Friday, March 7, 2008

Salam.....

Blog bermusim ini ku jengah lagi. Banyak cerita tertunda yang ingin sekali aku masukkan di sini tapi nampaknya mood dan masa ku sering tidak mengizinkan. Berbanyak terima kasih atas ucapan dari rakan-rakan semua untuk ulangtahun kelahiran aku yang baru lepas. Dua hari selepas itu pula adalah ulangtahun Aqil yang ke 6. Dah makin besar anakku itu, tapi masih lagi manja. Aku rasa baik aku buat sedikit ringkasan untuk peristiwa2 yang berlaku sepanjang beberapa hari yang lepas.

1) 23hb Februari - hari jadi Aqil yang ke -6. Dari 21hb lagi masa hari jadi aku tu dia dah sibuk mintak kek. Biasalah anak bujang aku yang sulung ni, dari kecil lagi, setiap kali hari jadinya, kami belikan kek. Tak pernah buat sambutan besar-besar sebab aku dan suami pun tak pernah di ajar macam itu dari kecil. Dapat kek, diamlah dia...hehe. Oh ya, hari jadi aku tu, SRD belikan aku brooch yang cantik bersama tudung yang tak sepadan wink. (Jangan marah bang. Ibu tetap suka dan menghargainya)

2) Khamis 28hb Feb - Aqil masuk pertandingan kolaj mewakili tabikanya. Aku yang pada ketika itu demam, terpaksa juga hantar dia ke lokasi pertandingan di Tabika Sri Puleh. Ada bengkel pemakanan dan keibubapaan sekali. Sambil-sambil itu, terselit juga kempen politik rupanya...neutral. Aqil cuma dapat hadiah saguhati. Aku tak larat nak tunggu sehingga waktu penyampaian hadiah, jadi balik dulu pukul 5 petang. Abid pun dah mengamuk, dengan badan yang kurang sihat, baik aku blah...Apa pun, hadiah Aqil sampai juga ke tangannya hari Selasa lepas.

3) Jumaat 29hb Feb - Kami balik ke Melaka. SRD ada kursus lagi di Bayview Hotel Melaka. Aku sejak balik Malaysia ni, memang kerap tidur hotel sebab mengikut SRD berkursus. Tapi, malam itu aku dan anak-anak tidur di rumah emak. Malas nak ikut SRD sebab ada projek yang aku nak lakukan bersama emakku. Projek aku nak belajar membuat baju kurung bersama emak. SRD dah belikan aku mesin jahit canggih, boleh jahit sulaman semua, tapi wife dia ni sebenarnya tak tahu menjahit pun..huhu. Setakat jahit kain koyak, atau jahit semula seluar SRD yang panjang selepas di potong tu bolehlah. Fooh tak sangka, sebenarnya takdelah susah sangat membuat baju kurung ni. Cuma kemas tak kemas, atau senget tak senget jer ..hihi. Berjaya juga aku buat baju kurung sendiri hari itu, bermula dari memotong kain, sampailah jadi sepasang baju kurung. Lepas tu, jahit baju Alia pulak. Sampai ke pukul 3 pagi aku dok mengerjakan baju tu. Penat dan letih, tapi aku excited sangat nak siapkan juga.

4) Sabtu 1hb Mac - Hari jadi Khairul adikku. Aku dah letih sangat menjahit sampai ke pagi semalamnya, tapi mata tu tak boleh nak lelap lama. Abid pagi2 lagi2 dah bangun minta susu. Sudahnya aku sambung mejahit lagi. Oleh kerana keletihan, bila SRD pulang sebentar petang itu, kami pun ikut dia pulang ke hotel. Jadi tidur di hotel semalam. Aqil kata 'rumah tinggi'.....lol. Nampak jer muka abah dia, terus kata nak ikut balik rumah tinggi, kenalah turutkan. Lagipun aku nak rehatkan mata, kalau tak mesti hari tu juga aku cuba siapkan baju-baju tu. Tengah kemaruk masa tu..hehe. Ahad malam Isnin, pulang semula ke Parit Raja. Letih agaknya aku, tak sedar apa dalam kereta, tahu-tahu dah sampai depan pintu...huhu. Sorrylah bang...ekekek. Oh lupa pulak, Ahad 2hb Mac tu, harijadi adik bongsu ku pula. Happy Birthday untuk kedua2 adikku.

5) Hari Isnin tu, aku habiskan jahit leher baju aku dan Alia. Lepas tu aku relax jer. Baru semalam aku jahit seluar panjang yang dipadankan dengan baju kurung kedah untuk Alia. Kiranya bermula dari hari Jumaat aku belajar dengan mak tu, aku dah dapat sipakan 3 pasang baju kesemuanya.Sukanya dapat jahit baju sendiri. Walaupun belum begitu mahir, tapi bila nampak Alia pakai baju yang aku potong, jahit dan buat sendiri tu, kepuasannya sungguh berbezabiggrin. SRD pun suka jer aku tahu juga buat baju sendiri walaupun hanya baju kurung. Lain-lain tak pass lagi. Lepas ni kena selalu practice, takut lupa..kan..kan.

6) Hari ini kami semua akan pulang ke Melaka lagi. Aku mengundi di Melaka esok, lepas tu tengaharinya pula ke Muar pulak sebab SRD mengundi di Muar. Ini kali kedua aku mengundi. Teringat pula aku dua hari lepas, dapat call dari member lama, satu U dan rumah masa di Shah Alam dulu. Dia tak pernah mengundi, dan tak akan balik mengundi pun 8hb Mac ini. Alasannya malas dan katanya aku sorang tak mengundi tak kan memberi kesan apa-apa pun. Kalau semua orang cakap macam tu macam manalah agaknya yer?? Pada aku mengundi tu hak kita, tak kisahlah nak pangkah apa pun, tapi sekurang-kurangnya kita dah tunaikan tanggunjawab kita mengundi. Erkk...berkempen suruh pergi mengundi ker aku ni??...razz

7) Alia sudah sepenuhnya pandai ke tandas sendiri. Dah tak pakai nappy lagi. Penat juga nak latih dia. Alhamdulillah berjaya juga akhirnya. Bolehlah pergi sekolah dengan Aqil yer Alia. Dia sekarang ni memang sibuk nak ke sekolah. Nak gi 'kool' kata dia..hihi (sebutan pelat alia untuk school).Ini pula video klip Abid yang sempat aku rakamkan. Gelagatnya sekarang sungguh mencuit hati kami. Nakal yang amat, dan kalau boleh semua nak buat sendiri.

13 comments:

Faizah said...

Yus..patut la lama x update..buat baju rupanya..
lepas ni boleh la izah tempah dr Yus kan..

Sastri said...

waaa... pandai menjahit baju ek... jelesnyaaa... bab menjahit ni saya fail... :D

NBK466 said...

Oh...KOOL tuh maksudnya Kumpulan Org2 Lama..ala group nyanyian tuh...he.he.he..

misah said...

wah....lepas ni takyah nak pi upah baju kat kedai ler...leh jimat...

heheheh...dah lama tak menjahit..ntah2 kalau nak menggunting, tentu senget benget..

zino said...

panjang nya report letih nak baca hehe

aNIe said...

Yus..dah pandai menjahit tak? Nanti jaranglah ke kedai jahit kan? Dulu masa huda kecik2...rajinnya akak menjahit baju2 kurung ...gown & baju tidur dia...

Comel sungguh si abid tu...senyuman manis sgt...hehehe...pandai plak dia posing tu...

13may said...

waaa....mcm tulis report plak...hehhe

eh! saya nak tempah bendera buleh???

Mulan said...

hepi belated besday..!!! saya ada mesin extra ni, utk disewa, murah je.. ha ha. konon nak jahit, hampeh la si mulan ni..

YuszTieY said...

lama tak dtg blog k.yus..upe nya dah bz dgn jahit menjahit la plak yr...pasni byk la baju alia ibunya dok kerjakan...ker dah berpuluh pasang dah baju yg ibu jahitkan....

HAPPYIRFA said...

salam kak yus..
lama x jenguk blog kak yus sbb selalu dtg xde en3 baru.tup2 dah byk terlepas.pasni bulehlah tempah kurung pahang kat akak.he he.nak diskaun kaw-kaw tau

NONIE AZIZ said...

yus....dah lama benornya saya tak masuk kat sini...bila balik M'sia?

fsj said...

comilnye baby akak ni, keletahnye!!! suke sangat budak kecik. comil!! :)

Telefone VoIP said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Telefone VoIP, I hope you enjoy. The address is http://telefone-voip.blogspot.com. A hug.