Wednesday, August 1, 2007

Pening Lalat...

Ramai juga yang komplen kata blog aku ni tulisannya berlari-larian. Ada yang kata sidebar jatuh ke bawah. Semalam aku telefon member lama di Malaysia, dia pun kata blog aku ni tulisannya tenggelam timbul. Jadi, aku tukar lagi wajah blog aku ini, tapi aku sendiri tak puashati. Aku dah berkenan dengan template yang sebelum ni. Tak apalah, harap-harap takdelah yg komplen kata blog aku ni tulisannya berlarian lagi yer. Proses menukar wajah blog ni, memang buat aku pening lalat sekejap. Siapa suruh kan. Kerja lain banyak kat rumah ni...huhu

Aku agak sibuk mengemas barang. InsyaAllah barang akan di hantar dulu 13hb Ogos. Kami pula menyusul 10 hari kemudian. Tiket dah booking, tapi tak dapat lagi. Dalam pada itu, ada hati juga nak berjalan2 kali terakhir dan tak lupa shopping lagi apa yg patut..hehe. Tak boleh bercerita panjang plus idea pun tak dtg sbb pening lalat ni..hihi

See u when i see u

11 comments:

Mrs.A said...

Salam Kak Yus,

Wah.. seronoknya nak balik... Mesti terselit juga rasa sedih sebab dah biasa dengan keadaan dekat situ kan...


Tukar template blog memang memenatkan.. kena update balik semua link... semua benda la kiranya... template yg ni nampak cool la kak yus... sejuk je..

Ajzie said...

Wahhh yus.. sibuk tul kemas2... blog pun sempat dikemasssssnya..hihihi

Yg ini tak cantik sgt.. yg warna maroon tuh cun...

Yus.. nak shopping lagi eik.. wah wah wah... seronok nyaaaaaaa... Jeles I you....hihihi

NBK466 said...

Wah..bzz ek Pn Yus...rumah nak kena kemas...rumah cyber nie pun nak kena kemas...

Izhal said...

wah dah nak balik dah... tahniah la kat suami Pn Yus jadi Dr...

Kang kalo nak pakai agen import kereta habaq la... jimat banyak duit dan masa kalo pakai agen... heheh...

Sastri said...

cantik juga template yang ni Yus... suka warna bunganya... sibuk berkemas ek...

Kak Elle said...

oh yus pun dah nak balik ke tanah air ye?
comel2 anak2 yus tu kat previous entry.

oldtown~Smell the Roses said...

Kak Yus memang terlebih rajin. Laman nipun dikemasnya!hehehe...

Kak Yus, shopping utk Nani skali tau!

RaFFLeSiA MeRaH said...

YUS...JENGUK BLOG AKAK JAP YERR, ADER PERMINTAAN SKIT....

Mummy Rizq said...

must be very hectic kan! tp mesti best sebab nak balik malaysia jumpa family....

Alwizbme said...

Ahaaa.. balik dari oversea sure ramai sedara mara yang menunggu.. esp utk ole-ole... ingat time my bro balik dari US dulu.. sarat barang utk keluarga.. pinggan mangkuk utk mak & adik-adik.. just nice balik time cuti sekolah kat Msia...

KAK DIEDA said...

wallaaaa kak yus, tahniah utk abang kat YUs dah dapat Dr ekss...abang kiter tengah berperang lagi ni...masih ditahap pertengahan.

Agak�nya bila kak yus nak balik mesia ni...selamat pulang ketanah air kak..mesti hati masing berat nak tinggalkan tempat sekarang ni kan! (sekarang ni kak Yus kat mana?)