Thursday, September 4, 2008

4 Ramadhan 1429

Sudah 4 hari umat Islam berpuasa. Tapi tidak aku, permulaan puasa dah bercuti (cuti orang perempuan). Namun dalam erti kata sebenar, aku still berpuasa, tidak makan atau minum kerana anak sulungku berpuasa. Untuk mengajar anak, ibubapa kenalah tunjuk teladan. Siksanya, ngalah kan orang berpuasa nih..huh, dugaan di bulan Ramadhan.

Hari ini nampaknya hari ke dua Aqil berpuasa penuh, mintak..sampai waktu berbukalah hari ini. Hari pertama, dia berjaya setakat pukul 2 petang, hari kedua pukul 3.30 petang dah merengek sakan. Semalam, dia berjaya menahan sehingga waktu berbuka, tetapi di tengah2, masa pukul 6, lepas beli kuih donut dari bazaar ramadhan, boleh dia gigit secubit donut itu, lepas tu berkata, "abah, boleh Aqil makan??". Nasib baik baru secubit kecil yang tidak di sengajakan..huhu. Mukanya yang agak bersalah, terlupa mungkin yang dia berpuasa. Tapi semangatnya masih kental, dapat juga diteruskan sehingga berbuka barulah donut itu betul2 dijamahnya.

Hari ini juga aku menghadiri temuduga kerja. Disuruh datang pukul 8 pagi, tapi aku dipanggil masuk ke bilik temuduga pukul 12.30 tgh. Sampai dah lupa segala yang di ingat. Setelah 5 tahun tidak berkerja, terpaksa menghadiri temuduga semula, memang buat aku kecut perut juga. Ada 25 orang calon untuk sessi pagi, semuanya muda2 belaka. Aku saja ker yang hampir senja..lol. Oh tidak, ada juga yang seangkatan denganku.

Antara soalan yang ditanya semasa sessi temuduga tadi....

:-sila perkenalkan diri anda?
:- apa yang kamu faham tentang integriti?
:-matlamat menghalalkan cara? Apa pendapat anda?
:-apa misi U**M?
:-apa moto U**M?
:-Kamu sudah lama menjadi surirumah? Bukankah lebih senang duduk di rumah, kenapa ingin bekerja semula?
:-apakah tugas2 p****** *****r?
:-apakah yang kamu faham tentanng ISO?
:- anda mendapat tugasan yang perlu di selesaikan dengan kadar segera? Sebagai ketua apa yang anda akan lakukan?
: Sembahyang jenazah ada berapa rakaat? Berapa kali takbir?

Hmmm antara soalan yang aku ingat. Nak cuba ingat lagi, tapi Abid dah mengganggu tahap gaban. Aduss!! Pukul 1.20pm baru aku keluar dari bilik itu. Peluang aku?? 60:40 kot.Aku sendiri kurang pasti. Sessi petang masih ada 12 orang, dan daripada 25 orang sessi pagi, masih ada 10 orang yang belum ditemuduga . Berdoa saja moga ada rezeki aku di situ.InsyaAllah....

Waktu berbuka dah hampir dekat. Aku belum masak apa lagi ni? SRD pula telefon, dia belum habis meeting. Kebarangkalian untuk dia pulang lewat amat tinggi. Dan mereka semua ahli-ahli dalam mesyuarat tersebut bakal berbuka puasa bersama di Restoran Bisik-Bisik cry.Terus malas tahap gaban nak masak. Asam pedas ikan mayong semalam masih ada lagi. Tapi aku harus fikirkan anak sulungku Aqil yang berpuasa itu. Kesian dia......

Oklah, masa untuk aku mula masak. Selamat Berpuasa buat semua.

p/s: Kerana temuduga hari ini + cuti sambut merdeka + cuti awal ramadhan (balik kampung) aku berhenti menjahit selama seminggu. Ada 6 pasang lagi perlu di siapkan.....adus!!! malazzzzznya. Guane ni??

13 comments:

Ajzie said...

huhuhuhu yussssss
Sembahyang jenazah ada berapa rakaat? Berapa kali takbir? Soalan nih pun dia tya eikkkkkkk... hihihi

4 kali takbir 0 rakaat kan.. Masa di Makkah n Madinnah setiap kali habis solat fardu mmg ada solat jenazah..

Ajzie said...

Harap yus berjaya dalam temuduga dan boleh kerja..... thennnnn.. makan bosat laaaaaaa..hihihihi

Unknown said...

ajzie:tulah...mudah-mudahan....makan bosat yer....hihihihi

cikdinz said...

good luck makcik....

azlissani said...

semoga berjaya dalam temuduga. Ada berani masuk fkmp? hehehe now kosong satu tempat (dan bakal diisi)

misah said...

yus.. semoga berjaya dalam temuduga. hehehh..soklan yg dorang tanya yus tu cam sama je ngan soklan yg dorang tanya saya masa interview, tapi rezeki saya tak de disitu..heheh..btw, semoga berjaya.

GAMBATE!!!GAMBATE!!

Anonymous said...

Lama tak datang sini.. selamat berpuasa Yus.. nak kerja semula? Semoga berjaya...

aNIe said...

Yus...semoga berjaya dlm temuduga tersebut...andai sudah rezeki takkan ke mana...Insyaallah...

NBK466 said...

Moga2 berjaya ek... SUKSESS..SUKSESS..

oldtown~Smell the Roses said...

Kak Yus, Selamat berjaya!

Bunga Rampai said...

Semoga berjaya Yus!

Salam :)

Sastri said...

err... soalan pasal sembahyang jenazah tu... semoga berjaya Yus... :D

Mulan said...

waahh semoga berjaya dalam interview tu..