Friday, June 1, 2007

Aktiviti weekend lepas

Wahh!! Ni terasa nak update lagi. Aku dah 3 hari tak kerja. Takde kerja pulak kat Pro Co tu, jadi tak boleh datang. Jadinya, mulalah aku tengok-tengok blog ni. Walaupun sebenarnya aku tak berapa sihat. Batuk, selsema, anak2 pun sama.

Slide di bawah ni sebenarnya aktiviti minggu lepas. Sabtu tu kan jalan2 ke Meadowhall, Ahad pulak buatlah kuih ni dengan anak2 untuk minum petang. Aqil yang sibuk nak menolong konon, Alia pun sama...


Minggu ni cuti sekolah, jadi Aqil berada di rumah sepanjang hari.Masa ke Meadowhall Sabtu tu, belikan dia buku kerja Matematik dan Bahasa Inggeris. Bila balik, bukan main dia nak habiskan latihan dalam buku tu sekaligus. Rajin anak ibu yer, jangan masa kecik ni ajer rajin, dah besar karang malas pulak yer Aqil!!

Sempat rakam sikit masa dia tengah buat latihan matematik.


Ini pulak aksi Aqil menyanyikan lagu melayu kanak2. Masa kecik2 dulu mak aku selalu nyanyi lagu ni untuk kami. Aku ajar pulak pada Aqil. Kelakar sungguh dengar dia nak menyebut satu2 perkataan tu. Ini entah dah berapa kali praktis sebelum aku dapat ambil video ni. Sebut perkataan 'semuanya' tu tak betul2..haha. Hari ni aku suruh dia nyanyi lagi sekali, tak betul gak.


Yang ni pulak, Alia menyanyikan lagu twinkle twinkle little star. Pelat sungguh. Dia ni memang masih belum pandai cakap betul. Aqil pun sama sebenarnya..huhu. Maaflah kualiti gambar tak berapa baik. Mungkin sebab malam, lampu pulak kuning jer..hehe. Kalau semua perasan dalam kedua2 video terakhir ni, kat belakang tu nampak almari aku dah siap berbungkus, siap ada nama dan nombor lagi..hihi. Tapi lama juga lagi nak baliknya..huwaaa.

Minggu ni nak bungkus apa pulak yer bang?? Bungkus?? Macam kelakar jer bunyinya. Erkk nak balut apa yer bang? Smile

15 comments:

NBK466 said...

Yus..tak dak gambaq lagi tempat I sokmo tgk wayang, dating & makang fish & chi tuh > (Meadowhall).. rindu ler..hu..hu..hu.. WOW gebunyer kuih donut itew...

Unknown said...

nbk gambar tak kuar ker?? hihi, kami pun berhenti tempat makan menjamu selera dengan fish n chips, beli satu jer, kongsi 4 beranak..

donut tu, masuk jer dlm kuali terus naik mcm tu, mula2 tak pulak..hehe

Mama Sarah said...

mana resepi kuih donut tu yus? saya ni menunggu mak saya je buat. sendiri tak reti.

mood blogging kita macam sama ya yus. hihi tengah tenggelam timbul. minggu ni 'laju' sikit. rasanya minggu depan surut semula.

alaaa risau pulak saya tengok yus dah banyak mengemas. entah bila saya nak start tak tahulah! orang kata 'tak rupa orang nak balik'.

anak2 yus comel sangat. penghibur ibubapa kan!

Ajzie said...

jom makan donuttt..hihihi

Mrs.A said...

Kak Yus...
Seronoknya ada aktiviti bersama anak-anak... Teringat masa saya kecil-kecil dulu...

Er... Bila kak yus nak balik sini??

Kiah Kardashian said...

banyak pembantu nih. Senang akak nak masak. soang tukang uli, sorang tukang goreng sorang tukang makan (abid bleh jadi tukang makan sebab kecik lagik) hehhehe

blackpurple @ jowopinter said...

Wah. Jauh di rantau orang, kuih Melayu juga jadi pilihan ekk...

Epok-epok dan donut itu nampak sedap! Tak hulur kat jiran sebelah tu ke? he he he.

Sastri said...

awww... so cute Alia tu sing... wow, gebu2 betul donut tu... nampak sedap ngat... wat lapar plak...

Faizah said...

Waa..pandai aqil count ye..dah boleh mengira sampai berapa dah numbers?

Rajin Aqil tolong ibu kat dapur ye..
Wafeeq kalau ada kelas memasak kat school..balik aje terus suruh izah masak..hihihi..

Harap2 Aqil akan berjaya dunia dan akhirat ye..InsyaAllah..

Sedap dia nyanyi lagu tu..

silversarina said...

Donut tu nampak sedap, tambahan pulak anak-anak kecil tolong buat sama, memang seronok lah budak-budak tu dapat bantu :)

happy sunday!!!

victoire said...

waa..senyum sorang2 sy bc entry nih.
medowhall!
ingat balik knangan g sheffield mase darjah 5 back in 1999.
mase 2 aunty g sane,sy tman dia.
sy duk umh tunang dia(skg suami),dia duk umh kwn dia.
bezny mase 2..kami duk kat Darnall(btol x eja).rndu sheffield.
dlu ingt slalu g medowhall ngan morrison 2 la.
1 ag asda kn,tmpt bli brg2 dapur?
da xingt sgt cz mase 2 kcik maa..br 11taun.
skg da 19,da 8taun 2.

ontahsapo said...

pandia menyanyi, boleh masuk AF nanti tu..

Mulan said...

cute nya budak2 tu... mak ooiii, banyak nya buat kueh tu, habis sekali ghap ke? untung anak2 yus, sbb ibu dia rajin masak..

Unknown said...

mama sarah: resepi kuih donat boleh dapatkan di sini http://maznaz07.wordpress.com/

yelah, mood yus pun memnag tenggelam timbul. yus biasalah tunjuk gempak jer tu, hihi barang banyak gak nisak, kena kemas sikit2 dari awal. Balik August jugak ker?

ajzie: mari-mari..:D

minnie: apa saja aktiviti sekeluarga memang menyeronokkan, InsyaAllah August.

zakiah: abid belum boleh jadi tukang makan lah, giig takde tu, nak makan donut dan karipap..hihi,

BP: jiran yg mana tu??:D jiran sebelah rumah saya mmg saya dah hulur...

sastri: hihi alia pelat sangat...tak faham kadang tu apa yg dia sebut...

Unknown said...

faizah: aqil dah boleh kira sampai nombor ratus, buat kira-kira mudah tambah tolak tu pun dia dah pandai..

kak rina budak2 tu tolong kejap jer kak, excited nampak ibu dia buat kuih..tapi memang seronoklah

k-riey: saya pun duduk darnal gak ni..hihi. Morrison yg kat area darnall tu dah takde, ganti dgn LIDL, ASDA memang tempat saya shopping juga..:D

OS: oh tidak!! Janganlah anak2 saya masuk AF, ada yang kaki sorang2 saya 'jitat'...

mulan: sekali sekala gak ibu dia terajin, biasa malazz jer..hihi. Habis tu sampai ke malam tu..hehe