Monday, October 9, 2006

Update

Salam Semua,

Dah seminggu blog ni tak berupdate rupanya. Alhamdulillah saya dah baik dari demam. 3 hari jer yg tak ok. Lepas tu, tinggal batuk ajerlah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya.

Hari Rabu lepas, GP (klinik tempat saya buat antenatal chek-up) telefon, minta saya hantar sample urine lagi ke sana. Keputusan ujian untuk contoh urine yang lepas dah dapat. Sah saya ada infection katanya. Infection apa saya tak tahu, tak jumpa midwife lagi. Hari Khamis ni, baru saya ada appointment dengan dia. Jadi, sebelum saya jumpa tu, mereka nak buat ujian sekali lagi, harap2 dah takde infectionlah. Berdebar juga saya. Saya pun tak tahulah kedudukan bayi dalam perut ni dah kebawah ke tidak. Hari ni, kandungan saya ni dah masuk 34 minggu dua hari. Saya dok rasa2 macam tak jer....tunggulah hari Khamis ni bila jumpa midwife. Hari2 saya berdoa semoga semuanya ok.

Hari ni baru pos dua kad raya. Tak dapat kad raya dari sesiapa lagi...huhu. Takpelah, biasa pun mmg dah nak akhir puasa baru dapat. Aqil dan Alia hari2 semakin nakal. Ligatnya menjadi2, terutamanya Alia. Tak padan dengan perempuan. Sabar ajerlah. Bulan2 puasa pulak tu, saya dapat rasakan tahap kesabaran saya memang kurang. Dalam hati tak mahu marah, tapi bila mereka dah berdua, memang asyik nak gaduh aje. Tak tahulah kenapa. Aqil tak tahu mengalah, semua dia aje nak menang, Alia pulak kememeh...asyik nak melalak ajer, lepas tu kuatnya mengadu. Kadang saya perhatikan dari jauh, takde apa pun yang Aqil buat, dia dah merengek, lepas tu mengadu dengan saya. Sabar ajelah. Pulak tu, bila Aqil ok, dia pun pandai dengki abangnya balik, tak padan kecik...... Sakit kepala di buatnya. Lepas tu Alia ni ada satu perangai dia yang saya tak gemar. Bila saya sibuk di dapur, dia pun sibuklah menyelongkar almari kat dapur tu. Tahu apa yang di carinya?? Ikan bilis mentah dgn spagheti yg belum di rebus tu. Punyalah suka dia makan dua benda ni. Diam2 jer mesti kat tempat saya simpan benda tu. Skrg ni saya dah letak tempat lain. Tapi, bila dia nampak saya dok keluarkan ikan bilis tu, mulalah dia capai satu, di makannya. Geram juga. Pulak tu bila saya kasi yang dah saya kopek dan buang tahinya tu, tak nak dia. Dia nak yang masih ada kepala tu, sedap jer dia kunyah. Apa2lah anak dara saya seorang ni kan. Jadi ibu ni memang berat tanggungjawabnya. Selalu tak sabar aje dengan mereka.Harap2 dapatlah saya jadi ibu yang baik pada mereka.

Hmm....puasa dah masuk hari ke 17 hari ni. Nak buat kuih raya malasnya. Kalau di Malaysia boleh beli ajerkan. Sini pun boleh beli, tapi kuih Pakistan....lain bebenor. Biasa tiap2 tahun saya buat juga dalam 3 jenis. Tahun ni macam takde aje, mungkin satu aje kot. Nak masak juadah berbuka pun pening kadang tu....haha. Semalam buat lontong dengan goreng pisang. Hari ni macam nak buat donut sambal...makanan berat tak tahu lagi. Masak nasi dan lauk simple2 aje kot. Tengoklah nanti.

Oklah. Semoga semua teman2 blogger terus ceria dan dapat meneruskan ibadah puasa dengan sempurna.

Salam.....

10 comments:

Unknown said...

baguslah dah sihat... kat sini jerebu, saya pun dah batuk2 dan pening2.. sibuk nak bagitau..haha :D

eh, saya nak kad raya gak..nak kad raya cop oversea, boleh tak..?? hehe :D

blackpurple @ jowopinter said...

Di Malaya sekarang musim batuk selsema dan pedih2 mata sebab jerebu....

Sesetengah negeri hari ini cuti Nuzul AlQuran tapi masuk ofis gak... dah kerja sendiri macam ini la...hehehe...

sufiah said...

Erm..ana pun tak dpt kad raya lagi.kt mesia ni kad raya dh slow skitlah..sume SMS je. Today nak gi alamanda beli kad raya..hehe

NBK466 said...

Kad raya sana musti EID Mubarak jerk kan kecuali yg dicetak oleh org2 kita. Den masa memula gi sana puas ler fikir...apa laa EID Mubarak nie...he..he.he...

Banyak gak kisah lawak beraya kat sana...sepanjang 2 tahun kat Sheffield...both hari raya den was WHITE Hari Raya (snowing).. besh...he.he..he.. Nanti N3 Yus buleh lagi selit kisah raya kat sana..

Cik Tat said...

saya dulu pun kena urine test dua kali. yg tensen tu kena kumpul urine satu mlm..pasal infection tu, tak ingat la panggil apa, tp doc sini ckp utk preparation lepas bsalin, takut jangkit kat baby..tp percentage tu rendah sgt la..

anak saya pun suka ratah ikan bilis, kalo biar mmg byk dia makan

Ajzie said...

Sama lah yus, ajzie pun sama..ada kureng sikit tahap kesabaran masa bulan posa nih.. Cepat betul naik hangin..bila Alya dan Ammar menjerit. Sakit kepala lah dengar mereka menjerit dan bergaduh.. Ada aje benda yg nak di gaduhkan.. Adoooi sabau aje lah...Tak menang tangan dibuatnya.. Ya Allah yg Tuhanku jadikan lah aku ibu yg sabar dalam mendidik anak2ku.Amin Ya Rabbal Alamin.

tumismenumis said...

OK la tu demam pun dah baik.

Tak terlintas pun sekarang nak antar kad raya, main sms jer. Mak ngan Ayah rasanya lebih seronok dapat kad raya ni.

Ikan bilis mentah kat sana sedap kot dimakan begitu saja.

Unknown said...

aminbakish,
memang tgh musim demam lah skrg ni kan..

Erkk nak kad raya ker?? Bagilah address...hehe

BP,
hmmm, semua tak sihat sbb jerebu yer...sini sbb perubahan cuaca ni, skrg dah masuk autumn.

ana,
kad raya kat alamanda best ker ana??hehe....yelah, akak pun hantar utk mak akak dan mak lah tu..tu yg dua jer...hehe

Unknown said...

nbk,
hehe..saya dulu pun sama, apa kebenda eid mubarak..hahaha, tapi ni saya guna kada raya yg student undergraduate buat...

waah..semua raya time winter, masa puasa pendeklah waktu tu kan...

mama singa,
oo infection tu boleh jangkit kat baby yer...mintak2 takdelah apa2 kat akak...

ada gak geng alia suka makan ikan bilis..hehe

ajzie,
yelahkan...tak sabar bila dgr suara diorang memekak jer kat rumah..tu yg hangin jer satu badan kan....mcm manalah nak tingkatkan kesabaran ni...huhu

mazudi,
saya pun hantar kad tu untuk mak n ayah saya dan MIL lah tu...lain2 wish guna internet jerlah..tak pun sms.

Ikan bilis tu import dari Malaysia..hehe, ikan bilis sini tak sedap..huhu

Unknown said...

lawak je.. hehe lenkali lah.. kad merun tu pun dah ok.. hehe :D