Wednesday, October 18, 2006

Berbuka di PMC ( Sabtu 14/10/06)

Nak update blog, tapi tak tersempat2. Cerita ni dah dekat seminggu berlalu. Tapi, takpelah kan..nak letak kat blog juga..hihi.

Sabtu lepas giliran kami dan kawan2 kumpulan 3 memasak untuk juadah berbuka puasa di PMC (Pakistan Muslim Centre). Memang setiap Sabtu bermula minggu yang pertama masyarakat Melayu di Sheffield ni akan berbuka bersama2 di sana, kemudian, solat Maghrib, Isya' dan Terawih bersama. Minggu lepas giliran kami dan beberapa kawan yang lain memasak. Menu utama kami hari tu, nasi putih, daging masak palembang, ayam goreng berempah, sambal belacan dan sayur goreng campur. Menu masa mula buka, sebelum solat maghrib adalah popia goreng, kurma, air teh, buah tembikai dan limau dan beberapa juadah lain yang di bawa secara pot-luck oleh kawan2. Untuk moreh pula ada sup kambing dan sambal kicap, di makan bersama roti putih, dan air teh.

Di bawah ni gambar kenangan semasa menyediakan juadah berbuka hari tu. Mungkin ni tahun terakhir kami dapat berbuka begini bersama2 kawan di Sheffield. Tapi, masa tengah buka, tak ambil pula gambar. Sedap sangat makan..haha.




Memang seronok berbuka beramai2 ni. Kalau dah balik Malaysia nanti, mungkin tak dapat lagi situasi begini. Di bawah ni pula, beberapa gambar juadah berbuka puasa yang saya buat beberapa hari ini.

Buah Melaka dan kuih bakar jagung

Mee bandung (tak jadi sangat kot, tapi husband kata sedap) dan biskut raya pertama yg saya buat. Erkk..ada lagi ker nak buat ni..hehe

Rasanya ini N3 terakhir saya sebelum raya. Kepada yang akan pulang ke kampung, berhati2 di jalan raya. Selamat Bercuti Buat Semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir dan Batin.

13 comments:

tumismenumis said...

Selamat hari raya dari saya untuk kak Yus sekeluarga.

Ajzie said...

WAhhh seronok eik..berbuka posa beramai2. Tentu seronok. Alia N Aqil pun tentu suka coy ramai kawan kan kan.


Selamat Berhari Raya buat Yus sekeluarga. Maaf jika ada terkasar bahasa dan perbuatan. Moga tahun depan kita dapat kunjung mengunjung dihari raya kan.

Unknown said...

Selamat Hari Raya!!!

semoga gembira di perantauan, tapi jagn lupa keluarga di kampung.. :)

tahun depan balik Malaysia ya..??

blackpurple @ jowopinter said...

Wah....best tu...!

Salam Eidul Fitr' buat Yus sekeluarga..

Maaf zahir dan batin atas segala keterlanjuran, salah dan silap saya samada di dalam entri atau di kotak komen selama berblogging ini.......

oldtown~Smell the Roses said...

Hihihi..wajah baru pulak.
Selamat Hari Raya Akak...bestnya dpt buka pose ramai2 kan? Hensem la muka Aqil, mesti besar nanti lg hensem. Hehehe...Alia pulak comelnya. Mase yg umur 4 bulan tu, ya Allah, chubby nyer! Geram!Alia ikut muka sape? Aqil muka sape?

NBK466 said...

Waaa seronot buke kat PMC nie... naper masa den ada dulu tak buek camni yek? Salam Aidilfitri buat Yus sekeluarga. Tak dapek kito nak rayo sesama dikampung halaman den tahun nie...hu..hu..hu..

Sastri said...

Yus...Sedap nyer kuih bakar jagung tu... Selamat Hari Raya Yus... Sas mohon maaf jika ada terkasar bahasa, gurauan melampau mahupun posting yg tidak menyenangkan selama ini... Semoga Yus berbahagia di hari lebaran bersama keluarga tercinta...

Unknown said...

Terima kasih buat semua yang memberi komen di atas,(mazudi,ajzie,aminbakish,BP,nani,Nbk dan Sas)

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga buat semua. Semoga raya tahun ni yang paling bermakna buat semua. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa dan perbuatan yer...

Tambahan buat nani,...erk..ikut muka saper diorang tu?? Kak yus pun tak sure ekk..agak2??Hehe

Tambahn buat nbk,...mungkin penghulu Sheffield masa tu takde idea nak buat cam tu kot..hihi. Kami di sini tiap2 tahun buat, sejak saya duduk sini 3 tahun yg lalu.

InsyaAllah tahun depan mungkin beraya di MAlaysia..doakan kami yer...

Bunga Rampai said...

Salam Yus,

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Yus seisi keluarga, moga bergembira walaupun berada jauh dari sanak saudara.

Saya mohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dalam berbahasa selama berblog dengan Yus, di sini atau di teratak saya.

Unknown said...

Bunga rampai,
Sama-samalah kita. Yus pun minta maaf kalau ada tersalah kata dan bahasa selama perkenalan kita di alam blog ni.

Salam Aidilfitri buat BR sekeluarga.

Cik Tat said...

seronoknya berkompol reramai..tahun depan mesti kak yus rindu suasana mcm nih..

Anonymous said...

tuuu diaa...mcm berbuka kat malaysia.punya la ramai melayu kat sheffield!

zino said...

semuga raya tetap di sambut meriah walau di mana jua berada..