Tuesday, April 29, 2008
Happy 7th Anniversary......

Thursday, April 24, 2008
Lalat dan semut...
Aku baru dapat satu ilmu dari SRD. Menurutnya, kalau lalat dah termasuk dalam air minuman kita, air tu masih boleh di minum, dengan syarat, tenggelamkan terus lalat tu, pas tu baru keluarkan lalat dan kemudian air tu boleh minum. Tapi jangan semut, sebab kata dia, kalau semut masuk dalam air, air tu harus di buang terus. Tak tahu ler betul ker tidak..sebab menurut SRD ku iteww...pada bahagian kepak lalat tu, satu bahagian ada racun, dan sebelah bahagian lagi ada penawar, so bila termasuk dalam air, tenggelam kan terus lalat tersebut supaya penawar dia masuk sekali. Sebab tu air tu boleh minum..
...hihi nak tergelak pun ada. Namun hakikatnya, bila lalat masuk dalam air dia, air tu di buangnya juga...

Fuhh..lama sungguh blog ini tidak ku hirau. Teringat pula dulu-dulu, di Sheffield, aku antara yang kerap update blog. Tapi tidak sekarang walaupun sebenarnya banyak peristiwa penting berlaku dalam keluarga kami. Antaranya majlis konvokesyen SRD pada 13 April yang lalu. TAHNIAH ABANG.
Antara faktor blog ini tidak berupdate....
1) Mula-mula aku kemaruk menjahit, skrg ni dah stop kejap, malas take over.
2) Alia dah mula aku tumpangkan di tabika, dengan erti kata lain dia juga dah mula sekolah seperti abang dia. Jadi tumpuan aku beralih pada dia sedikit.
3) Nak kurangkan hobi Aqil yang suka bermain game di internet. Bila aku mengadap pc, jawabnya dia pun akan mengadap pc gak lepas tu. Tapi kalau aku tak bukak pc, dia takut juga nak buka lebih2 lagi bila aku 'menyinga'. Kalau dia buka pun ada limit. Dan aku kena pastikan dia tak terlalu lama di depan pc. So, aku pun kena sama berkorban ler hobi aku di depan pc lelama..
4) Malam pula, kena pastikan Aqil dan Alia mengaji bersama abah mereka. Kemudian make sure mereka buat dah bereskan semua kerja sekolah atau kalau tidak ada kerja sekolah, learning time bersama aku. Waktu siang biasa satu atau dua jam, malam sambung lagi selepas makan. Lepas tu kena suruh diorang masuk tidur on time, dan dalam masa yang sama, aku pun tertidur sekali..huhu
5) Bila weekend, ada ajer programnya. Kalau takde program pun, weekend adalah hari bersama keluarga. Lagipun, anak2 aku sekarang semuanya bertambah lasak. Menjaga dan mendidik mereka menuntut kesabaran yang amat tinggi. Baru ku tahu, menjaga dan mendidik anak2 kita untuk menjadi insan yang sempurna satu tanggunjawab yang amat berat. Perlukan pengorbanan, perhatian dan kesabaran yang bukan calang2 orang boleh melakukannya. Lebih2 lagi, sepeti anak2 aku yang jarak antara mereka bertiga tak jauh berbeza. Syukur aku punya suami yang amat memahami dan banyak membantu walaupun dia sendiri selalu keletihan bila pulang dari pejabat. Kagum sungguh dengan ibu-ibu yang punya anak ramai, dan semua anak mereka berjaya. Mampukah aku??
Hari sudah petang. Aku perlu mandikan mereka semua dan lepas tu boleh aku berehat sambil menonton Bella......

Friday, March 7, 2008
Salam.....
Blog bermusim ini ku jengah lagi. Banyak cerita tertunda yang ingin sekali aku masukkan di sini tapi nampaknya mood dan masa ku sering tidak mengizinkan. Berbanyak terima kasih atas ucapan dari rakan-rakan semua untuk ulangtahun kelahiran aku yang baru lepas. Dua hari selepas itu pula adalah ulangtahun Aqil yang ke 6. Dah makin besar anakku itu, tapi masih lagi manja. Aku rasa baik aku buat sedikit ringkasan untuk peristiwa2 yang berlaku sepanjang beberapa hari yang lepas.
1) 23hb Februari - hari jadi Aqil yang ke -6. Dari 21hb lagi masa hari jadi aku tu dia dah sibuk mintak kek. Biasalah anak bujang aku yang sulung ni, dari kecil lagi, setiap kali hari jadinya, kami belikan kek. Tak pernah buat sambutan besar-besar sebab aku dan suami pun tak pernah di ajar macam itu dari kecil. Dapat kek, diamlah dia...hehe. Oh ya, hari jadi aku tu, SRD belikan aku brooch yang cantik bersama tudungyang tak sepadan
. (Jangan marah bang. Ibu tetap suka dan menghargainya)
1) 23hb Februari - hari jadi Aqil yang ke -6. Dari 21hb lagi masa hari jadi aku tu dia dah sibuk mintak kek. Biasalah anak bujang aku yang sulung ni, dari kecil lagi, setiap kali hari jadinya, kami belikan kek. Tak pernah buat sambutan besar-besar sebab aku dan suami pun tak pernah di ajar macam itu dari kecil. Dapat kek, diamlah dia...hehe. Oh ya, hari jadi aku tu, SRD belikan aku brooch yang cantik bersama tudung
3) Jumaat 29hb Feb - Kami balik ke Melaka. SRD ada kursus lagi di Bayview Hotel Melaka. Aku sejak balik Malaysia ni, memang kerap tidur hotel sebab mengikut SRD berkursus. Tapi, malam itu aku dan anak-anak tidur di rumah emak. Malas nak ikut SRD sebab ada projek yang aku nak lakukan bersama emakku. Projek aku nak belajar membuat baju kurung bersama emak. SRD dah belikan aku mesin jahit canggih, boleh jahit sulaman semua, tapi wife dia ni sebenarnya tak tahu menjahit pun..huhu. Setakat jahit kain koyak, atau jahit semula seluar SRD yang panjang selepas di potong tu bolehlah. Fooh tak sangka, sebenarnya takdelah susah sangat membuat baju kurung ni. Cuma kemas tak kemas, atau senget tak senget jer ..hihi. Berjaya juga aku buat baju kurung sendiri hari itu, bermula dari memotong kain, sampailah jadi sepasang baju kurung. Lepas tu, jahit baju Alia pulak. Sampai ke pukul 3 pagi aku dok mengerjakan baju tu. Penat dan letih, tapi aku excited sangat nak siapkan juga.
4) Sabtu 1hb Mac - Hari jadi Khairul adikku. Aku dah letih sangat menjahit sampai ke pagi semalamnya, tapi mata tu tak boleh nak lelap lama. Abid pagi2 lagi2 dah bangun minta susu. Sudahnya aku sambung mejahit lagi. Oleh kerana keletihan, bila SRD pulang sebentar petang itu, kami pun ikut dia pulang ke hotel. Jadi tidur di hotel semalam. Aqil kata 'rumah tinggi'.....
5) Hari Isnin tu, aku habiskan jahit leher baju aku dan Alia. Lepas tu aku relax jer. Baru semalam aku jahit seluar panjang yang dipadankan dengan baju kurung kedah untuk Alia. Kiranya bermula dari hari Jumaat aku belajar dengan mak tu, aku dah dapat sipakan 3 pasang baju kesemuanya.Sukanya dapat jahit baju sendiri. Walaupun belum begitu mahir, tapi bila nampak Alia pakai baju yang aku potong, jahit dan buat sendiri tu, kepuasannya sungguh berbeza
6) Hari ini kami semua akan pulang ke Melaka lagi. Aku mengundi di Melaka esok, lepas tu tengaharinya pula ke Muar pulak sebab SRD mengundi di Muar. Ini kali kedua aku mengundi. Teringat pula aku dua hari lepas, dapat call dari member lama, satu U dan rumah masa di Shah Alam dulu. Dia tak pernah mengundi, dan tak akan balik mengundi pun 8hb Mac ini. Alasannya malas dan katanya aku sorang tak mengundi tak kan memberi kesan apa-apa pun. Kalau semua orang cakap macam tu macam manalah agaknya yer?? Pada aku mengundi tu hak kita, tak kisahlah nak pangkah apa pun, tapi sekurang-kurangnya kita dah tunaikan tanggunjawab kita mengundi. Erkk...berkempen suruh pergi mengundi ker aku ni??...
7) Alia sudah sepenuhnya pandai ke tandas sendiri. Dah tak pakai nappy lagi. Penat juga nak latih dia. Alhamdulillah berjaya juga akhirnya. Bolehlah pergi sekolah dengan Aqil yer Alia. Dia sekarang ni memang sibuk nak ke sekolah. Nak gi 'kool' kata dia..hihi (sebutan pelat alia untuk school).Ini pula video klip Abid yang sempat aku rakamkan. Gelagatnya sekarang sungguh mencuit hati kami. Nakal yang amat, dan kalau boleh semua nak buat sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)