Wednesday, November 28, 2007

Cerita Aqil....

Salam semua....

Banyak sungguh cerita yang aku nak letak di sini, tapi masa dan mood aku tak mengizinkan aku buat begitu. Akhir2 ini, banyak perkara mengenai Aqil yang terjadi. Dah lama ibu nak letak dalam blog ibu ni, tapi tak berkesempatan. Sebab utama, ibu asyik berebut dengan Aqil jer nak menghadap pc ni..lol. Hari ni ibu cuba tunaikan hasrat ibu tu yer sayang...

11 November 2007

Hari Konvokesyen Tabika Kemas Aqil. Aqil nampak segak berjubah. Ibu dan abah tumpang seronok tengok Aqil. Dapat tempat pertama pulak tu. Ibu pun terkejut juga, yelah tak sampai dua bulan Aqil masuk situ. Apa pun tahniah dari ibu dan abah. Kena tingkatkan usaha, belajar rajin2 tau, semoga besar nanti akan terus berjaya dalam pelajaran.

Aqil sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas

Aqil mengambil hadiah dan sijil

Aqil bersama Alia

21 November 2007

Aqil masuk pertandingan menghafal sifir. Masih peringkat saringan bagi tabika kemas zon parit raja. Mereka pilih 5 yang terbaik dari 9 orang peserta untuk mewakili zon Parit Raja ke peringkat parlimen Sri Gading. Susah juga nak melatih Aqil menghafal sifir tu. Mereka minta hafal sifir 1 hingga 3 dan kalau boleh hafal yang lain di kira bonus. Susah juga nak melatih Aqil menghafal sifir2 tu. Alhamdulillah Aqil boleh juga hafal dari sifir 1 hungga 3 walaupun tak begitu lancar. Ibu kira oklah tu, tak perlu nak masuk sampai peringkat yang tinggi. Asal Aqil nak hafal dah kira bagus. Satu permulaan juga pada pandangan ibu. Aqil pun baru 5 tahun. Tahun depan ada peluang lagi. Tapi, Aqil berjaya juga dapat tempat ke 5, jadinya Aqil terpilih ke peringkat seterusnya. Tahniah dari ibu dan abah.

Aqil dapat tempat ke-5

Aqil bersama peserta dari tabika yang lain di zon Parit Raja ni. Aqil mewakili Tabika Sri Jelutong ( wajah Aqil tak kelihatan, nampak baju dia jer, tak reti duduk diam punya pasalrolleyes)


27 November 2007

Pertandingan menghafal sifir dalam bahasa inggeris tabika Kemas parlimen Sri Gading. Sebenarnya banyak lagi aktiviti lain pada hari tu. Ada pertandingan memasak, ceramah agama, ceramah keibubapaan, demonstrasi memasak, cabutan bertuah. Bila dengar peserta pertama membaca sifir, ibu terasa Aqil takde harapan. Memang lancar sungguh sampai ke sifir 5 pulak tu. Tapi bila peserta2 lain naik ke pentas, ibu mula rasa, ada harapan anak aku ni. Aqil peserta yang ke 13 daripada 15 orang peserta.

Bila saja nama Aqil di panggil naik ke pentas, ibu pulak yang terlebih gabra. Nampak Aqil macam relax, Aqil mula baca dengan lancar sifir 1, ibu ambil peluang masa tu untuk ambil gambar Aqil. Tapi rupanya konsentrasi Aqil terganggu bila ternampak ibu dan terkena flash lampu dari kamera ibu. Aqil macam panik. Sifir 2 mula berterabur. Sifir 3 pun sama. Lepas tu Aqil diam saja. Sudah, apa dah jadi dengan anak ibu ni...

Seorang cikgu dari sekolah lain suruh Aqil turun dari pentas. Kalau dah tak ingat takpe kata dia. Tapi Aqil terus juga berdiri di situ. Tidak berganjak. Bila nampak muka cikgu Linda, cikgu tabika Aqil, baru Aqil macam bersemangat semula. Aqil teruskan baca sifir 3. Alhamdulillah betul yang akhir2 tu, walaupun yang awalnya Aqil lupa. Semua ingat Aqil dah habis, tapi Aqil teruskan baca sifir 4 pulak. Ada yang tergelak, tapi mereka suka dengan semangat Aqil. Aqil dapat baca sifir 4 dengan betul. Lepas tu Aqil sebut thank you dan turun dari pentas. Syabas Aqil. Ibu pun turut bangga.

Bila dah habis tu, seorang daripada guru daripada tabika lain datang pada ibu. "Kenapa ambil gambar dia tadi," katanya. "kalau tidak ok tadi tu. Tapi bagus semangat dia kuat, habiskan juga". Ibu rasa bersalah pulak ambil gambar Aqil, tapi takpelah kan Aqil. Dapat juga hadiah saguhati.Tempat pertama dimenangi oleh peserta dari Tabika Pintas Puding. Memang bagus budak tu. Tapi dia dah 6 tahun.Walaupun Aqil cuma dapat hadiah saguhati, itu dah kira bagus. Tahun depan kita cuba lagi kan.


Aqil di atas pentas, sedang membaca sifir

Aqil menerima hadiah saguhati

Aqil bersama Alia

Aqil bersama hadiah yang di menangi dari 3 event yang berbeza. Congrats for Aqilrazz

Lepas ni terus hafal sifir yang lain tau. Sampai sifir 12. Aqil pun dah pandai baca sikit2 blog ibu ni kan. Belajar baca lagi dengan ibu yer. Jangan malas.....Kalau tak ibu naik evil nanti....mrgreen

Tuesday, November 20, 2007

Selamat Hari Jadi Abid


20 November 2007

Happy Birthday buat anak ibu Abid. Tak sangka dah setahun pun Abid. Sekejap sungguh masa berlalu. Rasa baru semalam ibu melahirkan Abid. Teringat lagi malam itu ibu terpaksa menghantar kakakmu Alia dan abangmu Aqil ke rumah sahabat ibu dan abah. Alia yang tak biasa di tinggal kelihatan begitu sedih. Sampai merajuk lama juga dengan ibu. Kini Abid dah makin pandai. Pandai bermain dengan abang dan kakak, dah pandai jalan, dah pandai merajuk dan yang ibu tak boleh tahan, dah pandai baran. Kalau tak dapat sesuatu, boleh mengamuk terjerit-jerit. Adusss...

Abid juga suka sangat mengemas. Pantang nampak penyapu atau hoover, mulalah menunjukkan aksi membersihkan lantai rumah ibu. Mentang2 dah pandai jalan yer. Sampai tergolek2 pun, Abid masih tak putus asa. Tapi yang ibu tak suka, bila jumpa apa saja, Abid suka masuk kedalam mulut. Selipar pun nak masuk mulut. Sabor ajerlah...

Satu lagi, Abid juga suka menari. Terhenjut2 badan tu bila dengar lagu. Terutama lagu iklan TV3 tu, kan Abid. Dan bila Abah atau ibu nyanyi lagu 'Nggok-nggok iyong', mulalah buat aksi lucu tu....hihi. Abid anak ibu yang manis, paling murah dengan senyuman, dan senyuman Abid memang boleh buat semua orang geram melihatnya. Harapan ibu moga Abid membesar menjadi anak yang soleh, berguna dan menjadi kebanggaan ibu dan abah.Membesar bagai johan kan Abid...



Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi

Selamat Hari Jadi Abid

Selamat Hari Jadi

Love,

Ibu, Abah, Aqil & Alia


Wajah terbaru Abid,gambar di ambil pagi tadi, waktu dia baru bangun dari tidur

Friday, November 16, 2007

Sepetang di Tasik Y

Sudah lama nak letak gambar2 ni di sini, tapi tak berkesempatan. Hari ni nampaknya bolehlah aku buat, but still, malas nak taip panjang2.Hari sebelumnya, aku terjatuh 3 anak tangga di rumah. Jadinya badan terasa sakit2. Teringat satu ketika dulu, masa aku mengandungkan Aqil, aku selalu kemari, pijak batu2 di situ untuk buat urutan kaki. Terasa lega sedikit. Petang itu pun niat hati nak pijak batu2 tulah. Anak-anak nampaknya sangat gembira dapat bermain-main di taman permainan. Sungguh seronok melihat telatah mereka terutama Alia dan Abid. Abid berlebih lagi seronok, sampai ketawa berdekah-dekah. Lain kali InsyaAllah, kita main2 di sini lagi yer sayang.

Monday, November 5, 2007

Aidilfitri 2007


Salam kepada blog ku yang telah lama kubiarkan menyepi ini. Betullah kata seorang rakan blogku itu, bila dah balik Malaysia, mesti malas nak udate blog. Nampaknya aku dah terkena sindrom itu. Tambahan pula, internet kat rumah aku ni selalu buat perangai. Aku pun tak tahu mana yang salah. Kadang2 ok, kadang2 tidak. Bila mood aku ada, internet ni meragam, bila internet ni ok pulak, aku sibuk dengan benda lain, lama2 langsung tak berupdatelah.

Kengkononnya nak update cerita raya. Raya pun dah nak habis ni, tinggal lebih kurang seminggu lagi Syawal akan berakhir. Setelah 4 tahun lamanya beraya di perantauan, kini dapat beraya bersama keluarga. Memang terasa lainlah suasananya. Teringat pula aku di hari terakhir Ramadhan kali ini, kami sekeluarga balik ke rumah emakku di Melaka. Ada cerita pada hari itu. Kalau di ingat balik hendak ketawa pun ada. Adik aku kata macam budak2 pulak..Malu rasanya nak cerita, tapi cukuplah aku nyatakan di sini, semuanya pasal ketupat. Kalau aku baca balik satu hari nanti, aku tahulah...suami aku pun tahu. Yus..yus, tak senonoh tau. Semuanya gara-gara dah lama sangat tak makan ketupat daun tu kan, asyik ketupat plastik jer....hehe

Kalau di Sheffield, beraya ke rumah rakan taulan tapi di sini minggu pertama raya tu lebih kepada sanak saudara. Lebih2 lagi dah lama tak bersua muka. Hari raya ke tiga, di rumah ibu mertua ku, kami adik beradik buat barbeque. Makan beramai-ramai bersama seisi keluarga, sambil sebelum tu bersama2 menyiapkan makanannya memang seronok.

Suami ku Mr Din yang tengah menunjukkan skill membakar ayam

Ini pula pasangan romantis Abg Lan dan Kak Pidah tengah bakar ikan. Di belakang tu, van antik mereka yang unik. Susah nak jumpa kat jalan tu.

Acara makan-makan bermula. Sebahgian saja ahli keluarga berada dalam gambar.

Bersama ibu mertuaku

Keluarga sempoi, aku bersama ayah, mak dan dua orang adik. Tinggal aku dan Khairul jer masih berbaju raya, yang lain dah tak..huhu (Sesungguhnya takde gambar sekeluarga berbaju raya lengkap tahun ini, gara2 sudah ada orang yg datang ke rumah di saat nak buat sessi bergambar. Terus lupa sampai ke petang.)

Ini pula gambar bersama sebahagian kawan2 yang beraya ke rumah kami di sini. Kepada Azam dan Zura yang bertanya tentang frame gambar tu, kat belakang tu dah tergantung dah. Nampak tak??..hehe. Terima Kasih daun keladi, lain kali boleh dapat lagi tak?...hehe

Huh! Akhirnya berjaya juga aku update blog aku ini. Tapi nampaknya dah kena berhenti, Abid dah bangun tu. Kepada semua sekali lagi Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dah Batin.

p/s: orang lain dah sibuk update cerita lain, aku baru nak update cerita raya...ketinggalan kapal dah ni...
biggrin