kecil comel jer masa ni....skrg ni, aduhai...lasak yang amat.
Kami datang bertiga, pulang nanti InsyaAllah berlima pulak....
30 comments:
Pergh....komen pertama ke ni...
Dah blogspot ni pun free...buat la apa yg patut ikut sesedap rasa...hehehe
Hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri sendiri
Kan best kalau hujan emas tu di negeri sendiri....
kak, mmg kalau guna mozilla firefox nampak layout lagi cantik.. browser IE layout jadi besar je tapi tulisan sumer cam tukar.. Nieys pun suka pakai firefox lagi.. :)
zino guna opera kat opis ni.. kat rumah firefox.. teringin juga nak belajar godek godek template tu.. tapi tak ada cukup masa.. (alasan yg paling sesuai..)
sejak ke sana tak pernah balik ke? berapa lama lagi tu? bila nak balik? banyak pulak soalan.. hehe
k.yus,
dulu masa baiti di uk pun, time2 boring x de keja nk buat, godek2 blog ler. template blog skrg tu ler hasilnya.
nk tukar rasa sayang pulak, sbb jenuh gak nk membetulkannya, hehehe..
anyway,
mantapkan skill anda!!
you have my support, hehehe..
ya la your son dah besar panjang hensem la ni kalo dibandingkan ngan gambar dulu2 tu... sat ni bila yus nak balik sure sedih pula nak tinggalkan uk... ialah, dok sana kan tak ada social pressure macam kenduri kawin family ke, kerenah sedara mara ke apa ke... memang kularga yus 100% pure saja...
sofa tu kalau sayalah, tidur terus atas tu... nampak lazat je...
ps-lawa template baru ni... macam masuk disco dangdut haaa... heheh... lepas ni sure boleh jadi hackers punya ni :)
yus, saya pun prefer firefox. tak sangka ada juga orang guna Opera (Zino) Kami kat rumah ni pun kdg2 guna opera juga. Tapi firefox tetap best.
SEjak datang Sheffield, pernah pindah tak?
yus, bank holiday monday ni ada plan pergi jalan tak? jadi ke pergi cambridge?
camne nak wat layout cantik2 ekk, nak kena belajar laa...sape nak ajar kita...waaaaaaaaa....tolon, tolon...
ni yang aku jeles ni aku tak lepas2 lagi yus nak attach gambar macam ko buat ni..kejab lagi nak gi godek2 kat mozilla firefox ni!!
BP
yelah kan.....blog sendiri pun..hehe
Setuju, kalau hujan emas di negeri sendiri, lagiler seronok...
nieys
yelah kan nieys, takpelah....bravo tu firefox..
zino
tak pernah guna opera..hehe. Saya ni duduk rumah jer, hubby selalu balik lambat nak siapkan tesis dia, bila boring jer mulalah tgn gatal gobek blog...hehe
ha'ah tak pernah balik bro zino, InsyaAllah tahun depan, kalau semuanya berjalan lancar.
Baiti
Tq..tq, betullah tu, takde keje gobek blog....hehe
izhal
yelah kan, kat sini tak di ganggu dgn semua tu, jadi lebih masa bersama keluarga sendiri 100%.
sofa tu dah takde skrg...hehe tapi dulu memang selalu tidur di situ.
erkk..cam disco dangdut??? oooo pernah masuk yer.....hahaha
mama sarah
firefox mmg lagi best...
sejak hari pertama sampai sini, inilah rumah yg kami duduk, tak pernah berpindah pun MS.
Tak sure lagilah MS, mungkin jadi mungkin tidak...
RF
saya pun belajar2 sendiri, guna kaedah trial n error, kena berani gobek ler....heheh
MR
godek MR jgn tak godek..heheh
yus..
nanti sumer org balik...tinggal aku je kat balfour road nih....uwaaa..
wah...dah semakin cekap berblog ye. saya tau yg sangat asas sahajos, yg selebihnya akan minta bantuan dari hubbyku yg teramatlah minatnya menatap komputer ini berjam2 lamanya.
yus, lawa gak... sas ni takde masa sgt nak godek2 skang nih... kalo tak, mau gak gatai tgn tukar2 nih... keskeskes...
anyway, experience duduk kat negara org tu yg mahal... sabar la yus... tak lama lagi insya Allah, boleh dah balik ke tanah air... sas pun doakan semuanya berjalan dgn lancar k...
yus ajzie pun guna musang berapi..hihihi.
firefox lagi ok dari ie...
Yus...cantiknya blog...berbaloi jugak ye tukar2 template ni...tak jemu mata memandang...bertukar-tukar selera...
puasa dah dekat.. lepas tu raya pulak.. ehhh sori... tersakat pulak nak bagi lagi rindu kat mesia ni hahaha
aduss..tula...tiap kali singgah blog ni, mesti tukar ruper..sib baik tak silap tempat. tp salute gak, sbb akak rajin blajar menukar2 ni. Nani serius takde masa nak buat.
Hmm..tulah Kak, kadang2 tak terpk pun kite akan jejak kaki kat negeri org. Tp pengalaman tu memang best kan, walau kadang2 rase sedih, perit?! So, akak jgn sedih2...hayati masa yg ade di sana ni sblom pulang ke Mesia. Nani yakin, once akak dah blk Mesia, Akak akan rindu sgt kenangan akak di UK.
tak pelah yus selagi boleh explore, buatlah..kami pun blh cuci mata ngn layout baru hehe...
mula2 best ya p duduk obersea..tp lama2 tak sabar nak balik dah? camtu ke perasaannya?
Udah mau pulang ya? Biasa ler..kalau kat sana musti rindu disini...bila balik sini it will be the other way around (at least for me) Jgn 'putus blog' bila pulang yek.
p/s : T-shirt Sheffiled U den tak kemano poienyo...brapa regenya skg yek?
rajin la akak yus explore ubah template. Saya tak ada masa untuk semua tuh. Nak jenguk blog orang pun curik waktu sekarang ni.
Wah datang bertiga balik berlima...murah rezeki akak. Biasala kan kita kalau duduk jauh dari kg halaman mestilah depends kat kengkawan. Depa la sedara mara kita kan. Hish sedihlar kalau cakap...
salam Yus, dah lama akak x menempel umah ko nih.. wah meriahnye balik berlima ;)
yus, ke mana menghilang ni? senyap tak update. jalan mana agaknya tu?
anita
takpe, nanti ramai lagi kawan2 baru bakal muncul.
Hubby tu samalah cam kita agaknya, duduk rumah boring, mengadap komp berjam best..tu yg banyak explore tu..heheh
sastri
tq..tq...tapi minggu ni ada sikit malas + takde mood.
Pengalaman di tempat orang memang sesuatu yg paling manis yg tak akan dapat dilupakan
ajzie
musang berapi??? sekali baca takut lak.....hahaha
OS
ramai gak suka guna firefox yer
kak lady
hehe.....tq kak. Tapi ni dah lah kot, lama sikit baru tukar, mood saya pun dah kurang laa ni...hehe
lan rambai
en lan ni memang......takpe, takpe, mintak2 ni tahun last beraya kat sini, lepas ni mesti rindu gak suasana raya di sini, meriah jugak...
nani
akak ni tak sesibuk nani, tu yg rajin menggobek tu..hehe
Hmmm..kalau dah balik nanti, memang akan rindu gak pengalaman di sini, sesuatu yg mungkin ntah bila dapat rasa balik...
kak syikin
hehe...terima kasih kak..
betullah tu kak, cam gitulah perasaannya...hihi
nbk
mcm nbk kan, mesti rindu dgn Sheffield ni ye tak??
Erkkk t-shirt Sheffield U tu...tak pernah tanya rege dia berapa lah....hehe, nanti yer kalau berkesempatan....hehe
zakiah
tapi skrg ni dah dtg malas gak....bila boring sikit n mood nak menukar tu ada, bertukar ler rupa blog ni..
betul tu zakiah, kawan2 ler tempat kita mengadu bila di rantauan ni, takde diorang susah gak kita kan...
kak mon
hehe..meriah ye kak, berlima...heheh..tak terlayan saya nanti kak, semua kecik2 dan ligat2 lak tu.
mama sarah
kita tak kemana lah MS. Tak jadi ke Cambridge pun...huhu, ada ni kat rumah, tapi busy gak ler dgn benda2 lain, nanti kita story yer.. Waahh org tu gi Scotland..heheh, nasib kita dah sampai, kalau tak jealous gak ni...hihi
Template baru yg best dan saya tak pakai IE.
Sama ngan saya bila mula mula datang tempat org yg agak jauh ni, kengkawan dah macam sedara sendiri.
rasa nak pergi scotland lagi. tak puas hari tu. padahal 3-4 hari jugak spend kat situ. tapi accommodation mahal sungguh!
so buat apa bank holiday baru ni? updatelah...
yus,
insyaAllah akan ke sana lepas raya. kalau x de aral lah. i dah contact abang fuad dan khamirul utk arrange amik i nanti dan cari umah. rasanya abanag fuad cari area umah dia kot. setengah jam ke sheffield. oklah tu.
kita jumpa di sana ?? nak irim apa2? rempah2 ibu bersalin? heheeh
mazudi
bila di rantauan, kawan2lah sedara kita kan.
mama sarah
pegi Scotland memang kena lama baru best. Yus dulu pegi 4 hari 3 malam pun tak puas...tak dapat nak cover semua kan.
ummu_naqeebah
laili kan namanya. Dah confirmlah ni nak ke Sheffield?? InsyaAllah kita jumpa nanti. Kalau dekat2 area rumah abg Fuad, dekat jugalah dgn rumah Yus.
Terima kasih atas tawaran nak kirim barang tu. Takpelah kot, jamu bersalin dah ada org poskan kemari. Semoga semuanya berjalan lancar yer. Jumpa nanti InsyaAllah.
Post a Comment