Friday, August 10, 2007

Fruit Picking: Red/White Currants dan Rasberries

Banyak entri tertunggak yang aku nak masukkan dalam blog ni. Masa tidak mengizinkan. Sehingga hari ini ada 3 hari lagi untuk aku mengemas barang2 supaya dapat dihantar pulang ke Malaysia dengan selamat. Masih belum siap sepenuhnya. Adalah lebih baik aku berehat seketika dan meng'update' blog ini...hehe. Maaf kiranya komen dari rakan2 dalam ruangan komen dan shoutbox seperti tidak aku endahkan. Tidak bermaksud begitu sebenarnya yer. Terima kasih banyak2 atas komen anda. Blog anda semua masih aku jengah sekali-sekala, tapi nak tinggalkan komen tu ada susah sikit. Sebabnya aku menjengah secara ekspres saja..hehe.

Hari Selasa lepas, 6 Ogos 2007, kami sekeluarga ke Birchin Lee Farm & Nurseries . Kami kesana atas urusan kengkononnya nak memetik buah strawberries. Tapi, sekarang ni dah penghujung musim, strawberries tu dah segan nak tunjuk muka..haha. Nasib ada lagi Currants dan Rasberries. Dapatlah kami melepaskan hajat memetik sendiri buah2an ni. Sebelum ni dah pernah pergi strawberries picking dan apple picking, tapi tu dululah. Ingatnya nak merasa lagi sebelum balik kan. Anak-anakku itu bukan tahu makan buah-buah ni semua, setakat excited nak memetik ajer.

Takde perancangan awal untuk pergi. Cik abang ku itu ke Uni pagi itu. Dalam pukul 2 petang, sempat aku ber'ym' dengannya dan ajak dia untuk pergi fruit picking. Bila aku cari2 dalam internet, farm tu tutup pukul 6. Apa lagi, cik bang cakap, ok bersiap, abang balik kita pergi. Pukul 3.30 dia sampai rumah, pukul 4 kami ke sana. Dekat saja dari rumah kami, dalam 25 minit perjalanan menaiki kereta. Oklah, kita tengok gambar pulak yer...


White Currants

Red Currants

Rasberries

Lain-lain gambar kita tengok slideshow ini yer...



Oklah, berhenti dulu.
Till then.....

13 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Eiii...Geramnya tengok buah-buah tu. Comel! Macam nak picit-picit dulu sebelum makan...he he he..

Apa agaknya rasa Currants putih dan merah itu ekk...?

Ajzie said...

Yus
Rasberries tuh.. geli geli tak nak pegang...hihihi
Manis ker? Kalau di German..masammmmmm..huuhu

kakLuna said...

seronok nya dpt pegi ke dusun buah yg cantik dan sedap tu...

Sastri said...

aaa... apa rasanya white and red currants tu ek? sas suka jem raspberries...

maklang said...

best kan pegi petik2 ni...

kami petik buah kedondong aje...

lama maklang tak masuk sini, tau2 yus nak balik dah...selamat kembali...

Mulan said...

camtu rupanya buah2 tu..

cikdinz said...

rasberi tuh yg tak leh tahan. petik terus ngap jer.nasib baik takde kat depan mata...heheheee...

yus dah nak balik m'sia ke ????

cikdinz said...
This comment has been removed by the author.
Kiah Kardashian said...

jalan sakan kak yus. berries ni tak sedap sangat sebenarnyer kan kalau nak makan gitu ajer. Kalau buat fruit tart...muffin...sedaplah. tapi saya tak sanggup buat tart dengan berries sebab kat sini mahal!!! kalau di Uk mmgla heaven kan.

oldtown~Smell the Roses said...

Kak Yus, takut tgk buah currant tuh!Sbb dia transparent kot!heheh..tp rasberry tu memang mengancam!

Cantik gmbr castle last entry tu! Sedeykan nak tinggalkan UK last2 nih..enjoy ur moment!Abid mcm Aqil. Siap pakai spec itam tuh!

NBK466 said...

Tak sangka pulak ada white currant.. biasa black currant jerk.. Tak salah fruit picking nie masa musim summer kan?? Skg tgh musim apa? Kat sini musim durian..he.he.he.. (itu pun dah hujung2 jugak..)

Unknown said...

BP: saya pun geram nak picit2. Rasa dia masam, macam blackcurrant jugak..

ajzie: ha'ah, geli2 nak pegang..hihi. Ada y manis, ada yg masam, balik tu yus buat jus, dah letak gula pun masam..huhu

luna: oklah, takdelah cantik sgt dusunnya..

sastri:masam sas..

maklang: saya pun lama juga tak menjengah ke sana, terima kasih..

mulan:hehe, cam tulah rupanya

Unknown said...

cikdinzz:ooo cik dinzz suka yer...

yer dah terbayang2 Malaysia di depan mata ni..hehe

zakiah: memang pun, saja jer nak memetik sebenarnya, bebudak tu satu pun tak masuk mulut, kecuali Abid, sampai terbatuk2 dia..huhu

nani: takut ker..hihi

memang dah mula rasa sedih, tak tahu bila boleh jejak kaki ke sini semula...

nbk: saya pun baru tahu hari tu ada white currants..hehe. Sekarang ni summer, tapi wet summer, asyik hujan, Sheffield hari tu siap banjir...tahu kan.Panas nya seminggu lepas tu hujan balik..begitulah adanya..