Sunday, June 8, 2008

Laut = Longkang??? Sama ker??

Kesian sungguh anak bujang sulung ku itu. Sememangnya belum begitu fasih bercakap seperti kanak2 lain yang seusianya. Nak kata dia boleh berbahasa inggeris dengan fasih pun tak juga. Kalau ikut pemerhatian aku dua2 baru 50:50. Dulu masa mula2 balik, his english is better, but now, dua2 dah seimbang. Cuma hari ini, tersangatlah kesiannya anakku itu bila dia bermain2 di luar rumah bersama2 dua adiknya yang comey itu, tiba-tiba dia nampak guli. Apa lagi di ambilnya guli itu kemudian terus mendpatkan abahnya lalu berkata, " Abah, Aqil jumpa guli dalam laut"...

Aduss!!! Laut dihadapan rumah kami. Alangkah seronoknya kalau betul begitu, asal jangan jadi seperti insiden dalam gambar di sebelah ni sudahlah kan..huhu. Tapi yang sebenarnya guli itu dijumpai olehnya di dalam longkang depan rumah kami. Itulah yang kesiannya, longkang boleh sama dengan laut ker?? Sebenarnya dia tak tahu nak panggil apa longkang tu. Aku terpaksalah menerangkan padanya, laut tu besar Aqil, longkang tu kecik jer. Sama ker?? Lepas tu baru dia faham. Harap2 lepas ni dia faham maksud longkang tu...cry

12 comments:

Ajzie said...

kelakar sungguh Aqil...

Ok ler tuh lama lama sure boleh...Mcm Malaysia Boleh!!..hihihi

kakLuna said...

owh tu gambar kete gen2 menggelungsur masuk ke laut tu..

abiss ar kete tu..

MULAN said...

ni pun terkial2 lagi belajar BM.. mak ayah pun sama pening..

misazlissa said...

jgn dia konfius antara lembu ngan harimau dah ler..heheheh

NBK466 said...

Asal jgn longkakng itew dijadikan tempat piknik udah..hu.hu..hu..

~ yus ~ said...

to ajzie: tulah kan..kelakar..hahah

to luna: ha'ah! betullah tu, kesian pemilik kete tu ekk, nasib boleh tolak balik naik ke atas, kalau tidak, hanyutlah kete dia di bawah arus..

to mulan: samalah anak saya Aqil. kadang tu rasa susah sangat nak buat penerangan pada dia, sbb dua2 bahasa dia tak fasih..huhu

to misah: yg tu lama dia tahu, cow n tiger..

to nbk: erkk, kadang2 saya lepak2 gak tepi longkang tu, ada tembok kat tepi tu sambil duduk2 hirup udara petang..boleh!..hihi

Faizah said...

kelakarlah anak Yus..heheh..geli hati baca..xpe..lama2 nanti fasihlah ckp Bm n BI tu...

Sastri said...

keskeskes... jumpa guli dalam laut, boleh masuk suratkhabar tu... dia kecil lagi, mungkin terkeliru... :D

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

haha..ejaan pun jauh beza...hehehe...budak br belajarr

13may said...

hehhe hehhe hehhe....

Mazudi said...

hahah...
Banyak la lagi yg nak kena belajar dan di ajar ni kak yus.
Biasa la tu...

oldtown~Smell the Roses said...

Sian Aqil, takpe...belajar belajar!