Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.
Lama benar saya membiarkan blog ini bersawang yer. Orang tak kerja pun busy....hihi. Memang terasa sibuk pulak raya kali ni. Walaupun ada rasa tak semeriah seperti tahun sebelumnya, tapi tahap kemeriahan tu masih tinggi juga. (erkk..mcm manalah tu ekk). Sebelum cerita lebih lanjut, nak ucap Salam Syawal dan Salam Aidilfitri sekali lagi buat semua.
1 Syawal 1427 di UK ni jatuh pada hari Isnin 23hb Oktober yang lepas. Kami raya awal sehari dari Malaysia, al-maklum, puasa pun awal sehari. Malam raya dah sibuk memasak seperti tahun2 sebelumnya. Ingat saya malas nak buat apa2 tapi kesian pada suami. Nak juga pagi raya tu makan macam kat Malaysia. Ketupat takdelah, sebab takde daun kelapa, jadi buat nasi impit, kuah lodeh, sate goreng, kuah kacang.
Seperti tahun2 sebelumya, kami warga Melayu di Sheffield ni akan berkumpul di PMC untuk solat sunat Aidilfitri bersama2. Ramai sungguh yang datang. Lepas solat berjemaah bersama, ada sedikit jamuan pagi raya di sediakan, Rasanya boleh tengok pada gambar di bawah suasana semasa di sana.

Dapat beraya 7 buah rumah di raya pertama. Tak seperti tahun lepas, 12 buah kalau tak silap. Tahun ni tak larat sangat. Tak semua rumah kami pergi sempat bergambar. Terlupa yang ada tu. Raya kedua, ingatkan semua dah sibuk pergi ke Universiti. Rupanya tidak. Pukul 11 pagi dah ada rakan sampai ke rumah. Dapatlah hidangkan lebihan makanan semalam yang tinggal sedikit. Nasib baik satu keluarga saja. Lepas dari tu, kami pun memulakan langkah semula beraya. Dapat lagi 7 buah rumah di raya kedua.
Raya ketiga barulah relax. Takde kemana, sehinggalah hari Sabtu lepas. Hari Jumaat ada juga berjalan dua buah rumah. Tapi hari Sabtu, paling sibuk. Kami penghuni rumah di jalan Balfour Road ni buatler jemputan kecil-kecilan. Nak kata rumah terbuka tak juga, sebab tak beritahu pada semua. Siapa yg tahu, di jemput hadir. Tapi tak menang tangan saya di buatnya. Adalah buat pulut kuning sikit dan nasi impit di makan dgn rendang. Menu utama mee kari tomyam. Ramai jugalah yang datang, sampai habis licin semua makanan. Kami tuan rumah dapat rasa sepinggan jer. Dari pukul 2 petang tetamu mula hadir, sampai pukul 10 mlm baru habis. Itu pun sebab makanan dah habis, jadi kami cepat2 keluar pulak beraya . Ikutkan hati saya dah tak larat, tapi perut lapar. Kelakar tak, jemput orang beraya, tuan rumah sampai kelaparan...haha. tapi puas hati, yang penting tetamu dapat merasa apa yang kita masak kan. Dapatlah beraya dua rumah malam tu, sampai ke pukul 12.30mlm juga baru tiba rumah semula. Penat sungguh. Malam tu rasa susah nak tidur. Perut rasa tegang aje. Kaki pun sakit.
Hari Ahadnya pula ada rakan dari Kuittho yang baru sampai dari Malaysia tiba. Seorang lagi warga baru postgraduate di Sheffield ni. Mereka menginap di rumah saya dua malam sehingga hari ini. Pagi ini baru dapat masuk kerumah sewa sendiri. Penat jugalah, sebab ada tetamu di rumah kan. Dengan kandungan saya yang dah masuk ke minggu 37. Kira memang kuat lagi saya ni...hihi. Aqil punyalah suka ada kawan di rumah ni. Anak akak yang baru sampai ni dua orang juga. Dah besarlah sikit. Seorang 11 tahun, seorang 7 tahun. Sebab ada kawan di rumah, Aqil sampai tak nak pergi ke sekolah pagi tadi. Pujuk2 baru ok. Pulak tu bila dia balik sekolah tadi ni, kawan2 nya dah tak de. Sibuk dia menanya ke mana. Siap cari kasut diorang kat mana. Kesian pulak tengok dia. Esok lepas sekolah mungkin boleh singgah kejap ke sana.
Begitulah serba ringkas cerita hari raya tahun ini. Dalam tengah sarat2 ni, seronok juga beraya di perantauan. Sabtu ni ada lagi rakan yang buat jamuan hari raya. Ahad pun ada juga yang menjemput ke rumah. Memang meriah beraya di Sheffield. Takdelah terasa sangat kerinduan di kampung tu. Harap2 tahun depan dapatlah beraya di Malaysia. Memang tak sama kemeriahannya seperti di Sheffield ni, tapi dapat bersama sanak saudara setekah sekian lama, itulah yang paling kami rindui.

Beberapa lagi gambar suasana beraya di Sheffield tahun ini