Dan oleh kerana hari ini hari akhir internet berfungsi di rumah ini, aku update lagi. Banyak lagi rasa nak letak di sini tapi masa tak mengizinkan. Aku buat ringkasan ajerlah. Sedih juga sebenarnya nak meninggalkan bumi UK ni. Banyak kenangan pahit manis di sini. Aku rasa aku memang belajar banyak perkara di sini. Alia dan Abid lahir di sini. Hidup di perantauan mengajar aku lebih berdikari. Tidak terlalu bergantung pada keluarga. Aku dapat ramai kawan di sini. Sheffield antara tempat yang paling ramai orang melayu, jadi kami takdelah rasa sunyi sangat.
Hari-hari akhir kami, ramai juga yang jemput ke rumah.Terima kasih pada semua. Kami pasti akan rindukan Sheffield. Rindukan semua di sini. Entah bila dapat menjejakkan kaki semula. Di bawah ini sebahagian gambar2 tempat2 yang biasa kami pergi di Sheffield ni. Balik nanti bila lihat semula pasti kami terkenang-kenang.
Kami angkat berangkat pulang dari Manchester Airport hari Khamis ini 23 Ogos 2007 pukul 8.50 malam waktu UK. Nampaknya genap2 4 tahun kami di sini. Dulu berangkat ke UK dari Malaysia pada 23 Ogos 2003, dan kini berangkat pulang pun pada tarikh yang sama.
Kini perasaan aku sebenarnya bercampur-campur. Sedih, gembira, seronok, excited. Tak sabar dah nak jejak kaki di Malaysia namun dalam masa yang sama sayu nak tinggalkan Sheffield. Apa pun, setiap yang bermula pasti berakhir, setiap pertemuan akan ada perpisahan. Selamat tinggal Sheffield, Selamat tinggal England. Kenangan bersamamu tak akan dapat kami lupa.
Buat kawan2 di sini teruskan perjuangan kalian. InsyaAllah masanya akan tiba jua buat kawan2 semua. Buat keluarga di kampung, tak sabar rasanya nak bersua kembali. (Jangan lupa jemput kami di airport...hihihi) Dan buat pengunjung blog ini, aku kenalah umumkan yang blog ini mungkin tidak ada cerita baru untuk jangka masa yang agak lama. Entah bila dapat aku bersantai-santai merehatkan diri sambil menulis blog semula. Kena tunggu dapat line internet balik.
Oklah sehingga di lain waktu dan ketika. Salam buat semua.
25 comments:
Whuuuaaa...kenapa daku yg sedihhh!!! Oh kampungku..sudah banyak perubahanmu sejak ku tinggalkan..Bas No 52 pun tidak bewarna Selangor lagi (kuning & merah)... Bilalah akan jejak kaki kita kesana yek Yus???
p/s : Balik M'sia jgn ler tutp blog yek...
Salam kak.
lame xjenguk blog,xsedor da nak balik ek.
hehe,bestnye da abis study.
duk kampung padang sheff tu memang best,org msia rmai.
ingat ag mase pegi sane darjah 5,mane2 je ade org mlayu.
tu dulu,skarang ape lagi kan.
anyway most prob i'll be there again in 2009.
maybe my aunty ade practical sane.
she was the 1 who studied there back in 1999 when i went there.
just cannot wait to be there.
sheffield gave me the inspiration to study overseas.
it means a lot too me as well even though i stayed there for only 2 weeks.
you finished your overseas day already but i still have 6 more years in France.haha
hopefully mine will pass so fast and successfully just like yours.
Selamat kembali pulang ke Msia... Negaraku tumpah nya darah ku...
Moga di permudah kan segala urusan perjalanan pulang Yus n family..
p.s
Datang rumah tau...nanti
Salam Yus,
Selamat pulang saya ucapkan. Mintak maaf, halal makan , minum dang semua2 lah. Jangan lupa kami yang masih di sini OK.
Oh ya, kalau boleh jangan berhenti ber 'blogging'.
Cheers!
Salam Kak Yus...
Wah saya dah banyak ketinggalan posting Kak Yus rupanya... Hm.. dua hari lagi Kak Yus akan kembali ke bumi Malaysia.. Insyaallah.. semoga selamat diperjalanan..
Lagu kak yus ni pun sedih la... rasa nak nangis plak...
Cepat-cepat la update bila dan sampai Malaysia ye Kak Yus...
Selamat selamat :)
Orang kata tempat jatuh lagi dikenang...inikan pulak tempat bermain....
Semua tu hanya tinggal kenangan manis dalam hidup Yus dan anak2....
sedih nya lagu tu Yus...semua yg bermula akan berakhir...pulang lah ketanah air dgn hati yg gembira ok?
yus... welkam home...semoga balik mesia dpt mulakan hidup yg baru...
Bila samapi mesia jemput2 la datang umah kami...tapi umah kami yus kene duduk atas tikar ler...heheheh japanesse style..
k.yus, selamat pulang ke tanahair..
Nnati jgn lupa update citer2 di msia pulak yer..
:( (sedih.. )
Salam hormat. Ini adalah blog kedua, dimana pemiliknya akan pulang ke Malaysia, setelah lama merantau ke luar negara. Ops, apakhabar ? Lama sungguh tak tinggalkan jejak disini.
uihhh.. touching nya... takpe, ada rejki sampei lagi.
ni yus dah sampei ke...
selamat kembali ke tanah air.. tentu banyak kenangan yang tak mungin dapat di lupakan semasa di perantauan..
kena cepat2 pasang tenet kat rumah tu nanti..hehe
SALAM KAK YUS..
tetiba saya pulak yg sedih macam saya yg nak meninggalkan uk.hu hu
anyway SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR-MALAYSIA
sedihnya akak baca entry ni dan dengar lagu ni...menitik air mata...
peluang berada di bumi asing sudah semestinya meninggalkan pelbagai kisah ceria/duka... semuanya akan menjadi kenangan.
selamat kembali !!
Kak Yus mesti dah smpai Mesia nih!Selamat Kembali. Amboi..byk betul brg dieksport ke Msia ye..siap kete Merc skali tuh!cayyalah kak Yus! Kalau dtg Kl, singgah umah kami tau!
dah sampai Malaysia ke? baca entri ini, sas pun terasa sedihnya... bila la sas ada peluang pula nak jejak kaki ke sana ek...
huhuhu...bumi england dlm kenangan, akan ku tungguuuuuu, huhhuhuhu...hingga tiba detik itu....
waaa... tahun ni ramai bloggers balik msia for good yek. saya yang terakhir utk tahun ni kot. end of the year.. amik saya kat airport eh.. he he..
itu memang takdir yang syok, tarikh pi dan balik 23 ogos :)
Salam Yus,
Moga semuanya selamat. Saya tunggu cerita-ceriti di tanah air pula.
p/s lagu latar itu sangat menyayukan ... saya pula yang sedih. Dapat saya rasakan kepiluan Yus meninggalkan Sheffield.
Salam Ramadhan juga untuk Yus sekeluarga.
selamat berpuasa...
hujan emas di negeri org hujan batu di negeri sendiri lebih baik laa hujan ais...haah? hehe lawaks budus je tuh.
ohh dah nak balik sini ke? mesia ni panas leding tau...mesti rase cam tak best nak biasakan diri ngan cuaca sini balik bile dah lama duk kat tmpt sejuk...
ok c u again!
salam kak yus..
saya beroperasi di rumah baru... http://itukahaku.blogspot.com
Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir batin :)
Post a Comment