Yelah, lagipun, perut saya ni dah makin membesar, nanti kalau dah bersalin, lepas pantang, dah sibuk nak mengemas utk balik Malaysia. Takut tak sempat nak jalan2 lagi. Nak ler jugak tengok cam mana bandar Oxford tu kan. Banyak tempat menarik di sana. Tapi, kami jalan2 area bandar jer. Bertolak pukul 9 pagi dari Sheffield, perjalanan ke Oxford mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah (campur berhenti rehat sekali). Kami tiba di bandar Oxford lebih kurang 11.30pagi.
Lepas makan, kami pusing2 lagi. Kat bandar Oxford ni banyaknya bangunan2 lama.Majoriti bangunan yang ada adalah gereja, dan kolej. Tapi senibina bangunan memang menarik. Cantik mata memandang. Sayang kami tak de kamera canggih dah saya dan husband pun takdelah pandai sangat tangkap gambar. Bolehlah tengok gambar2 kami di sana di bawah ni yer.
Apa yang pasti memang penat kami berjalan. Saya terutamanya. dengan Aqil dan Alia yang kejap2 buat perangai. Lebih kurang 4 jam kami pusing2 dekat bandar Oxford ni. Sampai tegang jer perut saya ni. Adalah berhenti2 rehat juga. Nak naik tour bus dia, punyalah mahal. Dewasa sorang dah £6, adeiiii..tak payahlah jawabnya. Jalan slow2 jerlah, cuma tak dapatlah nak cover semua. Mana yang dapat jerlah. Beli souvenier sikit, En. Din dapatlah beli t-shirt ada cop University of Oxford. Itu pun beli sehelai jer, sebab mahal.
Ni depan pejabat post lama, saja nak tangkap gambar bersama tong surat kayu ni..haha
Bangunan menarik di sekitar Oxford. Ini gambar dari poskad yang saya beli, hanya 4 daripada tempat ni yang kami sempat pergi.(Tulisan Oxford atas tu tak berapa nampak..saya salah letak masa scan..hehe)
Perjalanan balik, rasa lama lah pulak. Sebab hubby saya mengantuk. Bawak pun slow sikit. Anak2 pun dah penat, tidur ajelah dalam kereta. Tapi Alia sekali sekala buat perangai jugak....merengek aje. Next weekend boleh jalan2 lagi tak bang??? Hehe..terima kasih pada hubby tersayang, bawak kami jalan2 walaupun tengah sibuk ni. Sementara ibu masih larat nak jalan2 lagi, dekat2 bolehlah ye bang......Kalau jauh2 kena bermalam semua, rasa tak bolehlah.Oklah.....until later....
15 comments:
alahai mak yung kita ni, mmg gagah tul nak jalan jauh lagi..tak per, mudah nak bersalin nanti.amin.
yus, bandar oxford n universiti ni dlm satu kawasan ke?
hey Yus ni lain background pulak ya?
awak pergi Oxford ya??????? hehehehe. harapnya you have enjoyed yourself there. pandai cari parking tak payah bayar eh? jealous pulak dengar. kami hari tu bayar parking £7 untuk 5 jam. terkejut lah saya sebab dekat coventry ni, parking murah je. Lagi kalau sunday - FREE!
SEcond gambar tu, kalau diamat-amati background buildingnya, macam Balliol College. KEna bayar £1 per adult kan?
Tapi kita tak masuk museum. tak sempat sebab round bandar pun dah habis satu hari. lagipun tak tahu kat mana? haha.
oops silap; bukan 2nd gambar, tapi gambar ke-4. (or gambar collage ke-2)
eh, signboard sana sama macam kat malaysia la... tulisan rumi heheh...
camna agaknya bunyi alat music panjang tu??? ada bunyi bergaung gitu ke??? teringin nak main la alat tu...
bestnyer bestnyer
Semnagat betul berjalan. Tapi mmg bags dah duduk sana amikla peluang jenjalan. Nanti dah balik mesia susah nak dapat peluang tuh!!!
Minggu depan kemana plak tuh
kak syikin
ha'ah, universiti dia mmg kat kawasan bandar.
mama sarah
hehe..tulah jeles tgk MS pegi sana. Nasib gak dpt parking tu, tapi jauh ler menapak...yg penting free...hehe.
Balliol College....yelah tu, kita pun ingat2 lupa sebenarnya..haha
izhal
tulisan rumilah...takkan tulisan jepun kot...manalah mat salleh tu reti baca....hahaha
pandailah en izhal teka, mmg bunyi dia ada bergaung sikit, tapi best dengar dia main...
zakiah
memang pun zakiah, kalau balik mesia, busy jer biasa, nak jln sampai UK lagilah mimpi,mana ada duit kan....
syok nya jalan jalan..
apa kata hantar kat aku satu poskad tu...?
wow... bestnyer jalan... dapat nengok negeri org lagi... best best... anyway, jalan2 gak, take care gak k...
nak poskad.. nak poskad.. hehehe... :D :D
Bertuah la dapat 'masuk' Oxford...hehehe...
Ooo..pakcik tu main muzik,..ingatkan menghisap apa tadi..hehe
Peh...antara U yg prestige kat dunia... Dan jugak pengeluar kamus (betul ker...den main tembak jerk) Rindunya kat permandangan2 indah disana....oooohhhhh...
muzium tu masuk kena bayar ke?
zino
memang seronok, tapi penat gak tu...
sastri
tq sas mengingatkan....
os n nieys
erkk...poskad Oxford tu saya beli sekeping jer. Kalau poskad ke tempat lain ada banyak gak saya beli dulu..ok ker?? Kalau tak kisah, email lah alamat kat saya, InsyaAllah saya poskan. Email saya ibusyg_aqilyp@yahoo.com
BP
hehe....muzik yg pakcik tu main mcm kayu apa jer kan....
nbk
dulu mesti dah pernah sampai sini kann.....tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat...erkk apa ekkk??? ooo lupalak kampung halaman...hehe
mama sarah
muzium tu masuk free aje MS, kalau kena bayar, memang tak masuk ler jawabnya, Balliol College tu pun masuk sbb £1 jer, dan student 50p. Tu yg masuk....hehe.
Post a Comment