Alhamdulillah selesai sudah acara memunggah barang-barang kami untuk di bawa pulang ke Malaysia pada hari Isnin lepas. Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua kawan-kawan di sini yang datang menolong. Kaum bapa menolong memunggah barang, sementara kaum ibu pula menolong menyediakan juadah makan pagi dan tengahari untuk semua. Bermacam juadah ada pada hari itu. Terima kasih pada yang membawa makanan tambahan. Walaubagaimana pun, menu utama, nasi putih,kari ayam, ikan goreng, sayur campur, sambal belacan dan sedikit ulam kacang botol. Menu pagi, bee hoon goreng. Aku agak terharu kerana ramai yang muncul untuk menolong. Kontena yang di nanti sampai pada pukul 9.40 pagi dan acara memunggah barang ke dalamnya selesai dalam masa 2 jam. Yang lambatnya mencari tempat kosong untuk kontena parking, dan untuk kontena itu keluar semula dari jalan Balfour ni. Apapun, dalam pukul 12.15 semua yang hadir dapat menjamu selera bersama-sama.
Terima Kasih pada semua kawan-kawan di Sheffield. Harap barang-barang kami dapat sampai di Malaysia dengan selamat. Menurut kawan yang tolong menguruskan urusan penghantaran barang tu, dalam masa 3 minggu sampailah barang-barang kami tu. Di bawah ni sebahagian gambar2 pada hari itu.
Terima Kasih pada semua kawan-kawan di Sheffield. Harap barang-barang kami dapat sampai di Malaysia dengan selamat. Menurut kawan yang tolong menguruskan urusan penghantaran barang tu, dalam masa 3 minggu sampailah barang-barang kami tu. Di bawah ni sebahagian gambar2 pada hari itu.
Sekali lagi terima kasih pada semua yang hadir hari itu. Jasa anda semua tak akan dapat kami balas.
17 comments:
wah yus dah hantar pulang barang2...nnt amik barang kat port klang ke kat ptp? apa2 pun welcome home....
p/s: kalu perabut tak muat rumah kat sini leh le hantar kat umah kami..heheheh
yus nak balik dah. anyway, harap semuanya ok.
keter bawak balik 1 je ke.. ingat nak kirim hari tuh...heheheee...
hahahha cik dinz.. sempat lagi tuh...
Alhamdulilahh semua dah selesai.. sekrang tunggu yus n family aje mendarat di Parit Raja ini..hihihi.
Harap semua berjalan dengan lancar...
Salam n take care...
wah yus ngam ngam satu container tu...sayang cuma rumah aje tak bolih di lipat kan?
Kalau dtg sg let me know ye bolih berjumpa nanti.
apsal tak ajak, boleh turun sama tolong...
Alhamdulillah ramai yang menolong...tu lah orang kata bila kita dinegeri orang...kawan2 disanalah yang menjadi sedara2 terdekat kita....hanya ALLAH yang akan membalas jasa baik mereka...
Bila Yus bertolak balik ke Malaysia...
tu le nak tolong jauh sangat hehe..anyway selamat kembali ke tanah air..
misazlissa: hantar ke port kelang.
Boleh tumpang yer kalau tak muat, tumpang kejap boleh tak sementara lom dpt rumah sesuai...hehe..:D
cikdinzz: AP ada satu jer, mana boleh bawak lebih2, nak kirim mmg tak dpt punya..:D
ajzie: nanti kita jumpa yer ajzie..ingat nak singgah rumah ajzie 27 Ogos tu, lepas Din register semula...
kak elle: hehe, mmg dah budget ngam-ngam tu kak...:D
InsyaAllah, yus pun ada sedara belah suami di sg.
ontahsapo: jauh sgt nak mintak tolong ngan OS, takpe saya tahu, kalau OS di sini mesti datang tolong kan...
kak lady: tulah kak, pengalaman semasa di rantau bersama kawan2 mmg akan menjadi kenangan yg paling indah untuk di bawa balik.
tiket yus 23hb Ogos kak..
bro zino: terima kasih...
itu kontena cap jepun tu kan heheh... safe journey ne...
Wah! Berkontena-kontena ekk.... Agaknya kalau rumah itu boleh dimasukkan ke dalam kontena, pun nak dibawa balik agaknya ekk...[he he ..gurau....]
Mesti dah tak sabar nak balik ke Malaysia ni kan... :D
izhal: erkk..tak perasan lak cap apa..hehe
blackpurple:hihihi, brg dikumpul 4 tahun tu BP, sayang kalau tak di bawa balik. Kontena saya 1 jerlah...ada gak rakan di sini yg lebih dari satu kontena...:D
Memang tak sabar nak balik, jasad jer di sini, hati dah jauh nuunnn di sana..
kedatangan yus n family sentiasa dialu alukan.. Datang tau.. Call tau nanti. Azi kasi handy n telephone rumah diemail yus nanti ok.
Sayu juga nak tinggalkan UK tu...dalam pada Happy nak balik Malaysia....Masa kat perantauan nila kita banyak belajar mengenali diri dan pasangan..sebab apa-apa dah tak boleh nak minta tolong mak bapak dan ..... belajar memasak
Selamat pulang ke tanahair!! MamaSarah balik hari ni.. Huhuhu.. sedih la.. ramai dah nak balik..
semoga selamat dalam perjalanan pulang..
selamat selamat :)
Salam Yus,
Moga selamat perjalanan pulang ke tanah air :)
Post a Comment