Dan oleh kerana hari ini hari akhir internet berfungsi di rumah ini, aku update lagi. Banyak lagi rasa nak letak di sini tapi masa tak mengizinkan. Aku buat ringkasan ajerlah. Sedih juga sebenarnya nak meninggalkan bumi UK ni. Banyak kenangan pahit manis di sini. Aku rasa aku memang belajar banyak perkara di sini. Alia dan Abid lahir di sini. Hidup di perantauan mengajar aku lebih berdikari. Tidak terlalu bergantung pada keluarga. Aku dapat ramai kawan di sini. Sheffield antara tempat yang paling ramai orang melayu, jadi kami takdelah rasa sunyi sangat.
Hari-hari akhir kami, ramai juga yang jemput ke rumah.Terima kasih pada semua. Kami pasti akan rindukan Sheffield. Rindukan semua di sini. Entah bila dapat menjejakkan kaki semula. Di bawah ini sebahagian gambar2 tempat2 yang biasa kami pergi di Sheffield ni. Balik nanti bila lihat semula pasti kami terkenang-kenang.
Kami angkat berangkat pulang dari Manchester Airport hari Khamis ini 23 Ogos 2007 pukul 8.50 malam waktu UK. Nampaknya genap2 4 tahun kami di sini. Dulu berangkat ke UK dari Malaysia pada 23 Ogos 2003, dan kini berangkat pulang pun pada tarikh yang sama.
Kini perasaan aku sebenarnya bercampur-campur. Sedih, gembira, seronok, excited. Tak sabar dah nak jejak kaki di Malaysia namun dalam masa yang sama sayu nak tinggalkan Sheffield. Apa pun, setiap yang bermula pasti berakhir, setiap pertemuan akan ada perpisahan. Selamat tinggal Sheffield, Selamat tinggal England. Kenangan bersamamu tak akan dapat kami lupa.
Buat kawan2 di sini teruskan perjuangan kalian. InsyaAllah masanya akan tiba jua buat kawan2 semua. Buat keluarga di kampung, tak sabar rasanya nak bersua kembali. (Jangan lupa jemput kami di airport...hihihi) Dan buat pengunjung blog ini, aku kenalah umumkan yang blog ini mungkin tidak ada cerita baru untuk jangka masa yang agak lama. Entah bila dapat aku bersantai-santai merehatkan diri sambil menulis blog semula. Kena tunggu dapat line internet balik.
Oklah sehingga di lain waktu dan ketika. Salam buat semua.