Tuesday, December 26, 2006

Tetamu dari German

Kami sekeluarga di kunjungi rakan blog kita Ajzie dari German pada 21hb yg lepas. Program CCE (Cuti2 England) mereka bermula dgn malam pertama bermalam di rumah kami. Dari mula nak datang, ajzie dah berpesan supaya aku tak payahlah sibuk2 kan diri sangat sebab masih dlm pantang. Tapi aku ni biasalah kan..nak juga sibukkan diri, takkanlah kawan datang dari jauh tak sediakan apa2 pulak. Walaupun tak seberapa, kenalah ada juga. Kalau ikut schedule, ajzie dan keluarga di jangka tiba pukul 6 petang tapi, oleh kerana flight mereka terkandas di sebabkan kabus, mereka tiba lewat. Aku risau juga takut2 mereka tersesat, sampai dua kali dok telefon mereka, tanyakan tahu tak jalan ni. Aku pulak yang terlebih excited...haha. Sudahlah cik abang sayang kat tempat kerja, aku konon yang tahu jalan ni, (sebenarnya takdelah pandai pun) dok telefon mdh kat tempat kerja dia, confirm kan..pas tu tepon balik ajzie dan akmal...wakaka. Akhirnya sampai cik abang balik keje pun diorang tak sampai lagi. Pukul 9.40mlm baru tiba. Alhamdulillah selamat sampai gak dengan jalan yang berkabus tu.

Nilah baru pertama kali jumpa ajzie. Seronok rasanya dapat jumpa dia. Yelah, aku kenal dia dari aktiviti aku berblogging nilah. Tak sangka ghopenya husband dia pun dari Kuittho, lepas tu barulah jejak kasih.....kawan baik kedua2 husband kami di Kuithho tu sama...hihi. Lepas tu selalulah kami berYM...akhirnya dapat juga jumpa yer ajzie. Malam tu dok borak sakan gak....mcm tak faham pulak kawan ni penat, esok nak jalan lagi. Seronoknya berborak macam dah kenal lama gitu. Ajzie dah husbandnya pun sempoi jer orangnya, mmg ngamlah dgn kami. Anak2 pun excited jer jumpa. Ammar suka Thomas jugak mcm Aqil. Aqil pulak kedekut....kesian Ammar.

Aksi Ammar

Tangan tu kenapa Ammar? Apa yang takde tu??


Malam tu sampai pukul 12 lebih barulah masuk tidur. Itu pun sebab en abang dok perli..hehe. Esoknya, ajzie sekeluarga ke Manchester. En abang dia nak sangat tgk stadium Old Trafford tu. Peminat fanatik Manchester United dengarnya yer...hehe. Malam itu ajzie dan keluarga bermalam lagi di rumah kami. Aqil dok asyik tanya jer mana Haziq (panggilan lain utk Ammar). Tapi bila jumpa, dok sakat jer budak tu. Si Ammar pulak selamba jer muka. Di bawah ni aksi2 Aqil, Alia, Alya dan Ammar di rumah kami.

Alya memang suka di ambil gambarnya, tak macam Ammar asyik lari ajer

Dapat juga ambil gambar Ammar bersama yang lain, jari masuk dalam mulut ker Ammar

Dapat juga Alya pegang benda ni....dok berebut dgn Aqil jer mulanya

Alya dan Alia posing manja

Lagi aksi Alia dan Alya

Malam ke dua berborak sampai ker pukul 12 lebih jugak. Bila dah mula bercerita, macam2 cerita yang keluar. Anak2 pulak macam tak mahu tidur jer. Semua segar bugar. Abid aje yang tidur lena. Semua dok bising2 dia macam tak sedar apa aje. Lena sungguh tidur dalam buai tu. Kasi can ibu borak yer Abid...hehe.

Hari Sabtu 23hb, ajzie meneruskan perjalanan ke Stoke dan Bristol. Sekarang ni di mana yer ajzie?? hehe.

Aqil, Alia, Alya dan Ammar bergambar di luar rumah kami sebelum mereka sekeluarga bertolak ke destinasi seterusnya

Semoga perjalanan dipermudahkan yer ajzie dan dpt kembali ker Weingarten dengan selamat.Minta maaf kalau ada layanan yg terkurang semasa di rumah kami.Sama-samalah kita nantikan update dari ajzie nanti......

p/s: Gambar ajzie dan suaminya saya tak dapat masukkan di sini sbb dah dapat arahan dari tuan punya diri....(jangan letak gambar kami dlm blog...SEGAN..hihi) Gambar anak2 bolehkan ajzie....hehe

16 comments:

Mummy Rizq said...

ler.. dah dapat baby rupanya! punyalah lama MB tak enjenguk ke sini.. Tahniah for baby Abid! Muuaahhh!!!! Untuk Yus, jaga diri baik baik okie!

Unknown said...

terima kasih banyak2 MB...

Unknown said...

suke tengok budak2... :D

Unknown said...

bestkan, kenal melalui blog dan kemudian dapat jumpa.. :D

Unknown said...

aminbakish,
betul tu...melalui blog boleh tambah kenalan...bila dpt jumpa lagilah seronok. Mungkin satu hari nanti kita pun boleh jumpa, siapa tahu kan...InsyaAllah.

Abang Long said...

salam hormat, yus dah ada berapa orang cahaya mata ?

Unknown said...

abang long,
salam...yus ada 3 orang anak

Kiah Kardashian said...

ala bestnyer ada orang datang tak la rasa sunyi kan...

yang best bebudak la kalau jumpa member...main sakan tapi kalau kedekut barangtu mmg standardla...rayyan yang kecik ni pun dah pandai kedekut...

Mama Sarah said...

aksi Ammar tangan takde tu serupa dgn Amar saya. haha.

Cantiknya rumah yus! macam rumah orang tak de anak kecik je.

Unknown said...

zakiah,
anak sulung biasa mmg kedekut kot..dia mula2 sorang jer kan, dah ramai2 tak pandai nak kongsi...

mama sarah,
Cantik??..hehe..cantik tang mana tu??.MS tak nampak jelas, gambar tu kecik jer..cuba dtg sini,tgklah cam mana...rumah ada bebudak....biasa bersepah jer...

zino said...

seronok tengok gelagat budak2 ni.. hehe

Unknown said...

bro zino,
mmg seronok tapi adakalanya buat kita geram jer..

13may said...

Selamat Hari Raya AidilAdha & Selamat Tahun Baru 2007...

peace!

Unknown said...

insyaAllah. mudah-mudahan boleh jumpa

Selamat Hari Raya dan Selamat Tahun Baru :D

Ajzie said...

hihi yus dah update yea..hihi. kelakar kan alya dan ammar haziq. Pening azi dengan ragam mereka.. Terima kasih kerana sudi menerima kedatangan kami. Terima kasih atas layanan yg diberikan. Insyallah jika dipanjangkan usia bertemu kita di Part Raja.

Tp cik abe awak tak nak duduk Parit Raja.kih kih.

P.s
Azi dah belikan fridge magnet. Nanti post dengan cd CINTA sekali.

Unknown said...

ajzie,

alhamdulillah semuanya selamat..

Seronok dpt kenal ajzie sekeluarga. InsyaAllah bertemu kita lagi di Parit Raja..

Thanks..buat susah2 jer