Saturday, June 16, 2007

Alhamdulillah, hampir ke penghujungnya..

Assalamualaikum,

Lama juga aku tak menghiraukan blog ini. Mood dah makin tenggelam timbul untuk menulis. Namun peristiwa hari ini membuka hati aku untuk mencoret sesuatu di sini.

Hari ini aku mengikut hubby tersayang untuk menghantar tesisnya ke Graduate Research Office. Mula-mula kami ke tempat binding tesis. Rasa seronok bila nampak tesis suami dah siap di bukukan. Sempat lagi aku ambil gambarnya. Kemudian kami sama-sama menyemak semula satu persatu buat kali yang terakhir sebelum menghantarnya ke Graduate Research Office. Tiba di sana, seorang minah berambut pink sedang berurusan dengan seorang pelajar cina. Selepas itu giliran hubby ku pula. Wanita kecil molek berambut pink itu meminta student card hubby untuk membuat semakan. Selepas itu tangannya mula menulis sesuatu di dalam borang penghantaran tesis. Dia memberitahu ada sejumlah amaun lagi perlu di jelaskan, namun begitu kami boleh membuat pilihan sama ada untuk membayarnya sekarang atau selepas semuanya dah selesai nanti (final submission). Kelihatan wajah hubby cukup gembira. Akhirnya dapat juga dia siapkan tesisnya itu. Alhamdulillah. Kini perlu menunggu ujian seterusnya pula. Saat untuk menghadapi ujian lisan pula dari dua orang pemeriksa. Moga segalanya berjalan lancar.

Selepas daripada itu kami ke Student Union pula. Kami berhenti sebentar di kedai souvenier Sheffield University. Hubby membelek2 t-shirt yang ada tertulis perkataan Sheffield University di hadapannya. Aku tercari-cari kalau ada fridge magnet yang sesuai. Hampa. Tak pasti apa yang patut kami beli, akhirnya hubby ambil juga beberapa helai t-shirt, pelekat University of Sheffield, mug dan juga logo universiti.

Sebelum pulang ke rumah, kami singgah pula ke Thai-Panna, kedai menjual beraneka makanan dari asia. Aku membeli daun kesum, asam jawa, asam keping, bee hoon dan juga kicap kipas udang. Rupanya lagi murah kicap kipas udang di sini dari yang biasa kami beli.

Sampai di rumah, hubby terus ke masjid untuk solat Jumaat. Balik dari solat kami makan tengahari bersama. Lepas makan, hubby ambil Aqil dari sekolah pula. Selepas itu sepertia biasa dia mulalah nak melelapkan mata sekejap. Tiba-tiba telefon berbunyi. Bila aku jawab, kedengaran suara seorang perempuan inggeris yang ingin bercakap dengan Mr Mahzan. Aku memanggil hubby. Rupa-rupanya panggilan itu dari Graduate Research Office. Ada sedikit kekeliruan dengan tesis yang hubby aku hantar tadi. Dia kata hubby tak boleh letak alamat email pada cover di bahagian spine tesis tu. Hubby aku dah konfius, bila masa pulak dia letak email dia kat situ. Dia kata pada nama hubby tu di belakangnya hubby ada bubuh sekali email. Konfius lagi. Rupa-rupanya sebab hubby letak nama dia lengkap dengan nama penuh bapa sekali. Nama arwah abah ada dua. Kalau dalam kad pengenalan pun memang nama penuh hubby Shahruddin Mahzan@Mohd Zin. Tapi dalam rekod pelajar semua cuma Shahruddin Mahzan. @Mohd Zin tu takde, jadi dia ingatkan @ tu macam alamat email. Dia kata dah tak sama dengan rekod dia. Hmm..hubby aku gelabahlah juga. Hubby kata "that is my father name, and not my email address". Dia kata tak boleh letak nama bapak, cuma nama kita ajer. Aku cakaplah dengan hubby, "itu kira surname kitalah bang". Baru hubby terperasan. Nasib baik dia kata tak mengapa untuk kali ini sebab belum final. Nanti lepas viva dan bila nak hantar semula kena pastikan yang nama kedua(alias) tu takde.


Memang kesilapan kecil yang hubby tak sengajakan. Kalau kat sini mereka terima satu nama saja. Memang dari dulu Mahzan tu sebagai surname dan tak pernah di guna sekali nama abah yang kedua tu. Hubby rasa terkilan juga kerana dia boleh tak terperasan nama itu. Nampak wajah hubby sedih sedikit.Dia ingatkan, itu tesis dia, jadi bolehlah dia letak nama penuh dia seperti yang tertera dalam pasport dan kad pengenalan. Rupanya tidak. Harap-harap takdelah banyak kesilapan. Dah berapa kali juga hubby semak sebelum hantar untuk binding, dan moga-moga semuanya ok.

Bang!! Semoga abang dapat menghadapi viva dengan baik dan dapat jawab semua soalan yang bakal di ajukan nanti. Ibu tahu abang dah banyak berusaha, banyak juga dugaan-dugaan kecil yang terpaksa di hadapi. Segalanya hampir ke penghujung. Tujuan kita datang ke sini semakin hampir di capai. Semoga berjaya yer bang. Ibu dan anak-anak akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat abang. InsyaAllah minta segalanya akan di permudahkan. Sama-samalah kita panjatkan doa padaNya. Sesungguhnya Dia dah banyak membantu kita kan bang, cuma kita yang kadangkala alpa.

Nota kaki: Lagu yang keudara ini adalah lagu dari A Talib, lagu kegemaran hubby sepanjang masa. Dia memang suka lagu 60an.

21 comments:

Faizah said...

Good Luck to him..semoga segalanya selesai dengan cepat..

kat sini pun byk kekeliruan pasal nama..susah jugak nak explain sbb french people ni x faham..
Jarang jumpa nama mlaysian kan..

Nama izah la ni pun jadi
Madame Abdul Wahab..(ambil nama pak mertua la pulak..mcm aku ni isteri my father in law..hahha)

Kalau x guna Madame..my name will be Khairuddin Faizah..means i ni x kawin tapi ddk serumah dgn pasangan..kira bujang la...tu sbb kalau p pejabat or mana2..diorg selalu konfius bila tengok my name..selalu kena tanya.."dah kawin ke blum?"...nak je jawab 'Belum".."I'm still available"..hahhah

victoire said...

Student union..
i remember that name smpai hari ni.
sempat beli tshrt ngan logo besar sheffield u.hehe
viva,bnda yg slalu dgr dlm perbualan aunty2 saya yang buat PhD.
miss them soo much.

Unknown said...

mudah-mudahan dimudahkan, insyaAllah.. :D

Mama Sarah said...

waaahhh masanya makin hampir tiba. Seronok saya baca thesis dah disubmit. alhamdulillah saya pun tumpang merasa lega dan berbangga.

Ajzie said...

Insyallah semuanya akan di permudahkan..

Yussss.. masa semakin hampir yus..
Kami cuma tinggal 2 minggu aje lagi.. Insyallah kita berjumpa di Parit Raja aje nanti yea.. Senang2 boleh call n datang rumah kami.. ok.

Nanti AZi kasi telephone number..thru email or ym ok...

ontahsapo said...

tahniah...

aNIe said...

Yus...good luck to your hubby...moga berjaya...Insyallah

hanny said...

yus, dah nak balik gak ker?..musim semua habis belajar dan balik ek?..berbaloi tengok husband dah habis buat thesis kan...berbaloi segala penat lelah sebelum nih menjadi penyokong paling kuat husband kan?...anyway, all the best ya...

p/s balik parit raja cam aziq gak ker?..nanti jangan lupa singgah Nursery Tujuh Puteri kat Parit Kemang ya...kem salam sama owner dia....hehehe

NURAZZAH8 said...

Yus, salam perkenalan. Wah tahniah utk hubby ya..seronok dengar dah submit thesis. Akak ni pun tgh buat Phd, tmpoh cuti belajar dah habis, bari seminggu masuk kerja semula, tapi thesis belum submit, sebb masih tulis lagi... aduish buat phd kat malaysia ni byk dugaan yg lain-lain...sabar ajelah...InsyaAllah doakakn akak jugak... Yus balik Parit Raja? Eh husband mengjar kat mana? kalau kat PR tu ada KUITTHO.. kat situ ke? my hubby org PR jugak, rumah MIL kat sebelah office Peladang tu.. tapi balik sana bila cuti atau Raya sekali-sekala..
bila nak balik Msia?... seronok kan.. dah lama merantau tentu rindu kat malaysia...

bAiTi said...

K.Yus,
saya pun tumpang seronok jugak dgr perkhabaran gembira ni.

Saya dpt bayangkan betapa reliefnya hubby k.Yus bila thesis dah siap. Thesis projek master saya dulu pun, bila dh siap rasa nak menangis mengenangkan betapa susah + byk dugaannya nk menyiapkan. Kalau PhD, bertambah2 lagi lah reliefnya, kan?

Anyway, tahniah..

Tengok thesis yng berderet2 tu, kena ingt kat diri sendiri. Insya Allah, tak lama lagi saya pun kena ada yg susun-susun camtu jugak ler tu, hehehe..

Sastri said...

All the best to your hubby... Semoga semuanya berjalan dengan lancar... Tak lama lagi dah nak balik Malaysia ek? Packing dah byk ke belum? :D

Mrs.A said...

Salam..
Kak Yus nampaknya kena lebih kuat dari hubby yea... Kena beri kata-kata peransang.. sikit je aral yang melintang dia akan sedih... mungkin dia letih dan penat... Oleh itu Kak Yus, gunakan kuasa wanita.. untuk terus menaikkan semangat hubby... Selamat Berjaya....

13may said...

moga semua ok!

NBK466 said...

Wah..teringat zaman den nak balik gak di Student Union memilih2 souvenir utk mereka2 di tanah air.. samalah beli t-shirt, mug & paling mahal jaket Sheffiled U utk my mom kesayangan..chewah..

blackpurple @ jowopinter said...

Wah. Cap kipas udang pun ada kat sana ekk..

Semoga hubby Yus berjaya dengan vivanya. Insya-Allah.

Memang sudah hampir benar kepenghujung ek. Tinggal selangkah dua lagi. Alhamdulillah...

Anonymous said...

Yus..
Semoga hubby yus dipermudahkan segala urusan..Amin...

cikdinz said...

hape lah mat saleh. agaknye mende pelik bagi dorang kot...

misah said...

yus.. tahniah buat din sbb dah submit thesis dia. So tak lama lagi yus ngan din akan balik parit raja la yek... Hehheheh..leh buat club nih..ahli tetap ( ajzie, misah ngan yus)

p/s: kelab masa hubby masing2 sibuk kat opis pada waktu malam. Skang ni desilza tgh bz..boleh kata hari2 balik mlm2.

azlissani said...

Buat (Dr) Shahrudin,

Good luck in your viva. Balik nanti tolong check research question aku plak... and lead the dept. heheheheh.... okaylah, kitaorg nak ke PD ptg ni.. babai

RaFFLeSiA MeRaH said...

akak pun lame x berblog, sbb tenet takder lagi kat opis baru ni, baru seminggu ni jer ok intenet...apepun sonok baca kisah yus ngan hubby satu ari tu, mudah mudahan sumernya berjalan lancar yer...

Mulan said...

sama2 kita doa ramai2.. insyaAllah semuanya dipermudahkan utk suami & yus sekeluarga...