Thursday, August 24, 2006

Yer....saya tahu......dan 3 tahun yang lalu

Ye...ye..saya tahu. Blog saya ni bertukar wajah lagi. Walaupun latarbelakangnya sama, tapi kedudukan dan gambar tepi dah berubah. Minta maaflah kalau ada yang tak selesa blog ni asyik bertukar wajah. Saya sebenarnya seronok nak belajar macam mana nak ubah kedudukan atau design blog ni. Biasa saya cari template mana saya berkenan dan saya terus tukar. Kali ni, dari template asal yg saya ambil, saya tukar2kan code dia supaya nampak berbeza. Saja2 nak explore dan mencuba. Blog saper lagi saya nak buatkan kalau bukan blog sendiri..hehe.

Setelah asyik menukar2 code template ni, saya dapati blog ini nampak cantik dan molek kalau anda tengok menggunakan firefox, kalau guna browser lain, ada kureng sikit. Tak tahulah kenapa, tak tahu nak membetulkannya. Kena belajar lagi ni. Saya pun lebih suka guna Mozilla Firefox ni. Oklah cerita lain pulak.......


-----------------------------------------------------


24hb Ogos 2003.....tarikh keramat kami sekeluarga menjejakkan kaki ke bumi England UK ini. Dah 3 tahun kami di sini. Dah macam2 perkara berlaku. Bilalah dapat pulang ke tanahair ni. Terasa semakin rindu. Teringat kembali, penerbangan kami pada mlm itu, 23hb Ogos 2003 pukul 11.30 mlm waktu Malaysia. Kini, tak sabar rasanya nak pulang semula ke tanah air. Semua itu masih belum pasti waktunya. Semoga segala kerja2 abang berjalan lancar. Ramai sudah kawan2 yang telah pulang. Dr Faez pun akan pulang akhir bulan ini. Semakin sedih dan tak sabar rasanya nak mengikut jejak langkah mereka.

Walaupun begitu, kami bersyukur, dapat juga menjejakkan kaki ke negara orang. Tak pernah termimpi sebelum ini. Banyak perkara baru yang kami belajar. Bila di tempat orang, jauh dari keluarga sendiri, kawan2 lah tempat mengadu nasib. Belajar lebih berdikari, dapat lihat keindahan tempat orang, namun bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu negeri sendiri, alangkah indahnya negeri sendiri.....


Wajah Aqil di hari ke 2 di bumi UK. Kecil comel jer masa ni....skrg ni, aduhai...lasak yang amat.

Kami datang bertiga, pulang nanti InsyaAllah berlima pulak....

Monday, August 21, 2006

Oxford

Weekend kali ini ada penat sikit. Walaupun semuanya tak di rancang dari awal, tapi seronok gak ler buat plan tiba-tiba ni. Hari Sabtu ada kawan jemput makan birthday party anak dia. Balik dari rumah kawan ni, tetiba jer teringat dgn N3 mama sarah ke Oxford minggu lepas. Cakap dengan hubby, dia pun kata jomlah esok kita ke Oxford. Yea....!!!

Yelah, lagipun, perut saya ni dah makin membesar, nanti kalau dah bersalin, lepas pantang, dah sibuk nak mengemas utk balik Malaysia. Takut tak sempat nak jalan2 lagi. Nak ler jugak tengok cam mana bandar Oxford tu kan. Banyak tempat menarik di sana. Tapi, kami jalan2 area bandar jer. Bertolak pukul 9 pagi dari Sheffield, perjalanan ke Oxford mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah (campur berhenti rehat sekali). Kami tiba di bandar Oxford lebih kurang 11.30pagi.


Lagi 20 minit nak sampai Oxford



Bangunan pertama yang kami ambil gambarnya

Kami parking kereta agak jauh dari tempat2 menarik yang boleh dilawati. Abanglah, nak cari tempat yang boleh parking lama, dan bayarannya murah. Akhirnya dapat juga kami tempat yang boleh parking lama dan tak payah bayar pulak tu.....hehe, selamat. Mula2 kami masuk ke Ashmoleum Museum.Muzium ni mempamerkan Egyptian Scuplpture dan ada juga lukisan dari Michaelangelo. Tapi, kami tak dapat pusing habis dalam muzium tu sebab Aqil dan Alia dah buat perangai. Melalak sakan dalam tu, sampai dengar suara dia aje. Abang dah boring jer, so, dia pun tunggu kat luar jerlah. Saya pusing2 sorang2 pun tak best, ada budak2 mcm nilah jawabnya. Lepas tu dok main kat luar muzium jerlah sambil makan makanan yang di bawa. Ada tempat duduk rehat di luar tu, jadi dapatlah kami bersantai sekejap.

Lepas makan, kami pusing2 lagi. Kat bandar Oxford ni banyaknya bangunan2 lama.Majoriti bangunan yang ada adalah gereja, dan kolej. Tapi senibina bangunan memang menarik. Cantik mata memandang. Sayang kami tak de kamera canggih dah saya dan husband pun takdelah pandai sangat tangkap gambar. Bolehlah tengok gambar2 kami di sana di bawah ni yer.


Gambar sekitar bandar Oxford



Dalam kawasan Queens College tak silap, lupalak nama Kolej ni...hehe



Di hadapan beberapa bangunan, yg kanan atas tu nama dia Radcliffe merupakan library berbentuk bulat yang dikatakan berfungsi sebagai reading room for the Bodleian.


Apa yang pasti memang penat kami berjalan. Saya terutamanya. dengan Aqil dan Alia yang kejap2 buat perangai. Lebih kurang 4 jam kami pusing2 dekat bandar Oxford ni. Sampai tegang jer perut saya ni. Adalah berhenti2 rehat juga. Nak naik tour bus dia, punyalah mahal. Dewasa sorang dah £6, adeiiii..tak payahlah jawabnya. Jalan slow2 jerlah, cuma tak dapatlah nak cover semua. Mana yang dapat jerlah. Beli souvenier sikit, En. Din dapatlah beli t-shirt ada cop University of Oxford. Itu pun beli sehelai jer, sebab mahal.


Ada juga pemuzik jalanan di Oxford ni, tak tahulah apa yang di mainnya, tapi sedap pulak bunyinya.


Ni depan pejabat post lama, saja nak tangkap gambar bersama tong surat kayu ni..haha


Bangunan menarik di sekitar Oxford. Ini gambar dari poskad yang saya beli, hanya 4 daripada tempat ni yang kami sempat pergi.(Tulisan Oxford atas tu tak berapa nampak..saya salah letak masa scan..hehe)


Perjalanan balik, rasa lama lah pulak. Sebab hubby saya mengantuk. Bawak pun slow sikit. Anak2 pun dah penat, tidur ajelah dalam kereta. Tapi Alia sekali sekala buat perangai jugak....merengek aje. Next weekend boleh jalan2 lagi tak bang??? Hehe..terima kasih pada hubby tersayang, bawak kami jalan2 walaupun tengah sibuk ni. Sementara ibu masih larat nak jalan2 lagi, dekat2 bolehlah ye bang......Kalau jauh2 kena bermalam semua, rasa tak bolehlah.Oklah.....until later....

Thursday, August 17, 2006

Selamat Hari Ulangtahun Buat Tok Ayah

Tok Ayah bersama Tok Mak

Selamat Hari Ulangtahun yang ke - 55 Buat Tok Ayah di Tanjung Minyak, Melaka. Semoga Panjang Umur, Di Murahkan Rezeki dan Sentiasa di bawah LindunganNya. Doakan Aqil, Alia, Ibu dan Abah akan cepat pulang supaya tahun depan dapatlah kami menyambut hari lahir Tok Ayah bersama-sama.

Salam Sayang dari kami di Sheffield, UK


Salam rindu dari kami......

Monday, August 14, 2006

2 Tahun yang lalu......

14hb Ogos 2004....sudah 2 tahun berlalu. Aku ingat lagi, pagi itu pukul 10.30 pagi lebih kurang waktu UK, dan 5.30 ptg waktu Malaysia, kami telefon abah untuk mengucapkan Selamat Panjang umur buatnya sempena hari jadi abah yg ke 64 tahun. Ketika itu aku sedang mengandungkan Alia. Kandungan aku ketika itu lebih kurang sama usianya mcm kandungan yg sekarang..lebih kurang 6 bulan lebih. Seronok bercerita dengan abah, abah bertanya mengenai kandunganku. Bagaimana persiapan, Aqil macam mana, banyak yg kami bualkan...Walaupun aku hanya menantu, kalau abang telefon ke kampung, abah mesti nak bercakap dengan aku juga. Abah memang melayan aku dengan baik sekali.

Konon2nya nak suruh abah dan mak datang masa aku melahirkan Alia nanti. Mula2 abah mcm setuju juga, tapi kemudian abah kata tak payahlah. Siap abah cakap, tahun depan raya baliklah sekejap. Tiada tanda2 yang menunjukkan akan ada apa2 yang berlaku pada abah. Suara dia pun ceria saja seperti selalu. Kesihatannya pun ok saja.

Oleh kerana hari itu hari Sabtu, biasalah, abang akan pergi main bola di waktu petang. Waktu summer, jadi cuaca panas. Tapi, sekarang ni nampak cuaca dah sejuk balik, tak seperti waktu itu. Kami dah berjanji dengan seorang kawan (as) nak ke Carboot esok seperti biasa. Kawan kami ni tak pernah lagi ke carboot Marshlane masa tu. Dah balik Malaysia pun skrg, sbb suami dia buat master saja di sini, cuma setahun. Aku dan As memang baik sebab kami sama tempat kerja di Prod Direct (skrg di panggil Pro Co). Dua tiga hari sebelum tu, aku dah sebut2 dengan As dan Kak Aizah tentang mimpi aku. Aku bermimpi kesihatan ayahku tidak berapa elok. Aku dah cakap dengan mereka pasal kebimbangan aku ni. Mereka cakap, dah telefon ayah lom?? Aku kata dah...semua ok.

Balik saja dari main bola, waktu tu tak silap dalam pukul 8 mlm. Sambil berehat di ruang tamu, tetiba handphone abang berbunyi. Ada message masuk. Abang siap cakap, tu mesti As nak confirm esok gi carboot pukul berapa. Aku mengiyakan aje. Bila abang baca habis message tu, terus dia terjelepuk terduduk kat situ juga sambil menangis semahunya. Aku terkedu, kenapa pulak ni. "Bang ....kenapa??" Abang jawab dengan longlai " Abah dah meninggal yang". Aku tak terkata apa, turut menangis dan terus memeluk abang. Ku capai handphone tu, dan tengok message di dalamnya. Message dari abang iparku yang berbunyi...." Din harap bersabar dengan berita ini. Abah dah meninggal mlm td dlm kul 11.40 td. Esok kebumi sebelum zohor. Abah rasa sakit dada lps maghrib dan meninggal di hospital".

Tak pernah aku melihat abang menangis. Abang menangis macam budak kecik masa tu. Aqil yg memerhatikan kami, tak tahu apa2 memelukku dan turut menangis. Dekat 1/2 jam kami begitu. Kemudian baru abang ada kudrat telefon ke kampung bertanya hal sebenarnya. Takde adik beradik lain pun yang dapat melihat abah di saat akhir. Emak pun tak dapat tengok sebab abah menghembuskan nafas terakhirnya di bilik ICU. Selepas itu aku pula capai telefon dan telefon mak ku di Malaysia memberitahu berita sedih itu. Ayah dan mak turut terkejut sebab siang itu aku ada telefon mereka, cakap hari itu hari jadi abah. Ayah menasihatkan kami banyak bersabar, dan berjanji akan pergi ke Muar esok pagi2 untuk memberi penghormatan terakhir pada arwah. Aku turut telefon As beritahu kata kami tak jadi ke carboot esok, As turut terperanjat, dia ingatkan ayah aku sbb aku dok asyik mimpi sebelum tu. Mungkin satu tanda juga....kataku.

Maghrib pun dah masuk masa tu, mcm skrg gak dlm pukul 8.40, lepas abang mandi kami terus solat maghrib bersama, baca yassin untuk di sedekahkan pada arwah abah. Tersekat2 abang membacanya....terlalu sedih dia, sebab dia soranglah yang tak dapat tengok abah di saat akhir. Macam mana kami nak balik.....jauh sungguh, kalau balik pun, tak sempat gak tengok sebelum arwah di kebumikan. Bila perasaan kami dah makin reda, abang telefon penghulu PMPMS ketika itu, minta tolong dia war-warkan dalam SMNet kami nak buat bacaan yassin dan tahlil di rumah esok petang untuk arwah abah. Alhamdulillah ramai sungguh yang datang. Seminggu lepas tu, kami buat lagi sekali kenduri untuk arwah. Ramai yang datang menolong, dengan aku yang tengah membuyung seperti sekarang. Mana larat nak buat semua sorang. Terima kasih pada semua.

Kini telah 2 tahun ia berlalu. Aku doakan semoga arwah abah di tempatkan bersama2 orang yang soleh. Kami belum sempat lagi menjengah ke kubur abah. Sedih rasanya. Aku ingat lagi, hari terakhir sebelum kami berangkat ke mari, abah datang padaku. Dia berpesan supaya tolong jaga Din baik2. Beri dia perangsang supaya dia dapat belajar dengan baik. Siap cakap, kalau yus boleh tolong2 taip kan tesis untuk Din pun ok gak tu. Masa kat airport pun, dia peluk aku dengan kuat. Terkedu gak bapa mertua peluk begitu. Dan arwah abah berpesan lagi supaya aku tolong jaga Din. Sedihnya bila mengingatkan balik. Tak sempat arwah abah tengok cucu dia Alia, dan sekarang dah nak tambah sorang lagi.

Abah...InsyaAllah tahun depan kami akan balik. Abang....teruskan usaha abang, siapkan penulisan tesis tu. Ingat pesan arwah abah. Harapannya begitu tinggi pada abang. Semoga abang berjaya.

Al- Fatihah.........

Friday, August 11, 2006

Teletubbies..........




Korang pernah tak tgk rancangan ni. Saya ingat lagi, saya first tgk rancangan ni masa duduk JB dulu, kat rumah Mak Tam saya. Masa tu kerja di sana, bila balik jer dari kerja, anak2 Mak Tam saya mesti tengah tgk rancangan ni. Naik muak saya. Tak silap dalam tv Singapore rancangan ni. Saya dok terfikir, apalah yang best sgt sampai bebudak tu suka sangat. Siap ikut aksi semua. Masa tu, tension jer rasa, saya nak tengok cerita cina kegemaran tak dapat........

Lepas tu, bila mula2 sampai sini, ada rancangan untuk kanak2 di panggil cbeebies. Anak saya Aqil masa tu, memang suka benarlah kartun Teletubbies ni. Aduh!!!!dah tersampuk anak saya ni. Dia suka benar tengok, dan saya pun melayan sekali tengok. Sebelum ni tak pernah pun tgk betul2, bila anak dah hari2 tengok, saya pun ikutler sekali. Rancangan mcm tu, yg cakap pun satu dua perkataan pun diorang suka. Banyak aksi, menarilah, pas tu cakap pun pelat. Memanglah rancangan utk bebudak baya diorang ni, satu setengah tahun hingga 3 tahun.

Sekarang ni, Alia pulak tersampuk. Aqil dah tak minat dah. Tapi, bila tengok aksi anak saya mengikut aksi karekter kartun tu, punyalah ketawa saya.Saya seronok tengok cara Alia ikut. Semua yg karekter Teletubbies ni buat, dia pun buat sama. Sampai saya panggil pun dia buat donno jer. Cute dan comel jer aksinya.

Pandai betul diorang ni...melalui kartun seumpama ini pun boleh buat duit. Kalau kat carboot tu punyalah banyak patung2 teletubbies ni. Entah apa2 lagi lah barang dari karekter teletubbies ni. Ye saya akui, bukan teletubbies jer ada, boleh dikatakan semua kartun yg kat tv tu, adalah patungnya, atau apa juga barang gambar kartun tu di jual, termasuklah pokemon, tigger, thomas, superman, batman..entah apa2lah. Tapi yg tu kebanyakkannya untuk bebudak yg lebih besar. Tapi, kalau teletubbies ni, memang menarik minat bebudak baya Alia nak tengok. Saya dan suami selalu tersenyum tengok aksi dia ikut cara teletubbies ni cakap....."Eh OOOO" (Hello)

Sorrylah kalau merepek hari ni. Entah kenapa, hari ni, dok perhatikan Alia tgk Teletubbies tu, saya terfikir nak buat entri ni......... . Selamat Berhujung Minggu untuk semua. Semoga cuti weekend ni yang paling bermakna buat semua. Adios

Thursday, August 10, 2006

Tak Berjaya.....

Yer.......saya tukar layout lagi. Tak berjaya azam saya untuk bertahan sebulan. Cuma 9 hari jer bertahan. Kali ini, saya menyimpan azam sekali lagi....hihi. Semuanya bermula setelah saya menolong Dr Faez tukar layout blog dia. Saya rasa blog saya mcm serabut pulak, padahal template blog tu pun saya gak yang pilih. Jadi, saya pilih layout yg lebih simple, 2 column sahaja.

Berazam sekali lagi. Sampai suami saya pun perli....keskeskes. Tak kisahlah. Saya pun dah semakin pantas menukar layout template blog ni berbanding dulu. Boleh siap dlm masa kurang 2 jam kalau buat betul2. Tapi, kalau sibuk ngan anak semua, mau dekat satu hari...haha.
Takde apa cerita menarik. Esok saya ada appointment dgn midwife. Anak2 saya makin pandai bergaduh. Aduh!!! Alia skrg dah pandai melawan bila abang dia kacau. Dah pandai main tarik rambut. Perempuan agaknya. Hari ni, mau si Aqil melalak sakan, rambut dia kena tarik. Padan dgn muka..asyik nak sakat adik dia aje. Kalau tak selalu, Alia saja yg kena. Kelakar pun ada tgk muka Alia yg geram kan abang dia. Sampai berkerut muka dia....hahaha. Aqil..cubalah dengar cakap ibu, asyik nak sakat adik aje.... kan Alia dah pandai melawan. Tapi, bila mood diorang baik, main bersama, ketawa sakan..seronok tengok. Bila datang angin, mulalah. Harap2 besar nanti sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain ye sayang.
Oklah....chow dulu...lain kali sambung........(cerita lain pulak)

Monday, August 7, 2006

Aktiviti hujung minggu kali ini....

Sabtu 5/8

Sabtu kali ni husband saya dah janji nak bawa kami jalan2 di bandar Sheffield. Dah lama rasanya tak pusing2 area bandar. Saya pun sebenarnya nak cari seluar baru. Sejak perut dah makin besar ni, semua seluar dah makin sendat....haha. Mula2 tu pergi ke Castle Market, beli sotong dan ikan. Jumpa pulak ubi kayu dan buah sukun. Ermmm...sedap lak rasa kalau dapat makan ni. Lepas tu barulah kami masuk ke beberapa shopping kompleks. Penat rasanya berjalan dengan perut yg dah makin besar ni. Semput..omaks. Sebelum balik berehatlah dulu, duduk2 kat area bandar ni, sambil memerhatikan Aqil dan Alia bermain.


Alia minum air ribena Posted by Picasa Aqil main apa tu?? Posted by Picasa


Aqil dan Alia Posted by Picasa

Balik dari bandar terus ke rumah sorang kawan ni (Pn. Sakina). Dia ada buat barbeque. Alhamdulillah dapat jemputan makan hari ini. Tak payah sibuk masak..hehe. Terima kasih yer jemput kami. Sedapnya nasi kerabu dan daging kambing barbeque tu.

Gambar kenangan kaum bapa masa barbeque di rumah En. Shukri dan Pn. Sakina. ( Ada 2 org bujang dlm gambar) Posted by Picasa


Gambar kenangan kaum ibu Posted by Picasa


Ahad 6/8

Hari ni bangun lambat dari biasa. Tak ke carboot pun macam selalu. Malas pulak saya hendak berjalan2 pusing carboot tu. Penat berjalan semalam pun tak hilang lagi. Cik abang saya sibuk nak makan ubi rebus dan sukun goreng. Semalam dapat ubi kayu dan buah sukun tu. Jadi hari ni kami makan pagi campur tengahari, ubi rebus cicah dengan sambal tutok + sukun goreng cicah dengan sambal kicap. Hmmmm...yummy, sedap gitu, sebab dah lama tak makan. Alhamdulillah kat sini boleh gak dapat ubi kayu dan buah sukun ni.
Terima kasih kepada En Din kita yang tolong buat sambal tutok dan sambal kicap. Dah makin pandai abang buat.....lepas ni senanglah ibu...hehe.

Inilah dia ubi rebus + buah sukun goreng + sambal tutok n sambal kicap yg kami mkn hari ini. Posted by Picasa


Gambar dari sudut berlainan ( yg ni cik abang yg ambil) .....yummy. Posted by Picasa

Ada pembaca yang terliur tak......keskeskes.

Wednesday, August 2, 2006

Ringkasan cerita hari ini dan beberapa hari yg lepas...

Rabu ( 2/8)

Hari ni surat yang kami tunggu telah tiba. Surat kebenaran lanjutan cuti belajar dari Kuittho untuk hubby saya. Permohonan lanjutan cuti belajar dan lanjutan biasiswa telah diluluskan sehingga 7hb March 2007. Alhamdulillah. Semoga segala urusan dapat berjalan dengan lancar. Abang tu, cepat2lah habiskan tesis tu. Harap2 pada tarikh tu nanti semua dah selesai, dan kita dapat pulang sama2. Doakan kami yer....
Selasa (1/8)
Hari ni ada kawan di Sheffield ni mengangkat barang ke kontena untuk di bawa pulang ke Malaysia. Member hubby ni dah bergelar Doktor. Tahniah untuk Dr. Faizal dan keluarga yg telah berjaya dalam PHD beliau dengan minor correction. Keluarga beliaulah yg banyak menolong kami semasa kami baru mula2 sampai di Sheffield dulu. Daripada mengambil kami di airport, bawa kami shopping cari2 barang keperluan, tolong settlekan rumah sewa, makan di hari pertama. Terima kasih untuk Dr. Faizal sekeluarga. Beliau juga merupakan antara teman rapat hubby di sini, tolong itu dan ini, sama bilik di Universiti, hubby tak faham dia gak banyak tolong (bukan dia soranglah, tapi dia antara yg rapat). Semoga kejayaannya dapat memberi semangat pada abang yer. ABANG BOLEH!!!
Saya pula di tugaskan untuk membuat sedikit juadah untuk sarapan pagi bagi mereka yg tolong angkat barang. Mee Hoon Goreng jer dan tolong masak nasi. Lauk2 pauk lain, ada yg lain tolong. Begitulah selalunya bila ada yg nak mengangkat barang pulang. Harap2 akan tiba giliran kami pula nanti.
Isnin (31/7)
Takde apa aktiviti menarik. Melepak jerlah.....hehe
Ahad (30/7)
Pagi aktiviti biasa ke carboot. Kali ni, Aqil sibuk nak beli swimming pool kecik, sebab dia nampak benda tu, dan ada bermain dengan kawan2 dia hari sebelumnya. Saya pun beriya gak nak belikan untuk diorang. So, dapatlah Aqil dan Alia swimming pool kecik jer, bentuk kereta. Balik rumah, makan, berehat kejap, petang sikit Aqil dah sibuk nak main. Apa lagi, terpaksalah saya pamkan pool tu. Penat wooo. Aqil ada hati gak nak tolong pam. (Boleh tgk pada slide show). Si abah dok membuta lagi masa tu, penat sbb berjaga semalaman buat kerja dia. Dengar anak beranak bising2 kat belakang rumah, abah join gak sekali. Tolong pam sampai habis. Puaslah Aqil dan Alia bermain air. Ibu dan abah pun tumpang seronok sekali. sila lihat slide yer....



Nota kaki: Baru hari ni saya perasan, layout baru template saya ni tema warna dia black dan purple. Teringat lak sorang kawan blogger kita Blackpurple(Jowopinter)...hahaha.

Tukar Lagi