Wednesday, August 2, 2006

Ringkasan cerita hari ini dan beberapa hari yg lepas...

Rabu ( 2/8)

Hari ni surat yang kami tunggu telah tiba. Surat kebenaran lanjutan cuti belajar dari Kuittho untuk hubby saya. Permohonan lanjutan cuti belajar dan lanjutan biasiswa telah diluluskan sehingga 7hb March 2007. Alhamdulillah. Semoga segala urusan dapat berjalan dengan lancar. Abang tu, cepat2lah habiskan tesis tu. Harap2 pada tarikh tu nanti semua dah selesai, dan kita dapat pulang sama2. Doakan kami yer....
Selasa (1/8)
Hari ni ada kawan di Sheffield ni mengangkat barang ke kontena untuk di bawa pulang ke Malaysia. Member hubby ni dah bergelar Doktor. Tahniah untuk Dr. Faizal dan keluarga yg telah berjaya dalam PHD beliau dengan minor correction. Keluarga beliaulah yg banyak menolong kami semasa kami baru mula2 sampai di Sheffield dulu. Daripada mengambil kami di airport, bawa kami shopping cari2 barang keperluan, tolong settlekan rumah sewa, makan di hari pertama. Terima kasih untuk Dr. Faizal sekeluarga. Beliau juga merupakan antara teman rapat hubby di sini, tolong itu dan ini, sama bilik di Universiti, hubby tak faham dia gak banyak tolong (bukan dia soranglah, tapi dia antara yg rapat). Semoga kejayaannya dapat memberi semangat pada abang yer. ABANG BOLEH!!!
Saya pula di tugaskan untuk membuat sedikit juadah untuk sarapan pagi bagi mereka yg tolong angkat barang. Mee Hoon Goreng jer dan tolong masak nasi. Lauk2 pauk lain, ada yg lain tolong. Begitulah selalunya bila ada yg nak mengangkat barang pulang. Harap2 akan tiba giliran kami pula nanti.
Isnin (31/7)
Takde apa aktiviti menarik. Melepak jerlah.....hehe
Ahad (30/7)
Pagi aktiviti biasa ke carboot. Kali ni, Aqil sibuk nak beli swimming pool kecik, sebab dia nampak benda tu, dan ada bermain dengan kawan2 dia hari sebelumnya. Saya pun beriya gak nak belikan untuk diorang. So, dapatlah Aqil dan Alia swimming pool kecik jer, bentuk kereta. Balik rumah, makan, berehat kejap, petang sikit Aqil dah sibuk nak main. Apa lagi, terpaksalah saya pamkan pool tu. Penat wooo. Aqil ada hati gak nak tolong pam. (Boleh tgk pada slide show). Si abah dok membuta lagi masa tu, penat sbb berjaga semalaman buat kerja dia. Dengar anak beranak bising2 kat belakang rumah, abah join gak sekali. Tolong pam sampai habis. Puaslah Aqil dan Alia bermain air. Ibu dan abah pun tumpang seronok sekali. sila lihat slide yer....



Nota kaki: Baru hari ni saya perasan, layout baru template saya ni tema warna dia black dan purple. Teringat lak sorang kawan blogger kita Blackpurple(Jowopinter)...hahaha.

17 comments:

Mama Sarah said...

wuihh montoknya alia!!! geram tengok. dah lah remos tu mahal. cubit sikit!

eh yus, hati2 buat kerja berat2. pam mengepam tu pakai tenaga banyak. jaga pregnancy tu ye!

FaEzHussain said...

aik entry kita lebih kurang sama style hahaha sure masing2 ketandusan idea.

dan aik sekali lagik, tukar layout lagi....meh la kalau rajin bebenor, tolong tukar kakfaez nyer layout gak...boring dah dgn kaler maroon tu...

ingat nak gi melepak rumah yus tapi hujan plak...tunggu cuaca elok sket la nanti...

bAiTi said...

wahh..
k.yus, lawalah layout ni. terpana saya melihatnya.

wahh..
aqil + alia ni syk sungguh main air, hehehe..

kat rmh saya pun ada pool jugak, tapi disbbkan xde pam, maka terperosoklah ia dlm kotak, muahaha..

nak tiup? tak dapek la.. dh try skali dulu, smpai kembang2 rasa pipi.

hehehe.. tggu beli air-pump dulu baru bleh bg main, hehehe..

WRA said...

cantik layout baru ni....akak pun suka warna purple heheheheeh....

wah, kat sana macam2 pesen ek pool dia....kat Mesia ni rasanya spesen je....baru la anak2 suka dok berendam tu....

Unknown said...

mama sarah
alia hari2 menggeramkan orang.

Yus pam tu sambil duduk, pam kaki...tapi penat gak lah...thanks mengingatkan.

kak faez
tulah..yus lepas post entry ni baru masuk blog akak, perasan gak..sama style...haha.

Boleh kak...akak pilih lah template apa berkenan, nanti yus tolong buatkan, tapi kat rumah yuslah, sbb ambil masa gak kadang. Yus biasa 2 jam spent masa...hehe.Tak pun akak bg password, yus buat dari sinilah.

BaiTi
terpana??? hehe...
bebudak dua orang tu mmg suka main air, kalau mandi pun lama2 dalam bath tub tu

kak wan
warna purple tu yg buat yus tukar layout ni..hihi.

Ha'ah kak, sini mcm2 pesen boleh jumpa.

Izhal said...

syok tu sampai 7 mac 2007... saya dapat sampai 15 mei 2007 tapi saja je mintak panjang2... kot-kot perlu ke apa ke orang kata... Insya-Allah 22 September ni habis mengaji disini...

Unknown said...

izhal,
waaa...lagi lama dapat. Tapi dah nak siap kan.....cik abang yus masih dlm penulisan tesis, takut gak tak sempat siap by tarikh tu.

Sastri said...

wah... berubah wajah laaa....

aaaa... takleh tgk laa slide...

blackpurple @ jowopinter said...

Ooooo...Kuittho Batu Pahat tu ke..?

Kena bayar royalti ni yus guna warna black + purple...hehe

Erk...Sas pun ada komen ke..?

Unknown said...

sastri
apsal tak leh tgk lak sas.....
kita ni bila boring sikit mulalah nak menukar...hehe

BP
ha'ah Kuittho Batu Pahat tu...

Alamak..kena bayar royalti ker???.....
Ada cop ker warna tu BP Punya....hehe:p

aik??? Takkan sas tak leh komen kot?? Tapi, korang berdua ni selalu komen di waktu yg hampir sama tau...mcm janji pulak

oldtown~Smell the Roses said...

salam kak
sori lama tak jenguk. lain plak 'appearance'. sib baik nampak gmbr aqil..compom blog akak. heheh..bestnyer jd tutor/lecturer ni kan..dpt sambung blajar free2..bila lah nak jd tutor gak ni!?

Akak sihat?How's the baby? Nani doakan kalian sihat sejahtera n hubby akak cepat2 settle tesis.

nani takleh add la ym akak. blh bg skali lg dak?

zino said...

semuga segalanya berjalan lancar..lulus dengan cemerlang dan balik malaysia..

Unknown said...

Nani
Best??? Tanggungjawab nani....mintaklah kat mana U atau Kolej Uni, Nani dah ada master, sure senang dapat tak...

Sihat, baby pun sihat, terima kasih.
Akak dah bagi sekali lagi kat blog nani.

zino
terima kasih yer..memang dah tak sabar nak balik ni....huhu.

Kiah Kardashian said...

bestnyer pool yang ada keta tuh. Mak nyer tak teringin skali ker masuk dalam tuh. Hihih..kalau saya lar....bab pam mengepam ni biasala tuh kan. Nak pulak pool yang mak dato besar. Saya selalu lenguh lenguh pam. Nak meniup ala ala sakit mulut plak!!

Lan Rambai said...

Cantiknya pool tu.... teringin pulak nak masuk sekali hahaha

Ajzie said...

Wahhh seronok nya depa main2 air. Berapa regga kolam kereta tuh, cantik eik. Comel plak tuh..ditambah2 ngan budak pompuan yg montel..

P/s
Moga suami yus dapat menyiapkan kerja2 nya ikut masa yg ditetapkan.. Moga berjaya yea..Aminn

Unknown said...

zakiah
hehe..teringin gak, tapi takut tak muatlah...hahaha.

Kalau kena tiup, alamat berjam lah baru boleh main, jgn2 ibu dia terus pengsan kat situ..hehe

lan rambai
beli satu, pas tu masuklah....hehe, saya pun ada hati gak nak masuk...hihi

ajzie
oklah..takdelah mahal sgt ajzie, sbb second hand kan..hihi.
Terima kasih..harap2 semua berjalan lancar.