Thursday, June 7, 2007

Mrs Holland took it...

Pagi ini seperti biasa menyiapkan bekalan makanan untuk dibawa Aqil ke sekolah. Hari ini, macam-macam pula yang dimintanya. Menu biasa sebagai bekalan Aqil ke sekolah, sandwich, air kotak,pisang,yogurt,muffin. Semua tu mesti ada dalam bekas dia tu. Adakalanya dia akan minta sosej,seperti hari ini. Kalau dah bawa sosej sekali, biasa dia tak mahu bawa pisang, tapi kali ini semua dia nak. Sudahlah begitu, sosej tu sampai dua sekali dia nak. Banyak makan betul anak ibu ni. Aku takut dia tak dapat habiskan aje.

Ada sekali dia nak bawa limau sebagai ganti pisang. Aku tahu dia tak suka makan limau, kenapa nak bawa pula kalau dah tak suka. Bila balik dari sekolah, aku tengok bekas makanan dia dah habis, ingatkan dia makanlah limau tu, bila tanya dia buang rupanya.

Hari ni aku macam tak percaya aje dia dapat habiskan semua makanan yang dia bawa tu. Aku dah siap pesan,
"Aqil! Makan semua tau, jangan buang. Sosej tu sampai dua, jangan kasi orang, Aqil makan tau!".

Dia jawab, "Orait ibu".

Balik dari sekolah, keluar dari pintu kelas, siap dah mulut dia berceloteh dengan abah dia. Kononnya dia makan habis semua makanan yang dia bawa. Tapi, sosej tu tidak. Sampai di rumah, aku pulak bertanya,
" Aqil makan habis tak sosej tu dua-dua".

"Yes ibu" (sambil muka dia terdengih-sengih).

"Betul ker ni. Abah kata tak. Did you give one to your friend?"

"No! Mrs Holland took it. She said, you got two sausages, can I have one?"

Hmm pulak dahh......(boleh caya ker ni??)

Inilah rupa bekas bekalan makanan dia ke sekolah. Mula-mula dapat punyalah suka, belum nak pegi sekolah lagi, malam-malam pun dah siap isi makanan dalam tu...huhu. Sebelum bekas yang ni, dia guna bekas yang ada gambar teletubbies..hihi

Nota kaki: Lagu yang berkumandang ni dari filem Doraemon the Movie. Tengah suka sangat lagu ni....hihi. Inilah kerja Puan Yus yer, tengok Doraemon...kihkihkih

Nota tambahan: Mrs Holland tu ialah guru kelas Aqil

23 comments:

Faizah said...

wow..cantiknye bekas food dia,,kalau wafeeq nampak mesti nak jugak..wafeeq mmg peminat fanatik spiderman selepas ultraman..

Who is Mrs Holland actually?

Unknown said...

faizah:oo ye ker? hihi, kena belikan ler kalau dia nak. Aqil bukanlah peminat fanantik spiderman, tapi bila jumpa bekas tu kat carboot, excited dia..hihi.

Mrs Holland tu guru kelas dia..

Ajzie said...

sama2 ammar pun nak juga tuh.. kalau nampk.. Ammar sebut iderman.. iderman mama iderman mama..hihi

Mrs.A said...

Salam Kak Yus,
Menariknya beg tu... Gaya cam ni.. aunty pun nak pinjam la Aqil...

13may said...

hehhe...cikgu pow anak murid???

hahha

Mama Sarah said...

tu lah mamanya, sampai kecur cikgunya tengok bekal si Aqil. jangan bekas spiderman tu dikebasnya juga sudahlah!

NBK466 said...

Hish...cun tak Mrs Holland tuh sebenarnya..he.he.he.. Dari lunch box teletubbies ke Spiderman..maklum ler makin dewasa dah berubah minatnya... Yg pelik maknya pulak yg minat Doraemon nie...hu..hu..hu...

Sastri said...

LOL... Mrs Holland lapar agaknya...

Sas tak minat ngat spidey, tapi teletubbies sas suka... LOL... especially Po... o...o....

ontahsapo said...

kau cuba buat sekali lagi, kalau alasan sama, sure betul tu... jahat mrs holland ni...

david santos said...

Thanks for you work and have a good weekend

hanny said...

yus, saya pun selalu check lunch box budak2. bila tanya kata mesti dah habis. tapi balik rumah tengok tak habis...selalunya sebab saya bubuh banyak sangat....hehehe

D said...

Anak-anak saya dulu adalah sandwich + fruit/cake/muffin. tapi diorang dah tak nak sebab nak cepat makan, boleh keluar main! LOL!. Abang je yang memang minta fruit. Yang lain jangan harap... Hmmm, mungkin Aqil share dengan girlfriend dia kot?

aNIe said...

Hehehhe...cikgu tu pun terliur jugak agaknya... :D

Kiah Kardashian said...

hahahha cikgu pun 'pow' bekal student...hehehhe lawak la mrs holland tu. mesti berkenan kat aqil la tuh.

NURAZZAH8 said...

salam perkenalan Yus,
comel sungguh anak2 Yus...
gelak pulak baca cikgu pun nak pow anak murid punya bekal...!??
silalah berkunjung ke blog akak...
Seronok duduk kat Sheffield, UK ya?

HAPPYIRFA said...

salam to kak yus..
kelakarlah aqil..dia bg kawan kot sosej tu..tp mgkn jugak cikgu dia pow kot..

Mami Dini said...

Sian akil, tapi I believe mmg teacher dia minta sosej tue...kene tukar namer mrs.holland tue jadi mrs powwland...heheheheh

oldtown~Smell the Roses said...

cantiklah bekas Aqil!apelah cikgu Aqil ni..naughty!

ayu_mkay said...

hari2 aqil bawa bekal, mestilah cikgu dia teringin nak rasa. dia nak tahu sedap ke ibu aqil masak ;)

yus, cantik arrr bekas bekal aqil tu.

Mulan said...

cute betol si aqil tu. he he anak saya, kot tak habis kena soaljawab, bila habis mak dia curious pulak.. sbb cikgu selalu report, depa buang dalam tong sampah..!!

blackpurple @ jowopinter said...

Kena caj Mr Holland tu sepatutnya...! [Boleh buat bisnes kat sekolah itu Yus] He he he

Bunga Rampai said...

Salam Yus,

Mrs. Holland tu teringin kut sosej yang dimasak oleh orang Malaysia :)

Aqil tu memang comel ... macam emaknya yang manis ;) Pasti.

Unknown said...

Buat semua terima kasih, maaf kerana tak jawab komen satu persatu. Tapi saya terpanggil utk jawab komen nbk: Mrs Holland tu tak cunlah..hihi dan ibunya ni mmg teringin juga nak jadi bebudak balik..muahahaha..BP: tak boleh buat bisnes, kalau tak bawa bekal pun kena makan yang sekolah sediakan dan bayar awal seminggu pada guru. Nanti dia beri pada anak kita, makanan luar tak boleh.