Wednesday, January 23, 2008

Tropical Village

Koleksi gambar-gambar kami, semasa berkunjung ke Tropical Village Air Hitam. Tempatnya memang cantik dan menarik. Tetapi nak menghabiskan ke seluruh tempat itu, berpeluh juga. Tak berkesempatan berkunjung, ke Hollywood, atau ke Pisa di Italy, dapat kemari jadilah...biggrin



Kuda kepang warisan melayu kita

Abid bersama buah manggisnya....(kesian anak ibu belum pernah merasa lagi kan...sad

Menara Berkembar Kuala Lumpur..(bang?? bila nak sampai sini lagi nirazz)

Piramid dan patung Firaun

mari kita naik unta.....

Eiffel Tower, Paris di Air Hitam...lol. Dulu masa ke Paris dan berkunjung ke sini, tak berpeluang nak naik atas sebab anak2 yang kecil. Tengok dari bawah jer. Di sini, ambil kesempatan naik yer bang..

Hollywood!!!



Tembok Besar Cina ker, Tembok parit raja-Air Hitam ni..biggrin

Menara Condong Pisa...

Gambar yang paling saya suka tengok, di ambil oleh anak sulung kami, Aqil...(hmm dah lama gak tak bergambar berdua niredface)


p/s: sila klik pada gambar untuk lihat album penuh..(ada macam2 benda kat Tropical Village ni, Statue of Liberty ada, Taj Mahal pun ada)

Tuesday, January 22, 2008

Awan

Minggu lalu aku sekeluarga pulang ke rumah emak di Melaka. Biasa saja. Buat pertama kalinya kami tinggalkan budak2 bertiga tu di rumah emak (the 3 A) sementara aku dan Din keluar bersama. Sudah lama rasanya sejak ada anak ni, kami tak pernah berdating berdua. Kalau keluar kemana-mana pun, mesti ada anak-anak bersama. Sekali-sekala memang seronok, rasa macam zaman bercinta pula..ahaks.

Oklah, bukan nak cerita pasal tu sebenarnya, tapi aku nak kongsi bersama dengan semua gambar yang sempat aku rakamkan semasa perjalanan pulang ke Parit Raja hari Ahad tu. Gambar awan yang aku rasakan cukup menarik.


Agak jauh, mungkin anda semua tak berapa perasan apa yang saya maksudkan.

Saya zoom lebih dekat. Menarik kan, macam askar tengah pegang senapang...ada ker??razz

MasyaAllah...memang selalu juga kita jumpa bentuk awan yang seakan-akan menggambarkan sesuatu kan. Itulah antara kebesaranNya.

Tuesday, January 8, 2008

Ikut muka siapalah anak-anak kami ni??

Jumpa benda ni dalam blog mummyrizq. Nak cuba jugalah. Selalu ada orang tanya, ikut muka siapalah Aqil, Alia dan Abid ni. Mereka semua 'equally' ikut muka aku dan Din. Baru sama adil kan....





Friday, January 4, 2008

Tahun Baru 2008

Lama sungguh aku tak update blog ni. Dah pun masuk tahun 2008. Terima kasih pada yang meninggalkan jejak dan komen. Kenapa aku tak update blog? Tak dapat nak jawab kenapa sebenarnya. Apa yang pasti, mood aku ni datang bermusim. Banyak benda yang aku boleh cerita, tapi tak tercerita. Malas pun ada. Kesimpulannya, mood aku sekarang turun naik dengan blog ini. Mungkin boleh panggil blog bermusim gak ler macam blog mamasinga.

Apa pun aku nak ucapkan kepada semua 'SELAMAT TAHUN BARU 2008'. Semoga tahun ini memberikan keceriaan dan membawa sesuatu yang lebih bermakna kepada semua. InsyaAllah blog ini akan berupdate bila mood tuan rumahnya ada. Mungkin akan menyebabkan pengunjungnya berkurangan, tapi tak kisahlah. Mungkin ini tanda-tanda ketegaran aku dalam dunia blog semakin menurun lol.

Si kecik comel Abid dah mengacau lagi. Mood aku hilang lagi. Baik aku kasi dia mandi. Sehingga bertemu di lain kali. Salam....cool