Monday, August 14, 2006

2 Tahun yang lalu......

14hb Ogos 2004....sudah 2 tahun berlalu. Aku ingat lagi, pagi itu pukul 10.30 pagi lebih kurang waktu UK, dan 5.30 ptg waktu Malaysia, kami telefon abah untuk mengucapkan Selamat Panjang umur buatnya sempena hari jadi abah yg ke 64 tahun. Ketika itu aku sedang mengandungkan Alia. Kandungan aku ketika itu lebih kurang sama usianya mcm kandungan yg sekarang..lebih kurang 6 bulan lebih. Seronok bercerita dengan abah, abah bertanya mengenai kandunganku. Bagaimana persiapan, Aqil macam mana, banyak yg kami bualkan...Walaupun aku hanya menantu, kalau abang telefon ke kampung, abah mesti nak bercakap dengan aku juga. Abah memang melayan aku dengan baik sekali.

Konon2nya nak suruh abah dan mak datang masa aku melahirkan Alia nanti. Mula2 abah mcm setuju juga, tapi kemudian abah kata tak payahlah. Siap abah cakap, tahun depan raya baliklah sekejap. Tiada tanda2 yang menunjukkan akan ada apa2 yang berlaku pada abah. Suara dia pun ceria saja seperti selalu. Kesihatannya pun ok saja.

Oleh kerana hari itu hari Sabtu, biasalah, abang akan pergi main bola di waktu petang. Waktu summer, jadi cuaca panas. Tapi, sekarang ni nampak cuaca dah sejuk balik, tak seperti waktu itu. Kami dah berjanji dengan seorang kawan (as) nak ke Carboot esok seperti biasa. Kawan kami ni tak pernah lagi ke carboot Marshlane masa tu. Dah balik Malaysia pun skrg, sbb suami dia buat master saja di sini, cuma setahun. Aku dan As memang baik sebab kami sama tempat kerja di Prod Direct (skrg di panggil Pro Co). Dua tiga hari sebelum tu, aku dah sebut2 dengan As dan Kak Aizah tentang mimpi aku. Aku bermimpi kesihatan ayahku tidak berapa elok. Aku dah cakap dengan mereka pasal kebimbangan aku ni. Mereka cakap, dah telefon ayah lom?? Aku kata dah...semua ok.

Balik saja dari main bola, waktu tu tak silap dalam pukul 8 mlm. Sambil berehat di ruang tamu, tetiba handphone abang berbunyi. Ada message masuk. Abang siap cakap, tu mesti As nak confirm esok gi carboot pukul berapa. Aku mengiyakan aje. Bila abang baca habis message tu, terus dia terjelepuk terduduk kat situ juga sambil menangis semahunya. Aku terkedu, kenapa pulak ni. "Bang ....kenapa??" Abang jawab dengan longlai " Abah dah meninggal yang". Aku tak terkata apa, turut menangis dan terus memeluk abang. Ku capai handphone tu, dan tengok message di dalamnya. Message dari abang iparku yang berbunyi...." Din harap bersabar dengan berita ini. Abah dah meninggal mlm td dlm kul 11.40 td. Esok kebumi sebelum zohor. Abah rasa sakit dada lps maghrib dan meninggal di hospital".

Tak pernah aku melihat abang menangis. Abang menangis macam budak kecik masa tu. Aqil yg memerhatikan kami, tak tahu apa2 memelukku dan turut menangis. Dekat 1/2 jam kami begitu. Kemudian baru abang ada kudrat telefon ke kampung bertanya hal sebenarnya. Takde adik beradik lain pun yang dapat melihat abah di saat akhir. Emak pun tak dapat tengok sebab abah menghembuskan nafas terakhirnya di bilik ICU. Selepas itu aku pula capai telefon dan telefon mak ku di Malaysia memberitahu berita sedih itu. Ayah dan mak turut terkejut sebab siang itu aku ada telefon mereka, cakap hari itu hari jadi abah. Ayah menasihatkan kami banyak bersabar, dan berjanji akan pergi ke Muar esok pagi2 untuk memberi penghormatan terakhir pada arwah. Aku turut telefon As beritahu kata kami tak jadi ke carboot esok, As turut terperanjat, dia ingatkan ayah aku sbb aku dok asyik mimpi sebelum tu. Mungkin satu tanda juga....kataku.

Maghrib pun dah masuk masa tu, mcm skrg gak dlm pukul 8.40, lepas abang mandi kami terus solat maghrib bersama, baca yassin untuk di sedekahkan pada arwah abah. Tersekat2 abang membacanya....terlalu sedih dia, sebab dia soranglah yang tak dapat tengok abah di saat akhir. Macam mana kami nak balik.....jauh sungguh, kalau balik pun, tak sempat gak tengok sebelum arwah di kebumikan. Bila perasaan kami dah makin reda, abang telefon penghulu PMPMS ketika itu, minta tolong dia war-warkan dalam SMNet kami nak buat bacaan yassin dan tahlil di rumah esok petang untuk arwah abah. Alhamdulillah ramai sungguh yang datang. Seminggu lepas tu, kami buat lagi sekali kenduri untuk arwah. Ramai yang datang menolong, dengan aku yang tengah membuyung seperti sekarang. Mana larat nak buat semua sorang. Terima kasih pada semua.

Kini telah 2 tahun ia berlalu. Aku doakan semoga arwah abah di tempatkan bersama2 orang yang soleh. Kami belum sempat lagi menjengah ke kubur abah. Sedih rasanya. Aku ingat lagi, hari terakhir sebelum kami berangkat ke mari, abah datang padaku. Dia berpesan supaya tolong jaga Din baik2. Beri dia perangsang supaya dia dapat belajar dengan baik. Siap cakap, kalau yus boleh tolong2 taip kan tesis untuk Din pun ok gak tu. Masa kat airport pun, dia peluk aku dengan kuat. Terkedu gak bapa mertua peluk begitu. Dan arwah abah berpesan lagi supaya aku tolong jaga Din. Sedihnya bila mengingatkan balik. Tak sempat arwah abah tengok cucu dia Alia, dan sekarang dah nak tambah sorang lagi.

Abah...InsyaAllah tahun depan kami akan balik. Abang....teruskan usaha abang, siapkan penulisan tesis tu. Ingat pesan arwah abah. Harapannya begitu tinggi pada abang. Semoga abang berjaya.

Al- Fatihah.........

21 comments:

Nieys Zahri said...

Huhu.. sedihnya baca nukilan Kak Yus.. baru je nak cakap..
"e,eh.. birthday mertua akak sama ngan birthday suami saya.. "

rupa-rupanya ada citer sedih ye.. sebak hati saya membacanya...

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

semoga semuanya selamat & kita yg hidup perlu teruskan hidup dan harapan mereka. Insya Allah...

akak yus boleh download lagu2 dari filem Kabhi Alvida Naa Kehna... memang best...refer link tu.
file2 zip tu ada password, baca betul2 kat laman tu.

http://www.indiamp3.com/hindi-mp3/kabhi-alvida-na-kehna.html

p/s: yus masih mencari filemnya. this film is about failing relationship.

regards,
yusairi.

Lan Rambai said...

ajal arwah abah awak tu lebihkurang sama dgn masa arwah abah saya meninggal... sakit dada, masuk hospital dan meninggal sorang2...

tumismenumis said...

Al-Fatihah.
Orang yg pergi takkan kembali, kita yg hidup kena bekalkan diri.

Unknown said...

nieys
akak pun masih bersedih di atas kehilangan arwah.

yusairi
Betul tu yusairi. Terima kasih atas info tu.

lanrambai
sekurang2nya mereka pergi dengan mudah...tanpa sakit yang panjang. Semoga roh arwah abah en lan juga bersemadi dgn aman.

mazudi
Terima kasih atas ingatan itu....sama-samalah kita perbekalkan diri untuk kemudian hari.

sufiah said...

sedih baca entri akak ni..ana dan mak ada kt bilik ICU tu tp doktor tak bagi masuk.Itu yg plg diralatkan sekali..

ayu_mkay said...

terasa sebak.... blm lagi melalui saat2 begitu dlm keluarga... tapi tabahkan hati.. moga arwah di tmptkan bersama2 insan terpilih

ibuVouge said...

hmmm IV rasa tentu sukar untuk yus luahkan segalanya..walau dah dua tahun ..tapi yus akan rasa lebih lega kan.

alfatihah untuk arwah

Mama Sarah said...

alfatihah...

Semoga terus tabah dan semoga tamat phd dgn jayanya.

bAiTi said...

alfatihah..

moga rohnya ditempatkn di kalangan mereka yg soleh..

:|

Unknown said...

ana
Sama2lah kita sentiasa sedekahkan al-Fatihah dan bacaan Yassin buat abah yer. Semoga rohnya akan terus bersemadi dengan tenang di sana...

ayuMK,IV,mama sarah dan Baiti
Terima kasih atas doa kalian. Semoga kita sebagai anak tetap dapat berbakti pada orang tua kita walaupun mereka sudah tiada, apatah lagi selama mereka masih bersama kita.

zino said...

terasa kesedihan dalam penulisan ni.. al-fatihah utk arwah..

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

takziahhh...cedihnyer baca....cam gituler idup di perantauann...mog atabah selaluuu

RaFFLeSiA MeRaH said...

salam perkenalan...sy pun turut sedih dengar citer tu...sy penah alami benda ni sumer, masa tu nenek sy meninggal, memang dari kecik tinggal dengan dia, bila tiba2 dia takder, terasa sgt2 kehilangan...ape yg pasti sumer org akan rasa saat tu, cuma waktu masing2 berbeza...sabar yer...

Bunga Rampai said...

Salam Yus,

Al-Fatihah.

Unknown said...

bro zino
memang masih bersedih kehilangan arwah...

zz
tq, hidup di perantauan ada pahit, ada manisnya...

rafflesia merah
salam kenal juga...terima kasih ke mari.
Betul tu,kehilangan orang yg di kasihi, memang sedih...kita yg hidup kena lebih kuat semangat dan sentiasa mendoakan mereka yg tiada supaya roh mereka tenang di sana.

BR
TQ

ontahsapo said...

takyah la sedih2, rilek la...

Ajzie said...

Al Fatihah.
Semuga akan terus tabah menghadapi hari2 yg mendatang.

Monster Mom said...

Yang ada akan pergi
Masa kita akan hadir juga nanti...

Sama macam yus, my FIL lebih suka bercerita dan serasi dgn Ju daripada hubby. Baru - baru ni pun dia masuk IJN kena attack... Ju yg histeria lebih...haheh... tapi alhamdulillah..dia kembali sihat.

Makes me wonder bout my own father and FIL... to spend more time with them while we can...

thanx for the entry yus...al fatihah

Unknown said...

OS
bila teringat 14 Ogos tu, dtg balik peristiwa tu...takdelah sedih sgt seperti waktu tu,....kita kena redha apa yg berlaku kan...

ajzie
thanks ajzie. Dah sampai Malaysia eh?? Bestnya dia...apa cerita????

junita
betul tu, lambat laun kita akan alami juga....

salam kenal.....tq sudi kemari.

blackpurple @ jowopinter said...

AlFatihah....