Monday, August 7, 2006

Aktiviti hujung minggu kali ini....

Sabtu 5/8

Sabtu kali ni husband saya dah janji nak bawa kami jalan2 di bandar Sheffield. Dah lama rasanya tak pusing2 area bandar. Saya pun sebenarnya nak cari seluar baru. Sejak perut dah makin besar ni, semua seluar dah makin sendat....haha. Mula2 tu pergi ke Castle Market, beli sotong dan ikan. Jumpa pulak ubi kayu dan buah sukun. Ermmm...sedap lak rasa kalau dapat makan ni. Lepas tu barulah kami masuk ke beberapa shopping kompleks. Penat rasanya berjalan dengan perut yg dah makin besar ni. Semput..omaks. Sebelum balik berehatlah dulu, duduk2 kat area bandar ni, sambil memerhatikan Aqil dan Alia bermain.


Alia minum air ribena Posted by Picasa Aqil main apa tu?? Posted by Picasa


Aqil dan Alia Posted by Picasa

Balik dari bandar terus ke rumah sorang kawan ni (Pn. Sakina). Dia ada buat barbeque. Alhamdulillah dapat jemputan makan hari ini. Tak payah sibuk masak..hehe. Terima kasih yer jemput kami. Sedapnya nasi kerabu dan daging kambing barbeque tu.

Gambar kenangan kaum bapa masa barbeque di rumah En. Shukri dan Pn. Sakina. ( Ada 2 org bujang dlm gambar) Posted by Picasa


Gambar kenangan kaum ibu Posted by Picasa


Ahad 6/8

Hari ni bangun lambat dari biasa. Tak ke carboot pun macam selalu. Malas pulak saya hendak berjalan2 pusing carboot tu. Penat berjalan semalam pun tak hilang lagi. Cik abang saya sibuk nak makan ubi rebus dan sukun goreng. Semalam dapat ubi kayu dan buah sukun tu. Jadi hari ni kami makan pagi campur tengahari, ubi rebus cicah dengan sambal tutok + sukun goreng cicah dengan sambal kicap. Hmmmm...yummy, sedap gitu, sebab dah lama tak makan. Alhamdulillah kat sini boleh gak dapat ubi kayu dan buah sukun ni.
Terima kasih kepada En Din kita yang tolong buat sambal tutok dan sambal kicap. Dah makin pandai abang buat.....lepas ni senanglah ibu...hehe.

Inilah dia ubi rebus + buah sukun goreng + sambal tutok n sambal kicap yg kami mkn hari ini. Posted by Picasa


Gambar dari sudut berlainan ( yg ni cik abang yg ambil) .....yummy. Posted by Picasa

Ada pembaca yang terliur tak......keskeskes.

21 comments:

Wilhelm~Achtzehn said...

comments lagi sekali..wahhh meriah..tempat kami dah sejuk balik dah..mcm dah abis sommer kot. tak sompat nak ber bbq lagi dah...

Sodap ubi dan sukun..kat sini sukun & ubi tak berbuah..kat kedai asia sini pun tak de pokok..huhuhu

anitakema said...

yus..
resepi sambal tutok tu takde ker? leh jugak acik menerai nanti..walaupun tak penah seumur hayat goreng sukun sendiri..selama hari harap mak aje yg buatkan..kui..kui...

ummu_naqeebah said...

alamak, rindu ngan kak sakina. tengok dia makin kurus jek . kirim salam ek kat dia ek. dia pernah kerja kat upm pastu pindah kustem.

zino said...

alamak sedap nya rebus ubi dengan goreng sukun..

Izhal said...

itu dalam gambar pertama BBQ tu bukan En. Raiedzall dan suami Doktpr FaezHussain ke??? jiran tetangga semuanya ni ke???

kakZ said...

sedapnyeeeeeee....tambah-tambah bila makan time sejuk-sejuk ni. kena lak ngan kopi 'o'. kat kl la ni tengah musim 'sejuk'. redup semacam. hujan tapi jerebu pon lebat.

sambal tutok tu camana? tak penah dengar la yus.

yus said...

ajzie
takpe, dua tiga kali komen pun boleh..hehe.

Ajzie dah nak balik mesia kan....boleh puaskan makan balik nanti...

anita
nak resepi ker? senang jer buat dia. Dalam blog BP pun ada resepi dia, kadang yus panggil sambal goreng, mcm sambal tumis, tapi guna cili padi. Nanti yer yus email ker atau bila2 yus beri.

ummu_naqeebah
nanti InsyaAllah saya sampaikan. Dia lagi dulu kurus...hehe

yus said...

zino
kat malaysia senang dapat gak kan. Boleh cari lepas ni yer...hehe

izhal
yer, kami semua berjiran. nampak suami dia aje ker? Gambar Dr Faez pun ada tu bersama kaum ibu....hehe

kakZ
ha'ah betul tu kak, sejuk2 lagi sedap.

sambal tutok tu sambal tumis lah kak, tapi guna cili padi. Ada orang panggil sambal goreng, style jawa sikit. Resepi dia lebih kurang sama mcm buat sambal ikan bilis, tapi guna cili padi, campur belacan sikit yer....yummy.

Mama Sarah said...

yus, sambal tutok tu tumis macam biasalah yea? kalau kat kampung saya memang makan ubi rebus dgn sambal ikan bilis.

malasnya nak buat!!! next week gi rumah yus lah. hehe.

Zakiah said...

sukun? ada ke kat saner? huh bestnyer. Siap sambal lagik.

Bbq menarik. Planning nak buat during winter nanti tapi bukan di rumah. harus caik beach park. Arrrr tak sabar.

Izhal said...

tu la dok cari mana satu, tak cam pula Puan Doktor kita tu... tolong tunjukkan boleh ke???

blackpurple said...

Pergh...lama tak makan ubi rebus...kalau dibuat 'getuk' pun best...kalau di cecah dengan ikan kering pun best...best belaka lah... hehehe...

Sambel tutok...? ha ha ha..

Syikin said...

salam. yus, maaflah dah lama tak msuk blog yus. akak baru start blogging ari ni.

akak suka sup kambing cicah ngan roti. masa kecik2 duduk bt.pahat dulu arwah ayah rajin bawak kami p satu gerai mamak tepi jalan, makan sup kambing. sedap tul..

Sastri said...

uit... sedapnyerrrrr... sukun goreng cicah sambal kicap... terliur laaaa... hmmm... mana la nak carik buah sukun nih?

bAiTi said...

wah2..
bestnyer..

rindu lak time duduk UK dulu. selalu buat masak2 + ajak member2 dtg bulldoze food, hehehe.. meriah!suasana dia lain dr Msia..

huhuhu..
nak pi sana balik.......!!

kasutVINCCI said...

wah...kagum! Kat sana pun boleh jumpa sukun dan ubi kayu ek?
Hmm...rindu nya sambal kicap. Terngat zaman dok johor dulu. Bila cuba buat sendiri, tak jadi la pulak. Boleh bagi resepi tak?

ontahsapo said...

bestnyer kalau diperantauan pun ramai kawan2....

zino said...

dulu nak makan ubi pegi cabut kat belakang rumah je.. sekarang ni kena lah ke pasar tani hehe

yus said...

mama sarah
ha'ah tumis cam biasa. Tapi kena tumbuk ler bahan2nya lagi sedap, kalau mesin kang, pijau lak...mau kepedasan nanti.

Boleh.....kalau ke Sheffield singgahlah sini, tapi tak sure ada tak ubi n sukun tu tau..hehe.

zakiah
selalu tak pernah jumpa, sekali pegi hari tu jumpa lak. Hehe..pun terkejut gak ada.

BBQ waktu winter?? Bior benor..sejuk weiiii.

izhal
yg belah kiri sekali, pakai baju belang putih+maroon tu. Tgh dokong anak dia Nabila.

Blackpurple
Getuk?? Dah lama tak makan, dulu ayah rajin buat. Makan dengan kelapa yg di campur gula melaka pun sedap kan... Sambel tutok laah..resepi BP kah..kah..kah....

yus said...

kak syikin
takpe kak. tahu akak tak sihat. Saya pun hari2 singgah blog akak, tapi tak tinggal jejak. Alhamdulillah dah boleh kembali berblogging

Roti cicah sup kambing?? Tak berapa minat, tapi husband yus suka.

sastri
Tulah kan, kat mesia pun susah cari. Ingat dulu, kalau pegi rumah pak long yus kat jengka baru dapat mkn sukun ni....hehe.

Baiti
Bila di rantauan, time2 cam nilah yg kita akan ingat. Seronok kan...

yus said...

kv
sambal kicap selalu mmg org johor buat sedap..hehe. Senang jer buat dia, bawang putih, tumbuk dgn cili padi. Campur kicap masin n gula sikit. Dah.....jgn campur air, kurang sedap. Tumbuk lagi sedap tau...

OS
Kengkawanlah tempat kita mengadu bila di rantauan. Kalau takde diorang, lagi sunyilah gamaknya, lagilah nak BALIK!!!!

zino
betul tu Zino. Manalah nak tanam ubi lagi skrg kat belakang rumah, tanah pun takde kadang tu kan....hihi.