Sunday, October 7, 2007

Salam Kembali...

Assalamualaikum,

Salam kembali kepada semua yang masih sudi menjengah ke rumah aku yang dah agak lama aku tinggalkan ini. Dah banyak sawang kan..hehe. Dah lama tak menulis rasa seperti tak tahu apa yang patut aku tulis. Macam dah tepu jer otak ni.

Sehingga tarikh ini, dah sebulan lebih aku dan keluarga di Malaysia. Selama aku meninggalkan dunia blog ni, aku memang sibuk. Yelah berpindah dari bumi barat ke tanahair semula, macam2 yang perlu di selesaikan. Mula2 jejak kaki ke tanahair, rasa seronok yang amat sangat. Berjumpa semula keluarga tercinta tak dapat aku gambarkan betapa gembiranya aku ketika itu. Paling melucukan, aku sampai tak kenal dengan adik bongsu aku itu..haha.

Lepas daripada tu, kami memang asyik ke hulu ke hilir. Din lagilah, sekejap ke Melaka, sekejap balik Muar, lepas tu ke Batu Pahat, lepas tu ke KL. Semuanya memang meletihkan. Nasib baik juga kawan kami Azlis dah tolong carikan rumah sewa. Kalau tidak pening juga nak mencari. Terima Kasih Azlis.

Barang2 kami dari UK pula sampai sehari sebelum Ramadhan. Penatnya mengemas di bulan puasa. Nasib baik juga sampai sehari sebelum puasa, kalau tidak mesti lagi letih. Hmm siapa suruh bawak balik banyak barang kan..

Sudah lama tak berpuasa di tempat sendiri, seronok rasanya. Dapat berbuka bersama mak dan ayah, adik2, mak mertua dan ipar duai, memang best. Makan ramai2 di atas lantai, sampai anak2 aku sendiri pun pelik mulanya. Kesian anak2 ku itu.

Sejak balik ni, perbezaan ketara yang aku rasakan ialah cuacanya yang panas. Minggu pertama di sini, memang muka anak2 ku itu merah padam. Tidur malam pun berpeluh2 walaupun kipas dah di pasang tahap maksimum. Sekarang ni, alhamdulillah, mereka dah dapat sesuaikan diri dengan cuaca dan situasi di sini. Cuma satu jer yang masih belum, ketiga2 anak ku itu tak tahan di gigit nyamuk. Kulit mereka sensitif bila terkena gigitan nyamuk terutamanya Alia. Sana sini merah, dah pasang ubat nyamuk pun masih juga kena gigit.

Banyak benda nak letak sini. Tapi kalau semua nak masuk dalam satu n3 tak boleh pulak kan. Kena perlahan2 aktif semula berblogging ni. Persiapan raya tahun ni, masih ala kadar walaupun dah di negara sendiri. Cuma yang best dapat beli baju raya tahun ni..hehe.

Buat semua teman2 blogger Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Terima Kasih atas ingatan semua selama ini. Aku juga menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata selama aku menulis di blog ini.

Buat teman2 di Sheffield yang masih menjenguk ke blog aku ni, rindu rasanya dengan suasana Ramadhan dan hari raya di sana. Berbuka bersama di PMC, masak beramai2 sebelum majlis berbuka puasa tu, memang seronok. Semoga persahabatan antara kita tetap terjalin sampai bila2. Mohon ampun dan maaf andai selama kami di sana ada yang tersinggung dengan kami.

Salam Aidilfitri buat semua. Maaf Zahir dan Batin.

15 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Yus,

Tak sangka terlintas nak singgah di blog ini, rupanya dah ada entri baru....

Selamat berpuasa, selamat menyambut aidil fitri. Beraya di tanahair tahun ini ekk...

Kak Elle said...

Yus selamat pulang ke dunia blogging:)selalu juga akak jengok tapi takde n3 baru maklum nak settle betul2 dulu kan?

Selamat menyambut hari raya idil fitri juga untuk yus dan keluarga.

aNIe said...

Salam Yus...Selamat kembali ke dunia blogging...memang penat bila berpindah ni...kadang2 masa dlm rumah tak terasa banyaknya barang...bila dah punggah...mak oii!! selori pun tak cukup...

Kesian bebudak2 tu kene gigit nyamuk...takpe nanti lama kelamaan nyamuk tu dah jemu makan darah orang UK...hehehehe...

Salam Aidil Fitri buat Yus sekeluarga...Maaf Zahir & Bathin...

Berhati2 walau kemana jua destinasi...Moga selamat dlam perjalanan

NBK466 said...

Yus...welcome to the club..Club Merindui Tanahair Shefield..hu..hu..hu..

Sastri said...

welcome home Yus... just nice cos in time untuk berpuasa dan beraya di tanahair... Salam lebaran buat Yus sekeluarga... Maaf zahir dan batin ya...

zorrokantoi said...

selamat kembali ke tanah air. sure you gonna miss life in uk. apa apa pun selamat menyambut aidilfitri yang bakal menjelma.

Ajzie said...

Yussssss selamat meng 'Tegar' kembali..hihihi..

Betulah Yus..kan terasa rindu berpuasa dan menyambut Syawal di perantauan....Walaupun tak semeriah disini..

cikdinz said...

selamat kembali yus....
sibuk mengemas yeik. apa nak buat. bawak barang banyak....hehehee..

salam aidilfirti. maaf zahir batin...

Puteri Satu said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - TERLANJUR KATA TERKASAR BAHASA MAAF DIPINTA...DARIPADA:- PUTERI1 SEKELUARGA

PS : ALHAMDULILLAH DAH SELAMAT DI MSIA KAN...NANTI UPDATE BLOG EH..NAK TENGOK MUKA 3 BERADIK CUTE TU...RINDU NAK TENGOK MUKA 3A TU...

kakLuna said...

minal aidil wal faizin, kak yus, abg din dan aqil,alia,abid..semoga bertambah ceria di hari raya :)

13may said...

wahahaha.....sampai adik pun tak kenal...

hahha hahha hahha :D

zahrah said...

salam yus..........

ingat kami kat sheffield ni ye.....
selamat hari raya!!!!

Mrs.A said...

salam kak yus.. tetiba terdetik nak melawat blog kak yus.. rupanya dah diupdate...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin...

Tj44735 said...

yus selamat hari raya..pos la gambar rumah baru..dah gantung ke frame gambar tu ..huhu
zura/azam

Bunga Rampai said...

Salam Yus,

Dah kembali berblog :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Yus sekeluarga, maaf zahir dan batin.