Saturday, December 2, 2006

Selamat Hari Ulangtahun ke 2 - Nur Alia Zafirah

Selamat Hari Jadi buat puteri ibu tersayang Nur Alia Zafirah. Hari ni genap usia Alia dua tahun. Ibu minta maaf yer sayang, tak dapat buat apa2 untuk Alia. Dalam seminggu ni, ibu tahu Alia asyik saja menyanyi lagu Happy Birthday tu, walaupun ibu tahu Alia tak faham maksudnya, tapi seronok ibu dengar, pandai anak ibu yer.

Antara semua anak ibu, Alia lah yang paling senang keluar dari perut ibu. Ibu ingat lagi, 1/12/2004 pukul 10 malam baru ibu rasa sakit yang agak kuat, selang 15 minit. Masuk pukul 11.30 dah mula selang 10 minit. Baru saja nak turun tangga untuk ke hospital dalam pukul 12.15 malam, air ketuban dah pecah, kelam kabut abah bawa ibu ke hospital. Tiba di hopital pukul 12.35 malam, pukul 1.05 pagi 2hb Disember 2004 Alia selamat ibu lahirkan. Terima kasih yer sayang, dari mula lahir, Alia tak banyak kerenah sangat. Cuma bila dah besar ni, 'menjeng' sikit (orang jawa kata). Pulak tu kuat benar mengadu. Ibu tahu abang Aqil selalu usik Alia, tapi ibu perhatikan Alia pun kuat menyakat Aqil. Sama2 nakal sebenarnya.




Ibu suka tengok Alia tersenyum, lepas tu panggil ibu!!!Manja aje dengar suara Alia sebut ibu. Alia suka menari, terhenjut2 sambil ikut aksi di tv tu.Alia dah pandai sebut 1 to 10 dalam bahasa inggeris, pandai panggil Abah, Ibu dan Aqil (Atil...sebutan Alia). Bila Abid lahir, Alia merajuk dengan ibu, sayu hati ibu tau. Lebih kurang 5 hari Alia tak mahu dengan ibu, tolak2 ibu bila ibu nak pegang Alia. Nasib rajuk Alia tak lama sangat, kalau tidak, menangis tak berlagu ibu..huhu. Ibu sayang Alia tau. Sayang ibu pada semua anak2 ibu sama rata, tak ada yang lebih atau kurang.

Aksi-aksi Alia

Buat Puteri ibu yang ibu sayangi, Nur Alia Zafirah......semoga membesar menjadi anak yang baik dan solehah, dapat berbakti kepada ibu dan abah serta bangsa dan negara.

Aksi-aksi Alia terikini di hari jadinya yang ke 2

Selamat Hari Jadi sayang daripada Ibu, Abah, abang Aqil dan adik Abid.


18 comments:

Sastri said...

Happy 2nd Birthday Nur Alia Zafirah... Semoga terus-terusan ceria, semoga menjadi anak solehah yang berbakti kepada ibubapa bila besar nanti... Yus, masa kecik Alia ni mmg Chinese look sungguh... Such a beautiful baby and now, a beautiful girl... Tumpang happy tengok... :)

Ajzie said...

Happy Birthday Alia, moga jadi anak yg cermelang pada ibu dan bapa serta keluarga yea..

Mama Sarah said...

Happy birthday sweetheart. You are such a beautiful and clever princess. May Allah bless you always.

MissMultazam said...

comel betul alia. sofea pon sibuk nyanyi lagu happy besday utk alia bila die tgk video tu hehe. happi besday Alia!

zino said...

selamat hari lahir yg ke dua utk si comel.. semuga menjadi anak yg solehah dan menjadi kebanggaan ayahbonda..

Anonymous said...

happy birthday alia...comel betul alia nih.. geram akak tgk.. rambut dia yg unik tu buat dia makin comel.. jgn ikat tau k yus, comel sgt bila rambut dilepaskan camtu..hehe..

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

2 taun dh alia erkk..moga jd ank dan akak yg baik...hehehehehe...
>baza alia..baza bln jerla ngan adiknyerr erk..nanti leh sbut skali laa

Nik Ha said...

Happy Birthday Alia!. Semoga jd ank solehah, penyeri kehidupan mama, abah, abang & adik

Cik Tat said...

hepi besday alia..
semoga membesar sebagai anak yg solehah....

WRA said...

Hepi Belated Birthday to Alia...comel...masa kecit macam Cina ek? Ada keturunan ke? Si Abid tu pun kiuuut sangat...tahniah ek Yus...akak terlambat la nak ucap...

oldtown~Smell the Roses said...

Tiba-tiba rasa sedih baca n3 ni, mrajuk Alia yer! Jgn merajuk rajuk, ibu Alia syg kat Alia mcm ibu syg adik.
Cheh, mcm Alia paham jek.

Happy Birthday Alia, smoga menjadi anak yg solehah dan berbakti pd ibu bapa, agama dan bangsa!

NBK466 said...

Happy b'day dik Alia..muda adik 8 bulan dari kakak Syira...semoga doa2 ibumu dimakbulkan...

VitAmiN said...

kak yus..saya dah lama tak masuk blog akak.kena penyakit malas jalan2..terlepas plak besday alia.hepi belated besday alia..mmuahh..akak,saya dah lama cari lagu no promises kat blog akak ni..mekacih,skang baru tau tajuk..

Unknown said...

sukenye tengok Alia yang chubby tu... gerem.. hehe :D

Happy Birthday Ali. Be a good girl k. mmuah.. :D

Anonymous said...

happy birthday buat kak alia and a big congratulations to all of you on the arrival of ABID!!! sure lepas lahir terus naik merc benz ;)

Kiah Kardashian said...

happy bday alia!!!. jangan nakal nakal dan tolong jaga abid juga okay!!!. Eik suka tengok gambar masa kecik tuh. Pipi tuh...hish goreng pun sodap!!

uDA said...

alamak, auntie uda lambat la wish alia. apapun, semoga semua doa2 ibu dan ayah alia dimaqbulkan Allah swt. aminn...

mcm anak jepun tau muka alia ni. chomels!

ibuVouge said...

salam yus
alamak saya dah terlepas banyak entry..
yus dah sihat ke
comei baby yg baru ni..
tahniah yus,dapat anak selang bunga lagi..
patutla lama betul iv nak load blog yus, banyak gambar rupanya