Wednesday, April 30, 2008

Pantai Rekreasi Punggur....

Jalan-jalan ke pantai reakreasi Punggur hari Sabtu lepas...pantainya tidak secantik atau sebersih seperti yang di harapkan. Namun sempat juga merakamkan beberapa keping gambar semasa di sana...

Puan Yus bersama anak-anaknya...

Cantik pemandangan...

Kalau dapat ku naik sampan itu...

Pemandangan pantai waktu petang...

Penjual ais krim yang menjadi kegilaan anak-anakku...razz

Aksi comel Abid...

3 beradik dengan aksi masing-masing...

Sempat juga merakamkan aksi pasangan pengantin ini dari jauh...

Tuesday, April 29, 2008

Happy 7th Anniversary......

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 7 buat pasangan 'Melur' dan 'Tobby', ibu dan abah kepada 3 orang kanak-kanak riang dan comel di atas. Hmm tak sangka boleh teringat balik nama-nama itu yang pernah kami gunapakai 14 tahun yang lalu sewaktu detik permulaan perkenalan kami. Satu kenangan paling indah yang tak mungkin dapat kami lupa. Semoga ikatan ini akan terus kekal selamanya.



Thursday, April 24, 2008

Lalat dan semut...

Aku baru dapat satu ilmu dari SRD. Menurutnya, kalau lalat dah termasuk dalam air minuman kita, air tu masih boleh di minum, dengan syarat, tenggelamkan terus lalat tu, pas tu baru keluarkan lalat dan kemudian air tu boleh minum. Tapi jangan semut, sebab kata dia, kalau semut masuk dalam air, air tu harus di buang terus. Tak tahu ler betul ker tidak..sebab menurut SRD ku iteww...pada bahagian kepak lalat tu, satu bahagian ada racun, dan sebelah bahagian lagi ada penawar, so bila termasuk dalam air, tenggelam kan terus lalat tersebut supaya penawar dia masuk sekali. Sebab tu air tu boleh minum..rolleyes...hihi nak tergelak pun ada. Namun hakikatnya, bila lalat masuk dalam air dia, air tu di buangnya juga...lollol

Fuhh..lama sungguh blog ini tidak ku hirau. Teringat pula dulu-dulu, di Sheffield, aku antara yang kerap update blog. Tapi tidak sekarang walaupun sebenarnya banyak peristiwa penting berlaku dalam keluarga kami. Antaranya majlis konvokesyen SRD pada 13 April yang lalu. TAHNIAH ABANG.

Antara faktor blog ini tidak berupdate....

1) Mula-mula aku kemaruk menjahit, skrg ni dah stop kejap, malas take over.

2) Alia dah mula aku tumpangkan di tabika, dengan erti kata lain dia juga dah mula sekolah seperti abang dia. Jadi tumpuan aku beralih pada dia sedikit.

3) Nak kurangkan hobi Aqil yang suka bermain game di internet. Bila aku mengadap pc, jawabnya dia pun akan mengadap pc gak lepas tu. Tapi kalau aku tak bukak pc, dia takut juga nak buka lebih2 lagi bila aku 'menyinga'. Kalau dia buka pun ada limit. Dan aku kena pastikan dia tak terlalu lama di depan pc. So, aku pun kena sama berkorban ler hobi aku di depan pc lelama..mrgreen

4) Malam pula, kena pastikan Aqil dan Alia mengaji bersama abah mereka. Kemudian make sure mereka buat dah bereskan semua kerja sekolah atau kalau tidak ada kerja sekolah, learning time bersama aku. Waktu siang biasa satu atau dua jam, malam sambung lagi selepas makan. Lepas tu kena suruh diorang masuk tidur on time, dan dalam masa yang sama, aku pun tertidur sekali..huhu

5) Bila weekend, ada ajer programnya. Kalau takde program pun, weekend adalah hari bersama keluarga. Lagipun, anak2 aku sekarang semuanya bertambah lasak. Menjaga dan mendidik mereka menuntut kesabaran yang amat tinggi. Baru ku tahu, menjaga dan mendidik anak2 kita untuk menjadi insan yang sempurna satu tanggunjawab yang amat berat. Perlukan pengorbanan, perhatian dan kesabaran yang bukan calang2 orang boleh melakukannya. Lebih2 lagi, sepeti anak2 aku yang jarak antara mereka bertiga tak jauh berbeza. Syukur aku punya suami yang amat memahami dan banyak membantu walaupun dia sendiri selalu keletihan bila pulang dari pejabat. Kagum sungguh dengan ibu-ibu yang punya anak ramai, dan semua anak mereka berjaya. Mampukah aku??

Hari sudah petang. Aku perlu mandikan mereka semua dan lepas tu boleh aku berehat sambil menonton Bella......lol